Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Friday, November 6, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 9

Kapal terbang 747-400 Series MAS dari Amerika Syarikat telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Seorang lelaki kacak, dengan memakai kaca mata hitam dan kot berwarna hitam, mengundang jelingan manja beberapa orang gadis berhampirannya. Zakry berjalan penuh bergaya menuju ke arah pintu utama KLIA. Pembantu peribadinya meletakkan bagasinya di dalam bonet kereta BMW 7 Series milik korporat muda, Putra Zakry bin Dato’ Kamarul.

Syarikat Kamarul Holdings kini semakin gah di persada antarabangsa setelah syarikat tersebut diterajui oleh Zakry. Zakry merupakan lepasan College of Business, Southern Illinois University, Carbondale, Amerika Syarikat. Setelah menimba ilmu di negara asing, Zakry bersetuju untuk mewarisi perniagaan ayahnya, Dato’ Kamarul. Kereta BMW 7 Series itu meluncur pergi dari pintu utama KLIA.

xXXXxXXXxXXX

Sebuah labtop berwarna hitam diletakkan di atas coffee table yang disediakan di Hotel Sheraton, Subang, kediaman Zulkarnain sekarang. Windows Live Messenger yang dibuka oleh Zulkarnain, berbunyi – menandakan salah seorang kenalan Zulkarnain sudah sign in ke dalam Windows Live Messenger. Mata Zulkarnain tercantap pada nama kenalannya yang baru sahaja sign in sebentar tadi.

“Putra Zakry..” Zulkarnain berkata perlahan. Kemudian, bibirnya mengorak senyuman lebar. Zulkarnain lantas menghantar mesej kepada Zakry melalui Window Live Messenger.

Zul : Hey, buddy!! How are you?

Zakry : Fine. You?

Zul : Fine too!! Oh.. tak leh caya sekarang aku nie..

Zakry : Tak leh caya apa benda pulak?

Zul : Tak leh caya yang aku ni sedang communicate ngan tokoh korporat, Putra Zakry!

Zakry tersengih lebar.

Zakry : Ada-ada saje awak ni.. awak pun tak kurang hebat lah! Bukak syarikat sendiri.. Zulkarnain Holdings..

Zul : Tapi.. saham Kamarul Holdings lebih tinggi kan?

Zulkarnain cuba memprovok ‘rakan sepermainannya’ itu. Dulu, Dato’ Sabri dan Dato’ Kamarul merupakan rakan karib dalam dunia perniagaan. Namun, kini kedua-duanya sudah pun tua. Masing-masing menyerahkan bisnes kepada anak sulung, Zulkarnain dan Zakry. Bukan itu sahaja, semasa bangku sekolah menengah, Zakry dan Zizuan memang merupakan brother. Walaupun Zakry dan Zizuan bukan merupakan ‘brother’ kandung, mereka tetap macam adik-beradik kandung. Zulkarnain pula lebih senior daripada adiknya dan Zakry. Oleh itu, Zulkarnain terlebih dahulu melangkahkan kaki ke menara gading.

Zakry : Zuan cam ne sekarang?? Lama tak cari dia..

Zul : Alah.. dia tu.. masih ngan Nurin la.. bukak cawangan kat Sintok pun.. sebab Nurin.. dah kemaruk dah budak tu.. tapi baik-baik jugak la.. more matured than last time.. tapi dia tu asyik je complain yang awak tu sibuk.. mentang-mentang la awak tu brother dia.. brother yang lebih ‘real’ daripada brother kandung ni..

Zakry tersentak. Nurin?? Mindanya pantas dihiasi oleh wajah Zaza, gadis pertama dan terakhir yang dicintainya.

Zakry : Sorry la.. aku balik dari AS ni pun.. cadang nak jumpa brother aku tu..tapi awak jangan la cemburu.. rasa-rasanya, Zuan lebih sayangkan awak kan..

Zul : Alah.. aku ni pun bukannya budak kecik.. so.. dah sampai Malaysia??

Zakry : Ya.. nak jumpa?? Rindu pulak kat awak dan Zuan..

Zulkarnain mencongak seketika. Jumpa? Baginya, memang tiada masalah. Namun, bagaimana dengan Zizuan? Lamunan Zulkarnain mati apabila dia menerima ‘nudge’ daripada Zakry.

Zul : Boleh. .tapi Zuan tak leh.. dia tu sibuk.. baru bukak cawangan baru kat Sintok.. utara Semenanjung pulak tu..

Zakry : Oh.. tak pe la.. tapi awak boleh tak??

Sesungguhnya, Zakry menyimpan harapan yang tinggi untuk berjumpa dengan Zulkarnain. Dia berkira-kira untuk bekerjasama dengan syarikat Zulkarnain. Walaupun saham syarikat ayahnya lebih tinggi daripada saham syarikat Zulkarnain, dia rasa, kebaikan melebihi keburukan jika dia bekerjasama dengan Zulkarnain Holdings.

Zul : No problem!!

Kata putus Zulkarnain itu mengundang senyuman Zakry yang meleret di bibirnya.

XxxxXxxxXxxx

Makanan buffet yang disediakan di Hotel Sheraton, Subang, dijamah oleh Zulkarnain. Pagi itu, dia bangun awal untuk mengerjakan solat subuh. Selesainya bersolat, dia turun untuk mengalas perutnya. Selepas ini, dia akan berjumpa dengan Tan Sri Mazi, tokoh korporat yang terkenal dan gah di persada antarabangsa dengan syarikat hartanahnya, untuk menyainkan kontrak antara syarikat hartanah Tan Sri Mazi dengan Zulkarnain Holdings.

XxxxXxxxXxxx

“Selamat sejahtera, Tan Sri Mazi..” Zulkarnain mengucapkan selamat kepada rakan seperjuangan ayahnya, Tan Sri Mazi.

“Salam sejahtera.. Zul.. tak payah la panggil Tan Sri.. panggil je Pak Mazi… kan lebih mesra..” Tan Sri Mazi memang tidak menggemari panggilan anak kepada rakan seperjuangannya itu.

“Ya.. Pak Mazi..” Tan Sri Mazi tertawa senang.

“Zul, pak cik pun dah fikirkan tentang kontrak tu..” Tan Sri Mazi sengaja melengah-lengahkan katanya. Dia ingin menduga sejauh mana keseriusan Zulkarnain.

“Oh.. Syukurlah, Pak Mazi.. Apa-apa pun, Zul harap Pak Mazi setuju..” Kata Zulkarnain penuh mengharap. Dengan adanya kontrak daripada Syarikat Hartanah Mazi, Zulkarnain yakin bahawa syarikatnya, Zulkarnain Holdings, pasti akan maju.

“Bagus-bagus.. Sebenarnya, Pak Mazi saja nak duga Zul.. orang muda-muda macam Zul ni.. kalau bersungguh-sungguh macam ni.. memang akan mencapai kejayaan besar hari muka nanti.. Ingat ye Zul.. jangan hampakan Sabri dan Pak Mazi!” Tan Sri Mazi menasihati Zulkarnain sambil menepuk-nepuk bahunya. Zulkarnain mengangguk sambil tersenyum senang. Kepuasan mula menular dalam dirinya.

XXXXXXXXXXXX

0 comments: