Masa kian cepat berlalu, hubungan cinta Zulkarnain dengan Zaza kian mantap selepas empat bulan. Hari ini merupakan hari jadi Zaza- 20 Disember. Zulkarnain mengemas fail yang berlonggok di atas mejanya itu. Dia bersedia untuk meraikan hari jadi Zaza. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Dia meneliti nombor yang terpapar pada skrinnya. Dahinya berkerut seketika.
“Hello..” Teragak-agak Zulkarnain memberi salam.
“Zulkarnain..” Zulkarnain tersentak. Matanya berhenti berkelip. Nafasnya terhenti. Suaranya tersekat di kerongkongnya. Suara itulah yang menjadikannya tidak tentu arah lima tahun yang lalu. Suara itulah yang dirinduinya sebelum bercinta dengan Zaza. Suara itu.. Suara itu..
“Zul..” Fatin Imma memanggil semula! Fatin Imma.. Zulkarnain masih tidak membalas panggilan Fatin itu.. Masih tidak membalas seruan bekas teman wanitanya dulu.
“Zul.. Fatin tau abang terkejut.. Fatin sendiri pun terkejut.. Fatin..Fatin dah pulih ingatan, bang!” Sejurus itu, telefon terlepas dari pegangan Zulkarnain. Dia terduduk pada kerusinya. Kini, otaknya memang tidak mampu berfungsi lagi. Bahkan, janjinya dengan Zaza untuk meraikan hari jadi teman wanitanya itu turut tidak dipedulikan lagi. Bohonglah jika dia mengatakan bahawa dia tidak berperasaan kini. Apakah perasaannya?? Dia sendiri pun bingung. Mengapa? Mengapa segala-galanya berlaku kini? Bukan sebelum dia menemui Zaza?? Mengapa?? Pintu bilik pejabatnya diketuk beberapa kali.
Zulkarnain tidak menyahut ketukan itu. Tombol pintu dipulas. Pembantu peribadi Zulkarnain, Ahmad tercegat di hadapannya.
“Encik Zulkarnain, ada tetamu..” Zulkarnain mengerutkan dahinya.
“I am not expecting someone today..” Zulkarnain menjawab lesu. Panggilan Fatin tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Seakan suara Fatin menjamah gegendang telinganya kini.
“Tapi.. dua perempuan tu kata mereka kenal Encik Zulkarnain. They .. they need to see you now..” Zulkarnain tersentak. Dua perempuan?? Dia mengangguk lesu tanda setuju untuk berjumpa dengan tetamunya. Ahmad berlalu dari bilik pejabat itu.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Dia tidak bertenaga kini. Bukan disebabkan oleh tidur ataupun rehat yang tidak cukup, bukan disebabkan oleh kerja yang terlalu banyak, tetapi disebabkan oleh panggilan Fatin Imma tadi. Akhirnya, kakinya menapak masuk ke dalam bilik tetamu.
“Zulkarnain..” Suara yang lembut itu memeranjatkan Zulkarnain, Puan Suziana!!!
“Er..mak cik..” Zulkarnain bingung. Apa yang harus diperkatakannya??
“Abang..” Kini, Fatin Imma pula yang bersuara. Zulkarnain terlopong! Bala jenis apa yang menimpanya sekarang?? Adakah dia sedang bermimpi?? Dia mencubit tangannya. Ouch!! Sakit!! Maknanya, dia berada di alam realiti. Namun, segala-galanya muncul secara tiba-tiba, tanpa diduga.
“Mak cik.. ini..” Zulkarnain mengeluh, menghampar segala keresahannya.
“Zulkarnain.. Fatin dah pulih ingatan. Dia..dia ingat semua benda.. termasuklah memori bersama Zulkarnain dulu.. Mak cik faham. Semua ni memang muncul secara tiba-tiba.. Mak cik pun tau.. Zulkarnain menderita sebab Fatin dulu.. Jadi, sekarang mak cik bawak Fatin datang jumpa Zulkarnain.. Semua ni takdir.. Zulkarnain tentu ingat, dulu Doktor Rizal pernah berkata, peluang untuk Fatin sembuh memang tipis sekali.. Tapi, siapalah kita untuk melawan takdir?? Sekarang takdir menemukan Fatin dengan Zulkarnain semula..” Puan Suziana menjelaskan keadaan anaknya. Dia terdiam seketika. Begitu juga Zulkarnain dan Fatin. Zulkarnain merenung Fatin dan Puan Suziana bersilih ganti.
Apakah maksud Puan Suziana?? Apakah niat ibu Fatin apabila beliau berkata sedemikian??
“Mak cik.. saya.. saya bersyukur sebab Fatin sembuh.. tapi..tapi saya..” Zulkarnain menjadi serba-salah untuk meneruskan kata-katanya. Niatnya, dia ingin memberitahu Puan Suziana dan Fatin tentang hubungannya dengan Zaza. Namun, dia tidak sampai hati. Berat hati untuk mengguris perasaan Fatin dan Puan Suziana.
“Abang ada orang lain ke??” Suara sayu Fatin menampar gegendang Zulkarnain. Hatinya turut diulit rasa hiba. Dia serba-salah kini. Jika dia mengiyakan pertanyaan Fatin, sudah pasti hati dua insan di hadapannya tercalar. Jika dia menafikan, apakah yang harus diperkatakan kepada Zaza nanti??
“Zulkarnain.. mak cik tahu.. mungkin Zulkarnain sudah ada orang lain. Tapi fikirlah.. dulu Zulkarnain pun cinta sangat kat Fatin.. Fatin pun sama juga. Tapi masa tu, dia..” Fatin menghalang ibunya meneruskan kata-kata.
“Abang.. Fatin tahu.. dulu Fatin yang bersalah..bersalah sebab tak bagi Zul peluang.. Tapi.. tapi sekarang Fatin dah sembuh.. Bila Fatin sembuh, Fatin terus nak jumpa abang.. Sebenarnya, cari abang pun bukan susah sangat.. abang.. Fatin tau.. Fatin tak berhak untuk memiliki cinta abang.. Fatin yakin sangat yang abang dah ada orang lain.. Tak pe lah.. mungkin jodoh kita dah tamat..” Fatin bertutur penuh emosi. Hibanya tidak mampu dibendung lagi. Air matanya mula merembes keluar.
Pedih betul hati Zulkarnain kini. Dia turut berasa serba-salah dan sayunya turut terasa. Zulkarnain sedar. Dia belum melupakan Fatin sepenuhnya. Sudah pasti tidak. Jika dia sudah melupakan Fatin sepenuhnya, sudah pasti dia tidak akan berasa sedemikian. Apakah yang harus dilakukannya kini?? Dia benar-benar buntu!! Zulkarnain yang terkenal dengan sikap tenangnya sudah gagal kini!! Dia benar-benar gagal!! Gagal dalam mengawal emosinya!! Mengapa setiap kali berhadapan dengan gadis yang dicintai, dia akan gagal?? Dia meraup mukanya sambil mengeluh.
“Mak.. jom balik..” Fatin menarik ibunya keluar dari bilik tetamu khas itu. Zulkarnain tidak menahan. Biarlah.. biarlah dia bertenang dan berfikir semasaknya. Biarlah dia membuat keputusan yang paling tepat buat semua pihak.. Zulkarnain, Zaza, Zakry, Fatin dan Puan Suziana..
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Wednesday, November 18, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 19
Posted by jc at 8:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment