Fatin memeluk suaminya erat. Cintanya terhadap suaminya itu sungguh mendalam. Cincin yang tersarung pada jari manisnya itu dikucup dengan perlahan. Tiba-tiba, air matanya mengalir perlahan. Hatinya mula terasa pedih. Harinya tidak banyak lagi. Adakah rasa bahagianya itu akan musnah sekelip mata?? Tidak! Dia tidak sanggup.. Dia ingin hidup lebih lama lagi. Dari sehari ke sehari, hatinya mula dipagut rasa bimbang. Dia mungkin akan meninggal dunia pada bila-bila masa sahaja, tidak mustahil. Perlahan-lahan, dia merenggangkan pelukannya tatkala terdengar laungan azan. Solat subuhnya mesti ditunaikan dengan segera. Telekungnya pantas dicapai..
xxxxx
“Ya Allah, tolonglah hamba-Mu yang kerdil ini.. tolonglah panjangkan hayat hamba-Mu ini.. tolonglah temukan penderma sunsum tulang yang sesuai untuk hamba-Mu ini.. tolonglah hamba-Mu mengecapi kebahagiaan yang lebih lama.. Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.. tolonglah hamba-Mu ini..” Fatin tidak berhenti berdoa setiap hari. Walaupun jenis darahnya sukar mencari penderma sunsum tulang yang sesuai, dia masih menyimpan secebis harapan. Setiap hari, dia pasti akan menunaikan kelima-lima solat jika dia tidak ‘uzur’. Air matanya mengalir perlahan-lahan. Dia meraup mukanya.
“Amin..”
xxxxx
Air mata Zulkarnain mula mengalir. Perasaannya cukup tersentuh saat itu, tersentuh dek doa yang dilafazkan oleh isterinya sebentar tadi. Setiap saat, dia dikuasai rasa serba-salah. Kedua-dua Fatin dan Zaza terlalu baik untuk dilukai, cinta mereka terlalu tulus. Zulkarnain mula menyalahkan dirinya. Jika dirinya tidak wujud, jika dia tidak memberi harapan kepada dua orang gadis itu, sudah tentu keadaan tidak akan menjadi teruk sedemikian. Air matanya diseka perlahan.
xxxxx
Zaza membuka peti sejuknya. Kosong!!! Tiada buah-buahan untuk dimakan, tiada sayur dan ikan untuk dimasak. Dia mengeluh hampa. Dia menyelak lengan baju kurungnya, jam tangannya direnung. Dia bergegas mencapai kunci keretanya. Lima minit kemudian, kereta Proton Wira berwarna biru itu meluncur pergi dari rumah Zaza Haniza.
xxxxx
Pasaraya Ampang menjadi destinasi Zaza hari itu. Sebaik sahaja menapak masuk ke dalam pasar raya itu, dia terus menuju ke bahagian yang menjual buah-buahan. Pelbagai jenis buah-buahan dibelinya – oren, epal, kiwi dan mangga. Sedang dia mencapai sebiji epal, epal tersebut turut dipegang oleh seseorang. Zaza menoleh. Dia terbungkam seketika. Epal tersebut pantas dilepaskan.
“Hi..” Fatin Imma menyapa.
“Hi..” Zaza membalas. Dia terkelu. Apa yang harus diperkatakannya??
“Sayang, dah siap ke belum??” Suara seseorang memecah keheningan. Tangkai hati Zaza tersentap. Hatinya bagai tertusuk. Perkataan “sayang” yang terpacul dari mulut jejaka itu menggores perasaannya. Tidak perlu dia menoleh untuk mencari tuan empunya suara itu, dia sudah dapat mengagak siapa gerangan itu. Dia amat pasti, perkataan “sayang” yang kedengaran itu bukan dituju kepadanya, tetapi dituju kepada gadis yang bertuah, yang berdiri di sebelahnya itu.
“Dah siap..” Fatin Imma menjawab tatkala kesunyian menguasai ruang mereka bertiga berdiri. Zulkarnain membisu seribu kata. Seperti Zaza juga, dia turut terbungkam, terkelu.. Suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.
“Abang, jom balik! Er.. Cik Zaza, kami balik dulu ya?” Fatin Imma meminta izin tatkala suaminya tidak bersuara. Zaza mengangguk.
‘Lagi bagus kalau pergi, tak payahla aku menahan perasaan..’ Zaza membebel dalam hatinya. Fatin memaut lengan suaminya. Seperti kerbau dicucuk hidung, Zulkarnain tidak membantah.
Setelah memastikan pasangan suami isteri itu sudah tidak kelihatan lagi, barulah Zaza membiarkan air matanya mengalir. Dari tadi, air matanya ditahan. Dia tidak mungkin akan mengalirkan setitik air mata pun di hadapan Fatin. Tidak mungkin.. Niatnya ke Pasaraya Ampang itu pun sudah terbantut. Semuanya gara-gara kemunculan pasangan suami isteri itu.
xxxxx
Bila sampai di rumah, barulah Zaza sedar bahawa dia tertinggal telefon bimbitnya di dalam rumah sebentar tadi. Skrin telefon bimbitnya dijamah seketika.
10 missed calls from Zakry
Itulah yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya. Zaza hairan. Mengapa Zakry menelefonnya kerap kali?? Tanpa berfikir panjang, nombor telefon Zakry didail.
“Hello..”
“Zazz.. tadi kenapa tak jawab telefon saya?” Zakry terus mengajukan soalan. Nada suaranya serius sahaja.
“Er.. tadi saya gi Pasaraya Ampang.. tertinggal telefon kat rumah..” Barulah Zakry menghela nafas lega.
“Oh.. nasib baik.. ingatkan..” Zakry tidak menghabiskan kata-katanya.
“Ingatkan saya ditimpa kemalangan ke??” Zaza bermain serkap jarang.
“A’ah..” Zaza terharu, terharu dengan sikap ambil berat Zakry itu. Mengapa? Mengapa Zakry harus mengambil berat tentangnya lagi? Bukankah dia memberitahu Zakry bahawa dia tiada peluang lagi untuk meraih cintanya? Bukankah dia sudah memaklumkan Zakry tentang kesetiaannya terhadap Zulkarnain??
“Zazz..” Suara Zakry mematikan lamunan Zaza.
“Er.. sorry..” Zaza meminta maaf atas keterlanjurannya tadi.
“Tak pe.. mood awak macam mana sekarang?” Zakry bertanya. Serta-merta, gambaran tentang peristiwa yang berlaku di Pasaraya Ampang tadi menguasai mindanya.
“Er.. okay lah..” Zaza tidak ingin memberitahu peristiwa petang tadi kepada Zakry. Apa yang harus diperkatakannya? Mustahil dia hendak mengadu kepada Zakry? Lagipun, Zakry terlalu mulia. Dia tidak mahu Zakry bimbang dan risau tentangnya lagi.
“Zazz.. saya tahu, mood awak tak okay.. Tapi mungkin awak tak nak bagitau saya.. tak pe.. saya takkan salahkan awak.. sebab saya.. saya pun macam tu jugak.. saya pun pernah alami perasaan yang sama macam awak..Zazz..” Pilu hati Zaza mendengarnya.
“Sorry, Zakry.. saya..” Zaza berhenti seketika, berfikir bagaimana untuk menyusun kata-kata seterusnya.
“Tak pe, Zazz.. saya mengagumi awak.. awak sentiasa setia pada Zulkarnain.. Tapi, kalau satu hari.. maksud saya kalau.. kalau satu hari awak memang tak cintakan Zul, saya masih cintakan awak. Saya percaya, masa takkan mengikis rasa cinta saya terhadap awak Zazz.. Zazz, saya bukan mendesak awak. Lagilah bukan mengambil kesempatan pada masa ini.. Cuma, saya saja nak awak tau cinta saya terhadap awak sangat mendalam.. Tapi, saya takkan paksa awak.. Sebab saya tau, cinta awak terhadap Zul dapat menandingi cinta saya terhadap awak jugak..” Air mata Zaza mengalir perlahan-lahan. Tersentuh perasaannya tika itu, rasa terharu mula menyelubungi dirinya. Dia menjadi kelu seketika.
“Zazz, jangan menangis.. maafkan saya.. saya..” Serba-salah pula Zakry apabila terdengar tangisan halus Zaza itu.
“Zakry.. awak tak bersalah.. saya yang bersalah.. saya layan awak tak adil.. awak terlalu baik, Zakry.. terlalu baik.. Saya.. saya tak layak bersama awak..” Zaza bertutur penuh emosi. Zakry mengeluh.
“Zazz, saya cintakan awak seorang sahaja. Biarpun awak jadi apa-apa, saya tetap cintakan awak..”
“Jadi apa-apa? Kalau saya jadi babi, awak pun cintakan saya jugak ke? Haram tau babi tu..” Zakry tertawa kecil. Ada-ada sahaja Zaza ini. Patut ke dia samakan dirinya dengan babi?
“Zazz.. awak ni kan.. memang.. macam budak tiga tahun..” Serta-merta, wajah Zaza berubah mendung. Zulkarnain pernah berkata sedemikian. Mengapa? Mengapa setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai kaitan dengan Zulkarnain?
“Er.. Zakry, saya sibuk ni.. lain kali baru kita berbual ya?” Zaza meminta izin untuk menamatkan perbualan.
“Okay!” Zaza mengeluh. Resah betul dirinya ini. Zulkarnain, Zulkarnain…. Nama itu tidak pernah lekang dari mindanya…
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Tuesday, December 22, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 26
Posted by jc at 2:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment