Rumah banglo Zulkarnain sungguh meriah. Ramai kenalan Dato’ Sabri dalam bidang bisnes, sanak saudara keluarga Zulkarnain dan kenalannya turut menghadiri majlis perkahwinan itu, tidak terkecuali juga Zaza Haniza. Akad nikah telahpun dilafazkan oleh Zulkarnain beberapa hari yang lalu.
Ketika Zaza sampai di banglo itu, jantungnya benar-benar sedang melantun. Keresahan mula menyelubungi dirinya. Sepasang kakinya seperti tidak berpjiak di bumi nyata lagi. Namun, dia tetap menggagahkan dirinya melangkah masuk ke dalam rumah itu.
“Zazz, awak dah sampai akhirnya..” Zakry menyapa Zaza. Tersentuh perasaan Zaza tika itu. Zakry.. Zakry masih sudi menyapanya. Malah, tiada sekelumit rasa marah pun yang terbit dari dasar lubuk hati Zakry.
‘Zakry, kenapa kau baik sangat??’ Zaza merintih pilu sendirian. Dia melontarkan sebuah senyuman hambar kepada jejaka tampan itu. Zakry menapak menghampirinya.
“Kawal emosi awak, Zazz.. lepas majlis ni tamat, saya teman awak gi pantai.. awak boleh menangis.. atau meraung.. nak buat apa pun boleh..” Bagaikan memahami apa yang sedang dialami oleh Zaza sekarang, Zakry mengujar. Zaza mengangguk. Dia dan Zakry meloloskan diri ke dalam kelompok ramai. Zulkarnain dan Fatin kelihatan secocok, sepadan, bagai pinang dibelah dua. Itulah pujian yang menjamah gegendang telinga Zaza. Apa yang dialaminya sekarang?? Apakah perasaannya??
Zaza tidak dapat menahan perasaannya lagi. Pedihnya tidak mampu dibendung lagi. Dia lantas menuju ke taman bunga di belakang banglo Zulkarnain itu. Di sana, tiada kelibat seorang pun yang kelihatan. Barulah dia boleh menangis sepuas hatinya, barulah dia boleh melayan perasaannya di sana. Sedang dia khusyuk menyeka air matanya, tawa seseorang mencuri perhatiannya.
“Abang ni jahat la..” Suara manja seorang gadis kedengaran. Kemudian, disambut dengan tawa seorang jejaka. Zaza mengintai dari sebalik rumpun. Hatinya tersentap. Pasangan pengantin itu kelihatan sungguh bahagia, tidak seperti sedang berlakon. Hipokrit!!! Zulkarnain hipokrit!! Hati Zaza mula menjadi sakit, pedih.. Rasa kecewa mula mengusai dirinya. Dia lantas berpaling dan ingin menuju ke keretanya. Tiba-tiba, dia tertendang sebuah pasu.
Prang prang!!!
‘Matilah aku kali ini!’ Zaza mula risau. Dia cuba menceriakan wajahnya yang agak mendung itu.
“Zaza??” Suara lembut Zulkarnain kedengaran.
“Er.. maafkan saya.. saya cuma nak.. nak minta diri dulu.. sebab tak sihat..” Zaza memberi alasan.
“Oh.. tak pe la.. Cik Zaza, saya Fatin, isteri Zulkarnain. Kalau cik nak balik dulu, baliklah..” Kata-kata Fatin itu seolah-olah sedang menyindir Zaza. Zaza yang terasa itu tersenyum hambar dan lantas mengatur langkah. Zulkarnain yang menyedari perubahan riak wajah Zaza itu serba-salah. Hatinya turut tergores dek perbuatan Fatin itu. Tidak tahulah dia sama ada Fatin sedang menyindir Zaza ataupun meluahkan kata-kata itu tanpa niat. Apa yang dia tahu, Zaza sudah pasti akan terasa, hati Zaza sudah pasti akan tercalar.
Serba sedikit, dia berasa sesal kerana menyetujui rancangan Puan Suziana. Namun, seperti Zaza juga, rasa simpatinya mengatasi segala-galanya..
xxxxx
Entah berapa kotak tisu Premier yang telah digunakan oleh Zaza. Dia tidak berhenti menyeka air matanya yang tidak pernah kering sejak pulang dari kediaman Zulkarnain itu. Pujian orang ramai tentang pasangan pengantin itu, dia tidaklah kisah sangat. Apa yang dia kisah, Zulkarnain seolah-olah tidak sedar bahawa dia sedang berlakon. Dia amat pasti, Zulkarnain turut mencintai Fatin. Dia bimbang. Dia bimbang, cinta Zulkarnain terhadap Fatin lebih mendalam dari sehari ke sehari. Namun, apakah dayanya? Mustahil dia hendak memarahi Zulkarnain? Mustahil dia hendak merampas Zulkarnain dari sisi Fatin??
Mustahil!! Zaza Haniza tidak akan sesekali membuat perkara yang tidak bermoral itu. Baginya, meruntuhkan rumah tangga orang lain memang merupakan satu perbuatan yang negatif, satu perbuatan yang tidak bermoral. Lagipun, perbuatan itu merupakan salah satu larangan Tuhan yang utama.
Cintanya terhadap Zulkarnain cukup mendalam. Bahkan, lebih mendalam daripada cintanya terhadap Zakry dahulu. Apakah bala yang menimpanya?? Adakah takdir sedang mempermainkannya?? Zaza sedar. Segala-galanya merupakan aturan takdir. Dia, seorang insan yang kerdil, tidak berhak menyalahkan takdir. Tidak sesekali…
Telefon Zaza berbunyi – menandakan kotak mesej inboxnya diisi. Kotak mesejnya diterjah. Sebuah mesej diterima daripada Zakry.
Zazz.. are you okay??
Sekali lagi perasaan Zaza tersentuh dek sikap ambil berat Zakry itu. Mengapa Zakry berhati mulia sehingga tahap sedemikian? Mengapa Zakry langsung tidak memarahinya walaupun acap kali dia melayan Zakry dengan tidak adil?? Sebenarnya, Zakry langsung tidak bersalah lima tahun yang lalu. Cuma, ibunya yang memisahkan mereka. Mengapa dia tidak memberi peluang kepada Zakry?? Semuanya gara-gara cintanya yang terlalu mendalam terhadap Zulkarnain. Tanpa disedari, hidupnya menjadi kelam-kabut tanpa Zulkarnain. Segala-galanya tidak menjadi tanpa Zulkarnain. Tanpa disedari pula, dia sudah bergantung kepada Zulkarnain sejak bercinta dengannya beberapa bulan yang lepas. Mengapa Fatin tidak muncul sebelum cintanya berputik? Mengapa Fatin harus muncul dalam keadaan sedemikian saat api cintanya dengan Zulkarnain semakin marak??
Zaza mencampakkan dirinya ke atas tilam empuk itu. Sekali lagi, bantal kesayangannya itu menjadi basah. Seperti span yang menyerap air, bantal Winnie the Pooh itu menyerap air mata Zaza setiap saat..
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Tuesday, December 22, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 25
Posted by jc at 2:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment