Zulkarnain bersiul-siul sambil mengunci pintu keretanya. Kasutnya dibuka, tombol pintu dipulas.
“Zulkarnain..” Puan Suziana!! Langkah Zulkarnain terhenti tiba-tiba. ‘Mood’nya yang baik sebentar tadi tiba-tiba menjadi rosak.
“Zul, masuk lah!” Umi menyapanya ramah. Dalam keadaan serba-salah, terpaksa juga Zulkarnain masuk ke dalam rumah banglonya.
“Mak cik..” Puan Suziana tersenyum. Dato’ Sabri dan Datin Nasrul duduk di atas sofa empuk sambil tersenyum. Zulkarnain hairan? Senyum sangat buat apa???
“Er.. umi , kenapa ni??”
“Duduklah dulu, Zul..” pelawa uminya. Zulkarnain akur.
“Sebenarnya, abah, umi dan ibu Fatin tengah bincang pasal perkahwinan Fatin dan Zul..” Dato’ Sabri membuka topik perbualan. Zulkarnain tersentak! Kahwin? Dengan Fatin? Sejak bila dia meluahkan hasrat ingin berkahwin dengan Fatin?? Rasa-rasanya, sebulan sekali dia ada korek telinga. Jadi, tak mungkin dia akan tersalah dengar.
“Zul..” Kini, Datin Nasrul pula yang bersuara. Sebenarnya, agak sukar juga untuk mereka membuat keputusan itu. Mereka juga tahu bahawa Zulkarnain sudah menyintai gadis lain, bukan Fatin lagi. Namun, ada sebabanya mereka membuat keputusan sedemikian.
“Umi, abah.. kenapa pulak ni? Zul tak pernah kata nak pinang Fatin pun..” Riak wajah Puan Suziana terus berubah.
“Zul.. tak baik ni.. cepat mintak maaf kat Puan Suzi..” marah Datin Nasrul.
“Tak pe la, Nas… Suzi faham… nak Zul terima Fatin memang susah.. Zul… sebenarnya, Zul tak payah kahwin betul-betul dengan Fatin.. cuma kahwin olok-olok je..” Zulkarnain terperanjat! Kahwin olok-olok?? Patut ke ibu Fatin menyuruhnya berkahwin olok-olok dengan anak perempuannya? Tidak hinakah begitu?
“Kenapa? Mak cik.. kenapa nak kahwin olok-olok? Zul ada maruah.. Fatin pun ada maruah.. sanggup ke mak cik hina dia dengan cara macam ni?” Zulkarnain menukas. Puan Suziana tunduk. Air matanya mula mengalir. Serba-salah Zulkarnain dibuatnya.
“Zul.. mak cik mintak tolong.. Fatin.. Fatin ada kanser tulang!!” Teresak-esak Puan Suziana menangis kini. Dato’ Sabri dan Datin Nasrul turut berasa sayu. Tersentak Zulkarnain seketika. Kanser tulang?? Oh tidak!!!
“Apa??” Zulkarnain terduduk di atas sofa.
“Zul… Cakap Suzi tu benar.. Fatin memang ada kanser tulang..” Datin Nasrul turut berasa sedih. Zulkarnain mengeluh resah. Kini, dia benar-benar berada dalam keadaan serba-salah.. Apakah yang harus dilakukannya? Bukan! Siapakah yang harus dipilihnya? Fatin atau Zaza? Bukankah dia sudah membuat keputusan dahulu? Adakah takdir sedang mempermainkannya??
“Mak cik.. Zul.. Zul bingung sekarang. Kenapa Fatin ada kanser tulang pulak??” Zulkarnain tidak berhenti mengeluh.
Tiba-tiba, Puan Suziana melutut sambil memegang kaki Zulkarnain. Terperanjat Dato’ Sabri, Datin Nasrul dan Zulkarnain.
“Eh, mak cik.. apa ni? Cepat bangun..” Zulkarnain memaut lengan Puan Suziana. Namun, Puan Suziana masih tidak berganjak dari posisinya.
“Zul.. mak cik rayu Zul.. kahwinlah dengan Fatin.. mak cik tau, Zul dah ada pilihan sendiri. Tapi, kesianlah Fatin.. Hidup Fatin cuma tinggal tiga bulan lagi… Biarlah mak cik tak de maruah.. tapi mak cik benar-benar harap Zul dapat kahwin dengan Fatin… Zul, tolonglah mak cik..” Puan Suziana merayu bersungguh-sungguh sambil menangis tersedu-sedan. Biarlah dia terhina.. asalkan anak perempuannya dapat mengecapi kebahagiaannya dalam masa tiga bulan yang singkat itu.
Zulkarnain meraup mukanya. Hatinya merobek kini. Murah sangatkah cintanya?? Murah sangat ke sehinggakan dia perlu berkahwin dengan Fatin? Walaupun perkahwinan itu hanyalah lakonan semata-mata, dia bimbang hati Zaza tercalar.
“Zul…” Suara Puan Suziana mematikan lamunannya. Setelah berfikir panjang, Zulkarnain mengangguk lesu.
“Betul ke, Zul? Betul ke ni?” Beria-ria Puan Suziana bertanya.
“Betul, mak cik.. tapi.. Zul kena bagitau Zaza dulu..” Puan Suziana tersenyum. Gembiranya tidak terhingga. Akhirnya, hasratnya kesampaian. Di dasar lubuk hatinya, dia tidak berhenti-henti berdoa agar gadis pilihan Zulkarnain itu tidak akan kisah. Dato’ Sabri dan Datin Nasrul tidak bersuara. Masing-masing tidak membantah rancangan itu.
xxxxx
“Apa?? Abang nak kahwin dengan Fatin??” Terperanjat betul Zaza. Hatinya seperti dihiris. Pengakuan Zulkarnain itu ternyata berada di luar jangkauannya.
“Za.. dengar cakap abang dulu..” Serba-salah Zulkarnain kini. Hatinya mula dipalit rasa hiba apabila air mata Zaza mula menitis.
“Apa?? Abang tak cintakan Za ke?? Za ada buat salah ke sampai abang tak nak Zaza lagi??” Zaza menukas. Zulkarnain menggeleng-gelengkan kepalanya, menyangkal dakwaan Zaza.
“Tak, sayang.. abang tetap cintakan sayang..”
“Cinta apa?? Kalau cintakan Za, taklah abang kahwin ngan perempuan tu..” Zaza lantas menepis cengkaman Zulkarnain pada lengannya. Dia mengesat air matanya dengan hujung jarinya.
“Za… dengar cakap abang dulu!!” Zulkarnain meninggikan suaranya. Dia menggoncang-goncangkan tubuh Zaza. Zaza membisu.
“Za.. abang kahwin dengan Fatin pun sebab dia ada.. ada kanser tulang!” Zaza tersentak. Air matanya kering serta-merta.
“Kanser??” Zaza mengerutkan dahinya. Zulkarnain mengangguk.
“A’ah.. dia tinggal tiga bulan lagi.. ibu dia suruh abang kahwin ngan Fatin.. olok-olok je..” Membulat mata Zaza.
“Kahwin olok-olok?? Mana baik macam ni??” Mulalah Zaza membebel. Hatinya tidak menyenangi rancangan itu. Bayangkanlah, jika Fatin mengetahui rancangan itu, sudah pasti hatinya terasa dihiris, perasaannya terasa digores..
“Habis tu sayang nak abang kahwin betul-betul ngan Fatin ke??” Zulkarnain menduga teman wanitanya.
“Mana mungkin??” Cepat sahaja Zaza memberi respons. Zulkarnain tersenyum-senyum.
“Kenapa senyum-senyum ni?? Seram betul lah!!” Zaza mengusap-usap kedua-dua belah lengannya. Lagaknya seperti terserempak dengan hantu!! Hehehehe..
“Abang rasa.. sayang mesti cintakan abang sangat-sangat kan??” Zulkarnain mengusik. Tersipu-sipu malu Zaza dibuatnya. Masakan dia hendak mengaku terus-terang sebegitu?
“Perasan betul la abang ni!!” Zaza menolak kepala Zulkarnain.
“Habis tu, tadi nangis macam mati suami tu kenapa??” Zulkarnain masih mengusik teman wanitanya itu.
“Mintak simpang malaikat empat puluh empat!!” Zaza cepat mengujar sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya. Lagaknya seperti superman! Eh, bukan.. macam superwoman baru betul!!
“Hmm.. sayang dah boleh jadi superwoman..” Lengan Zulkarnain menjadi sasaran cubitan Zaza.
“Tak nak jadi superwoman lah! Nak jadi gadis kesayangan Zulkarnain !!” Zaza bertutur dengan manja. Air matanya benar-benar kering kini. Persoalan tentang perkahwinan olok-olok antara Zulkarnain dan Fatin dibiarkan menyepi begitu sahaja..
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Monday, December 14, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 23
Posted by jc at 11:24 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment