Zaza mengelamun jauh. Fikirannya menerawang jauh. Hatinya tidak tenteram.
‘Perlu ke aku ucap??’ Persoalan ini asyik berlegar-legar dalam minda Zaza. Dia mencongak sendirian, perlukah dia mengucapkan ‘selamat hari jadi’ kepada Zulkarnain??
Skrin telefon bimbitnya direnung berkali-kali. Acap kali, keluhan demi keluhan terpacul dari bibir Zaza. Telefon bimbitnya pantas dicampak ke atas katil empuknya. Matanya dipejam erat. Malas dia hendak memeningkan kepalanya dengan berfikir tentang persoalan itu lagi.
xxxxx
“Abang.. pejam mata dulu..” Fatin bertutur manja tatkala suaminya ingin menuruni tangga. Berkerut-kerut dahi Zulkarnain.
“Nape pulak ni??” Zulkarnain hairan. Fatin tertawa kecil.
“Ala.. buat je la bang!” Fatin memuncungkan bibirnya, tanda protes. Zulkarnain tersenyum melihat telatah isterinya yang kebudak-budakan itu.
xxxxx
Fatin melepaskan tangannya yang menutup sepasang mata milik suaminya sebentar tadi.
“Dah! Bang boleh bukak mata!” Perlahan-lahan, Zulkarnain membuka kelopak matanya. Dia terlopong. Dia menggosok matanya berkali-kali, bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
“Sayang.. ni..” Terharu seketika Zulkarnain. Mana tidaknya? Fatin baru sahaja keluar dari wad hospital. Kini, Fatin berhempas pulas di dapur untuk menyediakan masakan sempena hari jadinya.
“Bang.. Fatin tak reti buat western food la.. Fatin cuma masak kari ayam ngan lauk-lauk ni je..” Fatin bertutur.
“Ala.. abang bukannya kemaruk sangat nak makan makanan barat tu.. lauk-lauk ni pun.. abang suka.. terima kasih ya, sayang..” Fatin tersenyum manis. Bahagia kerana jasanya dihargai oleh suaminya.
“Sama-sama.. memang tanggungjawab Fatin pun..” Senyuman masih tidak lekang dari bibir Fatin. Buat seketika, Zulkarnain melupakan Zaza. Dalam mindanya, segala-galanya hanyalah bayangan isterinya, Fatin. Zulkarnain menarik isterinya ke dalam pelukannya. Dia sedar. Dia harus melupakan Zaza. Buat masa kini, Zaza hanyalah masa lampaunya. Dia tidak ingin mencalarkan hati isterinya. Biarlah Zaza patah hati terhadapnya kerana dia tahu, seorang jejaka lebih mencintai Zaza daripadanya – Putra Zakry..
xxxxx
Hari ini, Zaza terlewat bangun. Solat subuhnya turut terbabas. Namun, mujurlah dia uzur hari ini. Jika tidak, mulalah dia mengumpul dosa. Langkahnya dipercepatkan. Acap kali, Zaza membelek jam tangannya. Bimbang dia terlewat terlalu lama.
“Aduh!” Zaza mengerang kesihatan tatkala bahunya dilanggar seseorang.
“Sorry..” Suara itu menyentap tangkai hati Zaza. Dia tidak berani berpaling.
“Tak pe..” Zaza langsung tidak berpaling. Dia pantas mengutip semula fail-failnya yang jatuh ke atas lantai dek pelanggaran tadi.
“Er.. Zaza.. awak..” Tergagap-gagap Zulkarnain seketika. Kini, barulah Zaza memberanikan dirinya untuk bertentang mata dengan Zulkarnain.
“Tak pe.. tak sakit pun.. saya dah terlewat, tuan.. saya pergi dulu..” Tergesa-gesa Zaza meninggalkan Zulkarnain bersendirian di sana tanpa mempedulikannya. Zulkarnain mengeluh hampa. Dia tahu, perasaan Zaza sudah tergores. Dia amat pasti, Zaza sudah pasti terdengar berita tentang isterinya. Keluhan demi keluhan mula terpacul dari bibirnya.
‘Ah!! Lantaklah!!’ Langkahnya pantas dituju, meninggalkan tempat insiden tadi berlaku.
xxxxx
Longgokan fail di hadapan matanya tidak dipedulikan lagi. Segala kerja yang belum beres, sekadar direnung kosong. Insiden tadi masih terpahat dalam minda Zaza. Kini, kerjanya terbelangkai. Semuanya gara-gara insiden tadi. Gara-gara bahunya dilanggar oleh jejaka yang amat dicintainya, Zulkarnain. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi, menandakan sebuah mesej diterima.
Kenapa tak wish saya semalam?
Zaza terbungkam seketika. Dia tidak menyangka Zulkarnain melontarkan pertanyaan itu. Kini, dia benar-benar serba-salah. Apa yang harus dibalas? Ingin sekali dia memberitahu Zulkarnain bahawa jejaka itu sedang mendera perasaannya. Tidak sedarkah Zulkarnain bahawa Zaza sedang berusaha untuk melupakannya? Perlukah dia mendera perasaannya sebegitu? Masih berperikemanusiaankah Zulkarnain ini?
Mesej tersebut dibiarkan. Dia tidak ingin bermain dengan api. Dia sedar, jika dia membalas mesej Zulkarnain, sudah pasti perasaan dirinya dan Zulkarnain terdera, sudah pasti dia tidak akan berjaya melupakan Zulkarnain.
Tiba-tiba, telefonnya berdering. Lantas, ia pantas dicapai. Nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya – Zakry!
“Hello..”
“Hello, Zazz.. malam ni .. awak free tak??”
“Free.. nape?”
“Erm.. tak de pa-pe la.. Cuma nak ajak awak makan malam je, boleh tak?” Zakry mengharap. Setelah berfikir seketika..
“Okay.. awak datang jemput saya la.. malas saya nak pandu kereta, boleh?” Zaza mengemukakan syarat.
“Boleh! Malam ni.. pakai cantik-cantik ya!” Zakry sempat berpesan.
“Ya la..”
“Okay.. bye!”
“Bye bye!” Talian diputuskan. Telefon bimbit Zaza diletakkan semula di atas meja. Seketika kemudian, dia tersenyum sendirian. Dia nekad! Dia pasti akan melupakan Zulkarnain. Dia percaya, dia pasti dapat mencintai Zakry seperti dulu juga. Maklumlah, siapa yang dapat melupakan cinta pertamanya dengan mudah? Zulkarnain boleh menjadi teladan yang paling baik! Zaza kemudiannya menyambung semula kerjanya yang terbelangkai seketika sejak tadi.
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Tuesday, December 22, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 30
Posted by jc at 9:02 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment