Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Tuesday, September 29, 2009

cerdik + comel = cinta 7

Amri Zainal memulas tombol wad Ayu Naliza. Cik Faznita, Rizal Amidin dan Amirul Dida telah pun terbuai-buai dengan mimpi masing-masing ketika ini.

‘Mujurlah dia tak apa-apa.. tapi..’ getus Amri Zainal perlahan sambil mengeluh. Dia terkenang butir bicaranya dengan Presiden Kelab WWJ.

**

“Amri.. awak kena jaga Naliza baik-baik.. sebab dia..” Cik Faznita tidak sampai hati meneruskan kata-katanya. Jantung Amri Zainal berdegup kencang. Di dasar lubuk hatinya, dia sempat mendoakan keselamatan Ayu Naliza.

“Dia apa, cikgu??” Amri Zainal menyoal. Namun, dia cuba menyembunyikan rasa cemasnya.

“Nyawa dia tu selamat.. tapi dia tak leh makan ikan, daging dan coklat lagi.. padahal itulah yang digemari..” Cik Faznita mengeluh. Berderau darah Amri Zainal tatkala mendengar berita tersebut. Dia berasa serba salah.

“Cikgu.. maafkan saya.. Saya..saya akan masuk Kelab WWJ ni..” Bersinar-sinar bola mata Cik Faznita. Sirna sedikit duka yang terpampang di wajahnya dek keadaan Ayu Naliza.

“Ya ke?? Terima kasih, Amri. Inilah hadiah yang paling berharga..” Cik Faznita terharu.

Senyuman merekah dari bibir Amri Zainal. Dia berlalu dari situ.

**

“Am.. Amri..” Kedengaran suara Ayu Naliza memanggil perlahan. Amri Zainal pantas menoleh. Dia tergamam.

“Er.. saya..” Tergagap-gagap suara Amri Zainal.

“Amri..argh..” Ayu Naliza mengerang kesakitan tatkala dia ingin bangun.

“Eh.. jangan bangun.. baring la betul-betul.. Karang kalau awak ada malapetaka.. siapa yang susah??” Amri Zainal membantutkan hasrat Ayu Naliza itu. Ayu Naliza mempamerkan secalit senyuman.

“A..air..” Amri Zainal bergegas ke luar bilik wad untuk mengambil air.

Tiba-tiba, dua orang lelaki yang sasa tubuh badannya melangkah ke dalam bilik wad Ayu Naliza. Ayu Naliza terperanjat.

“Siapa kamu??” soal Ayu Naliza cemas. Salah seorang lelaki tersebut mengambil sehelai sapu tangan lalu menutup mulut Ayu Naliza. Setelah lima saat berlalu, Ayu Naliza pengsan. Kedua-dua lelaki tersebut tersenyum puas. Tugas mereka hampir selesai. Mereka cuba memapah Ayu Naliza lalu membawanya pulang kepada ‘tuan’ mereka.

Sebelum mereka sempat melakukannya…

“Hoi.. lepaskan dia!!” jerkah Amri Zainal yang baru sahaja sampai di ambang pintu bilik wad Ayu Naliza. Gelas berisi air yang dipegangnya tadi lantas disimbah ke arah muka salah seorang penculik Ayu Naliza. Kedua-dua penculik itu melepaskan tawanan mereka. Ayu Naliza terjelopok. Amri Zainal bertindak pantas. Dia menendang dan menumbuk perut kedua-dua penculik tersebut. Gari tangan dikeluarkan dari sakunya. Dia lantas menggari kedua-dua tangan penculik tersebut.

Ketika itu, dua orang polis sampai di tempat kejadian. Mereka tergamam. Persoalan yang sama menerjah benak fikiran kedua-dua orang mata-mata itu. Amri Zainal yang tahu apa yang berlegar di dalam minda rakan sekerjanya itu lantas menunjukkan dompetnya. Kad pengenalannya sebagai seorang polis ditunjukkan.

“Oh.. tuan..” Kedua-dua orang polis tersebut menyahut serentak.

“Jangan panggil saya tuan.. Tangkap kedua-dua orang ni..” Amri Zainal mengunjukkan jarinya ke arah kedua-dua penculik yang kini sudah pengsan dek dibelasahnya tadi.

“Baik, tuan..” Kedua-dua orang polis tersebut lantas memapah dua orang penculik itu.

“Er.. pengenalan saya terpaksa dirahsiakan.. Jangan bagitau siapa-siapa.. faham??” Sebelum dua orang polis tersebut berlalu, Amri Zainal sempat berpesan.

“Yes, sir!!” Kedua-dua orang polis tersebut akur pada arahan rakan sekerjaya mereka yang pangkatnya jauh lebih tinggi.

Setelah memastikan kelibat kedua-dua orang polis tersebut hilang di sebalik pintu bilik wad Ayu Naliza, Amri Zainal lantas memapah Ayu Naliza ke atas katil dan menekan loceng kecemasan untuk meminta kehadiran doktor dan jururawat.

‘Keadaan Naliza semakin bahaya!! Masya-ALLAH!!!’ getus Amri Zainal perlahan. Dia meraup mukanya.

0 comments: