Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Wednesday, December 23, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 34

Langkah Zaza pantas dituju ke bilik pejabat Zulkarnain. Tangannya sedang memeluk beberapa fail penting yang perlu ditunjukkan kepada pihak atasannya itu. Dulu, semasa di masih gagal melupakan kisah cintanya dengan Zulkarnain, dia sering menyuruh Mikki, berjumpa dengan Zulkarnain bagi pihaknya. Namun, tidak lagi kini. Sejak Zakry menghadiahkan rantai kristal yang dipakainya sekarang, dia telahpun berjaya untuk melupakan kisah cinta tersebut secara perlahan-lahan. Walaupun bukan sepenuhnya, dia tetap bersyukur kerana Tuhan telah mengurangkan penderitaannya, mengurangkan air matanya. Tidak perlulah bantalnya menjadi span lagi, menyerap air matanya setiap malam!

Zaza pelik. Bilik pejabat Zulkarnain telah diketuk bertalu-talu. Namun, tiada orang yang menyahut ketukan tersebut.

“Cik Zaza..” Tiba-tiba, Ahmad menyapanya dari belakang. Zaza berpaling dan menghulurkan sebuah senyuman mesra.

“Ahmad, Encik Zul mana?”

“Oh.. Encik Zul tak datang hari ni..” Ahmad memberitahu. Berkerut-kerut dahi Zaza mendengarnya. Setahu dia, Zulkarnain tidak pernah mengabaikan hal syarikat ini. Apakah yang telah berlaku?

“Puan Fatin masuk hospital..” Ahmad berkata-kata setelah melihat reaksi Zaza itu.

“Hah??” Zaza ternganga.

“Kenapa pulak?” Dia bertanya lagi, sejurus itu. Ahmad sekadar menjongketkan bahu. Zaza tidak lagi bertanya, walaupun hatinya tertanya-tanya.

xxxxxxxxxxxxxx

“Doktor, macam mana keadaan isteri saya??” Zulkarnain bertanya cemas, setelah duduk di hadapan doktor yang merawat isterinya.

Doktor itu terdiam sejenak, membetulkan kaca matanya, meneliti dan membelek-belek laporan kesihatan Fatin seketika.

“Sebenarnya.. isteri encik sihat.. cuma dia demam sahaja.. jangan risau..” Zulkarnain menghela nafas lega. Lesaplah segala andaian negatif yang berlegar-legar dalam ruangan mindanya sebentar tadi.

“Jadi, bukan kesan sampingan pembedahan hari tu??” Zulkarnain bertanya.

“Bukan.. jangan risau..” Zulkarnain mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia sempat memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan, merahmati isterinya daripada segala keadaan yang tidak diingini. Zulkarnain mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut, lantas keluar dari bilik itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Jadi.. Fatin kena jaga kesihatan diri baik-baik tau.. beberapa hari ni, jangan bukak air-cond.. nanti tersejuk pulak.. tau tak??” Zulkarnain memesan, bertutur secara lemah-lembut kepada isterinya, disambut dengan anggukan lesu Fatin.

“Hmm.. Fatin rehatlah.. nanti abang datang lagi..” Zulkarnain membaringkan Fatin secara perlahan-lahan, menyelimutkan tubuh isterinya itu. Kemudian, dia mengucup dahi isterinya perlahan, menghulurkan sebuah senyuman yang manis dan ikhlas, buat isteri yang tercinta.

xxxxxxxxxxxxxxx

Zaza menghela nafas lega, memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan. Berita yang disampaikan oleh Nurin sebentar tadi, membawa kelegaan dalam dirinya. Mujurlah isteri Zulkarnain hanya demam.

Pon! Pon!! Zaza mematikan lamunannya. Dia bergegas menuju ke tingkap biliknya, ternampak sebuah kereta BMW 7 Series, tersadai di luar rumah teres satu tingkatnya itu. Dia tersenyum seketika. Dia lantas mencapai tas tangannya, mengunci pintu rumahnya.

“Hi!!” Zakry menyapanya ceria.

“Hmm.. agak tepat masa jugak awak ya!” Zakry tersenyum. Zaza mengikat tali pinggang keledar, setelah mengambil tempat duduk di sebelah Zakry. Belakangan ini, dia sering keluar dengan Zakry, untuk makan malam. Sebenarnya, dalam diam-diam, benih cintanya terhadap Zakry mula bercambah. Dalam diam-diam, dia mula belajar untuk menerima jejaka ini seadanya. Dalam diam-diam, dia mula belajar untuk melupakan jejaka yang dicintainya, Zulkarnain.

“Cantik la awak malam ni..” Zakry memuji.

“Maksud awak, selain malam ni, saya tak cantik lah?” Zaza berseloroh. Zakry tidak menjawab, kereta BMW 7 Seriesnya meluncur jauh, meninggalkan rumah Zaza.

xxxxxxxxxxxxxx

Zaza dan Zakry berjalan seiring, menyusuri pantai malam yang indah nian. Masing-masing membisu seribu kata.

“Argh!!” Tiba-tiba, Zaza terjelepok. Namun, lengannya sempat dipaut oleh Zakry. Dalam keadaan sedemikian, Zakry memaut pinggang Zaza, mengelakkannya jatuh, menimpa pasir yang memutih. Jarak antara wajah dua insan ini, tinggal beberapa inci sahaja. Degupan jantung Zaza bertambah kencang, mukanya merona merah. Sepanjang bercinta dengan Zulkarnain dahulu, dia tidak pernah mendekati Zulkarnain seperti sekarang. Peluhnya mula merintik. Tubuhnya bagai kaku. Tiba-tiba, Zakry melepaskannya. Mereka berdiri semula, seperti di tempat asal sebentar tadi.

“Sorry!” Mereka bertutur serentak, saling merenung. Zaza pantas mengalihkan wajahnya. Emosinya semakin tidak tenteram sekarang. Entah mengapa, dia tidak yakin, tidak pasti akan perasaannya. Sekejap, dia berasa, dia menyintai Zakry. Sekejap pula, dia berasa, dia mahu menganggap Zakry sebagai rakan biasa sahaja.

“Jom, balik lah!” Zakry mempelawa. Zaza berpaling. Seketika kemudian, mengangguk perlahan.

xxxxxxxxxxxxxxx

Air matanya mula menitik. Dia memejam kelopak matanya secara perlahan. Dia mengeluh. Dia memang buntu sekarang. Siapakah yang betul-betul dicintainya?? Zulkarnain atau Zaza?? Sudah setahun.. sudahpun setahun berlalu… sudahpun setahun, Zulkarnain dan Fatin melayari bahtera rumah tangga. Maknanya, sudah setahun, kisah cintanya dengan Zulkarnain berlalu. Dulu, dia nekad. Nekad untuk melupakan Zulkarnain, merasakan dia mampu menyintai Zakry seperti beberapa tahun yang lalu. Namun, seketika kemudian, emosinya kurang stabil. Perasaannya tidak tenteram. Fikirannya mula bercelaru.

Dia sedang memegang sekeping foto, fotonya dengan Zulkarnain. Hatinya kini.. bagai ditusuk berkali-kali. Berkali-kali, dia cuba mengingatkan, kisah cintanya dengan Zulkarnain sudah berlalu!!!! Berlalu!! Dan tidak mungkin bermula sekali lagi. Berkali-kali, dia cuba mengingatkan, Zulkarnain dan Fatin telahpun berkahwin!!! Tidak mungkin dia merosakkan rumah tangga orang lain!! Tidak mungkin!!

Ingin benar dia mengoyakkan foto tersebut sekarang. Dia menarik nafas panjang, mula mengoyak. Namun, bila dia mengoyakkan foto itu tidak sampai 1 cm, dia mula berasa berat hati. Ternyata, cintanya terhadap Zulkarnain, terlalu dalam!!! Lebih dalam daripada cintanya terhadap Zakry semasa dia berada di bangku sekolah menengah dahulu!!

Dia mula mengutuk dirinya, mengingatkan dirinya bahawa dialah perempuan paling bodoh di dunia. Apa yang harus dirindui? Kisah cinta yang telah berlalu?? Langsung tidak berbaloi!! Dia pernah mencuba sekali, hampir berjaya!! Namun, entah apa yang merasuk dirinya. Dia pun bingung!!! Dia memang bodoh!! Mengapa dia langsung tidak dapat melupakan Zulkarnain sedangkan Zakry, jejaka yang begituuuuuuuu baik sekali, muncul di hadapannya???

Ingin benar dia membunuh dirinya kini!!! Mengurangkan penderitaannya kini!! Namun, dia masih waras!! Mungkinkah dia melakukan perkara tidak bermoral itu?? Tidak sesekali!!! Dia nekad!! Tidak ingin lagi melibatkan diri dalam dunia percintaan, yang dia rasa, langsung tidak sesuai dengannya. Hanya dua kali!! Dua kali mencintai dua orang jejaka. Langsung tidak berjaya!! Malah, kali kedua, dia lebih bodoh!! Dia mengeluh, meraup wajahnya seketika.

Setelah berfikir, setelah mencongak beberapa jam, dia akhirnya membuat satu keputusan. Keputusan yang langsung dia tidak fikirkan sebelum ini!! Biarlah.. biarlah dia berkorban.. Biarlah dia berkorban hanya kali ini!! Anggaplah dia langsung tidak sesuai dengan satu abstrak di dunia ini – CINTA!!

xxxxxxxxxxxxxx

0 comments: