Loceng rumah teres tingkat satu milik Zaza berbunyi. Zaza membuka pintu rumahnya.
“Hai..” Zulkarnain menyapa mesra sambil mengunjukkan beg plastik yang dijinjingnya tadi kepada Zaza.
“Apa ni?” Zaza mengintai isi beg plastic itu. Kemudian, dia tersenym.
“Bukalah..” Pintu rumah dikatup. Kelalang termos itu dibuka oleh Zaza. Aroma bubur ikan menusuk-nusuk hidungnya.
“Wanginya.. Zul beli kat mana ni?” Zaza mula menuju ke arah dapur, bercadang untuk menghabiskan bubur ikan itu.
“Tak beli pun.. Abang masak sendiri..” Zaza tersentak. Perbuatannya terhenti seketika.
“Betul ke?” Zaza seakan-akan tidak percaya tentang itu.
“Betul la.. Kalau abang tipu Zaza, ada hadiah ke??” Mulalah Zulkarnain memerli.
“Zul.. Zaza..” Belum Zaza sempat menghabiskan kata-katanya, Zulkarnain meletakkan jarinya di atas bibir Zulkarnain.
“Tak payah jelaskan, sayang.. Abang faham..” Lembut sahaja suara Zulkarnain.
“Zul.. terima kasih..” Ucapan itu lahir dari hati Zaza dengan ikhlas. Dia benar-benar terharu dengan perbuatan teman lelakinya itu. Perlahan-lahan, Zaza menyuapkan bubur ikan itu ke dalam mulutnya. Walaupun bubur ikan itu tidak dapat mengalahkan bubur ikan yang dimasak oleh arwah ibunya dulu, dia dapat merasakan kasih sayang Zulkarnain yang melimpah-ruah terhadapnya melalui bubur ikan itu.
“Sedap?” Zulkarnain bertanya.
“Sedap… Bubur ikan yang Zul masak, memang sedap…. sangat-sangat!!!” Melangit pula Zaza memuji. Zulkarnain tersenyum sambil memicit hidung Zaza.
Zaza berasa sungguh bahagia. Di dasar lubuk hatinya, dia benar-benar berasa bersalah kerana membohongi Zulkarnain sebentar tadi. Dia sedar, lambat-laun Zulkarnain juga akan mengetahui hubungannya dengan Zakry dahulu. Namun, dia nekad!! Biarpun Zakry mencintainya kini, dia tetap akan setia dengan cinta Zulkarnain.. buat selama-lamanya..
XXXXXXXXXXXXXXX
Telefon bimbit Zaza berdering seketika..
“Hello..” Zaza menjawab malas!!
“Morning, kak ipar!!” Suara Zizuan menampar gegendang telinga Zaza.
“Ish.. awak ni..” Zaza tersenyum seketika.
“Ala.. awak memang kakak ipar saya pun!! Kan firasat saya ni betul… abang saya tu.. memang sukakan awak!!!” Zizuan tidak habis-habis mengusik. Zaza terdiam. Tidak kuasa dia untuk melawan kata-kata Zizuan itu.
“Ala.. change topik la.. Nurin cam ne kat UUM?” Zaza tidak mahu diusik oleh Zizuan.
“Ok je.. macam mana hubungan wak ngan bang??” Zizuan masih tidak habis-habis mengusik Zaza!!! Zizuan terasa seronok pabila membayangkan memek muka Zaza yang comel ketika marah itu.
“Zizuan!!!” Agak lantang suara Zizuan kedengaran. Tiba-tiba, pintu pejabat Zaza dikuak.
“Hai, sayang!!” Zulkarnain menyapa.
“Siapa tu?? Sayang.. sayang.. abang ek??” Zizuan masih mengusik. Merona merah wajah Zaza dibuatnya.
“Ala… bye.. aku nak..” Zaza tidak berkesempatan menghabiskan kata-katanya apabila disampuk oleh Zizuan.
“Ok.. aku faham!! Aku tak naklah jadi kacau daun!! Nurin pun tengah merajuk tu.. Bye!!” Talian lantas diputuskan. Zaza tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Amboi… sedap je berbual ngan orang lain.. sampaikan abang di sini pun, tak sedar ek??” Mulalah Zulkarnain memerli.
“Ala.. Zizuan la..”
“Zizuan? Za kenal Zuan rapat sangat ke??” Zulkarnain mula mengesyaki hubungan Zaza dengan adiknya itu.
‘Alamak!!! Bocorlah rahsiaku!!’ Zaza tersengih-sengih macam kerang busuk pula.
“Za..” Kini, Zulkarnain menekankan sedikit nadanya.
“Er… Zul.. sebenarnya..” Zaza kelu seketika. Tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kedudukannya yang sebenar kepada Zulkarnain.
“Ala.. awak dulu sama sekolah ngan dia kan.. sama universiti pulak tu..” Zaza tersentak.
“Er.. macam mana Zul tahu??” Zaza mula mengesyaki sesuatu.
‘Takkanla dia pasang spy? Ataupun Zuan bagitau??” Zaza mencongak sendirian.
“Ada la.. Buku Harmoni sekolah menengah Za dulu… abang pernah tengok.. Za ingat abang ni buta ke??” Zaza terdiam seketika.
“Abang cuma nak tengok.. sejauh mana Za nak main ngan abang..” Zaza tersentak. Rasa serba-salah mula menyelubungi dirinya pula.
“Zul.. maaf yek.. Sebenarnya.. Za.. Za tak de niat jahat.. Cuma..”
“Alah.. small problem je.. tak perlulah mintak ampun kat abang ni.. Abang tak begitu kecil hati, okay??” Zaza menarik nafas lega.
“Terima kasih, Zul..” Zulkarnain tersenyum. Namun, dia mengerutkan dahinya tiba-tiba.
“Kenapa ni??” Zaza mula risau.
“Erm.. ada syarat kalau nak abang maafkan..” Mulalah Zulkarnain bersyarat.
“Apa??” Bimbang juga andai Zulkarnain minta dia melakukan perkara yang bukan-bukan.
“Erm.. mulai saat ni, Za kena panggil abang, abang!!” Terpinga-pinga Zaza. Dia tidak berapa faham akan maksud Zulkarnain itu.
“Apa??” Zulkarnain menolak kepala Zaza lembut.
‘Songeh betul!!’ Zulkarnain berdesis sendirian. Namun, dia tidak pula melahirkan perasaannya itu. Bimbang andai terguris perasaan Zaza.
“Jangan panggil abang dengan panggilan ‘Zul’.. panggil abang dengan panggilan ‘abang’!!” Zaza tersentak. Dia tersipu-sipu malu.
“Ala.. bukannya dah kahwin pun..”
“Ala.. tapi.. lambat-laun pun.. sayang kahwin ngan abang kan!!” Begitu yakin sekali Zulkarnain akan percintaan mereka itu.
“Isyh.. perasan betul!!!” Zaza mula menolak kepala Zulkarnain kembali.
XXXXXXXXXXXXXX
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Wednesday, November 11, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 12
Posted by jc at 11:50 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment