Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Wednesday, December 23, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 31

“Zaza.. pejam mata dulu boleh?” Zakry bertanya. Zaza mengerutkan dahinya. Kedua-dua keningnya bagaikan hampir bercantum.

“Boleh la..” Zakry bertutur dengan nada sedikit merayu. Akhirnya, Zaza akur.
Setelah memastikan kelopak mata Zaza ditutup, Zakry mengeluarkan sebuah kotak yang dibalut dengan cantik. Dia tersenyum.

“Bukalah mata..” Perlahan-lahan, kelopak mata Zaza dibuka. Dahinya berkerut-kerut, dia menjongketkan keningnya sehingga mereka hampir bercantum, banyak tanda tanya mula muncul di atas kepalanya. Melihat telatah gadis yang dicintainya itu, Zakry menghulurkan kotak tersebut kepadanya.

“Kenapa ni?” Zaza bertanya. Dia berasa pelik.

“Hadiah untuk awak..” Hadiah? Zaza cuba mengingat. Hari jadi diakah pada hari ini? Bukan. Habis itu? Mengapa Zakry memberikannya hadiah secara tiba-tiba?

“Hadiah? For what??” Senyuman masih tidak lekang dari bibir Zakry. Hairan juga Zaza.
‘Dia baru keluar dari Tanjung Rambutan ke??’ Zaza berdetik.

“Saja je.. Awak bukak lah..”

“Tak nak lah..” Zaza enggan. Sebenarnya, bukannya susah sangat pun untuk membuka hadiah tersebut. Cuma, dia malu untuk membuka hadiah di hadapan Zakry.

“Bukalah..” Zakry merayu.

“Tak nak!” Zaza tetap enggan. Dia berkeras.

“Tak pe la.. Kalau awak tak nak bukak, balik rumah nanti buka ya?” Zaza mengangguk, menghela nafas lega kerana Zakry mengalah akhirnya. Jika tidak, tidak tahulah dia sehingga bila mereka akan terus bertekak dek hadiah tersebut.

Zakry terus berdiam diri tatkala makanan dihidangkan oleh pelayan yang bekerja di restoran itu.

“Thank you..” Zaza dan Zakry mengucap serentak. Kemudian, mereka saling berpandangan. Masing-masing berasa hairan – sejak bila mereka menjadi serasi sebegitu? Pelayan tersebut pantas berlalu setelah makanan yang dipesan oleh Zaza dan Zakry terhidang di atas meja.

“Awak..” Mereka bertutur serentak. Kemudian, tertawa kecil.

“Sejak bila kita serasi cam ni ya?” Zakry menjongketkan bahunya, tidak tahu.

“Sudah la.. makan..” Zakry mengunjukkan nasi lemak yang dipesan oleh Zaza sebentar tadi.

“You too..” Zaza tersenyum manis. Zakry terpukau seketika. Senyuman manis itu.. Sudah lama tidak tergantung pada bibir Zaza itu. Dia pantas sedar, sempat mengutuk dirinya yang selalu mengelamun itu. Jika diketahui oleh Zaza, malulah dia!

xxxxx

“Sayang.. cam ne paper hari ni?” Zizuan menghulurkan pertanyaan buat gadis yang dicintainya itu.

“Susah betul.. entah la.. Nurin takut nanti kantoi la..” Mulalah Nurin merungut. Zizuan tersenyum. Bukannya dia tidak masak akan perangai Nurin itu. Setiap kali peperiksaan dikatakan susah olehnya, setiap kali itulah keputusan Nurin lebih baik daripada orang lain. Oleh itu, dia tidak perlu bimbang kini.

“Hmm.. ya la tu.. Kalau Nurin kantoi.. abang lari lah!” Zizuan sekadar bergurau. Namun, Nurin tersinggung.

“Abang betul-betul tak nak Nurin ke kalau Nurin fail exam?” Nadanya sedikit sayu. Serta-merta, Zizuan menjadi serba-salah. Dia tahu, dia tidak patut bergurau tentang isu tersebut.

“Tak, sayang.. abang cuma gurau je.. sorry ya..” Zizuan mula memujuk. Bimbang juga dia jika ‘sweetheart’nya itu merajuk.

“Ya ke? Tapi.. kalo abang betul-betul nak tinggalkan Nurin pun, tak perlukan alasan kan?” Nurin bertutur, sedikit menyindir.

“Sayang.. maaf ya.. abang bukan sengaja.. abang janji.. abang takkan tinggalkan Nurin walau dalam keadaan macam mana sekalipun!” Bersungguh-sungguh Zizuan berjanji. Serba-sedikit, hati Nurin terpujuk jua.

“Ya ke? Tapi kalau dunia kiamat, abang kena tinggalkan Nurin jugak tau!” Nurin menyakat.

“Ish sayang! Mintak simpang malaikat empat puluh empat! Jangan sebut tau benda tak baik macam tu..” Zizuan bertegas.

“Ya lah! Tapi.. hari tu, abang pun ada tengok 2012 kat cinema kan?” Nurin mengingatkan teman lelakinya.

“Tengok tu.. memang la pernah tengok! Tapi.. tak baik la kalo Nurin asyik cakap dunia kiamat je.. tau?” Zizuan menasihati.

“Tau lah!! Asyik membebel je, ustaz!” Nurin menyindir.

“Hmm… kalau abang jadi uztaz, sayang jadi ustazah Nurin la ya?” Zizuan mula menyakat Nurin. Nurin mengetap bibirnya, geram!

“Ish! Abang ni.. tak nak cakap ngan abang lah! Bye!” Talian pantas diputuskan oleh Nurin tanpa mendengar balasan Zizuan yang seterusnya. Zizuan sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya, mengenangkan telatah Nurin itu. Namun, dia tidak pernah tersinggung, tidak pernah terasa. Mungkinkah segalanya dek kuasa cintanya terhadap Nurin? Dia tersenyum sendirian. Saat itu, rasa bahagia mula menyelubungi dirinya. Cintanya mula bermekaran.. Kasihnya mula berbunga.. Rasa sayangnya mula berbuah lebat.. Nurin Oh Nurin…

0 comments: