Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Wednesday, December 23, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 32

“Awh!!!!!” Serta-merta, Zulkarnain melompat turun dari katilnya. Langkahnya pantas dituju ke arah bilik mandi di dalam bilik tidurnya.

“Kenapa ni, sayang?” Zulkarnain pantas meluru, mendapatkan isterinya yang sedang terduduk di atas lantai bilik mandi.

“Entah la.. basah sangat lantai.. Fatin terseliuh..” Dahi Fatin berkerut-kerut, menahan kesakitan yang dialaminya sekarang.

“Cepat.. mari.. dok kat katil dulu..” Zulkarnain mengarah. Dia membantu isterinya untuk bangun, kemudiannya memapah isterinya menuju ke katil mereka secara perlahan-lahan. Kemudian, Fatin mengurut pinggangnya yang terseliuh sebentar tadi.

“Sakit lagi ke? Naka bang tolong urutkan tak??” Cemas betul Zulkarnain tika ini. Maklumlah, isterinya baru sahaja keluar dari hospital. Selain itu, doktor pernah berpesan, kesihatan isterinya perlu dijaga dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

“Tak payah la, bang.. Fatin urut sendiri pun dah cukup..” Fatin tersenyum. Sebenarnya, dia dan Zulkarnain telah pun bernikah secara sah. Tiada dosanya kalau suaminya mengurut pinggangnya sekarang. Cuma, dia bimbang – rasa malu akan menguasai dirinya. Maklumlah.. Sejak berkahwin sehingga sekarang, dia dan Zulkarnain tidak pernah menjalinkan hubungan yang ‘intim’. Semuanya gara-gara kesihatannya yang tidak baik. Jika dia ingin melahirkan anak, besar kemungkinan, nyawanya akan diragut. Oleh itu, Zulkarnain berkeras untuk mengekalkan nyawanya.

“Fatin, maaf ya.. tadi abang mandi.. so, basah.. tak sangka, Fatin jatuh pulak..” Zulkarnain berasa serba-salah. Namun, Fatin tersenyum manis. Langsung tidak menyalahkan suaminya. Tidak melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.

“Abang ni kan …loyar buruk betul lah!” Berkerut-kerut dahi Zulkarnain.

“Loyar buruk? Ada ke??” Minda Zulkarnain ligat berputar.

“Adalah! Abang kata abang mandi tadi.. Kalau mandi, masakan tak basah pulak? Abang ni.. ada-ada je..” Fatin tertawa kecil. Zulkarnain turut tersengih, menepuk dahinya.

“Ya tak ya jugak!” Zulkarnain mengiyakan penyataan isterinya itu.

“Sayang..” Zulkarnain memanggil lembut.

“Hmm??” Fatin berpaling. Wajah si suami ditatap dengan puas.

“I love you!” Romantis betul suara Zulkarnain tika itu. Fatin tersenyum bahagia. Perlahan-lahan, dia melentokkan kepalanya pada dada bidang suaminya.

“I love you too, bang!!” Zulkarnain mengusap-usap rambut isterinya. Matanya terpejam erat.

‘Ya Allah.. terima kasih kerana Kau mengurniakan seorang isteri yang baik, solehah dan mulia buat hamba-Mu ini.. Ya Allah.. tolonglah kurangkan juga penderitaan isteriku.. tolonglah kurangkan juga penderitaan Zaza.. Ya Allah.. tolonglah dekatkan Zaza dengan Zakry.. Amin..’ Zulkarnain berdoa di dasar lubuk hatinya. Perlahan-lahan, air matanya perlahan. Namun, pantas dikesat dengan hujung jarinya yang kasar itu.

xxxxx

Kotak mesej inboxnya pantas diterjah.

Awak dah bukak ke lum hadiah saya tu?

Zaza menepuk dahinya, mengutuk dirinya yang amat layak untuk digelar sebagai pelupa itu. Masakan dia boleh melupakan hadiah yang diberi oleh Zakry semalam? Namun, kelopak matanya hampir terpejam tatkala dia sampai di rumah. Oleh itu, dia terus mencampakkan dirinya ke atas katil empuknya selepas membersihkan diri. Langsung dia tidak mempedulikan hadiah itu lagi.

Tanpa berlengah, dia pantas mencapai beg tangannya. Dia pantas mengoyakkan pembalut hadiah yang membalut kotak hadiah itu. Kotak tersebut pantas dibuka. Dia terlopong seketika. Dia benar-benar terharu. Air matanya mula mengalir. Seutas rantai kristal ditatap puas oleh sepasang mata bundarnya. Rantai tersebut dicapai, digantung pada lehernya. Dia menggayakan dirinya di hadapan cermin. Kemudian, dia tersenyum puas.

‘Cantiknya..’ Zaza sempat memuji kecantikan rantai kristal yang dihadiahi oleh Zakry itu. Kemudian, dia duduk di atas katil empuknya. Dia cuba membanding-bandingkan Zakry dengan Zulkarnain. Walaupun dia masih mencintai Zulkarnain, dia percaya, dia mampu mencintai Zakry seperti dulu juga. Semuanya dek Zulkarnain yang sedang membina rumah tangga dengan isterinya. Tidak ingin dia mengumpul dosa dengan menjadi pihak ketiga dalam rumah tangga orang lain. Tambahan pula, ibunya pernah berpesan – mencari orang yang lebih mencintainya adalah lebih baik daripada mencari orang yang sangat dicintainya. Walaupun dia lebih mencintai Zulkarnain daripada Zakry, dia percaya, cinta Zakry pasti setanding dengan cinta Zulkarnain terhadapnya dulu.

Deringan telefon mematikan lamunannya. Telefon bimbitnya pantas dicapai.

“Hello..”

“Hai.. dah bukak ke lum?” Suara Zakry menampar gegendang telinga Zaza.

“Dah..”

“So?”

“Erm.. cantik la rantai tu.. thank you..” Ucapan itu ikhlas lahir dari sanubari Zaza. Zakry tertawa kecil.

“Hmm.. welcome.. so.. malam ni.. er.. awak..” Tergagap-gagap Zakry bertutur. Zaza tertawa kecil mengenangkan perlakuan Zakry itu. Tidak disangka-sangka, anak teruna yang melanjutkan pelajaran di negara asing, masih kolot sebegitu. Namun, Zaza bersyukur. Mujurlah Zakry tidak seperti mat salleh – terlalu ‘open’. Dia tertawa sendirian. Zakry terpinga-pinga.

“Awak ketawa kenapa?” Tawa Zaza lantas berhenti. Buat sebentar tadi, dia benar-benar lupa akan kehadiran Zakry di seberang talian.

“Tak de apa-apa.. awak nak cakap apa lagi?” Pantas betul Zaza mengubah topik, mengalihkan perhatian jejaka di seberang talian.

“Er.. tak de pa-pa lah..” Zakry enggan berterus-terang. Zaza juga malas ingin bertekak dengannya lagi.

“Hmm.. macam tu.. saya nak gi kerja dah.. bye!”

“Bye bye!” Zaza memutuskan talian. Dia tersenyum puas. Puas hati kerana dia berjaya mencari pengganti Zulkarnain – satu perkara yang dia sangkakan tidak akan berlaku. Namun, siapalah dia untuk melawan takdir Tuhan?

0 comments: