“Abah! Umi!!” Zulkarnain lantas memeluk kedua-dua orang tuanya ketika dia sampai di rumahnya. Dia tidak menyangka ibu bapanya akan bertandang ke rumahnya tanpa memaklumkannya terlebih dahulu.
“Abah, umi, kenapa tak call Zul sebelum datang??”
“Ala.. ka nada orang sedang kemaruk bercinta!!” Mulalah Datin Nasrul, ibu Zulkarnain memerli anaknya. Dato’ Sabri sekadar tertawa lucu dek telatah isteri kesayangan.
“Macam mana abah ngan umi tahu??” Zulkarnain hairan. Seingat dia, dia belum memaklumkan ibu bapanya tentang hubungannya dengan Zaza lagi.
“Zul memang tak patut la.. ada calon menantu untuk umi pun, tak nak bagitau umi!!” Ada sedikit nada merajuk ketika Datin Nasrul bertutur. Zulkarnain menjadi serba-salah.
“Ya la.Zul! Memang tak patut.. kalo bukan Zuan bagitau.. sampai bila-bila pun .. abah ngan umi Zul tak tau!!” Dato’ Sabri menokok tambah. Zulkarnain mengetap bibirnya. Rupa-rupanya, angkara Zizuan!!
“Umi.. abah.. Zul mintak ampun.. Sebenarnya, Zul cadang nak tunggu sebulan dulu..Sebab hubungan ni pun baru lagi..” Zulkarnain menutur kata-kata maaf, yang ikhlas lahir dari sudut hatinya.
Tiba-tiba, tawa Dato’ Sabri dan Datin Nasrul meletus besar. Zulkarnain terpinga-pinga sendirian. Lucu benarkah kata-kata maafnya tad??
“Zul.. Zul.. macam mana pun, abah ngan umi takkan marah..” Dato’ Sabri mengujar sambil mengawal tawanya yang masih bersisa itu.
“Ya la.. tak payah la Zul buat memek muka macam budak tiga tahun tu!!” Datin Nasrul mengusik anaknya. Zulkarnain barulah sedar.
Rupa-rupanya, ibu bapanya sekadar mempermainkanya. Dia tersenyum senang, langsung tidak berasa marah. Itulah kelebihan Zulkarnain – sentiasa tenang tidak kira apa jua yang berlaku..
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
“Zakry.. nak jumpa awak ni..” Tanpa memberi salam, Zulkarnain menerjah Zakry melalui talian telefon.
“Hah? Buat pe pulak??” Zakry mula risau. Risau Zulkarnain dapat menghidu hubungannya dengan Zaza dahulu.
“Nak sambung kontrak… esok datang syarikat saya boleh tak??” Zakry menarik nafas lega.
“Boleh, apa salahnya..” Zulkarnain tersenyum senang.
“Okay.. see you then..”
XXXXXXXXXXXXX
Kereta BMW 7 Series milik Zakry terpakir di pintu utama Zulkarnain Holdings.
“Pak Mat.. balik dulu la.. mungkin Zakry akan lambat sikit..” Zakry bertutur sopan kepada pemandunya. Walaupun darjat Zakry lebih tinggi daripada orang lain, dia tidak pernah bersikap angkuh terhadap orang lain. Sikap Zakry yang merendah diri itulah yang paling disenangi ramai.
“Tak pe, Tuan Zakry. Pak cik boleh tunggu..” Pak Mat bertutur penuh sopan, menghormati bosnya itu.
Zakry terdiam.
“Hmm.. okey lah!” Akhirnya, Zakry mengalah. Dia turun dari keretanya. Kakinya pantas ditujukan ke bilik pejabat Zulkarnain. Tiba-tiba..
Bom!!
“Sorry..” Spontan, Zakry bertutur. Dia berpaling menghadap muka gadis yang dilanggarnya sebentar tadi. Dia terkaku. Begitu juga dengan gadis itu.
“Zazz??” Perlahan sungguh suara Zakry. Sungguh, dia tidak menduga dia akan menemui Zaza semula di sini. Zaza cuba mengawal emosinya. Dia membongkok lalu mengutip fail-fail yang jatuh di atas lantai.
“Er.. Zazz, sorry yek.. saya..”
“Tak pe.. it’s not your fault!! Saya yang tak de mata!” Zaza menyampuk dengan nada yang tegas. Dia lantas berlalu dari situ. Zakry hanya memandang Zaza dengan perasaan yang berbaur. Dia langsung tidak mengejar Zaza. Tidak! Tidak sesekali. Rasa kecewa mula menyelubungi dirinya.
XXXXXXXXXXXX
“Hey!! Jom, masuk!!” Zulkarnain mempelawa Zakry masuk ke dalam bilik pejabatnya.
“So Zakry.. kontrak tu.. kalau nak panjangkan lima tahun boleh tak??” Zulkarnain mengutarakan soalan. Nadanya serius. Zakry mencapai kontrak yang disediakan oleh Zulkarnain lalu membelek-beleknya.
“Hmm.. syarat yang sesuai ngan ‘selera’ saya..” Zakry menyuarakan pendapatnya.
“Mestilah.. tengok siapa yang sediakanlah , kan?” Zulkarnain mula syok sendiri. Zakry sekadar tersenyum. Fikirannya masih tertumpu pada kontrak tersebut. Di dasar lubuk hatinya, dia memuji kecekapan Zulkarnain. Zulkarnain lebih pandai dan tenang daripadanya. Dia sedar, dia sekadar mewarisi perniagaan ayahnya. Sementara Zulkarnain pula membina kerjaya dengan sepasang tangan milik sendiri. Zulkarnain yang bijak dalam menyediakan kontrak “win-win” itu memukau perhatiannya.
“Hmm.. okaylah.. saya setuju untuk panjangkan kontrak jugak..” Zulkarnain tersenyum meleret. Dia berpuas hati dengan pencapaiannya hari ini.
“Thanks.. nanti awak suruh peguam awak uruskan prosedur lah..” Senyuman tidak lekang dari bibir Zulkarnain.
“Okay.. ouch..” Tiba-tiba, Zakry mengerang kesakitan.
“Kenapa ni??” Zulkarnain bangkit dan mendekati Zakry. Dia mula berasa cemas.
“Entah la.. boleh saya gi toilet sekejap? Sakit la perut..” Berkerut-kerut dahi Zakry menahan kesakitan.
“Okay..” Zulkarnain turut berasa bimbang akan keselamatan Zakry itu. Zakry berjalan terinjut-injut keluar dari bilik pejabat Zulkarnain.
Tup!!
Dompet Zakry jatuh dari sakunya. Namun, Zakry tidak menyedarinya. Zulkarnain membongkok lalu mencapai dompet itu. Tiba-tiba, sekeping gambar terjatuh ke atas lantai. Mata Zulkarnain terarah kepada gambar tersebut. Hatinya tersentap. Tubuhnya kaku. Matanya tidak berkelip. Nafasnya seakan terhenti. Pelbagai persoalan mula menerjah mindanya.
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Thursday, November 12, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 15
Posted by jc at 10:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment