Seorang gadis Melayu timur, yang bertudung litup, bernama Shazlin Amalia, menyisip sedikit minuman Milo yang dibancuhnya sendiri sebentar tadi. Sambil mengunyah roti kosong untuk mengalas perut, matanya tercantap sahaja pada ibu yang tercinta, Puan Maznah. Dilihatnya, ibunya ligat menjahit pakaian yang ditempah oleh beberapa orang pelanggan tetap. Pada pandangannya, ibunya memang cukup arif dalam bidang jahitan. Ramai yang memuji kecekapan ibunya itu. Namun, hal ini tidak pernah memberi kesempatan kepada ibunya untuk meninggi diri.
Di dasar lubuk hati Shazlin, dia memang cukup kagum akan ibunya itu, ibu tunggalnya. Serta-merta, kelopak matanya terasa panas. Tatkala setiap kali mengenangkan nasib ibunya yang cukup malang ditinggalkan si insan suami yang tidak berguna. Suami yang langsung tidak setia terhadap cinta, langsung tidak! Suami yang tidak tahu menghargai isteri, suami yang sentiasa bergelumang dengan dosa yang mampu menghumbannya ke dalam neraka – suami yang mengahwini perempuan lain dan menceraikan ibunya! Seorang lelaki yang cukup dibenci oleh Shazlin sendiri. Setiap kali terkenangkan peristiwa ini, amarahnya terhadap insan yang bergelar ayah, meluap-luap di dada. Terasa ingin ditumbuk-tumbuk wajah ayahnya itu, bertalu-talu. Dia..
“Lin, termenung ke?” Mak!!! Terkejut Shazlin seketika. Lamunannya serta-merta terhenti. Dia mengurut-ngurut dadanya sambil menghela nafas lega. Puan Maznah melirikkan senyuman sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat anak sulungnya itu.
“Tak baik tau termenung.. terkenangkan siapa pulak ni?” Puan Maznah cuba mengusik. Barangkali disebabkan keadaan keluarga yang serba miskin, hubungan Puan Maznah, Shazlin dan seorang lagi anak bongsu, Shazlan cukup erat. Barangkali kerana mereka saling bergantung antara satu sama lain.
“Mak!!!” Shazlin tidak senang akan usikan ibunya itu. Dia memuncungkan bibirnya tanda protes.
“Dah la tu.. jangan muncung-muncung pulak.. Lan lum bangun ke?” Puan Maznah bertanya.
“Lum, mak..” Puan Maznah menggelengkan kepalanya. Sahlah anak bongsunya itu tidak mengerjakan solat lagi.
“Tak solat lah tu dia..”
“Mak.. Lan baru je lima tahun.. lagipun, dia mana tau tentang semua tu..” Shazlin cuba membela adiknya. Dia memang cukup sayang akan adik bongsunya itu, yang pada pendapatnya, memang cute!
Puan Maznah menggeleng-gelengkan kepala mendengar kata-kata anak sulungnya itu. Bukannya dia tidak tahu. Shazlin sengaja membela adiknya. Namun, dia sedar dan tahu. Anak bongsunya baru sahaja tahu membaca, memang agak sukar jika dia memaksa Shazlan mengerjakan solat.
“Mak… Lin nak gi sekolah dah sekarang..” Shazlin yang selesai membasuh cawannya itu, sambil menyandang beg sekolahnya yang agak lusuh warnanya itu, segera menghampiri ibunya. Dia menghulurkan tangan, ingin menyalami ibunya itu. Puan Maznah segera menyambut tangan anak sulungnya, maka Shazlin pun tunduk dan mencium tangan ibunya. Itulah yang sudah menjadi kebiasaan Shazlin, begitu juga dengan Shazlan. Walaupun mereka memang serba miskin, mereka memang cukup kaya dengan adab sopan-santun dan budi pekerti.
“Hati-hati ya..!” Puan Maznah sempat berpesan kepada anak sulungnya itu yang sudah berada di ambang pintu rumah sewa satu tingkat mereka itu.
“Ya, mak!” Shazlin segera menutup pintu rumahnya, menyarungkan kasut putih dan berjalan penuh bersemangat ke sekolah. Maklumlah, hari ini, hari pertama dia ke sekolah baru itu, Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Shah. Sebenarnya, baru genap dua minggu dia, ibu dan adiknya berpindah ke kawasan perumahan ini. Kata ibunya, dia ingin menukar suasana yang baru. Namun, Shazlin tahu. Ibunya sebenarnya ingin mengubati hati yang lara! Semuanya gara-gara lelaki tidak berguna itu! ‘Sudahlah.. buat apa diingatkan si keparat itu?’ Shazlin mendengus geram. Tiba-tiba, Shazlin tersadung seketul batu di tepi jalan. Dia terjelopok di atas jalan raya. Lututnya berdarah. Dia mengerang halus, cuba menahan rasa sakitnya itu.
Air matanya mula menitis. Bukan kerana sakit, bukan kerana kelalaiannya. Semuanya kerana cacat celanya pada sepasang kaki miliknya! Kaki Shazlin sebenarnya, panjang sebelah. Sebab itu, dia sering dipandang hina. Ditambah lagi pula dengan kemiskinannya, dia memang sudah serik dengan cemuhan orang lain. Dia cuba bangkit dan membetulkan baju kurungnya. Dia mengeluarkan sehelai sapu tangan dari saku, dan mengelap darah yang mengalir sedikit di lutut. Dia menggagahkan diri juga, untuk berjalan ke pintu pagar sekolah. Kelihatan beberapa orang pengawas, yang berbaju biru, melemparkan jelingan yang cukup sinis. Shazlin tunduk. Dia tahu, ramai yang memandang hinanya kerana caranya berjalan terjengket-jengket. Namun, dia tetap terus berjalan.
Tiba-tiba, seorang pengawas perempuan Melayu menghalang perjalanannya. Langkah Shazlin terhenti seketika. Dia memberanikan diri untuk bertentang mata dengan pengawas tersebut.
“Pengawas, kenapa?” Shazlin cuba berlembut. Pengawas itu mencebik, tergelak sinis. Seolah-olah sedang mempersendakan Shazlin.
Shazlin tunduk. Dia tahu dan faham akan maksud jelingan sinis pengawas perempuan di hadapannya itu.
“Er.. pengawas, ada apa-apa?” Shazlin cuba bersopan, cuba mengawal perasaannya.
“Huh…!!!” Dengan angkuhnya pengawas itu mengangkat muka, ala memandang langit. Shazlin tunduk lagi. Dia mengetap bibirnya. Rasa geram membuak di dada.
‘Biarlah, Lin.. Bersabarlah…’ Shazlin memujuk dirinya. Dia cuba mengangkat diri dan memulakan langkah, berlalu dari situ. Belum sampai dua langkah, pengawas tersebut sekali lagi menghalang perjalanannya. Kali ini, Shazlin sudah tidak mampu mengawal perasaannya lagi. Dia memberanikan diri, mengangkat mukanya dan bertentangan mata dengan pengawas yang tidak bermoral itu.
“Pengawas, kalau saya tak ada apa-apa kesalahan, jangan halang jalan saya…” Shazlin sedikit tegas suaranya. Namun, tidaklah seperti ingin mencari gaduh dengan pengawas tersebut.
“Huh.. tak de kesalahan? Dasar perempuan tak tau malu!! Sejak kau dilahirkan, kau memang dah ada kesalahan! Kaki kau tu, panjang sebelah! Jalan pun.. macam mak nenek!” Pengawas itu secara terus-terang menghina Shazlin. Diikuti dengan gelak tawa halus beberapa orang pengawas sedikit jauh dari mereka.
Shazlin tersentak. Tidak menyangka pula pengawas tersebut seberani itu. Shazlin mengumpul segala kekuatannya dan sebelum dia sempat berkata apa-apa….
“Apa hal ni, Marina?” Sebuah suara garau menghentikan sesi ‘penghinaan’ yang tercetus dalam diam ini. Seorang jejaka berkot hitam menghampipri mereka. Shazlin mendongak, bertentang mata dengan lelaki tersebut, sekejap. Kemudian, dia tunduk semula. Malas dia hendak bertentang mata dengan jejaka hensem itu. Hehehe..
“Riz… pelajar ni kan.. lawan cakap saya..” Marina mulalah berdrama, cuba mengumpan simpati jejaka tersebut, ditambah lagi dengan mimik muka yang kononnya ‘pure innocent’. Meluat benar Shazlin tengok!
‘Pandai-pandai saje si pompuan ni reka cerita! Dia hina aku.. adalah!’ Shazlin mencebik.
“Awak… pelajar baru ke?” Jejaka tersebut tidak menghiraukan Marina, sebaliknya melontarkan soalan kepada Shazlin. Shazlin masih blur, terkebil-kebil pula. Nasib baiklah reaksinya cepat. Dia pantas mengangguk, mengiyakan pertanyaan jejaka yang tidak dikenalinya itu.
Shazlin masih sempat menangkap perubahan riak pada wajah pengawas perempuan yang bernama Marina itu. Hahaha… Shazlin tertawa dalam hatinya. ‘Padan muka!’
“Hmm… awak pergi ke pejabat. Nanti ada cikgu yang akan iring awak..” Jejaka itu seperti sedang memberi arahan. Ops.. boleh dikatakan juga, sedang menyelamatkan Shazlin daripada terus dihina perempuan itu. Apa lagi… pecutlah Shazlin.. Semakin mencukalah wajah Marina. Dia menggenggam tangannya erat, menyimpan seribu dendam. ‘Dasar perempuan tak tau malu!!!!!’
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Tuesday, March 9, 2010
Panahan Cinta 1
Posted by jc at 10:06 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment