Putra Asraf tersenyum-senyum sendirian. Dia kini membuka firma guaman sendiri – Putra & Aima Holdings. Kini, Aimawati berada dalam tahun akhir Fakulti Undang-Undang UiTM. Hubungannya dengan Aimawati, gadis kesayangannya, telahpun berlansung selama lima tahun. Bukannya dia tidak pernah melamar Aimawati, cuma Aimawati berkata mereka harus memantapkan kerjaya mereka dahulu dan memperkembang firma guaman mereka. Selepas Aimawati menamatkan pengajiannya, dia pasti akan mengundang gadis kesayangannya itu bekerja di firma guamannya.
Putra Asraf mengeluarkan sesuatu dari sakunya – sebuah kotak baldu. Dia membukanya – sebentuk cincin bertakhtakan berlian. Perlahan-lahan, dia mengukir senyuman lebar. Dia tekad – hatinya tidak akan berubah. Dia pasti tidak akan mensia-siakan hubungannya dengan Aimawati selama lima tahun ini. Dia menutup perlahan kotak baldu tersebut.
XxxxXxxxXxxx
“Aima!!” laung seseorang. Aimawati, penuntut tahun akhir Fakulti Undang-Undang UiTM, lantas berpaling.
“Er.. nak ucap good luck kat awak..” Lelaki tersebut mengucap sambil tercungap-cungap. Barangkali terlalu penat mengejar Aimawati sebentar tadi.
“Oh, terima kasih.. Good luck kat awak jugak.. Awak ni.. sape?” Lelaki tersebut tersengih sendirian.
“Oh, sorry.. lupa pulak nak perkenalkan diri saya nih.. Saya, Megat Iskandar Shah! Siswa Fakulti Sejarah tahun akhir!!” Aimawati tertawa lucu. Tidak tergamak juga dia tertawa di hadapan lelaki yang baru memperkenalkan diri itu.
‘Megat Iskandar Shah?’ Ingatan Aimawati mengimbau kembali nama pemerintah Melaka yang ketiga selepas pemerintahan Parameswara.
‘Patutlah dia ambik sejarah..’ detik Aimawati sendirian.
XxxxXxxxXxxx
“Ah!! Dah habis ujian!!!” Aimawati menghela nafas lega. Kini, dia hanya perlu menunggu keputusan UiTM.
“Aima!!” Megat Iskandar Shah!
“Oh, hi.. awak.. buat pe kat sini?” Dah tahu, bertanya pula..
“Cari awak..” Megat Iskandar Shah tersenyum.
“Cari saya?? Ala.. nape tak cari orang lain??” Aimawati mengujar pula.
“Er.. sebab, awak lebih .. istimewa..” Megat Iskandar Shah tersengih-sengih sehinggakan ternampak sebaris giginya yang memutih itu.
“Hah??” Aimawati buat-buat tak faham.
XxxxXxxxXxxx
Deringan telefon mematikan lamunan Aimawati. Putra Asraf!!!
“Halo, cik sayang!!” Aimawati tersenyum sendirian. Ada-ada je Putra nih!
“Putra, cik sayang kau dah habis exam la..”
“Tau la.. tak payah la nak ingatkan.. saya belum tua lagi tau!! Nak gi RSG tak??” Aimawati hairan. Tak de tempat lain lagi ke?? Asyik-asyik RSG je..
“Helo, cik sayangku ada kat sana tak??” Mengelamun la tu.. fikir Putra Asraf.
Aimawati tersengih-sengih macam kerang busuk. Kantoi la.. Mengelamun pulak.
“Ada la.. Nanti awak tak payah datang jemput saya la.. jumpa di RSG pukul 8 malam nih!! Saya ada benda nak cakap! Bye!!” Talian telefon dimatikan oleh Aimawati. Putra Asraf menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.
XxxxXxxxXxxx
Putra Asraf telah menempah semua tempat di Restoran Swiss Garden itu. Biarlah tiada sesiapa yang mengganggu makan malamnya dan Aimawati malam itu. Sebuah kotak baldu yang telah menunggu tuannya selama lima tahun ini, tersimpan kemas di dalam saku Putra Asraf. Dia menoleh sekilas jam tangannya. Pukul 7.30 malam. Bukannya dia gila atau sewel sehinggakan tiba di restoran itu sebegitu awal. Namun, dia tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sebab itu, dia sampai lebih awal daripada puteri kesayangannya, Aimawati.
“Putra..” sebuah suara memanggil. Putra Asraf tersentak. Dia tidak menoleh, namun dia dapat mengagak siapa pemilik suara itu.
‘Milon??’ Putra Asraf tersentak. Milon… wanita yang pernah disukainya, namun tidak dicintainya. Wanita yang pernah menemaninya selama satu malam semasa dia berumur 16 tahun.
“Putra.. ini.. ini..” Milon, seorang gadis kacukan Melayu dan Itali menangis teresak-esak di hadapan Putra Asraf. Tercengang-cengang Putra dibuatnya. Seorang anak lelaki berusia kira-kira tujuh tahun menyorok di belakang Milon.
“S..Siapa ni?” Putra Asraf mengajukan pertanyaan. Kebetulan Aimawati sudah tiba di Restoran Swiss Garden itu. Dia ternampak seorang perempuan dan budak lelaki sedang berbincang dengan teman lelakinya. Tambahan pula, perempuan tersebut sedang menangis teresak-esak. Pelbagai andaian negatif berlegar-legar di ruangan minda Aimawati. Dia bercadang untuk bersembunyi di sebalik pintu. Setiap butir bicara antara Putra dan Milon hinggap mampu di telinganya.
“Ini anak awak, Putra!!!” Putra Asraf terkejut. Jantung Aimawati berdegup kencang. Kencang sekali. Kencang bagaikan Angin Sumatera yang berasal dari Indonesia.
‘Tenang.. Tenang.. Aima.. Listen first!!’ Aimawati cuba menenangkan dirinya. Kelopak matanya mula terasa panas. Jika dakwaan perempuan tersebut betul, maknanya dia perlu memutuskan hubungan dengan lelaki yang dicintainya selama lima tahun ini. Lima tahun.. Argh!!
“A..an..anak??” Putra Asraf masih tidak dapat menerima hakikat.
‘Hasil satu malam.. Satu malam mampu memusnahkan hubungannya dan Aimawati sekarang..’
“Ya.. Putra.. Seven years ago.. memang Putra.. Saya tak bohong..” Putra Asraf tersandar lesu. Aimawati.. Kini, tiada benda yang bersarang di dalam mindanya, kecuali nama Aimawati.
“Putra.. saya.. ini memang anak awak.. believe me, Putra.. Putra.. tolonglah.. Kita bina satu keluarga yang sempurna, okay?? Saya.. saya tak nak Putra Iskandar tak de bapa.. Tolonglah, Putra.. ini memang anak awak..” Milon menarik-narik lengan baju kemeja Putra Asraf.
Air mata Aimawati merembes di pipinya. Hatinya bagaikan dihiris , ditusuk dengan tajam. Dia sedar, dia sedar bahawa dia harus memutuskan hubungannya dengan Putra Asraf. Dia ingin melangkah untuk berlalu dari situ. Malang tidak berbau, dia tersepak sebuah pasu. Putra Asraf menyedari kehadiran Aimawati. Aimawati lantas berlalu. Putra Asraf ingin mengejar. Namun, Milon dan kehadiran ‘anak barunya’ itu menghalangnya. Dia mengeluh hampa.
Aimawati menoleh-noleh ke belakang. Hampa. Tiada kelibat Putra Asraf mengejarnya.
‘Aima!! Sedar la sikit!! Dia tu ada anak!! Kena bertanggungjawab!!!!’ Aimawati meraung di dalam hatinya. Lantas, dia menahan sebuah teksi dan berlalu dari Restoran Swiss Garden itu. Air matanya bercucuran di pipinya. Duka.. tidak mampu dihalang lagi..
XxxxXxxxXxxx
“Masuklah.. ni rumah saya.. awak dan anak aw..bukan.. awak dan Iskandar duduklah di sini buat sementara waktu..” Milon memimpin anaknya, Putra Iskandar dan masuk ke dalam bilik mereka. Putra Asraf meraup mukanya.
‘Ya ALLAH!!!’ Dia mengeluh sendirian. Telefonnya berbunyi. Tanda sebuah mesej diterima. Dia pantas menerjah kotak inboxnya. Mesej daripada Aimawati.
Kita putus. Jangan cari saya lagi!!
~Aima~
Putra Asraf pantas menelefon Aimawati. Namun, kehampaan sekali lagi menyelubungi dirinya. Aimawati sudah mematikan telefon bimbitnya.
‘Ya RABBI!!!!!!!!’ Kini, dia pasrah. Jika perbuatan Aimawati mampu menjadikannya lebih gembira, dia pasrah! Dia akur pada takdir. Tambahan pula, jika Putra Iskandar merupakan anaknya, pasti dia akan bertanggungjawab. Jika?? Jika.. Perkataan ‘jika’ mula menguasai minda Putra Iskandar. Dia mula merancang sesuatu.
XxxxXxxxXxxx
“Encik Putra Asraf.. hmm.. saya dah bandingkan DNA Putra Iskandar dengan DNA Encik Asraf.. er..” Doktor itu tidak mampu meneruskan kata-katanya. Dia bimbang, rumah tangga Encik Putra Asraf di hadapannya bakal tergugat.
“Apa, doktor??” Doktor itu tersenyum hambar.
“Beginilah.. Encik Putra Asraf cuba tengok sendiri okay??” Putra Asraf mengangguk. Walaupun dia tidak mengambil jurusan perubatan, dia tetap tahu serba sedikit tentang DNA dan perubatan kecemasan. Semasa di bangku sekolah menengah dulu, dialah Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah, seorang pengerusi yang disanjungi ramai.
Putra Asraf lantas membuka sampul yang berwarna coklat lembut itu. Dia membaca sekilas perbandingan DNA ‘anaknya’ dengan DNAnya. Jantungnya kian berdegup kencang. Kerutan di dahinya semakin menjadi-jadi. Bola matanya bersinar-sinar.
XxxxXxxxXxxx
Setahun berlalu…
Surat khabar Metro dibelek-belek oleh Aimawati. Kini, dia bekerja sebagai Timbalan Pendakwa Raya di firma guaman milik kerajaan. Sebuah tajuk utama yang terpampang di dada akhbar menarik perhatiannya. Jantungnya berdebar-debar.
Peguam Putra Asraf yang terkenal – membersihkan nama ahli politik yang tercemar akibat disyaki membunuh orang..
Putra Asraf dinobatkan sebagai LAWYER WITH A SOUL!
Putra Asraf membela defendan yang miskin dengan PERCUMA!!
Beberapa berita tentang Putra Asraf semakin hangat diperkatakan kini. Masam rasanya hati Aimawati. Kini, dia masih single. Dia langsung tidak dapat melupakan Putra Asraf. Dia tahu, Putra Asraf ada mencarinya di firma guaman. Bahkan, berpuluh-puluh pucuk surat diterima daripada Putra Asraf. Aimawati tidak membaca langsung surat-surat tersebut. Bukannya dia marah pada Putra Asraf, bahkan cintanya terhadap Putra Asraf semakin mendalam dari sehari ke sehari. Dia cuma bimbang, dia akan meruntuhkan institusi keluarga Putra Asraf dan ‘perempuan’ itu.
Dia membelek ke muka surat lain. Matanya kian membuntang. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.
“Putra..” Nama itu terpacul perlahan daripada mulut Aimawati.
Kini, dia memahami segala-galanya. Budak lelaki yang dianggap sebagai ‘anak’ Putra Asraf itu langsung tiada kena-mengena dengan Putra Asraf.
Ahli politik, Tan Sri Karim – ada ANAK LUAR NIKAH????
Tajuk itu merentap tangkai jantungnya. Gambar perempuan dan budak lelaki yang dilihatnya di Restoran Swiss Garden tahun lalu, terpampang di bawah tajuk tersebut. Wartawan sibuk memperhangat gossip tersebut.
Aimawati yang selama ini tidak pernah melupakan nombor telefon Putra Asraf, lantas mendail nombor itu.
“Hello, nombor telefon ini tiada dalam..” Suara operator kedengaran. Aimawati mengeluh hampa. Hampa… Duka… Mengapa?? Setelah dia tahu Putra Asraf tidak mempunyai hubungan dengan perempuan itu, mengapa Putra Asraf tidak menggunakan telefon bimbit yang sama lagi? Jodoh.. Anggaplah dia tiada jodoh dengan Putra Asraf.
Jodoh?? Ya! Jodoh!! Aimawati nekad!
XxxxXxxxXxxx
Sunyi! Hairan.. Aimawati melangkah masuk ke dalam Restoran Swiss Garden. Langsung tiada pelanggan. Memang hairan. Padahal, hari ini merupakan hujung minggu – yang biasanya Restoran Swiss Garden akan dipenuhi dengan pelanggan. Penghawa dingin dibuka.. Maknanya, restoran ini dibuka. Setelah memasuki ruangan restoran yang biasanya disarati pengunjung, tiba-tiba – suasana menjadi gelap-gelita. Aimawati terperanjat. Tercabut jantungnya! Tubuh badannya menggeletar.
Seminit berlalu – cahaya suram mula menyimbah ruangan restoran itu. Aimawati terpempan.
“Happy birthday, my darling..” Sebuah suara romantis menampar telinga Aimawati. Dia tidak berpaling. Air mata mula menuruni pipinya – air mata keharuan. Suara itu.. Suara itu yang dirinduinya selama ini.. Suara itulah yang mengisi ruangan mimpinya saban hari..
“Aima..” Putra Asraf memusingkan badan Aimawati menghadapnya. Perlahan-lahan, dia mengesat air mata yang bercucuran di pipi puteri kesayangannya.
Putra Asraf lantas mencapai tangan Aimawati dan mengucupnya. Dia nekad, kali ini dia tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukannya setahun yang lalu. Dia tidak akan sekali-kali melepaskan tangan Aimawati buat selama-lamanya. Tidak akan..
Putra Asraf lantas mengeluarkan sebuah kotak baldu dan membukanya.
“Will you marry me, my dear Aima..” Aimawati terharu. Spontan, dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia melentokkan kepalanya ke dalam dada bidang Putra Asraf. Putra Asraf tersenyum puas.
XxxxXxxxXxxx
Putri Maya – anak gadis berusia tiga tahun – anak kecil molek yang cantik – bagaikan bidadari yang turun dari syurga.
“Umi.. Abah..” Putri Maya memanggil.
“Ya??” sahut Putra Asraf dan Aimawati serentak. Mereka tertawa gembira.
“Sayang.. malam ni kita pergi RSG nak?” Aimawati tersenyum. Tiba-tiba, dia ingin mengutaran sebuah soalan kepada suaminya itu.
“Abang..masa abang lamar Aima tiga tahun lalu tu.. cam ne abang tau Aima mesti gi RSG??” Putra Asraf tersenyum nakal. Dia lantas mencapai tangan isterinya dan meletakkannya di atas dadanya.
“Dengar tak ni?” Aimawati terpinga-pinga. Dia spontan menggeleng.
“Degupan jantung.. Naluri abang yang bagitau!!” Dia tersengih-sengih. Aimawati tersipu-sipu malu. Kasih yang terjalin di antara dua insan ini bersemarak di banglo yang tersergam indah itu.
Wahai pembaca sekalian, hayatilah cerita ini. Jika dua insan yang saling mencintai mempunyai jodoh, pasti mereka akan bersama-sama akhirnya. Sila komen-komen. Terima kasih kerana sudi membaca – bye and have a pleasant day!~
~jc~
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Tuesday, October 13, 2009
Cinta Swiss II - Jodoh
Posted by jc at 6:56 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment