Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Friday, November 13, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 17

Zaza pelik. Dia membelek-belek jam tangannya. Sudah pukul 2 petang. Kelibat Zulkarnain tidak kelihatan lagi. Dia menjelaskan bil dan memandu ke Zulkarnain Holdings. Sampai sahaja di Bahagian Pentadbiran Zulkarnain Holdings, dia ternampak semua staf di situ diam sahaja. Suasana sungguh hening. Zaza menjadi hairan.

‘Mereka tersalah makan ubat ke?? Senyap je..’ Selama ini, semua staf akan berborak sesama sendiri. Tidak pun, mereka akan berbincang tentang kerja mereka. Hari ini, apa yang telah berlaku?

“Er.. Mikki… apa telah berlaku ni??” Bisik Zaza perlahan kepada setiausahanya yang turut berada di situ.

“Entahla.. Cik Zaza.. tadi..” Mikki menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum meneruskan kata-katanya.

“Tadi.. Encik Zulkarnain mengamuk sakan..siap cakap ‘what the hell’.. ada baling-baling benda pulak tuh..” Penjelasan Mikki itu memeranjatkan Zaza. Semenjak bercinta dengan Zulkarnain, tidak pernah pula dia melihat Zulkarnain mengamuk sedemikian. Walaupun Zulkarnain digelar ‘angin puting beliung’, tidaklah sampai bertutur kata kasar.

“Oh.. kenapa pulak?” Zaza ingin tahu yang selanjutnya.

“Entah la.. tapi dia mengamuk macam tu pun.. lepas Encik Zakry keluar..” Tubuh Zaza menjadi kaku seketika. Dia menjadi tidak tentu arah. Dia tidak mahu kenyataan yang paling ditakutinya berlaku. Nafasnya terhenti seketika.

“Er.. ok.. mekasih ya.. saya masuk pujuk dia dulu..” Mikki yang sedia maklum akan hubungan Zaza dan Zulkarnain itu sekadar mengangguk.

Tombol bilik pejabat Zulkarnain dipulas perlahan. Zulkarnain menoleh. Zaza menutup pintu bilik itu, rapat.

“Er…” Zaza menjadi gugup. Tidak tahu bagaimana untuk membuka topik perbualan.

“Jelaskan.. jelaskan tentang gambar ini..” Nada suara Zulkarnain kedengaran tegas. Sejurus itu, dia menghulurkan gambar yang diambil oleh Zakry kepada Zaza. Zaza mencapai gambar tersebut dengan tangan yang terketar-ketar.

“Er.. sebenarnya… Za ngan Zakry tak pernah bercinta pun.. Cuma.. pernah luahkan perasaan je lima tahun dulu.. pas tu… ibu dia halang..” Zaza menjelaskan satu per satu.

“Datin Amy??” Zulkarnain meminta kepastian.

“Tak tahu.. Za tak tahu pun nama ibu Zakry.. Cuma… ibu Zakry tu… suka mekap.. itu yang Za ingat sahaja.. lima tahun lalu..” Zulkarnain yang sudah tidak berapa marah itu sekadar mengangguk.

“So.. Zakry tu.. cinta pertama sayang??” Zaza mengangguk.

“Cinta kedua??” Zulkarnain bertanya. Biarlah segala rahsia antara mereka berdua terungkai hari ini.

“Abang..” Zaza menjawab spontan. Sebuah senyuman terukir di bibir Zulkarnain.

‘Memang macam angin puting beliung..’ Zaza berdesis sendirian. Tadi Zulkarnain bukan main mengamuk sakan. Sekarang, tersenyum pula.

“Jadi.. selama lima tahun ni.. sayang tak pernah lupakan Zakry, begitu??” Zulkarnain ingin menduga.

“A’ah..” Secara jujur, Zaza menjawab. Zulkarnain tersentak.

“Tapi.. sejak jumpa abang, hati Zaza hanya untuk abang seorang je..” Zaza menyambung selepas itu.

“Betul ke??” Zulkarnain masih tidak percaya. Lima tahun.. bukanlah satu tempoh yang panjang. Dia faham. Sebenarnya, percintaan Zaza dengan Zakry dahulu pun hampir sama dengan percintaannya dengan Fatin Imma dahulu.

“Betul la.. abang!!” Zaza tersenyum senang kerana Zulkarnain tidaklah marah lagi seperti tadi.

“Hmm.. okay.. sebenarnya.. tadi abang pun dah jadi gila.. sebab terlalu cintakan sayang..
Za.. jangan tinggalkan abang ya.. I am afraid of loosing you..” Sayu benar suara Zulkarnain. Tersentuh hati Zaza mendengarnya.

“Hmm.. ya… Za pasti takkan tinggalkan abang..” Zaza mengujar yakin sambil tersenyum manis. Zulkarnain mencubit pipi Zaza.

“Ish.. sakit la..” Zaza mengusap-usap pipinya yang kemerah-merahan itu.

“Hmm… lepas ni.. abang nak jumpa Zakry..” Zaza sekadar mengangguk.

“Bagus jugak la.. minta maaf ngan dia..” Zaza menasihati.

“Hmm.. ya lah.. I love you, sayang..” Kalimah cinta itu sekali lagi muncul dari bibir Zulkarnain. Zaza tersenyum bahagia.

XXXXXXXXXXXXXXXX

Kereta BMW 5 Series milik Zulkarnain sekali lagi menuju ke destinasi yang sama – rumah banglo empat tingkat keluarga Zakry di lereng Bukit Indah.

Zakry yang sedang menyiram pokok bunga di taman bunga rumahnya berpaling. Tersentap tangkai hatinya seketika. Dia mula berasa serba-salah. Serta-merta, kotak ingatannya melayang kepada peristiwa yang berlaku di Zulkarnain Holdings tengah hari tadi.

“Zakry.. saya datang sini.. nak mintak maaf..” Dengan ikhlasnya, Zulkarnain bertutur. Zakry tersenyum sambil menghela nafas lega. Ingatkan Zulkarnain ingin menyoalnya tentang hubungannya dan Zaza lagi. Rupa-rupanya, ‘angin puting beliung’ sudah reda.

“Hmm.. saya taulah!! Saya pun nak minta maaf juga, Zul.. sebenarnya, saya tak sepatutnya merahsiakan hal saya ngan Zaza..” Zakry turut menuturkan kata maaf.

“Relax la bro… saya tadi memang ‘gila’ sikit..” Zulkarnain menghulurkan tangannya kepada Zakry. Zakry menyambut tangan Zulkarnain dan bersalam dengannya. Zakry tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Zulkarnain.

0 comments: