Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Tuesday, September 29, 2009

Cintakah Ini? Bab 3

“Eh.. nape awak lambat ni?? Saya tunggu awak.. sampai berkulat dah punggung saya tu tau!!” rungut Maisarah. Dia mengajak Shahrul ke perpustakaan pada pukul 4 petang. Tapi, jam tangannya kini telah menunjukkan pukul 4.30 petang.

“Hehe.. sorry la Sarah..” Shahrul Ridzuan tersengih-sengih. Namun, bukan niatnya untuk lewat pun. Setelah ditinggalkan oleh Rizan tadi, dia asyik tercegat di tempat itu dan melayan perasaannya. Sehinggakan, dia hampir terlupa akan janjinya dengan sifunya kini.

“Huh.. awak ni.. sama je dengan si mamat keparat tu.. asyik mungkir janji je.. apa alasan awak??” Maisarah pura-pura merajuk.

‘Mamat ni mesti diajar!! Agar tak dak lain kali ..!!’ getus Maisarah perlahan di dasar lubuh hatinya.

“Mamat keparat?? Siapa??” Shahrul Ridzuan cuba menahan gelodak hatinya.

‘Rizan ke??’ Shahrul Ridzuan berteka-teki sendirian.

“What is your reason??” Maisarah enggan menjawab persoalan yang diutarakan oleh Shahrul Ridzuan sebentar tadi.

“Tell me who is that guy first!!” Shahrul Ridzuan menekan. Maisarah mengeluh. Sebenarnya, Shahrul Ridzuan agak berpendirian teguh. Itulah yang disimpulkan oleh Maisarah berdasarkan pemerhatiannya terhadap sifat ‘muridnya’ ini.

“Buat pe nak cakap?? Buat sakit hati je..” Kini, Maisarah benar-benar berang.

‘Buat pe mamat ni sibuk je?? Panas la hati ni!!’ bentak Maisarah di dalam hatinya.

“Sekarang, awak yang suruh saya ajar awak Sejarah.. Padahal, Sejarah awak tu lebih terror daripada saya.. Apa motif awak sebenarnya?? Dan satu lagi, saya paling benci orang yang 38!!!” bentak Maisarah. Beberapa pasang mata kini menumpukan perhatian terhadapnya sambil tertanya-tanya. Namun, Maisarah tidak menghiraukan kesemuanya. Dia lantas berlalu dari situ.

Shahrul Ridzuan tergamam. Dia terkilan. Berang Maisarah tadi memang mampu menggoyahkan perasaannya. Dia mengeluh sendirian. Tiba-tiba, bahunya ditepuk seseorang. Dia terperanjat lantas menoleh.

“Ya RABBI!! Amir.. awak ni kan.. memang nak matikan saya ke??” Shahrul Ridzuan mengurut dadanya perlahan.

“Isyhh.. mana ada?? Mentang-mentang mak we merajuk, awak pun tak sporting la..” Sinis sahaja nada suara Amir yang mengambil tempat di sebelah rakan baiknya, Shahrul Ridzuan.

“Eh.. apa mak we mak we pulak nih!! Awak ni kan.. melalut je lah..” Degupan jantungnya cuba diperlahankan. Dia khuatir, degupan jantungnya akan diperdengarkan oleh Amir.

‘Aku ni memang dah gila!! Apa pulak Amir akan dengar degupan jantung aku?? Kecualilah dia tu ada magic!!’ Shahrul Ridzuan tertawa halus dek kelucuan fikirannya sebentar tadi.

“E’ehleh.. ketawa apa?? Syok sendiri betul!!” Amir tidak habis-habis menyindir rakan baiknya itu.

‘Apa si Maisarah tu!! Nik macam ni.. Shah pun… macam ni… Apa ubat bius yang diberi yek??’ Amir tertanya-tanya sendirian. Naluri ingin tahunya tidak dapat dibendung lagi.

“Hei.. awak ni jangan melalut la..” Wajah Shahrul Ridzuan yang merona merah sempat ditangkap oleh bola mata Amir. Senyuman sinis merekah dari bibirnya.

“Hei.. awak ni nape senyum semacam je.. Saya dah cakap.. Sarah tu tak de pe-pe ngan saya..” Shahrul Ridzuan masih ingin menyembunyikan hakikat yang sebenar. Padahal, dia pasti bahawa dia tidak dapat menipu Amir dari segi cinta. Ini adalah kerana Amir merupakan pencungkil rahsia cinta yang terhebat di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib itu.

“Hei.. bro.. jangan la cam ni.. Tak sporting la.. Cepat la cakap..” Amir cuba mendesak. Ini adalah antara tekniknya untuk mencungkil rahsia rakan baiknya itu.

‘Nik tak cakap.. sekurang-kurangnya, Shah akan cakap kot…’ detik hati Amir. Dia amat pasti, Nik Rizanlah satu-satu sahabatnya yang tidak akan berkongsi rahsia dengannya. Bukannya dia tak faham dengan sikap Nik tu, degil betul.

“Ya lah.. ya lah.. awak menang..” Perlahan sahaja suara Shahrul Ridzuan. Akhirnya, dia mengaku perasaannya terhadap Maisarah.

“Oh… patutlah suruh dia ajar Sejarah.. Tapi kan.. kalau awak nak kelentong, kelentonglah yang logik sikit.. Ni tak.. Sejarah tu kan bidang awak… Suruh dia ajar pulak.. Sepatutnya dia yang ajar awak!! Awak ingat dia tak kan search ke?? Sarah tu kan.. bijak jugak tau.. Dia tak kan sewenang-wenangnya percaya pada orang lain.. Your choice is the best!!” Amir sempat mengenyitkan matanya sebelum berlalu dari sisi rakannya itu.

‘My choice is the best???’ Shahrul Ridzuan tersenyum lebar.

0 comments: