Zaza yang baru sahaja selesai mandi, menjawab panggilan telefon yang berdering sejak tadi.
“Assalamualaikum..” Zaza menyapa.
“Eh.. Zaza.. nak tanya ni!!” Zizuan menyergah.
“Zuan, tak reti balas salam lagi ke??” Zaza memerli.
“Ala.. emergency ni.. awak tau pasal Kamarul Holdings tak?” Tangkai hati Zaza tersentap. Dia hampir berjaya melupakan nama syarikat itu. Kini, Zizuan pula yang mengungkitnya.
“Zaza..sorry la..Saya bukan nak buat awak sedih.. tapi..” Zaza cuba senyum untuk menyenangkan hatinya.
“Zuan.. tak pe.. saya faham. Lagipun, saya pun dah tak de apa-apa ngan Zakry. Things had past for so long, I don’t care about it anymore.. Besides, your brother loves me so much..” Zaza bertutur penuh emosi.
“Hmm.. baguslah.. tapi awak tau taka bang bekerjasama ngan Zakry?”
“Tau..”
“Macam mana pulak tu?”
“Hari tu I ternampak kontrak tu.. Zul pun ada ajak saya gi jumpa Zakry..” Zaza menjelaskan.
“Hah?? Awak ada jumpa ke???!” Zizuan terperanjat.
“Awak rasa mungkin ke??” Zaza mula memprovok rakannya itu.
“Hmm.. ya tak ya jugak!! Oklah.. I nak gi jumpa Nurin dulu! Bye!!” Talian diputuskan oleh Zizuan. Zaza terpinga-pinga.
“Ish.. ish.. Zuan oh Zuan.. macam budak tiga tahun je.. tak habis-habis!!” Zaza merungut.
XXXXXXXXXXXXX
Tiba-tiba, telefon pejabatnya berdering. Punat interkom ditekan.
“Ada apa-apa, Mikki?” Zaza mengajukan soalan kepada Mikki, setiausahanya.
“Cik Zaza, ada tetamu nak jumpa..” Suara Mikki menampar gegendang telinga Zaza. Zaza mengerutkan dahinya. Mindanya ligat berputar.
“Jumpa? Siapa tu??” Mikki terdiam seketika.
“Er, maaf Cik Zaza.. saya tak tanya.. sebab.. saya sangkakan..” Mikki mula berasa serba-salah.
“Taka pa.. tetamu tu.. kat mana pulak sekarang?” Dalam keadaan tegang sebegitu, Zaza tidak ingin mengeruhkan keadaan.
“Kat bilik tetamu khas.. Lelaki tu cakap dia kenal cik.. Cik pun kenal dia..” Zaza tersentak.
‘Aku kenal? Dia pun kenal? Mungkin ke dia tu..??’ Zaza tidak berani menghabiskan kata-kata hatinya. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia mula menjadi gelisah seketika.
“Cik Zaza..” Seruan Mikki itu mematikan lamunan Zaza.
“Er.. okay. I will be there soon!!” Kata putus terpacul dari bibir Zaza.
XXXXXXXXXXXXX
Pintu bilik tetamu khas dikuak perlahan. Degupan jantung Zaza kian kencang. Sudah acap kali dia cuba menenangkan dirinya. Namun, dia tetap rasa gelisah.
Seorang lelaki berkot hitam sedang membelakanginya. Degupan jantung Zaza berhenti. Denyutan nadinya sudah menjadi tidak normal. Dia terlopong seketika. Benarlah jangkauannya tadi. Zakry datang bertemu dengannya. Tiba-tiba, Zakry berpaling.
“Hai, Zazz..” Zaza tersentap. Dia terasa ingin menitiskan air matanya ketika itu. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan ‘Zazz’ itu. Sudah lama dia merindukan suara itu.
‘Tidak!! Zaza.. awak tak rindu!! Awak hanya cintakan Zul!!!’ Zaza cuba meyakinkan dirinya yang sedang berperang dengan perasaan itu.
“Zazz.. dah tak kenal saya ke??” Suara Zakry menyentakkan lamunan Zaza.
“Er.. Za..Zakry.. saya.. er..” Zaza menjadi kalut seketika. Suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.
“Tak pe.. saya cuma nak jumpa awak je..” Zaza tersentak sekali lagi.
“Jumpa saya?? Kenapa pulak??” Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula.
“Hmm.. er.. rindu..” Perkataan ‘rindu’ itu sekali lagi menyentakkan Zaza.
“Zakry.. saya dengan awak.. tak de apa-apa lagi.. Sekarang, saya sedang bercinta dengan Zulkarnain.. Kan Zulkarnain tu kawan awak?? Awak sanggup khianati kawan baik awak ke??” Zaza nekad!! Dia harus berkeras. Demi kepentingan semua pihak terutamanya dirinya, Zulkarnain dan juga Zakry.
“Za.. saya..”
“Cukup!! Zakry, kalau awak datang sini semata-mata nak cakap benda macam ni ngan saya, lebih baik awak get out!!” Nada Zaza kedengaran amat keras sekali.
“Zazz!! Saya masih cintakan you!!!!!!!” Zaza tersentak. Bohonglah dia jika mengatakan bahawa perasaannya tidak tersentuh ketika itu. Namun, gelodak jiwanya cuba dibendung. Dia harus yakin, yakin akan cintanya dengan Zulkarnain.
“Tapi saya tak cintakan awak!! Awak faham bahasa ke tak ni?? Nak masuk tadika semula??” Zaza berasa rimas apabila Zakry memberitahunya tentang perasaannya itu. Dia sedar, dia harus yakin akan cintanya terhadap Zulkarnain.
“Maaf, Zazz!! Saya minta maaf kalau awak tersinggung. However, I will love you forever.. no matter what happens..” Zakry masih berkeras dan yakin dengan perasaannya itu. Dia melangkah keluar dari bilik tetamu khas itu dengan perasaan yang berbaur. Sebutir manik jernih gugur dari kelopak mata Zaza. Dia memejam matanya, erat..
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Wednesday, November 11, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 13
Posted by jc at 11:53 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment