Kemesraan dan keakraban antara Iskandar dengan Diana mengundang bermacam-macam cerita di kalangan pelajar sekolah. Ada di antara mereka yang cemburu dengan sikap Iskandar tapi ada juga di antara mereka yang gembira dengan perubahan itu. Namun hakikatnya cuma Iskandar dan Diana sahaja yang tahu segala-galanya. Diana turut dicemuh oleh gadis-gadis lain kerana terlalu rapat dengan Iskandar sedangkan Diana sendiri sudah diberitahu lebih awal tentang perangai buruk Iskandar. Bagi Diana semua itu hanya tomahan yang tidak berasas kerana Iskandar bukanlah seperti yang mereka sangkakan. Diana tidak mahu membebankan dirinya dengan memikirkan persoalan-persoalan yang karut itu.
“Iskandar mungkin nakal tapi dalam dirinya terselit keikhlasan dan sifat seorang lelaki yang sentiasa ingin membantu golongan yang lemah”….bisik Diana dalam hatinya.
Cerita panas hubungan antara Iskandar dan Diana sudah tersebar luas hingga sampai ke pengetahuan Saiful. Saiful yang sudah seminggu tidak ke sekolah begitu terkejut bila mengetahui akan kemesraan antara Iskandar dan Diana. Amirul menambah cerita yang bukan-bukan untuk terus membangkitkan kemarahan Saiful. Sebenarnya Amirul sendiri tidak suka Diana begitu rapat dengan Iskandar kerana Amirul turut menyimpan perasaan cinta terhadap Diana.
Saiful yang sudah hilang sabar ingin segera bertemu Iskandar tapi di halang oleh Amirul. Amirul tahu jika Saiful bertindak mengikut perasaan perkara itu pasti akan menjadi lebih rumit. Amirul mahu segala-galanya di atur dengan baik dan dalam masa yang sama kemesraan antara Iskandar dengan Diana segera dihentikan.
“Tenang Saiful….kita harus merancang sesuatu agar Iskandar dan Diana segera dipisahkan, bukannya bertindak melulu seperti ini”….tegas Amirul.
“Jadi apa rancangan yang ingin awak lakukan?”….tanya Saiful tidak sabar ingin tahu.
“Saiful….awak harus meyakinkan Iskandar untuk kembali seperti dulu dan tinggalkan Diana”….Amirul mula memberikan penjelasan.
“Bagaimana jika Iskandar masih berkeras dan tidak mahu kembali kepada kita?”….Saiful melahirkan kebimbangannya.
Perbincangan antara Saiful dan Amirul masih belum ada kesudahannya. Persoalan demi persoalan timbul sehinggakan hampir-hampir membawa kepada perbalahan sesama mereka. Segala cadangan Amirul pastinya berhadapan dengan jalan buntu bila Saiful sering bertanya itu dan ini. Amirul hairan kenapa Saiful seakan-akan mudah mengalah pada keadaan sedangan cadangan mereka itu belum pun dilaksanakan.
“Saiful kenapa awak sepertinya mengalah sebelum mencuba?”….tanya Amirul kehairanan.
“Entahlah Amirul tapi apa yang penting sekarang bukan Iskandar yang menjadi sasaran kita tapi Diana”….Saiful memperjelaskan keadaan kepada Amirul.
“Apa maksud awak sebenarnya?”….tanya Amirul kehairanan.
“Kita patut memberi amaran kepada Diana agar menjauhkan diri dari Iskandar demi keselamatan dirinya sendiri”….jawab Saiful melenyapkan persoalan yang bermain di fikiran Amirul.
Mereka ketawa gembira setelah mencapai kata sepakat. Mereka yakin Diana akan segera meninggalkan Iskandar sama seperti Sofea yang pernah di ugut suatu ketika dulu. Mereka mahu menguasi fikiran Iskandar agar kembali seperti dulu dan menanggung segala perbelanjaan mereka seharian. Mereka cukup yakin yang Iskandar akan kembali ke pangkuan mereka setelah tertekan nanti.
Sungguh pun Iskandar menampakkan perubahan dalam pelajaran ketika bersama Diana namun jiwa Iskandar masih tetap kosong. Iskandar sering teringatkan Sofea yang pernah menjadi kekasih dalam hatinya suatu ketika dulu. Iskandar terlalu sunyi dan merasakan perjalanan hidupnya begitu sepi. Sesekali Iskandar meneguk minuman keras untuk mendamainya jiwanya. Rokok pula sudah semakin sebati dalam kehidupan Iskandar. Pernah sekali Iskandar ingin mencuba jauh dari itu namun mujurlah pertimbangannya masih waras dan Iskandar tidak tersesat dalam kancah kehidupan yang hina itu.
Hari berganti hari keakraban antara Iskandar dan Diana semakin kukuh. Mereka saling berbincang dan banyak meluangkan masa di perpustakaan sekolah. Saiful dan Amirul sudah tidak sanggup melihat keadaan itu dan kemarahan mereka semakin membara. Mereka tidak mahu kemesraan di antara Iskandar dan Diana berlarutan. Mereka mahu rancangan mereka itu dilaksanakan secepat yang mungkin agar Diana tidak lagi berhubung dengan Iskandar.
************************************************************************************************
Pagi itu langkah Diana menuju ke tingkatan lima gemilang diekori oleh Saiful dan Amirul. Diana yang sudah menyedari kehadiran mereka sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Sememangnya seperti yang telah Diana duga, Saiful dengan beraninya terus menghampiri Diana untuk berbual. Diana yang selama ini terkenal dengan sifat peramah tidak pernah memilih kawan untuk berbual.
“Diana! Aku tidak mahu awak terlalu rapat dengan Iskandar”….Saiful memulakan kata-katanya dengan nada suara yang cukup tegas.
Diana sedikit terkejut dengan amaran keras Saiful itu tapi mujurlah Diana dengan tenang dapat mengawal keadaan dan tidak terburu-buru menjawab kata-kata Saiful itu. Saiful begitu yakin yang Diana tentunya sudah takut dan segera akan meninggalkan Iskandar.
“Boleh beritahu Diana satu sebab kenapa Diana tidak boleh rapat dengan Iskandar?”….lembut kata-kata Diana meredakan ketegasan Saiful itu.
Saiful terdiam seketika dan tidak menyangka sama sekali bahawa Diana akan bertindak sedemikian rupa. Diana tidak seperti yang Saiful sangkakan kerana Diana mampu menangkis dengan tenang amaran yang diberikan.
“Awak tidak perlu tahu apa sebabnya tapi mulai hari ini jangan jumpa Iskandar lagi. Jika tidak buruk padahnya nanti”….Saiful sekali lagi meninggikan suaranya.
“Jika tidak ada sebab dan alasan yang kukuh kenapa harus Diana mengelak dari berjumpa dengan Iskandar?....sekali lagi Diana bertutur dengan lembut mematikan langkah Saiful.
“Diana tidak sesekali akan mejauhkan diri Diana dari Iskandar selagi Saiful enggan memberitahu sebabnya”….sambung Diana dengan cukup yakin.
“Saya tidak peduli! Ini satu amaran untuk awak”….kata Saiful yang sudah hilang sabar.
Saiful seakan tidak percaya Diana begitu tenang serta yakin ketika berhadapan dengan dirinya. Saiful terus pergi meninggalkan Diana dengan kemarahan yang kian membara dalam dirinya. Saiful tidak menyangka dirinya tewas begitu mudah pada kata-kata Diana. Saiful kecewa kerana rancangannya gagal dilaksanakan dengan sempurna.
“Apa sudah jadi?”….tanya Amirul yang resah menunggu.
Saiful masih mendiamkan diri tanpa menghiraukan keresahan Amirul. Saiful begitu marah dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Kemarahan Saiful terhadap Diana meluap-luap bagaikan gunung berapi yang ingin memuntahkan laharnya. Saiful mahu hubungan Iskandar dan Diana segera dihentikan walau dengan apa cara sekali pun.
“Hoi! Pekak ke! Apa yang terjadi tadi”….tanya Amirul sekali lagi.
“Rancangan kita gagal. Diana tidak seperti yang kita sangkakan”….lemah Saiful menjawabnya.
“Maksud awak! Kenapa rancangan kita gagal?”….Amirul semakin ingin tahu.
“Diana tidak mudah di gertak seperti yang kita sangkakan dan Diana sukar di ugut seperti apa yang telah terjadi pada Sofea dulu. Segala kata-kata aku begitu tenang di jawab oleh Diana”….Saiful memberi penjelasan yang mendalam.
“Jadi apa yang harus kita buat sekarang”….tanya Amirul mencari kepastian.
“Entahlah! Kita mesti buat sesuatu yang lebih agresif dari rancangan sebelum ini”….keluh Saiful.
************************************************************************************************
Iskandar dan Diana semakin akrab dan sering bertukar-tukar pendapat dalam semua mata pelajaran. Kemampuan Diana dalam Bahasa Inggeris kian meningkat dan pencapaian Diana juga semakin membanggakan. Iskandar bangga mempunyai seorang kawan yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam mencari pengetahuan. Selain Bahasa Inggeris, Iskandar turut membantu Diana memahirkan diri dalam Bahasa Melayu serta Matematik. Namun begitu Iskandar terpaksa akur dengan kehebatan Diana dalam Pengetahuan Agama Islam.
“Iskandar, boleh Diana berkata sesuatu tentang Saiful”….Diana bersuara perlahan.
Iskandar yang sejak dari tadi begitu asyik menulis karangan tanpa henti, terkejut dengan kata-kata Diana itu. Kelancaran penulisan Iskandar sebentar tadi terhenti secara tiba-tiba. Iskandar tidak begitu suka hal seumpama itu dibincangkan ketika sedang belajar. Iskandar tidak mahu mengenang kembali kisah silam. Namun jauh di sudut hatinya Iskandar bimbang jika Saiful bertindak melakukan perkara yang sama terhadap Diana.
“Kenapa dengan Saiful? Apa yang telah terjadi kepadanya?”….tanya Iskandar bersahaja.
“Beberapa hari yang lepas Saiful ada datang jumpa Diana”….ringkas jawapan yang Diana berikan.
Kata-kata Diana terhenti di situ tanpa ada sambungannya. Iskandar menantikan cerita selanjutnya dari Diana tapi Diana terus membisu seribu bahasa. Iskandar dapat merasakan ada sesuatu yang tidak diingini telah berlaku pada pertemuan antara Saiful dan Diana tempohari. Iskandar yakin apa yang berlaku terhadap Sofea kini terpaksa pula di tanggung Diana. Iskandar semakin risau tapi terpaksa menyembunyikan perasaannya itu agar Diana tidak tahu apa yang pernah berlaku terhadap Sofea.
“Apa yang Saiful inginkan?”….tanya Iskandar memecah kesunyian.
“Saiful tidak mahu kita terlalu akrab dan minta Diana agar menjauhkan diri dari Iskandar”….tenang Diana memberitahu Iskandar dengan jujur.
“What! Apa hak Saiful untuk buat begitu?”….tanya Iskandar dengan nada suara yang sedikit tinggi.
“Tenanglah Iskandar! Jangan keruhkan lagi keadaan. Kita tidak buat sebarang perkara buruk pun. Jadi kita tidak perlu takut dengan amaran dan ugutan Saiful itu”….Diana memujuk Iskandar supaya bersabar.
Iskandar seakan-akan tidak percaya dengan kenyataan Diana itu. Diana langsung tidak takut pada amaran serta ugutan dari Saiful tempohari. Kecekalan dan keyakinan hati Diana jauh berbeza jika dibandingkan dengan Sofea. Iskandar kagum dengan sikap Diana tapi dalam masa yang sama Iskandar tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku terhadap Diana. Iskandar cukup mengenali siapa Saiful sebenarnya dan Iskandar yakin Saiful tidak akan berdiam diri selagi keinginannya tidak tercapai. Iskandar terus melayani perasaannya.
“Janganlah difikirkan sangat, nanti terjejas pula tumpuan terhadap pelajaran”….Diana menyambung kata-kata setelah sekian lama Iskandar menyepikan diri.
“Betul kata Diana itu tapi keselamatan diri Diana lebih penting dari segala-galanya. Iskandar tidak mahu sesuatu yabg buruk berlaku dan Iskandar berjanji keselamatan diri Diana akan sentiasa dalam perhatian Iskandar”….segera Iskandar menjawab kata-kata Diana itu.
Diana tidak menyangka sejauh itu perhatian Iskandar terhadap dirinya walaupun sepanjang mereka berkawan tidak pernah terlintas langsung untuk bercinta atau menyemai perasaan. Tumpuan mereka hanya untuk pelajaran cuma sesekali mereka beralih angin membincangkan isu-isu hiburan semata-mata untuk meredakan ketegangan.
***********************************************************************************************
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Monday, November 2, 2009
Jalan Hidupku Penuh Berliku - part 04
Posted by jc at 7:45 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment