“Ya.. Encik Zulkarnain, ada apa-apa masalah??” Mikki bertanya.
“Mikki, Zaza ada tak??” Zulkarnain membelek-belek jam tangan Rolex pemberian Fatin itu.
“Dia jumpa tetamu kat bilik tetamu khas..” Zulkarnain mengerutkan dahinya.
“Tetamu? Siapa??” Ingin sahaja Zulkarnain bertanyakan tentang jantina tetamu tersebut!!
“Er.. tak tau la Encik Zul.. tapi rasa-rasanya.. kalau tak silap saya, Encik Za.. Za apa? Tak ingat..” Sesungguhnya, Mikki tidak berapa ingat akan nama Zakry. Apa yang dia ingat, muka Zakry yang kacak itu.
“Zakry ke?” Zulkarnain meneka.
“A’ah.. rasa-rasanya lah!” Zulkarnain tersentak.
“Okay!!” Talin diputuskan.
‘Buat apa?? Zakry sepatutnya jumpa saya.. bukannya jumpa Zaza.. mereka saling mengenal ke???’ Zulkarnain berdesis sendirian. Langkahnya pantas diayun ke bilik tetamu khasnya. Niatnya, ingin berjumpa dengan Zaza!!
XXXXXXXXXXXXXX
Zaza masih berdiri kaku di dalam bilik tetamu khas itu. Syok benar dia melayani perasaannya! Kelibat Zulkarnain yang semakin menghampirinya tidak mampu mematikan lamunannya. Tiba-tiba, Zulkarnain memeluknya dari belakang.
“Aaaaa!!!” Zaza menjerit kecil kerana terlalu terperanjat!
“Sayang.. abang ni..” Suara Zulkarnain romantis sekali. Zulkarnain pantas melepaskan pelukannya itu.
“Ish.. buat orang terkejut je..” Zaza merungut. Zulkarnain tersenyum.
“Tadi jumpa Zakry ke buat apa??” Saat itu, Zaza terasa ingin berlari menyembunyikan wajahnya.
“Er..” Zaza terkulat-kulat. Tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya kepada Zulkarnain. Hendak menjelaskan perkara sebenar, sudah pasti dia tidak mampu melakukannya.. kerana dia bimbang Zulkarnain akan berkecil hati. Hendah berbohong, dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Bimbang juga andai pembohongannya itu tidak masuk akal.
“Tak pe la.. Kita pergi makan lunch yek??” Zulkarnain tidak mahu mengeruhkan keadaan. Dia tidak mahu Zaza menjadi serba-salah.
“Okay!!” Pantas sahaja Zaza bersetuju. Pertama, perutnya sudah berkeroncong. Kedua, dia ingin ‘lari’ daripada soalan Zulkarnain itu.
Zulkarnain tersenyum. Dia bercadang untuk berjumpa dengan Zakry malam ini.
XXXXXXXXXXXXXXX
Kereta BMW 5 Series milik Zulkarnain terparkir di atas lereng bukit itu. Dia menekan punat loceng rumah keluarga Zakry, sebuah banglo empat tingkat. Seorang lelaki berusia kira-kira 40-an membuka pintu pagar utama untuk Zulkarnain.
“Selamat petang, Encik Zul..” Lelaki itu memberi salam dengan penuh hormat. Zulkarnain sekadar menganggukkan kepalanya dan mempamerkan secalit senyuman.
“Hi.. apa khabar Zul??” Dato’ Kamarul menyapa mesra Zulkarnain.
“Baik, pak cik. Pak Cik.. Zakry ada tak??” Zulkarnain terus mengajukan soalannya.
“Ada rasanya.. Kat bilik tingkat tiga.. Zul gi cari dia lah.. boleh berbual-bual..” Dato’ Kamarul memberi izin.
“Terima kasih, pak cik..” Sejurus itu, Zulkarnain memanjat tangga ke tingkat tiga untuk mencari Zakry. Persoalan yang berlegar-legar dalam mindanya sejak tadi harus diselesaikan!!!!!
XXXXXXXXXXXX
“Masuk!” Zakry mengujar sepatah setelah pintunya diketuk beberapa kali.
“Tengah buat apa tu?” Suara Zulkarnain menyentap tangkai hati Zakry. Dia menjadi serba-salah. Serba-salah kerana berjumpa dengan Zaza tadi.
“Hmm.. tak de ape-ape pun.. Tengah tengok laporan syarikat..” Zakry menjawab.
“Zakry.. awak kenal Zaza ke??” Soalan yang paling ditakuti oleh Zakry terpacul jua dari bibir Zulkarnain.
“Er.. tak de la.. Tengah hari tadi cuma nak tengok-tengok muka teman wanita awak je.. nak tengok perempuan jenis apa yang mampu membuatkan awak lupa pada Fatin..” Zakry main kelentong sahaja. Saat itu, dia benar-benar kebuntuan idea. Sementelahan, Zulkarnain mengangguk-anggukkan kepalanya, tanda percayakan kata-kata Zakry.
“Jadi.. apa hasil pemerhatian awak?” Ingin benar Zulkarnain tahu tentang pandangan Zakry terhadap Zaza.
“Er.. boleh tahan jugak..” Teragak-agak Zakry berkata-kata. Bimbang kata-katanya akan menjerat diri sendiri.
“Hmm.. kalau nak puji tu boleh.. tapi jangan sampai nak tackle dia pulak..”
Gulp!! Ayat Zulkarnain itu tepat mengena batang hidung Zakry. Walaupun kata-kata Zulkarnain sekadar sebuah gurauan, dia tetap terasa. Zakry berfikir, antara persahabatan dan percintaan, yang mana bakal dipilihnya??
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Thursday, November 12, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 14
Posted by jc at 2:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment