Nadia Nur Kasih!! Seorang gadis yang berperwatakan lemah-lembut, yang taat pada penjaganya, yang tidak tahu asal-usulnya, yang susah untuk jatuh cinta, namun dia akan menyerahkan seluruh jiwanya jika dia jatuh cinta. Rindu! Perkataan itu selalu meniti di bibir mongel Nadia ini. Dia rindu akan kasih sayang ibu bapa. Sejak kecil, dia tinggal bersama-sama dengan uminya, seorang perempuan tua berusia 50 tahun. Umi berkata, dia ditinggalkan di tepi jalan oleh ibu bapanya. Ketika itu, dia masih kecil. Namun, dia memahaminya kini. Ibu bapanya pasti tidak menyukainya dan tidak memerlukannya lagi. Entah-entah dia merupakan anak luar nikah!!
‘Astafirullahazim!!!’ Nadia Nur Kasih mengutuk dirinya yang berfikiran negatif itu.
Kini, dia bekerja di sebuah syarikat pembangunan yang terkenal, Rahim & Co. Dia merupakan pembantu khas kepada CEO syarikat tersebut, Encik Ibrahim. Ke mana Encik Ibrahim pergi, dia pasti menemani di sisi. Setaraf dengan kelulusan SPMnya yang cemerlang itu, mudah sahaja Encik Ibrahim percaya padanya. Dia juga pernah mendapatkan beberapa kontrak berjuta-juta ringgit untuk syarikat tersebut. Lagilah percaya Encik Ibrahim terhadapnya.
Gosip hangat di syarikat Rahim & Co – Encik Ibrahim dan Nadia Nur Kasih.
Masakan tidaknya, seorang bos dan seorang pekerja wanita selalu berkepit ke sana, sini. Waktu pejabat pulak tu. Namun, dia sumpah, dia tidak pernah menyukai Encik Ibrahim, apatah lagi mencintainya. Bukannya dia membenci Encik Ibrahim, tapi dia dan Encik Ibrahim – tak ada perasaan yang terbit langsung.
Nadia Nur Kasih tidak pernah merasai CINTA! Sehinggalah munculnya seseorang..
Xxxxxxx
Lunch time!!!
“Nadia.. jom teman saya makan..” ujar Encik Ibrahim lembut dengan mengukir senyuman memikat.
“Oh.. okay.!!!” Memang tidak menjadi masalah untuk Nadia jika Encik Ibrahim mengajaknya makan lunch. Bahkan, boleh dikatakan hampir setiap hari Encik Ibrahim mengajaknya makan.
Xxxxxxx
Kafe Secret Recipe!! Destinasi kegemaran Nadia Nur Kasih. Apa yang digemarinya, marble cheese cake di kafe tersebut. Seperti tahu apa yang bersarang di minda Nadia, Encik Ibrahim menuju ke kafe tersebut.
Hari ini, hari Khamis. Jadi, tak sarat sangat kafe tersebut. Alunan muzik sentimental mengiringi suasana kafe yang berhawa dingin itu.
“Nadia.. sebenarnya, saya nak cakap sesuatu ngan awak..” Teragak-agak Encik Ibrahim bemadah bicara.
“Oh.. Cakaplah..” Acuh tak acuh sahaja balasan Nadia.
‘Sejak bila bos aku mintak izin pulak nak cakap??’ Nadia berteka-teki.
“Er.. saya.. awak…” Tutur bicara Encik Ibrahim terhenti tatkala matanya terarah ke pintu utama kafe tersebut. Terbeliak matanya. Nadia yang duduk membelakangkan pintu utama lantas berpaling.
Seorang lelaki kacak yang berkot hitam diiringi dengan empat orang lelaki di belakangnya melangkah masuk ke dalam kafe tersebut. Kehadiran lelaki yang berkot hitam itu mengundang jelingan manja beberapa gadis yang turut berada di dalam kafe tersebut. Bahkan, pengurus kafe tersebut sendiri yang menghulurkan menu kepada lelaki kacak itu.
‘Siapa tu??’ Ingin sahaja Nadia melontarkan soalan itu.
“Excuse me for a while..” ujar Encik Ibrahim, disambut dengan anggukan Nadia Nur Kasih. Dilihatnya, Encik Ibrahim menuju ke arah lelaki tadi dan berjabat tangan.
‘Hmm.. kalau bos sendiri yang auto, maknanya bukan calang-calang orang.. mungkin orang bisnes kot.. tapi peniaga pun kena ada body guard ke??’ Nadia tertawa lucu sendirian. Empat orang lelaki tersebut barangkali merupakan body guard lelaki kacak itu.
Masakan tidak?? Pakaian dan keterampilan mereka jauh berbeza.
Nadia menjadi kalut seketika apaila matanya bertaut dengan lelaki kacak itu. Aneh. Memang aneh. Itulah yang difikirkan oleh Nadia. Satu perasaan aneh menjalar masuk ke dalam jiwanya, menusuk dalam hatinya.
‘Mungkin ke cinta??’
‘Argh!! Karut!!!’ Nadia percaya dia tidak mungkin jatuh cinta pada seseorang semudah itu.
Spontan lelaki kacak itu mengukir senyuman. Teragak-agak, Nadia membalasnya. Dia pantas mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak rela, tidak rela hatinya ditikam dengan pandangan tajam si lelaki kacak itu. Dilihatnya, Encik Ibrahim membongkokkan badannya tanda hormat kepada lelaki itu. Nadia tergamam seketika.
‘Nape nak bongkok-bongkok pulak??’ Nadia hairan.
“Er.. sorry, tadi saya menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerabat diraja..” jelas Encik Ibrahim. Nadia yang kebetulan sedang mengunyah marble cheese cake tersedak seketika. Encik Ibrahim pantas menyuakan segelas air suam kepada pembantu khasnya.
“Lelaki tu.. kerabat diraja.. anak saudara Sultan Pahang tu..” Nadia tergamam.
‘Anak saudara Sultan? Patutlah! Hebat sungguh!’
“Well.. malam ni awak free tak??” Tercabut jantung Nadia mendengarnya.
‘Buat pe?? Dia nak ajak aku ke?? Ya ALLAH!! Janganlah!!’
“Er… kenapa??” Nadia membalas dengan mengutarakan sebuah soalan.
“Tengku Imran ajak awak ke majlisnya..” Tercabut lagi jantungnya.
‘Adoi!! Asyik-asyik tercabut je jantung ni.. Kang tak leh jahit balik.. Sudah-sudah tak dok jantung pulak!’ Nadia bermonolog sendirian.
“Sebenarnya, Tengku ada ajak saya. Cuma malam ni saya ada mesyuarat Lembaga Pengarah dengan cawangan lain.. Jadi.. awak pergilah ya?” Encik Ibrahim memujuk lembut setelah tiada sahutan daripada Nadia Nur Kasih.
“Er.. tapi.. saya tak pernah pergi la, Encik Ibrahim.. macam mana ni??” Nadia mula resah. Dia tahu padahnya jika menolak undangan kerabat diraja.
“Tak pe.. er.. awak kena pakai pakaian yang sesuai la.. Tapi, kena pakai mask tau tak??” Nadia terpinga-pinga sendirian.
“Mask apa?? Untuk H1N1 tu ke??” Soalan bodoh.
“Bukan la.. maksud saya, pakai topeng. Macam majlis yang awak pernah tengok dalam drama ke.. novel ke.. cam tu lah.. lebih kurang..” Ingin sahaja Encik Ibrahim tertawa lucu mendengar soalan bodoh pembantu khasnya itu.
Akhirnya, Nadia akur pada arahan Encik Ibrahim. Sebenarnya, dia pun tidak tahu, mengapa dia harus bersetuju untuk menerima undangan kerabat diraja itu. Cinta ke?
Xxxxxxx
“Wah!!! Mewahnya!!!” Rasa kagum mula terbit di sanubari Nadia Nur Kasih. Banglo tiga tingkat itu tersergam indah di tengah kota metropolitan itu. Segala perabot, tingkap, pintu, dihias dengan ukiran ala istana.
‘Kerabat diraja.. memang betul pun!’
Rumah banglo Tengku Imran dipadati dengan gadis persis model cantik, usahawan-usahawan ternama, ahli politik dan pelbagai jenis orang kenamaan. Nadia yang berada di situ terasa bertapa kerdilnya dirinya itu.
‘Argh! Lantaklah!!.. CABUT!!!!!!!!!!!’ Nadia pantas memulakan langkahnya.
“Nur Kasih!” Langkah Nadia terhenti. Dia lantas berpaling. Melantun jantungnya tatkala itu bagaikan sebuah bola keranjang di tengah gelanggang. Aneh. Perasaan itu kian menerpa dirinya lagi. Sebuah wajah kacak yang tersenyum ke arahnya mampu membuatkan jantungnya tercabut.
“Awak nak cabut ke?” Tengku Imran menduga suri yang bertakhta di hatinya. Nadia tersentak. Alamak, tepat mengena batang hidungnya.
“A..er…” Terkelu pulak Nadia. Tengku Imran tersenyum. Ya! Tersenyum.. Senyuman Tengku Imranlah yang berbisa.. yang mampu menggentarkan jiwa setiap gadis.
“Jom!!” Tengku Imran mencapai tangan Nadia. Nadia terkejut bukan kepalang. Seluruh tubuhnya menggeletar. Darah hangat Tengku Imran bagaikan mengalir ke dalam tubuh badannya. Bagaikan terdapat kuasa elektrik merenjatnya tatkala tangannya digenggam kemas oleh Tengku Imran. Sekejap sahaja, dirinya sudah berada di awing-awangan.
Xxxxxxx
Kelibat Tengku Imran masuk ke dalam banglonya mengundang kesepian. Masing-masing terkejut melihat tangan Tengku Imran menggenggam erat tangan gadis berwajah asli yang tidak mereka kenali itu. Spontan, Nadia menarik-narik tangannya daripada genggaman Tengku Imran. Namun, kudrat Tengku Imran jauh lebih kuat berbandingnya. Genggaman Tengku Imran kian erat.
“Trust me, dear!” Bisikan halus Tengku Imran menampar gegendang Nadia.
Berdebar-debar jantung Nadia. Dia terasa dilindungi daripada jelingan cemburu segelintir di dalam banglo itu. Bisikan para tetamu undangan kerap hinggap di telinga Nadia. Tengku Imran menarik Nadia ke sebuah pentas yang disediakan. Dia pantas mencapai sebatang mikrofon.
“A very good evening to all my guests! Hari ini, saya, Tengku Imran, ingin mengumumkan nama gadis kesayangan yang sudah lama bertakhta di hati saya. She is the girl beside me, Nadia Nur Kasih!!” Berita yang disampaikan oleh Tengku Imran mengundang tepukan gemuruh para tetamu. Nadia yang terpinga-pinga sejak tadi, turut terkejut. Terkejut sehingga tiba-tiba..
Bum! Nadia terkulai di situ. Dunianya menjadi gelap seketika. Suasana banglo Tengku Imran mula menjadi riuh..
XxxxXxxxXxXX
Nadia terpisat-pisat sendirian. Penghawa dingin yang entah berapa celcius itu memang mampu membuatkan bulu romanya tercengang-cengang. Dia berada di atas sebuah katil. Dia terperanjat.
“Mana ni? Argh!!” Nadia memicit-micit kepalanya yang diserang kesakitan bertubi-tubi itu. Tiba-tiba, pintu dibuka. Tengku Imran menatang sebuah mangkuk dan menuju ke arah Nadia. Nadia hanya melongo!
‘Dia? Dia buat apa kat sini? Oh my God!!’ Nadia berdetik.
“Makanlah, sayang. Ni bubur ikan..” Perkataan ‘sayang’ yang terpacul dari bibir Tengku Imran menjadikan Nadia ingat akan segala-galanya.
“Er.. nanti dulu.. er.. Tengku Imran, kenapa saya ada kat sini?” Sebenarnya, agak kekok juga untuk Nadia bercakap dengan Tengku Imran.
‘Macam mana nak cakap dengan kerabat diraja ni?’ Nadia mencongak-congak sendirian.
“Just now you fainted.. ni rumah saya.. tapi jangan risau.. saya tak buat apa-apa kat awak pun..” Spontan, bibir Tengku Imran mengukir senyuman nakal.
“Makanlah..” Tengku Imran menyuakan sudu kepada Nadia. Nadia tersipu-sipu malu.
“Er.. saya makan sendiri, Tengku Imran..” Nadia mencapai sudu itu dan menyuakannya ke dalam mulut.
“Ouch! Panasnya!” Tengku Imran lantas mencapai sehelai tisu dan mengesat mulut Nadia. Nadia terperanjat. Jantungnya berdegup sangat-sangat kencang. Yala.. jarak antara mukanya dan muka Tengku Imran hanya tinggal beberapa inci sahaja.
Nadia mengambil kesempatan itu untuk mengamati setiap inci wajah Tengku Imran. Kacak.. memang kacak. Tiba-tiba, perbuatan Tengku Imran terhenti. Pandangannya bertaut dengan pandangan Nadia. Gugup Nadia dibuatnya. Pandangan redup Tengku Imran menusuk ke dalam kalbunya.
“Er.. Tengku..”
“No more Tengku. Just call me Im!” Sebelum Nadia sempat menghabiskan kata-katanya, Tengku Imran bertegas.
“Er..ok..” Nadia masih tidak berani memandang Tengku Imran.
“Kasih..” Nadia memandang Tengku Imran. Kasih? Tidak pernah orang memanggilnya dengan panggilan “Kasih”. Tengku Imran ialah orang pertama dan orang terakhir yang menggunakan panggilan tersebut.
“Kasih, I love you.. awak sudi tak jadi teman wanita saya?” Suara romantis Tengku Imran menampar gegendang Nadia. Tersipu-sipu Nadia mengangguk. Tengku Imran tersenyum.
XxxxXxxx
Pihak media kini hangat bergosip tentang hubungan Tengku Imran dan Nadia Nur Kasih.
Hubungan mereka telah berlancar selama tiga bulan. Saban hari, senyuman manis pasti tergantung di bibir Nadia. Saban hari, dia pasti terbuai-buai dengan aksi romantis dan kejutan yang sering dilakukan oleh Tengku Imran. Bersama-sama dengan Tengku Imran memang mampu menggembirakan hatinya setiap hari.
Pon Pon Pon!!
Bunyi hon kereta pemandu Tengku Imran mematikan lamunan Nadia. Dia mengunci pintu pagar rumahnya dan menaiki kereta Tengku Imran.
“Hi, sayang. You are beautiful tonight!” Tengku Imran memuji kekasihnya.
“Terima kasih..”
XxxxXxxx
Kereta Mercedes Tengku Imran menuju ke sebuah restoran eksklusif. Restoran tersebut menyediakan masakan Barat yang mampu menggiurkan air liur setiap pelanggannya. Tempat tersebut memang kerap menjadi destinasi Tengku Imran dan Nadia.
“Kasih.. sebenarnya, selama ni.. where are your parents?” Pucat lesi wajah Nadia setelah mendengar soalan yang diusul oleh Tengku Imran itu.
“Kasih.. anything wrong?” Bimbang juga Tengku Imran melihat air muka Nadia yang pucat itu.
“Er.. tak de papela.. Er.. Im.. erm.. kenapa Im nak tanya??” Nadia tergagap-gagap sendirian. Dia sendiri pun tidak tahu asal-usulnya. Walau bagaimanapun, beberapa hari yang lalu, dia bertanya kepada uminya. Uminya berkata, barangkali dia anak luar nikah kerana jika tidak, masakan ibunya sanggup meninggalkannya di tepi jalan?
“Hmm.. Im cadang nak pinang Kasih..” Nadia tersentak. Pinang? Kahwin? Dia memang gembira. Namun, segala kegembiraannya lesap kerana asal-usulnya memang merupakan masalah utamanya kini.
“Er.. mereka.. dah mati..” Tengku Imran serba-salah.
“Oh.. sorry..” Tengku Imran tidak lagi mengungkit topik berkaitan dengan ibu bapa Nadia kerana bimbang Nadia akan terluka lagi.
XxxxXxxxXxxx
Surat khabar Metro, Berita Harian dan pelbagai jenis surat khabar tidak kira dalam bahasa apa, mencapai tahap penjualan terlaris hari ini.
TENGKU IMRAN dan ANAK LUAR NIKAH??
ANAK LUAR NIKAH TERHEGEH-HEGEH!!
TENGKU IMRAN TERTIPU!!
APAKAH TINDAKAN TENGKU IMRAN SETERUSNYA??
ANAK LUAR NIKAH – DASAR PEREMPUAN TIDAK TAHU MALU!!!
Tajuk utama yang terpampang di setiap dada akhbar memang menarik perhatian ramai. Sepanjang hari, Tengku Imran dikejar wartawan ke sana ke mari. Tengku Imran tidak mahu menyatakan sebarang komen atas berita tentang asal-usul teman wanitanya itu. Ayahandanya, Tengku Mahadi menjadi marah kerana telah mencemarkan nama baik kerabat diraja. Kata Tengku Mahadi lagi, kerabat diraja mestilah berkahwin dengan kerabat diraja juga. Kalau tidak pun, berkahwinlah dengan gadis yang berketurunan baik. Tengku Imran mengeluh. Dia sedar, dia mesti bertenang dan membuat keputusan yang tepat kini. Pada saat genting sebegini, ayahandanya dan bondanya menyuruhnya untuk memutuskan hubungan dengan Nadia. Tengku Imran menjadi serba salah. Dia menekan interkom di atas meja yang berukir emas itu.
“Ya, Tengku! Ada apa-apa yang boleh patik bantu?”
“Aturkan perjumpaan saya dengan Nadia Nur Kasih.. Saya nak jumpanya dalam masa satu jam dari sekarang! Privately!” Tengku Imran memberi arahan.
“Ya, Tengku!”
XxxxXxxxXxxx
Tengku Imran dan Nadia masing-masing mengunci bibir. Tiada butir bicara terbit dari mulut masing-masing.
“Tengku Imran, maafkan saya.. saya..”
“Kenapa awak nak tipu saya?” Tanpa memberi peluang kepada Nadia untuk menjelaskan kedudukan yang sebenarnya, menonong sahaja Tengku Imran mengujar soalan dengan nada yang serius.
“Saya.. sebenarnya, saya pun tak tahu siapa ibu bapa saya.. saya .. umi sayalah yang mengutip saya dari tepi jalan.. saya tak tahu pun ibu saya tu.. ibu.. ibu ayam.. saya..” Air mata mula gugur dari kelopak mata Nadia.
‘No sympathy, Imran!’ Tengku Imran bermonolog sendirian. Dia mesti memutuskan hubungan dengan Nadia walaupun pada hakikat yang sebenarnya, dia serba-salah. Namun, dia tidak mahu menjadi anak derhaka kepada ayahanda dan bondanya yang membesarkannya selama ini.
“Tengku Imran, saya pasrah. Saya tahu, asal-usul saya telah memalukan Tengku. Jadi, kita putus je.. Saya takkan salahkan Tengku..” Tengku Imran tersentak. Dia tidak dapat menahan rasa simpati yang menjalar di dalam tubuhnya. Saat itu, dia teringin sekali untuk memeluk gadis kesayangannya itu. Hatinya bagaikan dicarik-carik melihat tangisan Nadia Nur Kasih itu.
“Tengku.. terima kasih kerana menghadiahkan secebis memori yang manis kepada Nadia.. Nadia.. Nadia memang bersalah kerana tidak berterus-terang dari dulu.. Sorry.. Nadia pergi dulu..” Nadia terus berlalu dari situ apabila tidak mendengar sahutan daripada Tengku Imran. Dia sedar, dia tidak layak untuk bersama-sama dengan Tengku Imran. Dia sedar, asal-usul memang menjadi keutamaan menantu kerabat diraja.
Tengku Imran tersentak seketika. Tanpa disedari, air matanya mula gugur. Duka.. luka.. serba-salah.. kecewa.. simpati.. Segala perasaan bercampur aduk. Dia meraup mukanya.
‘Ya ALLAH! Tolonglah Tuhan! Tolonglah selamatkan hamba-Mu yang sedang kesulitan ini! Tolonglah..’ Tengku Imran berdoa sendirian. Duka yang menyentap tangkai hatinya tidak mungkin bertukar menjadi suka.. kecuali cintanya kembali. Cinta..
“Cinta.. I need you!” Tengku Imran bersuara perlahan.
XxxxXxxxXxxx
Tiga tahun berlalu…
Tengku Imran kini merupakan ahli politik yang ternama – tokoh korporat dan ahli perniagaan yang termashyur di negara Malaysia, bahkan dia mampu meluaskan cawangan perniagaannya ke luar negara. Setiap hari, Nadia Nur Kasih turut mengikuti setiap berita Tengku Imran. Gambar yang pernah diambilnya bersama-sama dengan Tengku Imran dulu, sering menjadi tatapannya sebelum tidur. Saban hari, mimpinya pasti ditakluk oleh wajah Tengku Imran.
Cinta… mampukah kedua-dua insan ini menjalinkan semula cinta mereka yang terputus dek asal-usul Nadia yang tidak seberapa itu??
XxxxXxxxXxxx
“Mahadi, Dayang rasa kan.. Im tu memang tak dapat lupakan Nadia la..” Bonda Tengku Imran, Dayang Bandan mengujar. Tengku Mahadi terdiam seketika. Sebenarnya, bukannya dia tidak memerhatikan raut wajah anaknya setiap kali nama Nadia terpampang di dada akhbar.
“Hmm.. jadi?” Tengku Mahadi ingin menduga isterinya itu.
“Er.. sebenarnya, apa salahnya kalau Im kahwin dengan Nadia tu? Lagipun, Dayang rasa Im tu tak pernah mencintai perempuan lain selama ini.. hanya Nadia je dalam hatinya..” Rasa simpati mula menjalar dalam tubuh Dayang Bandan.
“Macam mana pula dengan asal-usul?” Tengku Mahadi masih tidak habis-habisan menduga isterinya.
“Ala.. Mahadi ni tak sporting la.. asalkan Mahadi sendiri yang ‘keluar’, pasti tiada berita yang akan menulis bukan-bukan..” Tengku Mahadi terdiam. Dia tersenyum.
“Bijak la Dayang ni.. sebenarnya, Mahadi memang la tengah perhatikan.. Sekadar nak uji tahap cinta mereka.. Mahadi juga ada perhatikan Nadia tu.. dia langsung tak bercinta dengan orang lain.. rasa-rasanyalah.. mungkin peluang Mahadi untuk ‘keluar’ sekarang..” Dayang Bandan tersenyum gembira. Ini bermakna, hasratnya untuk meminang cucu akan kesampaian tidak lama lagi!!~
XxxxXxxxXxxx
“Duduk!” Tengku Imran lantas mengambil tempat di atas sofa empuk itu.
“Apa hal, ayah?”
“Im .. masih cinta Nadia ke?” Tengku Mahadi memprovok, sedangkan dia tahu, anakandanya ini masih mencintai Nadia.
“Er.. ya, ayah!” Tengku Imran berterus-terang. Dia tidak ingin menyembunyikan hakikat yang sebenarnya. Tambahan pula, ayahandanya memang seorang yang bijak. Masakan ayahandanya tidak dapat melihat?
“Boleh pinang Nadia.. pergilah.. ayah takkan halang..” Tengku Imran tersentak. Benarkah dia bukan sedang bermimpi? Benarkah ayahandanya yang selama ini menghalangnya bercinta dengan Nadia, menyuruhnya meminang gadis yang dirindui selama tiga tahun ini?
“Ayah.. Im.. terima kasih , ayah!” Tengku Imran lantas memeluk ayahandanya, erat~
XxxxXxxxXxxx
Suasana Pantai Morib lengang seketika. Samudera biru menampar-nampar tebing pantai. Pasir yang memutih di sepanjang pantai yang menghadap Selat Melaka itu, memukau mata yang memandang. Nadia menguak sedikit rambut yang melitupi dahinya itu. Dia mengunjungi Pantai Morib sekadar untuk menenangkan perasaannya yang kian berkocak itu. Perasaan cinta yang kian menggamit tubuhnya.
Perlahan, dia mencapai sebatang ranting dan bercangkuk di atas pasir. Ditulisnya slogan :
“Cinta, I need you! – Nadia - Kasih”
Sejurus itu, dia membaling ranting itu dan ia tersangkut di atas dahan pokok. Air matanya sudah kering. Setelah dia memutuskan hubungan dengan Tengku Imran tiga tahun yang lalu, air matanya tumpah lama. Namun, dia nekad untuk tidak menangis lagi. Dia sedar, walaupun dia menangis darah, Tengku Imran tidak akan kembali padanya.
‘Argh! Usah diingat!!’ Nadia cuba memujuk dirinya. Dia menyusuri tebing pantai. Ombak perlahan menampar kasutnya. Nasib baik, dia hanya memakai selipar hari ini.
XxxxXxxxXxxx
Entah kenapa, hati Tengku Imran tergerak ke Pantai Morib. Semalam, secara tidak sengaja, dia telah melihat pemandangan Pantai Morib melalui google search. Usaha untuk mencari Nadia terhenti seketika.
Tengku Imran lantas turun dari kereta. Dia menyuruh pemandunya tiba selepas dua jam. Dia ingin menenangkan perasaannya yang bercampur-aduk ketika ini. Ingin sahaja dia meraung untuk melepaskan geram di hatinya.
Tengku Imran melipat seluar slack hitamnya beberapa inci daripada tapak kakinya. Dia tidak mahu seluar slack hitam tersebut yang dihadiahi oleh Nadia, dikotori oleh pasir.
Semasa Tengku Imran tunduk untuk melipat seluar slack hitamnya itu, dia ternampak pasir yang diconteng. Perkataan Nadia mengocak Nadia-Kasih mengocak perasaannya. Lalu, pantas dia melilau keadaan di sekelilingnya. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja Nadia turut terpandang kelibat Tengku Imran. Masing-masing kaku di tempat sendiri. Mereka bagaikan sedang berada dalam dunia khayalan sendiri. Perlahan-lahan, Tengku Imran menuju ke arah Nadia. Nadia masih tidak bergerak. Air matanya tidak kering lagi.
“Don’t cry dear..” Tengku Imran mengujar perlahan. Dia mengesat air mata Nadia yang mengalir itu dengan hujung jarinya.
“Cinta, I need you..” Nadia tersipu-sipu malu. Sah! Tengku Imran ternampak slogan yang dicontengnya di atas pasir.
“Nadia.. I need you..” Nadia tersentak. Dia tersenyum keharuan. Kini, dia tidak akan sekali-kali melepaskan Tengku Imran pergi. Begitu juga sebaliknya. Tengku Imran memeluk Nadia erat. Kasih mereka yang terputus sejak tiga tahun yang lalu, kini kembali hangat.
“Nadia, kita pinang?” Perlahan-lahan, Nadia mengangguk. Senyuman lebar mengorak di bibir Tengku Imran.
Samudera yang biru menyamankan udara.. pasir yang memutih memukau mata.. awan yang putih menyejukkan suhu.. kasih yang terjalin.. kembali hangat.. ombak perlahan yang memukul tebing Pantai Morib, menjadi saksi kepada hubungan cinta ini..
Wahai pembaca, terima kasih kerana sudi membaca… Sila komen-komen dan sila lawat www.suancui.blogspot.com untuk e-novel dan cerpen lain yang saya karang..Bye bye!
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Wednesday, October 14, 2009
Cinta.. I need you.. - cerpen
Posted by jc at 9:02 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
best tpi ade smbgan x??
Buatlah sambungan lagi pasal asal usul nadia kasih takkan sampai kat tengku imran jumpa nadia kasih kat pantai tak bestlah macam tu.TAPI SAYA TETAP SUKA CERPEN NIE
membosankan. sorry.
Post a Comment