Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Thursday, November 5, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 7

Zulkarnain termenung jauh. Dia merenung jam tangannya yang berjenama Rolex itu. Jam tangan tersebut dihadiahkan oleh Fatin lima tahun yang lalu. Air mata jantannya mula mengalir. Dia lantas mengesat air matanya.

‘Zulkarnain!! Tolonglah lupakan Fatin!!! Lupakan!! Lupakan!! Lupakan!!!!!!!’ raung Zulkarnain dalam hatinya. Ketukan pintu menyentakkan lamunan Zulkarnain.

“Siapa tu??” Zulkarnain cuba mengawal suaranya yang serak.

“Abah ni..” Kedengaran suara Dato’ Sabri menyahut. Zulkarnain membuka pintu biliknya dan mempersilakan ayahnya masuk.

“Hmm.. anak abah ni.. murung je.. moody sangat ke??” Dato’ Sabri bermain serkap jarang. Zulkarnain tersentak. Dia mengakui, segala-galanya sukar disembunyikan daripada pengetahuan ayahnya.

“Abah.. entahlah.. Fatin tu.. masih ingat lagi. .tak dapat lupa..” adu Zulkarnain. Dato’ Sabri tersenyum hambar.

“Zul, cinta.. bukannya seluruh bahagian hidup kita.. Ingat, kita masih memerlukan kerjaya yang mantap.. kasih sayang keluarga.. jadi janganlah ingat sangat kat Fatin tu..” Dato’ Sabri menasihati Zulkarnain. Bukanlah niat Dato’ Sabri untuk memburuk-burukkan Fatin di hadapan Zulkarnain, namun itulah caranya untuk mengurangkan penderitaan Zulkarnain itu. Dato’ Sabri masih ingat keadaan Zulkarnain yang tidak terurus apabila ditinggalkan Fatin empat tahun yang lalu.

“Abah.. tapi kan.. Zul rasa macam dekaaat je dengan arkitek baru tu..” Dato’ Sabri tersentak. Kemudiannya, dia menghela nafas lega. Dia menepuk lembut bahu anaknya.

“Baguslah tu.. bila nak bawak bakal menantu abah ni??” usik Dato’ Sabri. Wajah Zulkarnain merona merah.

‘Sahlah tu.. nasib baik ada orang baru..’ detik Dato’ Sabri.

“Abah.. terlalu awal.. tapi dia pun suka saya..” Dato’ Sabri tersenyum lebar.

“Sejak bila anak abah ini syok sendiri??” Dato’ Sabri cuba berseloroh. Zulkarnain sekadar mencebik.

“Alah.. hari tu kat Pantai Remis, dia tulis atas pasir slogan ‘I love Zulkarnain’.. Zul pun ada kat sana.. Cuma dia tak nampak je..” Penjelasaan Zulkarnain itu mengundang tawa ayahnya.

“Ahdoi!! Anak abah.. kenapa tak terus tanya dia??” Zulkarnain mengeluh.

“Entahlah.. saya pun belum confirm sama ada saya cintakan dia atau tak.. Cuma rasa-rasanya, cinta boleh dipupuk.. dan boleh bantu saya lupakan Fatin jugak..” Pernyataan Zulkarnain itu ternyata tidak menyenangkan ayahnya.

“Zul.. tak baik buat macam tu.. lebih baik kalau Zul confirm dulu.. Arkitek tu tak berdosa tau.. jangan sebab nak lupakan Fatin baru bercinta ngan arkitek tu.. faham??” Dato’ Sabri tidak mahu hati insan lain dilukakan oleh anaknya.

“Ya lah.. Zul tau.. tapi kan… senyuman dia tu macam Fatin aje..”

“Zul.. fikir baik-baik la.. ini rumah tangga Zul.. Abah tak leh buat decision. Okay??” Dato’ Sabri tidak mahu masuk campur dalam hal rumah tangga Zulkarnain lagi. Biarlah Zulkarnain sendiri yang membuat keputusan. Dia tidak mahu rumah tangga Zulkarnain runtuh dek keputusannya.

Zulkarnain mengangguk sambil tersenyum hambar.

XXXXXXXXXXXXXXXX

Punat loceng rumah Zizuan ditekan bertalu-talu. Hairan. Tiada orang yang menjengah di ambang pintu. Dalam hatinya, Zaza mencongak sendirian.

‘Besar betul rumah si Zizuan ni. Dah la berbudi pekerti. Kaya pulak tu..’

Tiba-tiba, seorang lelaki yang berpakaian santai keluar dari rumah banglo yang tersergam indah di lereng bukit itu. Zaza tersentak.

‘Zulkarnain? Adess!! Lupa pulak aku! Zulkarnain kan abang Zizuan jugak.. Tapi.. Zizuan..’ Zaza mendengus geram. Kini, dia dapat mengagak. Pasti Zizuan sedang mempermainkannya.

Zulkarnain berdehem. Lantas, Zaza tersentak dari lamunannya. Dia tersengih malu.

“Er, kenapa awak bertandang kat rumah saya??” Zaza terkedu.

‘Nak jawab apa nih??’

“Er, Zu..Zizuan yang suruh.. Dia nak bincang tentang pembinaan syarikatnya. Dia suruh saya datang rumah dia ni..” Zulkarnain menjongketkan keningnya.

‘Rumah? Sejak bila Zizuan ada rumah??? Ada tu.. ada la.. tapi rumah Zizuan kan kat Sintok..’ Sahlah! Adiknya sedang mempermainkannya.

“Encik Zulkarnain!!” Zulkarnain tersedar.

“Oh.. Erm, Zizuan ada kat Sintok. Lagipun, ni bukan rumah dia..” Zaza terperanjat. Dia mendengus geram. Rasa marah dan geram membuak-buak di dadanya.

“Tapi, alamat yang dia bagi tu..” Zaza tidak menghabiskan kata-katanya. Dia mengeluh sendirian. Zulkarnain tersenyum.

“He’s playing a fool on both of us. Anyway, since you reached here, would you like to have a sit inside??” Zulkarnain mempelawa Zaza.

‘Isyhh!! Mamat ni kan.. speaking pulak.. Nak ke tak nak??’ Zaza dilemma.

“Zaza??”

“Er.. alright!” Zaza bersetuju. Dia juga ingin melihat keadaan rumah Zulkarnain yang bersar itu.

‘Kaya betul dia ni.. seorang je tinggal dalam rumah besar macam ni..’ Zaza menggeleng-geleng sendirian. Dulu, dia pernah memasang impian untuk tinggal di rumah yang besar seperti ini. Namun, dia sedar. Tiada gunanya dia memiliki rumah semewah itu. Kerana, ibu bapanya sudahpun dijemput Illahi dalam satu tragedi dahsyat beberapa tahun yang lalu.

‘Sudahlah!! Buat pe ingatkan ‘parut-parut’ tersebut!!’

0 comments: