Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Wednesday, October 28, 2009

Jalan Hidupku Penuh Berliku - part 01

Banglow mewah yang tersergam indah di hujung jalan itu pasti akan memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Keindahan taman yang menghijau, hiasan luaran yang
menawan menggambarkan betapa tenang dan damainya kehidupan penghuni banglow
tersebut. Namun tiada siapa pun yang tahu bahawa banglow indah itu sebenarnya
cukup miskin dengan kasih sayang sebuah keluarga.

Hanya Pak Halim dan Mak Hani yang tahu betapa sepinya hidup anak tunggal Datuk Izudin dan Datin Zulaika. Iskandar anak tunggal yang dimanjakan oleh Datuk Izudin dan Datin Zulaika. Segala permintaan Iskandar pasti akan ditunaikan dan soal wang ringgit langsung tidak menjadi masalah buat Iskandar. Iskandar dibesarkan dan dididik oleh Pak Halim dengan Mak Hani kerana Datuk Izudin dan Datin Zulaika sibuk dengan urusan
perniagaan mereka di luar negara. Setiap bulan ribuan ringgit dihantar oleh Datuk Izudin dan Datin Zulaika untuk memastikan segala keperluan Iskandar mampu tercapai. Kasih sayang yang Pak Halim dan Mak Hani curahkan menjadikan Iskandar cukup menyayangi dan menghormati mereka. Iskandar sudah mengganggap Pak Halim dan Mak Hani sebagai sebahagian dari keluarganya sendiri. Pak Halim banyak mengajar Iskandar tentang tanggung jawab sebagai seorang insan sementara Mak Hani pula tidak melepaskan peluang mengajar Iskandar mengaji. Ternyata Iskandar seorang anak yang pintar dan patuh pada arahan Pak Halim dan Mak Hani. Hanya pada Pak Halim dan Mak Hani tempat Iskandar bermanja dan bercerita. Namun begitu, Iskandar tetap merasa sunyi kerana Pak Halim dan Mak Hani lebih memahami kedudukkan mereka sebagai orang gaji walaupun Iskandar tidak pernah mempersoalkan semua itu.

************************************************************************
Iskandar memang pelajar yang pintar dan pencapaian Iskandar dalam bidang akademik
amat membanggakan. Iskandar juga merupakan seorang pelajar yang aktif bersukan
dan banyak melibatkan diri dalam persatuan serta kegiatan amal di sekolah. Iskandar
buat semua itu untuk mengisi kekosongan jiwanya yang sering sunyi. Iskandar cukup
terkenal di kalangan pelajar perempuan kerana wajahnya yang kacak dan kewangannya yang kukuh. Ramai yang sanggup menjadi kekasih Iskandar walaupun terpaksa bersaing sesama sendiri. Namun Iskandar kurang berminat untuk melayani gelagat mereka.

Kehidupan Iskandar mula berubah sejak mengenali Saiful. Saiful memang pelajar yang
bermasalah dan pernah digantung sekolah berkali-kali namun Saiful tidak pernah serik.
Pengaruh Saiful cukup kuat pada Iskandar sehinggakan Iskandar dengan begitu mudah
menjadikan Saiful rakan karibnya. Saiful banyak mengajar Iskandar pada dunia luar
yang begitu besar pengaruhnya. Bermula dengan niat sekadar ingin cuba akhirnya
membawa perubahan yang begitu ketara dalam hidup Iskandar.
Page 2
“Saiful….boleh saya tahu kenapa awak merokok”….tanya Iskandar untuk mendapatkan
kepastian.

“Come On….Iskandar. Rokok bagaikan teman yang dapat meleraikan kesunyian dan
dengan rokok jugalah saya mampu menghilangkan tekanan perasaan”....jawab Saiful
dengan bangganya.

Iskandar sepertinya berminat dengan penjelasan Saiful itu. Iskandar ingin mencubanya.
Bermula dengan sekadar merokok untuk mencuba kini Iskandar sudah terjerat dan
gagal menghindarinya. Setiap hari sudah bagaikan satu kewajipan Iskandar pasti akan
merokok dengan Saiful sambil mendengar cerita-cerita tentang dunia luar dari Saiful.
Iskandar begitu teruja dengan semua cerita Saiful dan begitu ingin mencubanya.

“Beginilah Iskandar….apa kata jika malam minggu ini awak ikut saya menikmati
keindahan sebenar kehidupan ini?”….tanya Saiful.

Iskandar tercengang bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Benarkah begitu?”….tanya Iskandar meminta kepastian.

“Sudah tentulah. Saya tidak pernah berbohong walaupun aku ini nakal”….jawab Saiful
sambil ketawa.

Malam minggu itu Saiful membawa Iskandar melihat panorama kota yang penuh warna-
warni. Tidak terhenti di situ Iskandar turut di bawa menyaksikan perlumbaan haram dan
menghabiskan sisa-sisa malam di kelab malam. Iskandar dapat merasakan yang
malam itu cukup indah dalam kamus hidupnya. Iskandar sungguh gembira kerana
selama ini Iskandar tidak pernah keluar malam dan mengenali dunia luar yang sebenar.

“Terima kasih Saiful”….kata Iskandar dengan penuh gembira.

“You are welcome my friend”….balas Saiful.

“Ini baru permulaan dan banyak lagi yang belum awak lihat”….sambung Saiful.

“Banyak lagi?”….tanya Iskandar yang tidak mengerti maksud Saiful.
“Apa maksud awak Saiful?”….tanya Iskandar tidak sabar meminta kepastian.

“Bersabarlah kawan, tidak mungkin ada orang dalam dunia ini yang boleh berubah
dalam masa sehari”….Saiful mematikan segala persoalan dalam diri Iskandar.

“Wah! Awak memang hebatlah Saiful. Suatu hari nanti awak boleh jadi ahli politik yang
berpengaruh dengan ceramah yang pastinya memukau orang ramai”….Iskandar cuba
berjenaka.

************************************************************************
Page 3
Pak Halim dan Mak Hani dapat merasakan perubahan sikap yang berbeza dalam diri
Iskandar. Dulu Iskandar sering menghabiskan waktu terluangnya bersama Pak Halim
dan Mak Hani tapi sejak kebelakangan ini Iskandar lebih banyak menyendiri. Mak Hani
pernah beberapa kali mendengar suara Iskandar berbual dengan Saiful sehingga lewat
malam dan pernah juga sekali Mak Hani menjumpai kotak rokok dalam poket seluar
Iskandar.

“Mak Hani sekadar ingin tahu, sejak bila Iskandar sudah pandai merokok ya?”….tanya
Mak Hani seakan-akan tidak mempercayainya.

“Eh! Mana ada. Mak Hani jangan pula menuduh sembarangan”….jawab Iskandar
selamba.
Mak Hani terkedu dengan jawapan yang Iskandar berikan itu. Selama ini Iskandar tidak
pernah berbohong dan tidak pernah menjawab sedemikian rupa. Mak Hani sedih
dengan perubahan sikap Iskandar. Malam itu Mak Hani menceritakan segala-galanya
pada Pak Halim. Rupa-rupanya Pak Halim lebih awal menyedari akan peubahan sikap
Iskandar selama ini.

“Beberapa hari yang lepas tok imam bertanya kemana perginya Iskandar kerana
sebelum ini Iskandar sering melaungkan azan subuh di surau”….terang Pak Halim pada
Mak Hani.

“Eh! Kemana pula Iskandar pergi setiap awal pagi?”….tanya Mak Hani kehairanan.

“Entahlah. Kata tok imam sudah beberapa minggu Iskandar tak ke surau”….tegas Pak
Halim.

Pernah juga abang tanya pada Iskandar tapi jawapannya cukup menyakitkan hati”….jelas Pak Halim lagi.

“Abang, kita mesti buat sesuatu supaya Iskandar tidak jauh terpesong dan terus
berbohong pada kita”….Mak Hani cuba memujuk.

“Nantilah, abang akan fikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Jika diceritakan
pada Datuk dan Datin pun tak ada gunanya kerana sudah tentu mereka tak ambil
kisah”….jawab Pak Halim lemah.

Pak Halim dan Mak Hani tidak berhenti-henti berdoa agar Iskandar kembali seperti dulu
yang sering menghormati mereka sebagai orang tua. Pak Halim dan Mak Hani juga
sering memantau perjalanan seharian Iskandar dengan mengambil tahu siapa kawan
Iskandar dan di mana Iskandar sering menghabiskan masanya tanpa pengetahuan
Iskandar. Pak Halim dan Mak Hani tidak mahu Iskandar tersalah pilih kawan dan lupa
pada segala amalan serta ajaran yang diberikan selama ini. Pak Halim dan Mak Hani
begitu sayangkan Iskandar walaupun mereka hanya sekadar orang gaji untuk Datuk
Izudin dan Datin Zulaika.
Page 4
Sementara itu sikap liar Iskandar semakin menjadi-jadi. Hilang segala rasa hormatnya
pada Pak Halim dan Mak Hani. Setiap teguran yang mereka berikan pastinya dijawab
oleh Iskandar dengan lantang dan biadap. Iskandar yang berada di depan mata mereka
sekarang ini sudah jauh berbeza dengan Iskandar yang dulu.
“Iskandar tolonglah, Mak Hani merayu. Tolonglah jangan berkawan dengan budak-
budak nakal di luar sana”….pinta Mak Hani penuh harapan.

“Ini bukan urusan Mak Hani. Siapa kawan saya dan dengan siapa saya nak berkawan,
itu hak saya. Mak Hani hanya orang gaji yang dibayar setiap bulan, jadi jangan ambil
kisah tentang hal saya”….jawab Iskandar dengan suara yang kasar.

Sayu hati Mak Hani mendengar kata-kata Iskandar yang semakin hari, semakin biadap.
Iskandar sudah tidak menghormati Mak Hani lagi. Mak Hani menangis sendirian.

************************************************************************
Di sekolah pencapaian akademik Iskandar semakin merosot dan tanggungjawab
sebagai ketua Iskandar menjadi semakin malas untuk memanaskan badan dan kurang
tumpuan. Semua itu turut disedari oleh Pengetua dan guru-guru yang lain. Ramai guru
yang cuba ingin membantu untuk menyelesaikan masalah Iskandar namun gagal.
Iskandar di panggil oleh guru kaunseling dengan tujuan menyedarkan Iskandar dari
lamunan mimpinya itu.

“Apa hendak jadi dengan awak sekarang?”….tanya Puan Haryati selaku guru
kaunseling. “Awak tahu atau tidak yang pencapaian awak sekarang tidak seperti dulu
lagi malah awak tidak bertanggung jawab langsung sebagai ketua persatuan?”….tanya
Puan Haryati lagi.

“Cikgu ini soal kehidupan saya dan biarlah saya sendiri yang menentukan masa depan
saya. Buat apa pula cikgu nak menyibuk”….jawab Iskandar dengan lantang.

“Saya tahu kehidupan awak adalah hak milik awak tapi selaku seorang guru dan
pendidik saya ingin memastikan yang awak berjaya bukannya dibebani masalah seperti
ini”….Puan Haryati cuba memujuk.

“Maaf cikgu, saya tidak ada sebarang masalah untuk diceritakan dan saya senang
dengan cara hidup saya sekarang ini”….jawab Iskandar sambil berlalu pergi.

“Memang degil sungguh budak Iskandar ini”….bisik Puan Haryati dalam hatinya.
Petang itu guru-guru dipanggil khas menghadiri mesyuarat oleh pengetua sekolah
semata-mata untuk membincangkan tentang masalah Iskandar. Pengetua ingin tahu
sejauh mana perkembangan masalah disiplin Iskandar. Pengetua tidak mahu masalah
yang melanda Iskandar menjejaskan nama baik sekolah. Berbagai cadangan
disuarakan tapi tiada seorang guru pun yang sanggup berhadapan dengan Iskandar.
Page 5
“Tuan Pengetua, saya sudah pun berjumpa dengan Iskandar namun begitu segala
nasihat yang saya berikan seperti mencurah air ke daun keladi”....terang Puan Haryati.

“Bagaimana jika pihak sekolah mengadakan satu sesi pertemuan dengan ibu dan bapa
Iskandar agar mereka dapat dimaklumkan tentang perkara ini”….Encik Lokman
memberi cadangan.

“Tidak ada gunanya Encik Lokman berbuat demikian kerana Datuk Izudin dan Datin
Zulaika sibuk menguruskan perniagaan mereka di luar negara. Hanya Pak Halim dan
Mak Hani yang menjaga serta membesarkan Iskandar selama ini”….jelas Puan Haryati
dengan panjang lebar.

“Siapa pula Pak Halim dan Mak Hani dalam kehidupan Iskandar”….tanya Encik Ong
yang begitu berminat untuk mengetahui.

“Pak Halim dan Mak Hani hanyalah orang gaji yang dibayar untuk menjaga serta
membesarkan Iskandar dengan kemewahan yang Datuk Izudin dan Datin Zulaika
berikan”….jawab Puan Haryati.

“Susahlah kalau macam itu”….kata Cik Sharmeela Dewi.

Mesyuarat pada petang itu gagal mancapai keputusan yang terbaik. Tuan Pegentua
dan guru-guru yang ada tidak dapat mencari cara bagaimanakah yang paling berkesan
untuk masalah itu.

****************************************************************************************************
Malam itu Saiful memperkenalkan Iskandar kepada beberapa orang gadis yang cukup
cantik sebabagi teman untuk hiburan. Mereka bukan sahaja menghiburkan malah
langsung tidak kisah untuk dibawa ke mana saja asalkan makan malam mereka
ditanggung dan mereka di bayar secukupnya. Mereka terlalu sosial dalam pergaluan
dan cukup senang untuk di bawa berbual. Pada mulanya Iskandar agak sukar untuk
menyesuaikan diri dan sering menjadi bahan ketawa Saiful tapi tidak lama selepas itu
Iskandar menjadi lebih yakin dan berani untuk mendampingi gadis-gadis tersebut.
Iskandar semakin hanyut dengan godaan dan segala yang haram sudah menjadi halal
bagi dirinya. Ketika sedang bergembira dalam kelab malam, Iskandar dengan beraninya
meneguk air syaitan itu. Iskandar semakin hanyut dalam kegembiraan yang sementara
dan penuh kepura-puraan itu. Perangai Iskandar semakin menjadi-jadi, bukan hanya
tersenyum kegembiraan kerana Iskandar sudah pastinya akan membayar semua
minuman tersebut. Segala keperluan dan keinginan Saiful akan Iskandar tanggung
kerana dalam diri Iskandar ketika ini hanya Saiful seorang rakannya yang dapat
membawa diri Iskandar mengecapi kenikmatan hidup seperti ini.

“Saiful, apa yang saya harus buat dengan Susan dan Farah yang seksi ini”….tanya
Iskandar dalam nada berbisik.
Page 6
“Buat sajalah apa yang awak inginkan kerana mereka tidak akan membantah”….jawab
Saiful separuh ketawa.

Iskandar cukup marah bila melihat Saiful yang tersengih-sengih seperti itu. Iskandar
tahu Saiful memang terlalu banyak pengalaman tapi Saiful seakan-akan tidak mahu
berkongsi pengalaman itu. Iskandar ingin membuktikan pada rakannya itu yang dirinya
juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Saiful.
Pengaruh air syaitan itu menjadikan Iskandar semakin berani memeluk Susan dan
Farah di hadapan rakan-rakan yang lain. Keberanian Iskandar mendapat tepukkan
gemuruh di kalangan rakan-rakan yang ada pada malam itu. Iskandar rasa cukup
bangga dan dapat merasakan yang dirinya layak untuk bergaul serta setaraf dengan
rakan-rakan yang lain.

“Macam itulah kawan, baru real”….bisik Saiful pada Iskandar.

Iskandar tersenyum puas dan sempat menyenyitkan matanya pada Saiful. Di sudut
kelab malam tersebut Iskandar dapat melihat bagaimana sepasang kekasih sedang
melepaskan gelora nafsu mereka. Memang berani sungguh mereka berkelakuan
seperti itu sebab pastinya ada mata yang memandang tindak-tanduk mereka walaupun
dalam kelab malam. Iskandar bagaikan terpanggil-panggil untuk mencuba apa yang
dilihatnya sebentar tadi terhadap Susan dan Farah.

“Saiful…boleh tak jika saya nak cuba buat seperti apa yang pasangan itu sedang buat
terhadap Susan dan Farah”….tanya Iskandar dengan nada berbisik di telinga Saiful.
“Sudah tentu boleh”….jawab Saiful ringkas.

Iskandar teruja mendengar jawapan yang Saiful berikan itu lalu menghampiri Susan
dan Farah. Nafsu serakah Iskandar sudah tidak terbendung lagi dan Iskandar dengan
beraninya mengambil keputusan menyentuh barangan milik peribadi Susan dan Farah
dari luar pakaian mereka. Mereka langsung tidak kisah dengan tindakkan Iskandar itu
sepertinya mereka merelakan sahaja diri mereka diperlakukan sedemikian rupa.

“Can I touch more deeply inside”….tanya Iskandar pada Susan dan Farah.

“Of course you can”….jawab Susan dan Farah ringkas.

Iskandar semakin berani setelah mendapat kepastian dari Susan dan Farah. Awal tadi
Iskandar sekadar menyentuh dari luar tapi setelah mendapat keizinan, Iskandar lebih
berani untuk menerokanya dari dalam pula. Lama juga Iskandar membiarkan
tangannya menjelajah di ruang-ruang atas yang cukup peribadi itu. Iskandar cukup
gembira dan nafsu lelaki Iskandar bagaikan melonjak-lonjak malam itu. Iskandar pulang
malam itu dalam keadaan separuh mabuk dengan nafsunya yang sudah sampai di
puncak.
************************************************************************

0 comments: