Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Tuesday, December 22, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 29

Rasa resah mula menguasai diri beberapa insan ini – Puan Suziana, Dato’ Sabri, Datin Nasrul dan tidak terkecuali juga Zulkarnain. Mereka tidak henti-henti berdoa agar Fatin berjaya menjalani pembedahan pada hari ini.

Dua jam telah berlalu.. Lampu di luar bilik pembedahan masih bernyala. Keluhan demi keluhan mula terpacul dari bibir masing-masing.

“Bang.. cam ne ni?? Fatin tu..” Datin Nasrul mula berasa tidak sabar. Punggungnya tidak dapat melekat di kerusi yang disediakan di hospital itu.

“Sabar lah ya?” Dato’ Sabri mula memujuk. Puan Suziana sekadar membisu. Sebenarnya, dia lebih resah daripada kedua-dua besannya itu. Di dasar lubuk hatinya, dia berdoa agar anak perempuannya dirahmati Allah.

“Mak.. sabar ya.. Fatin pasti selamat..” Zulkarnain yang menyedari keresahan ibu mentuanya itu bersuara. Puan Suziana mengangguk sambil tersenyum hambar. Tiba-tiba, lampu di luar bilik pembedahan ditutup. Mereka pantas meluru ke arah doktor yang baru kelaur dari bilik pembedahan itu.

“Doktor, apakah keadaan menantu saya sekarang??” Datin Nasrul bersuara cemas.

“Kalian jangan risau.. Puan Fatin berjaya menjalani pembedahan.. Pemindahan sunsum tulang berjaya dilakukan..” Zulkarnain dan Dato’ Sabri memanjat kesyukuran kepada Tuhan. Datin Nasrul dan Puan Suziana menghela nafas lega. Syukurlah..

“Terima kasih, doktor!” Mereka menjawab serentak. Doktor tersebut mengangguk lalu mengorak langkah, meninggalkan mereka.

xxxxx

“Sayang nak apa? Nak air ya??” Zulkarnain bersuara. Dia menawarkan diri untuk menjaga isterinya yang perlu tinggal di wad hospital buat sementara waktu.

“Tak payah, bang.. Bang dah letih kan? Nak tidur tak??” Suara Fatin kedengaran tidak bermaya.

“Tak.. tak letih pun.. syukurlah.. mujurlah sayang selamat..” Fatin mengangguk. Dia memeluk suaminya erat. Cinta terhadap suaminya itu, kian menggamit tubuhnya..

xxxxx

Hobi Zaza muncul lagi. Proton Wiranya sekali lagi meluncur ke Pantai Remis. Hatinya yang kian lara.. hatinya yang pedih.. perasaannya yang kian tergores…
Di Pantai Remislah, Zulkarnain mengetahui isi hatinya yang terpendam..
Di Pantai Remislah, Zaza dapat mengimbau kenangan manis yang terpahat dalam mindanya..
Di Pantai Remislah, rasa bahagia mula menguasai dirinya tatkala menghabiskan masa bersama-sama dengan Zulkarnain..
Di Pantai Remislah, cintanya kian dalam..
Di Pantai Remislah, ombaknya menjadi saksi cinta Zulkarnain dan Zaza..
Di Pantai Remis jugalah, segala-galanya sekadar menjadi memori yang manis.. yang terpahat buat selama-lamanya di dasar lubuk hatinya..

Pasir yang memutih, samudera biru, kicauan burung, udara nyaman, kehijauan pokok…
Segala-galanya dijamah oleh sepasang mata bundar milik Zaza Haniza. Keindahan alam sekitar di sekelilingnya bagai tidak mempunyai apa-apa makna lagi. Air matanya mula mengalir lagi. Mengapa? Mengapa dia tidak mampu mengalah?? Sedangkan isteri Zulkarnain sudah sembuh, sudah mampu meneruskan hidup tanpa belenggu kesihatan?

“Zazz.. jangan nangis lagi..” Suara seseorang kedengaran, tuan empunya suara menghulurkan sehelai tisu kepada Zaza. Zaza mendongak. Dia terbungkam seketika.

“Za.. Zakry??” Suaranya mula tenggelam. Dia bagaikan tidak percaya akan apa yang dilihatnya kini. Zakry? Mengapa Zakry sering muncul di saat hatinya lara? Mengapa Zakry sering menghulurkan sepasang tangannya di saat dia memang memerlukan bantuannya??

“Ambil tisu ini..” Tangannya tetap menghulurkan tisu bagi rakannya itu.

“Terima kasih!” Tisu itu dicapai, mengesat air mata yang membasahi pipinya.

Zakry menanggalkan kotnya lalu mengambil tempat duduk di sebelah Zaza. Sebenarnya, dia bukannya mengekori Zaza. Cuma, dia menemui Zaza di Pantai Remis secara kebetulan..

“Awak nangis.. sebab Zulkarnain juga ke?” Zakry menduga. Sebenarnya, dia dapat mengagak jawapan bagi pertanyaannya tadi. Jika bukan sebab Zulkarnain, apakah perkara lain yang mampu menjadikan gadis itu mengalirkan air matanya?

Zaza mengangguk. Sampai ke tahap ini, dia tidak perlu menyembunyikan hakikat sebenar dari pengetahuan Zakry. Lagipun, dia sedar. Zakry sekadar mengamalkan budaya “sudah tahu, bertanya pula”.

“Zazz.. sebenarnya awak..”

“Saya tahu Zakry.. Sebenarnya, hari ni saya datang sini.. pun.. nak tamatkan segala-galanya!” Zaza menyampuk. Zakry berpaling. Menamatkan segala-galanya?? Apakah yang dimaksudkan oleh Zaza??

“Apa maksud awak, Zazz??”

“Saya nekad! Saya akan lupakan Zul.. sebab Zul tidak mungkin menceraikan Fatin.. Biarpun cinta kami betapa dalam, segala-galanya sudah tamat..” Zakry bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Tak caya ke?” Zaza bermain serkap jarang.

“Caya.. Cuma.. entah la..” Zakry tersenyum. Keputusan Zaza itu memang menggembirakan hatinya. Keputusan Zaza itu membuktikan, dia masih mempunyai peluang untuk mencambahkan semula benih cinta mereka. Namun, dia sumpah! Dia tidak akan mengambil kesempatan. Biarlah Zaza sendiri yang membuat keputusan.

0 comments: