Majlis perkahwinan Zulkarnain dan Zaza hanyalah tinggal seminggu sahaja. Fatin gembira bukan kepalang. Walaupun dia tahu, dia akan meninggal tidak lama lagi, dia tetap berasa bahagia kerana berjaya menghabiskan masa bersama-sama lelaki yang dicintai pada hari-hari akhir hidupnya. Dato’ Sabri , Datin Nasrul dan Puan Suziana turut sibuk mengedar kad jemputan dan membuat persediaan untuk majlis perkahwinan anak mereka.
Bagaimana dengan Zaza? Walaupun Zaza tampaknya ceria, gelodak jiwanya hanya diketahui dirinya sahaja. Segala perasaannya dipendam di dasar lubuk hatinya. Walaupun dia tampak tidak kisah akan perkahwinan itu, perasaannya turut tergores. Masakan dia tidak berperasaan? Lelaki yang paling dicintainya akan diijabmakbulkan dengan perempuan lain dalam masa seminggu lagi. Sudah tentu hatinya serba sedikit turut akan tercalar. Namun, rasa simpati dan empatinya mengatasi segala-galanya. Dia sentiasa memujuk dirinya bahawa perkahwinan itu hanyalah lakonan semata-mata, lakonan yang tidak diketahui oleh Fatin.
Sama-sama menjejak mimpi..
Sama-sama mencari dan menanti..
Segalanya direstui cinta sejati..
Deringan lagu “Mulanya Di Sini” oleh Freedom mematikan lamunan Zaza.
“Hello..”
“Zaza, boleh temankan saya gi beli baju pengantin tak?” Suara Zulkarnain menjamah gegendang telinga Zaza. Semenjak Fatin dipinang, Zulkarnain telahpun menukarkan panggilan “sayang” ataupun “Za” kepada “Zaza, malahan Zulkarnain turut membahasakan dirinya dengan “saya”, bukan “abang” lagi.
“Er.. Fatin tak leh gi ke??” Sebenarnya, dia bukannya sibuk pun. Cuma, masakan dia mahu memilih baju pengantin untuk Fatin? Bukannya dia pengantin pun. Jika ibu Fatin tahu, apa kata beliau? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong pulak..
“Zaza, Fatin sakit.. lagipun umi ngan abah pun setuju kalau Zaza temankan saya pergi..” Setelah berfikir panjang, Zaza setuju dengan cadangan Zulkarnain itu. Tambahan pula, dia memang kemaruk merindui lelaki itu. Sudah lama dia tidak menjamah wajah Zulkarnain dengan sepasang
mata bundarnya.
xxxxx
Kedai Baju Pengantin Mak Andam yang terletak berhampiran dengan KL Sentral menjadi destinasi Zulkarnain dan Zaza. Mereka berjalan seiringan dan masuk ke dalam kedai itu. Pelbagai jenis baju pengantin yang tergantung pada penyangkut. Semuanya unik-unik belaka. Tiba-tiba, hati Zaza diulit rasa cemburu. Cemburu kerana pengantin perempuan yang akan bernikah dengan Zulkarnain ialah Fatin, bukan dirinya. Rasa menyesal mula menyelubungi dirinya, menyesal kerana bersetuju untuk menemani Zulkarnain memilih baju pengantin.
“Zaza.. jom gi bahagian sana.. lagi banyak!” Zulkarnain mempelawa. Namun, dia tidak menarik lengan Zaza. Maklumlah, dia bukan teman lelaki Zaza buat sementara. Bagi mengelakkan sebarang fitnah timbul, Zulkarnain dan Zaza harus menjaga batas pergaulan mereka. Dulu, Mikki dan Ahmad pernah bertanya, apa yang telah terjadi pada hubungan mereka?? Tiada jawapan yang menjawab pertanyaan Mikki dan Ahmad itu. Zulkarnain dan Zaza malas ingin mengulas tentang hubungan mereka. Jadi, persoalan itu dibiar berlalu dengan sepi.
xxxxx
Zulkarnain terpegun seketika. Keayuan Zaza itu memukau mata yang memandang. Tidak berkelip matanya merenung Zaza. Zaza yang menyedari perlakuan Zulkarnain itu berdehem seketika. Lamunan Zulkarnain mati. Dia tersengih-sengih untuk menutup kesilapannya itu. Zaza juga agak terpukau dengan kesegakan Zulkarnain yang mengenakan baju Melayu kuning itu. Maklumlah, baju pengantin! Baju kurung yang dikenakannya itu memang secocok benar dengan baju Melayu yang dikenakan oleh Zulkarnain. Terselit sebilah keris di pinggang Zulkarnain. Lagaknya seperti seorang pahlawan yang berjuang di medan perang!! Zaza tersenyum-senyum sendirian. Sudah jauh dia mengelamun..
“Cantik la anda dua orang pakai.. memang secocok..” Seorang jurujual yang tidak tahu-menahu tentang hubungan Zaza dan Zulkarnain itu memuji. Zaza terasa ingin menangis saat itu.
“Kami bukan pengantin.. Saya bukan isteri dia..Saya cuma tolong pilih baju je..” Zaza menjelaskan. Namun, Zulkarnain diam sahaja. Tidak menafikan, tidak juga mengiyakan.
“Er.. maaf..” Jurujual itu tersengih-sengih sambil tersipu-sipu malu, malu dek keterlanjurannya tadi.
“Zaza, ambik yang ni ya! Cantik awak pakai..” Zulkarnain memuji.
‘Cantik nak buat apa? Minggu depan bukannya aku yang pakai..’ Hati Zaza mula membebel sendirian. Kesedihannya cuba dipendam. Biarlah dia seorang sahaja yang merana. Dia tidak kisah tentang perasaannya. Apa yang penting, Zulkarnain dan Fatin akan hidup bahagia. Tiada kekesalan buat Fatin yang kemungkinan besar akan meninggal selepas tiga bulan.
“Zaza..” Zulkarnain bersuara, mematikan lamunan Zaza.
“Er.. okay!” Malas benar Zaza membantah. Dia faham benar akan sikap Zulkarnain itu. Lagipun, jika dia membantah, dia bimbang Zulkarnain akan berasa serba-salah dan keputusannya untuk berkahwin dengan Fatin akan tergoyah.
Walaupun Zaza amat mencintai Zulkarnain, dia tidaklah jahat sehingga mengharapkan rumah tangga yang bakal dibina oleh Zulkarnain dan Fatin akan runtuh. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan dua insan itu. Itulah sikap Zaza, sentiasa mengabaikan kepentingan diri sendiri demi kepentingan orang lain.
xxxxx
Sepanjang malam Zaza tidak dapat melelapkan matanya. Apa yang telah terjadi? Biasanya, dia pasti akan lena sebaik sahaja kepalanya menyentuh bantal kesayangannya itu. Namun, sebaliknya terjadi hari ini. Esok, majlis perkahwinan Zulkarnain dengan Fatin akan berlangsung. Sebab itukah dia tidak dapat tidur?? Dia memalingkan tubuhnya, menghadap dinding bilik tidurnya itu. Air matanya mula mengalir perlahan-lahan. Hatinya berkecai, bagaikan dihiris perlahan-lahan.
‘Ya ALLAH, tolonglah tenangkan perasaan hamba-Mu ini. Tolonglah kikiskan perasaan cinta hamba-Mu ini. Tolonglah kurangkan penderitaan hamba-Mu ini.. ya Allah!!’ Zaza berdoa kepada Tuhan, memohon untuk memperoleh sedikit ketenangan. Air matanya merembes keluar. Hampir seluruh bantalnya basah, dek penderitaan yang dialaminya saat itu..
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Sunday, December 20, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 24
Posted by jc at 8:06 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment