Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Friday, November 13, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 18

Hari ini merupakan hari jadi Zulkarnain – 8 Ogos 2009. Sekali lagi, Zaza mengunjungi rumah Zulkarnain pada petang itu.

“Hai, sayang!!” Zulkarnain menyapa suri hatinya sambil tersenyum. Kemanisan Zaza terserlah dengan senyumannya dan baju kurung ungu serta tudung putih yang dipakainya. Itulah yang disukai oleh Zulkarnain – ciri-ciri ketimuran yang dimiliki oleh Zaza.. yang jarang dapat dijumpai pada diri setiap gadis di kota metropolitan itu.

“Wanginya.. daging kambing ke??” Aroma daging lembu yang terhidang di atas meja menusuk hidung Zaza, membuka seleranya.

“A’ah… ni western food.. loin of lamb.. sayang suka kan??” Zulkarnain menanggalkan apron yang dipakai lalu menggantungkannya pada penyangkut di dapur.

“A’ah… abang masak eh??” Sebenarnya, Zaza sudah tahu. Sudah pasti Zulkarnain yang masak. Kalau bukan, mengapa Zulkarnain memakai apron pulak?

“Ya la.. sayang!!” Zulkarnain mengulang hobinya – mencubit pipi Zaza itu. Mulalah Zaza memuncungkan bibirnya.

“Abang.. janganlah selalu cam ni.. sakit la..” Zulkarnain tersenyum nakal.

“Dah la tu… makanlah..” Zaza memotong sedikit daging kambing itu. Tiba-tiba..

Dup!!

Daging kambing yang dipotong oleh Zaza itu terpelanting mengena muka Zulkarnain dan jatuh ke atas lantai. Tawa Zaza meletus besar. Muka Zulkarnain sudah menjadi sedikit comot. Zaza, apabila ketawa, dia tidak akan ingat pada dunia!

“Sayang… tak nak tolong lap ke??” Zulkarnain masih membiarkan mukanya ‘dihiasi’ kotoran. Zaza ketawa sehingga bercangkuk di atas lantai. Zulkarnain sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Zaza seperti budak tiga tahun itu. Ketawa tak ingat dunia!! Muka teman lelaki comot pun, tak tolong lapkan!

Ketawa Zaza mula reda sedikit. Dia tersengih-sengih memandang muka Zulkarnain itu.

“Abang..abang lap sendiri lah..Hahahaha…” Zaza masih ketawa lagi.

“Tak nak… abang nak sayang.. jugak yang tolong lapkan..” Zulkarnain bertegas. Dia sengaja menseriuskan air mukanya. Biar Zaza mengalah kali ini. Zaza yang sedar akan kesilapannya itu akur. Dia lantas mengambil tuala yang bersih dan membersihkan muka teman lelakinya.

“Ha… kan senang tu?? Ketawa sampai tak ingat dunia tadi..” Zulkarnain sengaja membuat teman wanitanya menjadi serba-salah. Ingin dia menduga reaksi Zaza.

“Ala.. abang.. sorry yek.. Teman wanita abang memang macam ni.. bila ketawa.. susah nak control..” Zaza bertutur dengan manja untuk menutup rasa serba-salahnya itu.

“Hmm.. tak pe la.. abang maafkan.. sebab tu memang sifat semulajadi sayang kan??” Zaza pantas mengiyakan.

“Hmm.. tapi ada syarat kalau nak abang betul-betul maafkan!!” Zulkarnain tersenyum nakal. Berkerut-kerut dahi Zaza memandangnya.

“Syarat?? Ish.. abang ni.. tak habis-habis ngan syarat.. tak best la..” Zaza mula meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Habis tu.. siapa suruh sayang buat abang marah??” Zulkarnain memulangkan paku keras.

“Yalah.. yalah.... syarat apa??” Zaza mengalah akhirnya. Pelik! Hari ini, Zaza banyak mengalah. Sebaliknya, Zulkarnain yang sering mengalah kebanyakan kali.

“Erm.. syarat tu ialah…..……sayang kahwin ngan abang!!” Zaza tersentak. Dia tersipu-sipu malu.

“Alah.. abang.. cepat sangat ni.. baru sebulan kita bercinta..” Sebenarnya, bukan Zaza tidak mahu berkahwin dengan Zulkarnain. Cuma, dia ingin menunggu beberapa bulan lagi. Biarlah hubungannya dengan Zulkarnain lebih mantap dahulu.

“Ya la tu.. mana tau kalau sayang tersangkut kat mana-mana mamat ke..” Zulkarnain buat-buat merajuk. Dia ingin menduga Zaza. Padahal, dia amat yakin akan cinta Zaza terhadapnya. Jika Zaza tidak mencintainya, Zaza sudah pasti akan menerima Zakry semula. Lagipun, bukan salah Zakry dahulu.. Cuma Datin Amy yang memisahkan mereka.

“Abang!! Jangan la mengarut!! Za cintakan abang sorang je… Cuma bab kahwin tu.. tunggu la..” Zulkarnain tersenyum.

“Ya la… abang pun nak tunggu.. tadi tu.. saja nak test sayang..” Berang Zaza mendengarnya!

“Test?? Ish!! Abang ni!! Bab kahwin pun nak test!!” Dia menumbuk bahu Zulkarnain beberapa kali. Tiba-tiba, tangannya digenggam oleh Zulkarnain.

“Sayang… abang buat macam ni pun.. sebab abang cintakan….sayang.. Tak de sebab lain.. Tapi hari ni.. abang dah tau.. cinta sayang hanya untuk abang sorang je kan?? So.. lain kali, kalau abang lamar sayang, maknanya tu betul-betul tau!! Bukan main test macam sekarang ni, okay??” Zulkarnain memujuk lembut.

“Okay!!” Zaza menjadi ceria kini. Sungguh, dia amat yakin akan cintanya terhadap Zulkarnain. Mulai hari ini, dia tidak akan teragak-agak lagi. Biarpun mamat mana yang meminatinya, dia tetap akan berpaling balik kepada Zulkarnain.

Zaza bersumpah di dalam hatinya. Hanya seorang insan yang akan wujud dalam hatinya selama-lamanya, iaitu Zulkarnain Putra bin Dato’ Sabri!!

Sementara, Zulkarnain pula nekad!! Dia harus setia kepada Zaza. Biarpun ingatan Fatin Imma pulih semula, cintanya hanya untuk seorang gadis – Zaza Haniza binti Munas!!

0 comments: