Akhirnya, setelah sepuluh hari berada di Guilin dengan keluargu, aku akan pulang ke Malaysia, tanah airku, pada hari ini. Mujurlah.. Jika tidak, entah bila selsemaku akan sembuh. Semuanya gara-gara cuaca Guilin yang tidak menentu. Sekejap panas, sekejap sejuk. Jadi, orang yang kesihatannya lemah sepertiku, mudahlah menjadi sakit. Sambil memegang sebuah novel yang bertajuk “Lasykar Pelangi”, aku mengambil tempat duduk di bangku yang tersedia, di Lapangan Terbang Guilin ini. Sekali-sekala, kedengaran bunyi batukku. Sekarang, ibu bapaku sedang membeli mi segera di kedai runcit lapangan terbang ini.
Tanpa kusedari, seorang lelaki, berkaca mata, kemungkinan sebaya denganku, mengambil tempat duduk bertentangan denganku. Hatiku mula tergerak untuk mengamati wajahnya. Aku, yang sudah biasa mengikut kata hatiku, mengalihkan perhatianku daripada buku karya penulis Indonesia, kepada jejaka yang sedang duduk bertentangan denganku itu. Tatkala aku mengamati wajahnya, dia tiba-tiba sahaja mendongak, merenungku. Aku pantas membaca semula novelku. Rasa malu kian menebal dalam diriku. Sumpah! Aku tidak pernah berasa sedemikian. Tidak pernah aku berasa malu sedemikian bila berhadapan dengan insan yang bernama lelaki.
Apa yang telah terjadi kepada diriku ini?? Sudah gilakah aku? Ataupun… aku sudah jatuh cin.. Argh!! Aku tidak sanggup menghabiskan detikan hatiku itu. Tidak! Aku tidak akan jatuh cinta! Itulah prinsip yang dipegangku selama ini sejak berada di bangku sekolah menengah. Itulah juga, pesanan yang sering terpacul dari bibir ibuku, bapaku. Aku harus menumpukan perhatian terhadap pelajaranku sekarang! Aku mula mengingatkan diriku.
Naluriku mula mendesak diriku, untuk merenung jejaka itu sekali lagi. Namun, keberanianku terbatas. Aku takut, aku bimbang, jika jejaka itu turut merenungku pada masa yang sama, alangkah malunya aku! Aku tidak sanggup untuk menghadapinya untuk kali kedua! Tidak!! Aku mengamati bait-bait kata yang terpapar di hadapanku, pada halaman novel yang kupegang kini. Ternyata, tumpuanku bukan pada novelku. Ruangan mindaku, hanya terisi dengan seraut wajah jejaka berkaca mata itu.
Jejaka itu, tampak berkarisma. Dengan kaca matanya, dia seperti orang bijak pandai! Argh! Sejak bila aku menilai seseorang melalui paras rupa? Ini bukan diriku yang sebenar!
“Sayang..” Ibuku mula mendapatkanku. Aku menutup novelku itu, melemparkan sebuah senyuman yang manis buat ibuku.
“Mammmii..” Aku bertutur manja. Sesungguhnya, aku amat-amat cintakan ibuku. Pada pandanganku, ibuku, ibu yang terbaik di dunia ini. Aku amat-amat bertuah. Sering kali, aku memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana mengurniakan aku, sepasang ibu bapa yang baik!
“Sayang, nak makan roti tak?” Bapaku pula, mula bersuara. Kedua-dua mereka mula mengambil tempat duduk di sebelahku, aku pula, macam sandwich, berkepit di antara mereka!
“Daddy makan dulu lah!” Aku berkata kepada bapaku. Tiba-tiba, sebuah pengumuman mematikan perbualan kami. Kini, tibalah waktu kami untuk berlepas ke Malaysia! Yahoo!! Aku tidak sabar ingin kembali ke rumahku! Buat seketika, aku mula melupakan jejaka yang duduk bertentangan denganku itu.
xxxxx
Berbanding dengan Guilin, cuaca di Malaysia memang bagaikan langit dengan bumi. Walaupun sekarang merupakan musim tengkujuh, Malaysia tetap lebih panas, lebih lebih panas dari Guilin. Namun, aku tetap cintakan Malaysia. Tidak ingin aku menetap di Guilin. Walaupun pemandangan di Guilin indah nian, cuaca di sana memang tidak sesuai bagiku.
Aku turun dari kapal terbang Malaysia Airlines Berhad, kemudian mula menapak masuk ke dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sementara menunggu ibu bapaku mengambil bagasi kami di tempat yang disediakan, kelibat jejaka berkaca mata tersebut, mula kelihatan lagi. Aku terkejut seketika. Tidak menyangka bahawa rupa-rupanya, dia menaiki kapal terbang yang sama denganku.
Aku mula berpura-pura tidak melihatnya. Aku tidak ingin mendera perasaanku lagi. Aku berdiri, mula membaca semula novel “Lasykar Pelangi”. Dari ekor mataku, aku ternampak, dia sedang berjalan, menuju ke arahku. Walaupun aku mula menjadi tidak keruan, aku cuba berlagak tenang dan selamba – seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dia melintasiku, dia seperti tidak pernah mengenaliku, langsung tidak memandangku. Hatiku mula menjadi sakit, aku lantas berlalu dari tempat yang kuberdiri tadi. Aku mendapatkan ibu bapaku, tidak ingin mempedulikan jejaka berkaca mata itu lagi.
Seketika kemudian, aku mula berfikir. Sebenarnya, dia tidak mempedulikanku, aku tidak berhak untuk sakit hati juga. Apa hubungannya denganku? Masakan dia ingin memandangku walaupun dia pernah melihatku di lapangan terbang Guilin, aku mula berfikir.
‘Selamat tinggal, jejaka kaca mata!’ Aku bertutur sebak, pada diriku ini. Adakah aku akan menemuinya selepas aku meninggalkan KLIA hari ini? Biarlah takdir yang menentukan segala-galanya.
xxxxx
Setelah menikmati cuti semester akhir tahun selama tujuh tahun, aku mula kembali ke sekolahku, menemui rakan-rakanku yang aku rindui selama ini. Tahun ini, aku harus menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaranku kerana Penilaian Menengah Rendah, akan aku hadapi pada akhir tahun ini.
Aku menepati janjiku, mengambil tempat duduk bersebelahan dengan rakan baikku, Niza sebaik sahaja menapak masuk ke dalam kelas pertama Tingkatan Tiga sekolahku.
“Eh.. dengar kata, hari ni ada budak baru la, Min!” Aku mengerutkan dahiku, mencongak-congak kata-kata Niza. Budak baru? Langsung tiada orang memaklumkanku.
“Budak baru? Sape??” Niza menjongketkan bahu, tidak tahu. Aku tergelak halus. Tak tau, pun nak bagitau aku.. Niza ni..
“Eh.. tu tu.. dah datang..” Suara Niza mula menampar gegendang telingaku. Aku mendongak, melihat budak baru yang dimaksudkan oleh Niza itu. Tatkala seraut wajah jejaka tersebut dijamah sepasang mataku, aku terperanjat seketika. Je… jejaka itu.. jejaka itu!! Aku gembira bukan kepalang!! Rupa-rupanya, jejaka kaca mata itu merupakan budak baru yang akan belajar denganku tahun ini!!!
Niza menyiku aku beberapa kali.
“Apa???” Aku bertanya, berpaling kepada Niza. Dia kelihatan seperti terlopong.
“Hensem la mamat ni!” Niza mula memuji. Matanya tidak lekang memandang jejaka kaca mata itu. Aku sekadar menggeleng-gelengkan kepalaku, melihat telatah Niza yang sudah aku sedia maklum itu.
Walaupun aku akui, jejaka berkaca mata itu memang hensem.. tapi masakan aku hendak mengakuinya? Apa kata Niza nanti? Aminah yang selama ini tidak pernah ‘memandang’ lelaki, memuji jejaka berkaca mata itu hensem? Tentu Niza akan mengusiknya setiap kali. Aminah menjadi takut tatkala mengenangkan saat yang akan tiba itu jika Niza mengetahui perasaannya terhadap jejaka berkaca mata itu.
“Hoi!!” Niza menyergahku. Adess!! Macam mana sekarang? Aku mengelamun pula tadi.
“Apa??” Aku buat-buat selamba.
“Awak..” Niza tidak sempat menghabiskan kata-katanya tatkala guru kelas kami mula menapak masuk ke dalam kelas 3A.
“Okay.. kelas bangun!” Guru kelas kami mengarah.
“Selamat pagi cikgu!!” Suara setiap pelajar kelas 3A mula bergema.
xxxxx
Sudah seminggu musim persekolahan Tingakatan Tigaku berjalan. Segala-galanya berjalan lancar. Aku yang telah mengulang kaji pelajaran pada cuti semester akhir tahun yang lalu, tidak menghadapi sebarang masalah apabila guru-guru mengajar kami tentang bab-bab Tingkatan Tiga yang baru. Tidak seperti sesetengah pelajar yang langsung tidak bersedia, alamatnya mereka terkial-kial tatkala beberapa guru mengemukakan soalan.
Hari ini, Niza tidak hadir. Semalam, dia telah memesanku untuk memberitahu guru kelas kami. Dia tidak dapat hadir ke sekolah hari ini kerana datuknya telah meninggal. Agak sayu nada suaranya semalam di corong telefon. Aku pun, turut berasa sedih dan hiba bagi pihaknya. Salam takziah telahpun kukirim padanya.
Langkahku dituju ke bilik guru sesi pagi. Aku ingin mencari guru kelasku, untuk memaklumkannya tentang ketidak hadiran Niza pada hari ini. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik guru, kelihatan jejaka berkaca mata yang turut dikenali sebagai Azim, sedang bercakap dengan guru kelas kami.
“Min, ada apa-apa masalah??” Suara guru kelasku, Puan Maziah, kedengaran. Aku, yang ingin berlalu dari situ, tidak dapat memenuhi hasratku tika ini. Terpaksalah aku mendekati Puan Maziah, sekali gus Azim.
“Cikgu, hari ni Niza tak hadir.. sebab atuk dia meninggal..” Aku memberitahu guruku.
“Oh.. so sorry to hear that.. tak pe.. awak suruh dia.. jangan sedih sangat ya.. kirim salam takziah kat dia..” Guruku berpesan padaku. Aku mengangguk, kemudian tersenyum. Dari ekor mataku, aku dapat melihat, Azim sedang merenungku. Hatiku berdegup kencang. Aku lantas berlalu dari situ, bimbang untuk menjadi ‘mangsa’ renungan tajamnya itu.
Baru seminggu Azim berada di sekolah barunya, popularitinya boleh dikatakan melebihi aku. Dia semakin popular, terutamanya dalam kalangan perempuan. Niza, turut meminatinya dalam diam. Setiap kali Niza bertembung dengannya, dia pasti mengheretku berlalu dari situ. Oleh itu, aku sering kali berusaha untuk melupakan jejaka ini. Aku tidak akan merampas jejaka idaman rakan baikku! Tidak!
Azim memang pelajar yang pintar. Niza berkata, setiap kali, Azim pasti akan mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di sekolah lamanya. Tambahan, sekolah lamanya merupakan sekolah yang ternama di kota metropolitan di Malaysia, Kuala Lumpur. Dalam bidang sukan pula, Azim sering kali muncul sebagai juara dalam acara perseorangan lelaki, badminton. Aku mula mengaguminya. Pendek kata, cintaku sejak pertama kali kami berjumpa, kian bercambah!
‘Min, awak dah gila ke? Sanggup rampas jejaka idaman Niza?’
‘Tak.. aku tak rampas.. dia suka Azim, aku pun suka!!!’
‘Tak, Min! Awak tak leh rampas jejaka idaman orang lain! Niza tu kawan baik awak!!!’
Suara hatiku mula bertelagah antara satu sama lain. Aku mula menjadi bingung. Aku menutup kedua-dua telingaku dengan telapak tanganku. Tidak ingin aku dikacau oleh suara-suara tersebut.
“Min.. awak okay ke??” Suara seseorang mula menyapaku dari belakang. Aku berpaling, jejaka berkaca mata!! Aku melepaskan telapak tanganku pada telingaku itu.
“Min..” Hatiku mula berkocak hebat, jiwaku mula bergelodak.
“Hah?? Er.. tak de apa-apa.. er.. saya pergi dulu..” Aku tergesa-gesa berlalu dari sisinya.
Langkahku dipercepat. Aku menyangka, dia akan mengejarku. Namun, sangkaanku meleset. Rasa kecewa mula menyelubungiku. Mengapa ya? Aku sendiri pun bingung!
xxxxx
Niza masih tidak hadir hari ini. Alamatnya, aku sendiri pergi ke kantin, menjamah sarapan yang disediakan oleh ibuku.
“Min, boleh saya duduk??” Aku tersentak. Suara itu.. aku kenali! Jejaka berkaca mata sedang menyapaku. Aku masih membatu, meneruskan suapan rotiku.
Tanpa disangka-sangka, dia terus mengambil tempat duduk di sebelahku. Degupan jantungku bagaikan terhenti. Namun, aku cuba berlagak tenang, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Min.. kenapa awak diam je? Can we be friends??” Dia bertanya. Aku menoleh, kemudian terdiam sekali lagi.
“Min.. saya tak faham.. kenapa awak diam saja.. awak tak ingat saya ke? Kita pernah jumpa.. kat lapangan terbang..” Aku tersentak. Tanpa disangka, dia turut mengingati perjumpaan pertama kami.
“Awak dah tersalah cari orang.. kalau awak nak tau, kenapa saya diam saja.. tanya saja salah seorang kawan awak.. mereka akan berikan awak jawapan yang pasti..” Aku bertegas. Aku mencapai tupperwareku, berlalu dari sisinya.
xxxxx
Sekarang, Azim fahamlah. Rupa-rupanya, gadis yang mencuri perhatiannya, merupakan gadis yang cool di sekolah ini. Rupa-rupanya, gadis itu memang anti sangat terhadap lelaki. Barulah Azim faham mengapa Aminah enggan melayani pertanyaannya.
“Eh, Zim.. awak minat eh si minah tu?” Rahmat bermain serkap jarang dengan rakannya itu. Azim sekadar membisu, tidak membalas serkap jarang sahabatnya. Sebaliknya, dia bertanya kepada dirinya. Adakah dia mencintai si minah itu? Tanda tanya mula berlegar-legar dalam ruangan mindanya.
xxxxx
“Min.. Min!!” Azim mengejarku, kemudian memaut lenganku. Aku terperanjat. Beraninya si mamat ni menyentuhku!! Aku mengetap bibirku, geram dengan gelagatnya.
“Lepaslah! Lepas!!!” Nada suaraku semakin nyaring. Perlahan-lahan, cengkaman Azim pada lenganku dilepaskan. Aku mendengus geram. Kemudian, aku menggosok-gosok lenganku yang sakit dek cengkaman Azim sebentar tadi.
“Sorry, sakit tak??” Dia bertanya pula. Aku membisu, enggan menjawabnya. Dia tu entah bodoh atau apa.. kalau cengkam kuat sebegini, tentulah sakit!! Sudah gaharu, cendana pula!!!
“Min.. saya ikhlas nak kawan ngan awak.. saya dah tanya Rahmat.. rupa-rupanya awak anti sangat ngan laki.. nape? Awak ada pengalaman pahit ke? Awak boleh share ngan saya, Min… saya memang ikhlas nak kawan ngan awak..” Dia bagaikan sedang merayuku, untuk menerimanya sebagai kawan. Aku menjadi serba-salah. Sebenarnya, aku tidak kisah sangat untuk berkawan dengannya. Cuma, aku bimbang, Azim akan diperkatakan oleh orang lain. Maklumlah, aku tidak pernah berkawan dengan lelaki. Jika aku menerima Azim sebagai kawan, orang lain pasti akan mengesyaki hubungan kami. Tambahan pula, Azim mempunyai ramai peminat perempuan. Lagi banyaklah desas-desus yang akan kedengaran nanti. Aku nekad untuk bertahan! Untuk tidak menerima si mamat ini sebagai rakanku!
“Maafkan saya, pelajar Azim.. awak harus faham.. saya tak biasa berkawan dengan lelaki.. lagipun awak pernah bertanya kat Rahmat.. saya ni memang anti sangat kat lelaki.. jadi.. prinsip yang saya pegang selama ni.. tetap akan saya amalkan sekarang! Tiada pengecualian even toward you!!” Aku bertegas. Sangkaku, dia akan meradang. Namun, dia ternyata cukup tenang dalam menghadapi ketegasan aku kini. Ketenangannya langsung tidak tergugat walaupun aku sedang berang.
“Even towards me? Maknanya saya ni special jugak lah?” Dia menjeratku, tersenyum sinis. Aku terkelu. Tidak menyangka lidahnya tajam sebegitu!
“I don’t care what you said! Jangan kacau saya lagi selepas ni!!” Aku lantas berlalu dari situ, meninggalkannya tanpa menghiraukannya. Entah mengapa, aku sering kali mengharapkan dia mengejarku dan memanggilku walaupun aku tidak mahu menghiraukannya. Hati lain, kaki lain!
xxxxx
Aku melepaskan penatku pada katil yang empuk itu. Tiba-tiba, sebuah mesej aku terima. Aku menerjah kotak inboxku. Sebuah nombor yang tidak dikenali telah mengirimkan pesanan ringkas kepadaku.
‘Hai..’ Mesej pertama berbunyi sedemikian. Aku tidak mempedulikan mesej tersebut. Tidak sampai lima minit, kotak mesej inboxku diisi lagi dengan sebuah mesej daripada orang yang sama.
‘Saya Azim.’ Aku tersentak. Tidak menyangka si mamat itu akan mengambil tindakan yang selanjutnya dengan mengirimkan mesej kepadaku.
Haruskah aku membalas mesejnya? Aku tidak tahu!! Tiba-tiba, telefonku berdering! Azim menelefonku! Aku terperanjat! Aku tidak menjawab panggilannya kerana malu untuk bercakap dengannya walaupun menerusi corong telefon. Namun, Azim tidak berputus asa. Telefonku berdering sebanyak lima kali. Kali keenam, aku menjawab panggilannya, teragak-agak. Sebenarnya, aku tidak ingin sangat menjawab panggilannya. Cuma, aku hanya mengenangkan bahawa dia bersungguh-sungguh ingin menelefonku. Sedikit sebanyak, naluriku ingin tahu, apa yang ingin diberitahu olehnya kepadaku.
“Hello..” Aku menjawab teragak-agak. Terketar-ketar tanganku memegang telefon Sony Ericsson ini.
“Min.. kenapa sekarang baru jawab panggilan saya?” Dia terus melemparkan soalan kepadaku, langsung tidak memberi salam!
“Hah?? Er.. er.. saya..” Aku tergagap-gagap. Malunya… Entah macam mana aku hendak berhadapan dengannya pada hari muka nanti!!!
“Min.. saya tahu.. awak anti sangat kat lelaki.. awak tak pernah berkawan dengan lelaki.. tapi mengapa? Kenapa awak tak nak kawan ngan lelaki? Jangan disebabkan perangai seorang lelaki yang pernah melukakan hati awak, awak anggap semua lelaki jahat.. Min.. mungkin awak benci saya.. saya tak tau.. tapi .. tapi sejak kali pertama saya jumpa awak, saya.. saya nak awak jadi.. jadi kawan saya, Min..” Sekali lagi, dia merayuku, supaya menerimanya sebagai kawanku. Aku mengeluh, geram benar! Dia ni tak faham bahasa betul, fikirku!
“Azim, awak..” Sudah berbuih-buih mulutku menasihatinya, agar jangan mengacau hidupku lagi! Namun, dia bagaikan tidak reti bahasa, langsung tidak mengendahkan teguranku itu.
“Min.. can we be friends??” Sekali lagi, pertanyaan yang pernah dikemukakannya dulu, menampar gegendang telingaku. Kali ini, aku tidak menolak, tidak juga menerima. Aku bingung sebenarnya. Aku ingin menerimanya sebagai rakan. Namun, aku bimbang akan desas-desus yang akan timbul nanti. Sukarnya perasaan ini ditafsirkan!
“Azim.. sebenarnya, saya nak terima awak sebagai kawan.. Cuma.. cuma saya takut nanti ramai yang cemburu, terutamanya fans awak.. nanti apa pula kata orang? Aminah yang selama ini, tidak pernah berkawan dengan lelaki, berkawan pula dengan Azim.. saya.. saya memang takut, Azim..” Akhirnya, isi hatiku terluah jua. Kedengaran Azim membisu seribu kata. Agaknya, dia sedang memikirkan kata-kataku sebentar tadi.
“Hmm.. awak kata, awak nak terima saya sebagai kawan.. tapi.. tadi awak kata pula, awak akan amalkan prinsip awak selama ini.. jadi, kiranya saya ni memang special la, Min??” Argh!! Sekali lagi, aku terjerat. Aku terkelu, sekali lagi – kehabisan idea untuk membalas kata-katanya yang sinis, yang selalu menjerat diriku ini.
“So.. am I really special in your heart??” Aku terdiam, tidak berani untuk membalas kata-katanya lagi, bimbang terjerat sekali lagi.
“Awak membisu.. so I take it as yes..” Dia memasang umpan. Aku ternganga.
“No!!” Aku cepat-cepat memberi respons. Harunya jika dia merasakan aku meminatinya. Walaupun aku benar-benar menyukainya, tidak mungkin aku akan mengakuinya.
Dia tergelak halus. Ingin benar aku mematikan telefon bimbitku kini. Namun, aku bimbang,
dia akan mengusikku selepas ini.
“Min, saya gurau je.. why are you so scared??” Dia menyindirku. Geramnya!!!
“Azim!!!” Jika dia muncul di hadapanku, ingin sahaja aku menendangnya, menamparnya!
“Okay! Okay!! Gurau je lah!! Sorry ya, Min..” Aku membisu. Kiranya, aku pura-pura merajuk!
“Min.. sorry.. I was just kidding just now.. I din’t mean it..” Dia memohon maaf daripadaku. Aku tersenyum, namun masih membisu. Entah mengapa, mendengar suaranya yang merayuku, aku amat puas! Sewel agaknya aku ni!
“Min.. sorry.. saya.. saya memang gurau je tadi.. Min..” Mendayu-dayu suaranya merayuku. Kesian pula dia sekarang pada pandanganku.
“Hmm.. saya tak marah sangat pun.. tak payah la mintak maaf macam nak mati..” Aku berkata.
“So.. kita leh kawan tak?” Sekali lagi, dia bertanya. Aku mengeluh, membisu seribu kata. Perkara ini, walaupun tampaknya tidak penting, tetapi ia amat penting pada seorang gadis yang bernama Aminah!
Aku berfikir. Entah mengapa, aku benar-benar ingin menerimanya sebagai kawan. Kalau boleh, sebagai.. sebagai kekasih? Argh!! Karut!! Aminah, sekarang masa belajar!! Bukan bercinta!! Sedang aku berperang dengan perasaan diri sendiri, Azim di seberang talian langsung tidak bersuara.
“Erm.. boleh..” Aku bersuara perlahan, tidak pasti.
“Betul ke, Min? Yes.. yes!! Yess!!!!” Dia seronok sehingga tahap ini. Pelik juga aku mendengarnya.
“Seronok sangat tu nape??” Dia tergelak, aku cuma tersenyum.
xxxxx
Sudah tiga bulan aku bersahabat dengan Azim. Sepanjang tempoh ini, memang banyak desas-desus yang timbul. Hubungan kami, walaupun bukan sebagai pasangan kekasih, orang lain tetap salah faham. Biarpun mereka tidak salah faham, mereka tetap tidak senang dengan hubungan kami terutamanya peminat Azim, pelajar perempuan di sekolahku. Setiap kali mereka bertembung denganku, mereka pasti akan menunjukkan reaksi tidak senang. Namun, demi persahabatan yang terjalin, aku bersabar. Tambahan, aku amat bersyukur kerana Niza tidak memarahiku. Sudah berkali-kali aku meminta maaf daripadanya. Namun, berkali-kali itu juga, dia menyatakan bahawa dia tidak kisah. Dia menyatakan, dia sudah tidak menyukai Azim dan sudah pun melupakannya. Namun, aku tahu. Itu bukan hakikat yang sebenar.
Azim pula, melayani aku, bukan seperti seorang sahabat, tetapi lebih kepada seorang kekasih. Walaupun dia tidak pernah melamarku untuk menjadi kekasihnya, aku dapat merasakan perasaannya terhadapku. Argh!! Sejak bila aku menjadi perasannn?? Namun, Azim melayanku dengan cukup baik! Sehinggakan rakan-rakannya turut mengesyaki hubungan kami. Namun, Azim tetap menyatakan hubungan kami hanyalah sebagai kawan. Aku akui, penjelasannya memang mengecewakanku. Namun, apalah dayaku?
Berkali-kali aku cuba mengingatkan diriku bahawa Azim sekadar menganggapku sebagai ‘teman tapi mesra’. Namun, perasaanku terhadap Azim.. memang sukar ditafsirkan. Aku menyukainya, sebagai seorang sahabat. Namun, aku turut mencintainya. Pernah terlintas dalam benak mindaku, untuk meluahkan perasaan cintaku ini terhadapnya. Ingin sekali aku memberitahunya bahawa aku telahpun jatuh cinta padanya sejak kali pertama kami berjumpa di lapangan terbang Guilin. Namun, aku bimbang, luahan isi hatiku akan menjejaskan hubungan kami.
Aku ternyata cukup menyayanginya, tidak sanggup untuk kehilangannya. Aku bingung. Aku cuba untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaranku, cuba untuk tidak berfikir tentang Azim. Namun, penangan cintanya memang kuat! Memang mampu memberi impak yang besar kepadaku!
xxxxx
Aku agak sedih, kerana keputusan peperiksaan percubaanku, tidak memuaskan. Aku mengambil lapan subjek. Namun, aku hanya mendapat 5A 3B. Itu bukan targetku. Selama ini, aku tidak pernah mendapat gred B dalam apa jua subjek. Kini, aku semakin lemah dalam subjek Geografi, Bahasa Inggeris dan Matematik. Entah apa yang merasukku. Matematik adalah subjek yang tersenang antara lapan subjek yang kuambil. Setiap jalan kiraku, telah salah. Namun, aku pelik. Semasa menjawab, aku telah memeriksa jawapanku sebanyak tiga kali. Ternyata, aku tidak mampu menumpukan perhatian terhadap pelajaranku. Terutamanya peperiksaan yang kuhadapi minggu lepas.
“Eh.. Min.. Min..” Kelihatan Niza sedang tercungap-cungap, menuju ke arahku. Aku terpinga-pinga. Tidak pernah aku melihat Niza cemas sebegitu. Aku bangun, lantas meluru untuk mendapatkannya.
“Niza, nape ni??”
“Min.. Azim.. Azim..” Dia cuba mengawal nafasnya yang semakin deras tika itu. Sementelahan aku pula, menjadi cemas tatkala nama Azim disebut oleh Niza.
“Min.. awak kena ada preparation..” Aku mula menjadi tidak sedap hati tatkala kata-kata Niza kedengaran.
“Ya la.. cakaplah.. nape ngan Azim??” Tidak sabar aku ingin mengetahui berita yang bakal disampaikan oleh Niza.
“Dengar kata.. Azim ada .. ada..” Niza tidak berani memandangku, sebaliknya dia terus menunduk. Aku keliru. Apa ni??
“Apa?? Dia ada apa??”
“Ada.. ada teman istimewa..” Hah?? Aku terperanjat, terkaku buat seketika. Aku amat pasti, teman istimewa Azim yang Niza maksudkan, sudah tentu bukan aku, kerana Azim langsung tidak meluahkan perasaannya terhadapku.
“Min..” Niza memaut lenganku, cuba memujukku. Dia sudah tentu faham tentang perasaanku sekarang.
“Si..siapa??” Aku bertanya perlahan.
“Mi..Mira..” Aku tersentak. Mira?? Namun, aku puas. Sekurang-kurangnya, aku tewas pada orang yang hebat. Siapa yang tidak kenal dengan Mira? Gadis yang cantik, aktif dan pintar. Memang padanlah dia dengan Azim.
“Min.. jangan sedih ya??” Niza tidak berhenti-henti memujukku. Yang pelik, Niza langsung tidak sedih. Mungkin, Niza benar-benar tidak menyintai Azim. Sekadar meminatinya sahaja.
Aku pula.. berasa sungguh sayu sekarang.. hatiku.. sudah tercalar. Ingin sahaja aku meluru kepada Azim, bertanya kepadanya. Mengapa dia tidak memilihku sebagai kekasihnya? Mengapa dia masih melayanku sebegini baik walaupun dia hanya menganggapku sebagai sahabat? Mengapa? Mengapa dia memberiku harapan, dan kini menghancurkannya pula??
Air mataku mula gugur setitik demi setitik. Rasa hiba mula menular dalam diriku, mencengkam hatiku, menggamit tulangku. Niza menepuk-nepuk bahuku, aku menoleh kepadanya. Aku tersenyum, menyeka air mataku. Kemudian, berlalu dari situ.
xxxxx
Setahun sudah berlalu. Hatiku masih tercalar. Parut yang Azim tinggalkan, masih belum sembuh. Aku sering menyibukkan diriku dengan pelajaran dan aktiviti-aktiviti koko, dengan harapan dapat melupakan Azim. Di sekolah baru ini, aku sering menyendiri. Aku hanya mempunyai beberapa orang sahabat. Itupun perempuan. Tiada lelaki yang akan aku terima sebagai kawan lagi. Cukuplah hanya Azim seorang.
Tahun lepas, selepas Niza memberitahu berita tersebut kepadaku, aku terus sahaja meninggalkan sekolah tersebut, datang ke sekolahku sekarang. Walaupun sekolahku sekarang hanyalah sekolah harian biasa, aku tetap berpuas hati, kerana dapat meninggalkan Azim. Walaupun aku tidak dapat melupakan Azim sepenuhnya, aku tetap bersyukur kerana tidak perlu berjumpa dengannya lagi selepas ini. Segala maklumat tentangku, telah pun ditukar. Contohnya, nombor telefonku, e-melku.. Cuma, aku masih tinggal di rumah yang sama.
Selain itu, usahaku dalam menyibukkan diri dengan pelajaran, ternyata memang berbaloi. Aku adalah antara pelajar terbaik di sekolahku, di negara Malaysia dengan keputusan Penilaian Menengah Rendahku yang cemerlang itu. Hasratku hanya satu kini, iaitu belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu bapaku kelak. Tentang cinta, perkara ini – tidak akan wujud lagi dalam hidup Aminah selepas ini!!!
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Monday, December 21, 2009
Hatiku yang Tercalar
Posted by jc at 8:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment