“Urghh… letihnya…” Rungutan demi rungutan terpacul dari bibir Adilah. Shazlin yang memandang sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia terus menyambung kerja-kerja sekolah yang diberi oleh gurunya hari ini. Dia akui, homework hari ini memang berlambak-lambak. Add maths, biologi, sejarah, bahasa inggeris dan bla bla bla. Namun, Shazlin tidaklah merungut. Dia tahu, guru-guru memberi kerja sekolah, pun demi kebaikan mereka juga. Apasal lah dia hendak merungut? SPM menjelang tahun ini!
“Eh, kau tak letih ke Lin?” Adilah berbasi. Pelik juga dia melihat ‘jiran’ barunya itu bagai tidak mengenal erti keletihan. Belum sempat dia berkata apa-apa, Hisham Firdaus, jejaka yang duduk di hadapan Shazlin berpaling dan berkata, “Dia tak macam awak.. Orang rajin tau.. Awak ni.. cubalah contohi Shazlin..” Sinis benar kata-kata Hisham Firdaus itu.
Terbelalak mata Adilah dibuatnya. Sempat lagi dia menjelirkan lidah kepada Hisham Firdaus. Shazlin tersenyum sahaja melihat telatah kedua-dua temannya yang baru dikenali hari ini. Di dasar lubuk hati Shazlin, terbit juga rasa bersyukur kerana kedua-dua ‘jiran’nya tidak memandangnya hina, malah dengan murah hatinya menghulurkan salam persahabatan.
Di sebelah Hisham pula, adalah seorang pelajar. Siapa ya? Tanpa disangka, agak ‘cool’ juga jejaka itu. Sebenarnya, Shazlin ingin mengucapkan terima kasih kepada jejaka tersebut kerana ‘menyelamatkan’nya daripada pengawas tidak bermoral itu pagi tadi. Namun, Shazlin tidak berani pula. Ye la… manalah Shazlin tahu sama ada jejaka itu memandang hinanya atau tidak?
“Weh.. aku kuar dulu..” Aik!!! Jejaka itu bersuara pula. Dilihat Shazlin, Hisham mengangguk pendek sahaja. Jejaka berkot hitam itu pun keluarlah. Satu lagi yang Shazlin sedar, bila mamat itu berjalan, memang bergaya betul. Sudah tentulah gadis-gadis di dalam kelasnya tidak akan melepaskan peluang untuk melihat si insane segak ini.
Sedang Shazlin mengamati jejaka yang tidak diketahui siapa namanya itu, Adilah dan Hisham saling berpandangan, berbalas senyuman yang mengandungi maksud yang cukup tersirat! Masing-masing berfikir tentang benda yang sama – Hah!!! Satu lagi mangsa Nik Hariz!! Setelah kelibat Nik Hariz hilang di sebalik pintu, barulah Shazlin tersedar dari lamunannya. Barulah dia sedar bahawa dia sudah lama diperhati oleh Adilah dan Hisham.
‘Alamak! Mereka sedar ke aku pandang dia??’
“Kenapa ni?” Shazlin buat-buat selamba.
“Ehem..ehem… Shazlin…” Hisham Firdaus bersuara, tersengih-sengih pula. Adilah pun.. tertawa halus.
‘Sahlah dia orang tau!!! Aaaa!!! Malunyer…’
“Dia tu.. kenapa keluar awal sangat? Bukan ke pukul sepuluh baru rehat?” Shazlin cuba mengalihkan topic perbualan.
“Ala.. Lin.. awak tak tau ke? Dia tu ketua pengawaslah! Mestilah kena kuar awal..” Shazlin ternyata terkejut. Ketua pengawas? Memang Shazlin tidak pernah sedar tentang itu walaupun dia pernah meneliti nama ketua pengawas sekolahnya di bilik pengawas tadi. Apa dah nama tu? Nik.. Nik Hariz..
‘Patut la dia pakai kot..’ Barulah Shazlin faham sekarang.
“So.. sekarang awak dah tau.. lagi dalamlah minat awak kat Nik kan?” Hisham mula mengusik. Shazlin terkelu seketika. Entah mengapa jantungnya bagai berhenti berdegup. Mukanya secara auto merona merah macam tomato!
“Lin oh Lin.. merahnya lah muka awak..” Adilah mengusik lagi, cuba menahan tawanya.
“Sah la tu.. satu lagi mangsa Nik Hariz…” Semakin galak pula Hisham mengusik Shazlin. Meledak terus tawa Hisham dan Shazlin melihat muka merah Shazlin yang mengalahkan udang baker itu.
“Apa???” Shazlin cuba memprotes. Selamba sahaja dia meneruskan kerja sekolahnya. Malas hendak mempedulikan dua orang rakannya lagi. Hisham dan Adilah, masih tak henti-henti ketawa.
‘Dah sewel ke???’
Xxx
“Mak.. abang dah balik!!” Anak kecil lima tahun yang bernama Shamira segera meluru dan mendapatkan abangnya, Nik Hariz.
Hariz tersenyum senang. Setelah meletakkan beg sekolahnya di atas sofa, dia terus mendukung adik kesayangannya itu. Shamira tersenyum senang didukung abangnya itu. Dia bermain-main dengan kolar kot hitam yang dipakai oleh Hariz. Yang pelik, Hariz langsung tidak marah, malah membiarkan sahaja adiknya itu.
“Hah… Riz, dah makan ke?” Puan Ruzita menyapa anak sulungnya itu.
“Belum..” Sepatah Hariz menjawab. Dia menghampiri ibunya itu, menyalam tangan ibu yang tercinta.
“Makanlah ni.. mak masak hari ni..” Terangkat sedikit kening Hariz mendengar kata-kata ibunya itu.
Melihat reaksi anak sulungnya, faham-faham sahajalah Puan Ruzita. Tentu anak sulungnya itu pelik. Ye la.. selama ini, manalah dia pernah masak? Segala-galanya diserahkan kepada pembantu rumah. Kini, bibik pun dah balik kampung. Terpaksalah Puan Ruzita memasak sendiri.
“Tak caya mak leh masak lah..” Hariz berkata. Dia mendudukkan adiknya di atas kerusi dan menanggalkan kotnya. Lenguh rasanya mendukung Shamimi. Entah dah gemuk berapa kilo adik kesayangannya itu! Hahaha..
“Habis tu macam mana? Bibik pun dah balik kampung.. Riz ngan Mi tak yah makan?” Hariz tersenyum lagi. Dia mula mengepit sayur untuk disuap ke dalam mulutnya.
“Tak upah bibik lain?” Hariz bertanya, sambil mengunyah makanan yang dimakannya. Rasa lapar benar dia sekarang. Ye la.. sebagai seorang ketua pengawas, manalah pernah dia betul-betul makan di kantin?
“Tak.. abah kata susah nak upah bibik Indon yang baik macam Kak Inti sekarang..”
“So.. maklah yang kena buat semua kerja rumah la since now?” Hariz bertanya. Tapi pelik juga dia jika ibunya membuat semua kerja rumah.
“Mana larat mak buat semua tu.. sekarang mak dah cari pembantu rumah tempatan..” Tersedak Hariz dibuatnya. Puan Ruzita pantas mencapai segelas air suam dan menghulurkannya kepada anak sulungnya.
“Abang..Abang tercekik ya?” Anak kecil Shamimi bangkit dan menepuk-nepuk perlahan belakang abangnya itu. Sempat lagi Hariz mengusap-usap perlahan kepala adiknya. Shamimi tertawa senang.
“Kenapa? Terkejut sangat ke mak nak upah pembantu rumah tempatan?” Puan Ruzita bertanya. Tangannya ligat mula mencapai seketul ayam goreng yang disediakan olehnya tadi. Rasa-rasanya mesti Puan Ruzita pun nak rasa makanan sendiri..
“Tak lah.. Cuma.. ada ke orang tempatan nak jadi pembantu rumah?” Hariz pelik. Ye la.. bukannya dia tidak arif dengan ragam penduduk tempatan Malaysia.. memilih kerja sahaja.. mereka sanggup menganggur daripada bekerja keras.
“Insya-Allah mesti ada..” Hariz terdiam. Malas hendak menyambung kata-katanya lagi. Namun, dia diterpa rasa ingin tahu. Ingin benar melihat sama ada seorang warganegara tempatan sanggup bekerja sebagai pembantu rumah atau tidak.
Xxx
Kringg!! Kringg!!
Pantas Puan Maznah mencapai telefon yang sedang berdering itu.
“Hello..”
“Hello, Maz!” Riang sahaja suara yang menyapa di seberang talian.
“Eh, Ziah!! Apa khabar??” Ceria benar mendapat telefon daripada kawan lamanya itu.
“Ha.. khabar baik.. eh, ni ada kerja ni.. jadi pembantu rumah kat rumah majikan suami saya.. nak tak?” Kawan lama Maznah, Maziah bertanya.
“Ya ke? Alhamdullilah.. nak jugak.. sebab sekarang dah lepas raya, tak ramai jugak orang yang tempah baju..” Puan Maznah sempat lagi memanjat kesyukuran kepada Tuhan. Masih ada lagi rezeki untuknya sekarang.
“Ha.. baguslah.. nanti aku kirim alamat majikan suami aku tu kat Maz ya..”
“Ya .. boleh.. boleh..” Puan Maznah terangguk-angguk. Shazlin yang duduk di atas kerusi kayu bertentangan dengan ibunya itu diterpa rasa ingin tahu. Apa yang dibualkan oleh ibunya dengan si pemanggil?
“Mak, kenapa tu? Siapa yang telefon?” Shazlin mula bertanya apabila ibunya sudah meletakkan gagang telefon.
“Oh.. Maziah yang telefon.. katanya majikan suaminya nak upah pembantu rumah.. ada rezeki tambahan lagi lah mak sekarang..” Shazlin tertawa senang. Gembira juga mendengar berita baik itu. Dia pantas bangkit dan mendapatkan ibunya.
“Mak.. mak tak susah ke?” Shazlin melentokkan kepalanya pada bahu si ibu. Rasa ingin bermanja dengan ibunya itu.
“Tak Lin.. selagi mak masih hidup, mak pasti akan bekerja keras untuk sara Lin ngan Lan..” Puan Maznah bertutur penuh bermakna. Sebak benar Shazlin mendengar kata-kata ibunya itu. Begitu besar pengorbanan ibunya buat dia dan adiknya. Dia pantas memeluk ibunya erat. Dalam hatinya, dia tekad! Dia mesti membalas jasa ibunya apabila dia mampu nanti. Tidak akan dia sia-siakan pengorbanan ibunya selama ini.
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Friday, April 16, 2010
Panahan Cinta 3
Posted by jc at 6:53 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment