Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Friday, October 9, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 1

Seorang gadis yang berpendirian teguh, berperwatakan kelelakian serta bijak pandai. Namanya, Zaza. Namun, Zaza hanya menunjukkan ‘taring sebenarku’ di hadapan ibu bapa sahaja. Di hadapan ibu bapanya, Zaza amatlah lemah-lembut serta manja dengan ibu bapanya. Zaza berperwatakan kelelakian di hadapan orang lain kerana dia tidak ingin mengulangi kesilapan yang telah dilakukannya dua tahun lepas.


“Eh, Zaza, ketua pengawas lu lah!” bisik kawan baik Zaza, Nurin. Zaza berpaling. Susuk tubuh Zakry terpacak di hadapannya.

Ketua pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Malim yang berkarisma dan berperwatakan warak serta dikenali sebagai ‘top student’, namanya Putra Zakry bin Dato’ Kamarul.

Muka Zaza merona merah. Dia tersipu-sipu malu. Zakry mula menghampirinya. Nurin tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Nurin, can I borrow Zazz for a while?” Suara garau Zakry memecahkan keheningan suasana.

“Cannot!” Dengan beraninya, Nurin melawan. Kening Zakry terangkat. Dia tersenyum.

“Why not?” soal Zakry.

“Because she is not Zazz, she is Zaza!” sindir Nurin.

‘Ketua pengawas ni kan! Nama orang pun tak tau! Kalau tak tau janganlah sebut. Nah kan padan muka karang!’ Nurin berdetik.

“Nurin, Zizuan yang ajar kan?” Zakry memulangkan paku keras. Nurin tersentap.

‘Macam mana dia tahu nih? Adess.. aku nih memang pelupa betul lah! Patutlah. . Zizuan kan brother dia? Isyhh!! Zakry!!! I hate you!!!’ bentak Nurin dalam hatinya. Zaza tersenyum. Dia sudah lama mengetahui hubungan Nurin dengan Zizuan.

“Macam mana?” Zakry menyoal. Nurin tidak menghiraukan soalan itu lalu berlalu dari situ. Dia sempat berpaling dan menjelirkan lidahnya kepada Zaza. Terjegil biji mata Zaza dibuatnya.

‘Eh, Nurin nih kan! Nanti, aku mesti kenakannya!’

“Zaza.. awak.. fond of me kan?” Zakry berterus-terang.

‘Apa? Aku nih tak korek telinga ke? Dia tanya aku apa??’ Zaza buat-buat bodoh.

“Zaza.. I know.. awak suka saya..” Penyataan Zakry itu mengejutkan Zaza.

“Zakry, awak ni memang perasan betul lah!” gurau Zaza. Zakry tidak bereaksi. Dia tidak marah pun.

“Jangan cover lagi. Sebenarnya, saya.. saya pun suka awak!” Dunia Zaza menjadi gelap seketika. Penyataan itu memang mengejutkan! Ini membuktikan dia tidak bertepuk tangan sebelah selama ini!


Zaza mamai seketika.

‘Eh, eh, kat mana aku nih? Apalah? Mana aku nih? Bukan sekolah ke? Zakry dia.. dia..’ Lamunan Zaza terhenti seketika tatkala Zakry tersenyum ke arahnya.

Zaza lantas bangun lalu menoleh ke kiri dan ke kanan.

“Sayang, jangan risau. Ini bilik pengawas!” Zakry terus tersenyum.

“Hah? Bilik? Apa nih?” bentak Zaza perlahan, namun sempat ditangkap oleh telinga Zakry.

“Sayang, kita dah umur 17 tahun.. kita kena usaha untuk SPM.. lepas universiti, kita kahwin yek?” Soalan Zakry itu menyentap tangkai jantung Zaza.

“Apa? Kahwin??” Zaza sungguh terkejut.

‘Mamat nih kan? Kahwin apa benda? Buat orang malu aje..’ Zaza merona merah.

“Aik… kenapa muka ayang macam udang kena bakar jek?” usik Zakry.

“Isyhh.. Zakry.. janganlah guna panggilan tu lagi..” Zaza masih tersipu-sipu malu.

“Ok.. Kalau aya.. Ops.. Kalau Zazz tak nak, Zakry pasti tak akan ingkar!”

“Hei.. Zakry.. awak nih betul-betul suka saya ke?” sindir Zaza.

“Hah? Mestilah!! Zazz meragui keikhlasan Zakry ke?” soal Zakry hairan.

‘Apalah Zazz nih! Dah sewel ke? Adess! Apalah aku nih! Kata ayang sewel pulak. Memnag tak patut!’ Zakry berdetik.

“Bukan meragui keikhlasan Zakry.. Tapi.. nama saya bukannya Zazz. Tapi my name is Zaza.. Understand?” ucap Zaza sinis.

Zakry tersipu-sipu malu.

‘Ayang nih kan!! Memang pandai mengenakan orang je!!!’

“Alah.. kan panggilan mesra tu… Zakry guna ‘Zazz’ lah.. Tak boleh ke?” kata Zakry.

“Tak boleh!” Mimik muka Zaza yang serius itu amat melucukan. Ketawa Zakry meledak kuat.

“Hei!!!” Zaza mula mencekak pinggangnya. Lagak macam seorang isteri sedang memarahi suami!

“Zazz nih cute lah!!” Zakry menjadi geram lalu mencubit pipi sayangnya itu.

Zaza tersipu-sipu malu.

“Zazz… love is not finding someone you can live with.. but it is finding someone you cannot live without…” Kalimah bermakna Zakry cukup menyentuh hati Zaza..

“Zakry.. I cant live without you..” Tanpa sebarang segan-silu, Zaza meluahkan isi hatinya. Zakry tersenyum lebar.

“Zazz.. I love you too..”

“Zakry.. I love…”

Sebelum Zaza sempat meluahkan kalimah cinta tersebut, pintu dirempuh oleh seorang wanita yang berusia 40-an.

“Hei.. wanita.. kau nih!! Dasar perempuan tak tau malu langsung!! Anak aku nih!! Orang kaya tau!! Awak jangan ingat saya tak tau apa yang awak nak!! Awak nak duit kan? Awak nih!! Menggoda anak saya pulak ya!!!” herdik wanita itu. Zaza mula menangis. Hatinya dihiris.. pilu…

“Mak.. jangan.. mak.. Zaza memang suka saya… Mak..” Tanpa mendengar penjelasan anaknya, wanita itu menampar pipi Zakry.

Zaza terus menangis.

“Zakry… Zakry.. pergilah.. Anggap saja tiada jodoh antara kita!!..” Amat sukar bagi Zaza untuk meluahkan kata-kata begitu. Namun, apakah dayanya? Pintu syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Dia tidak mahu Zakry menjadi seorang anak derhaka disebabkan oleh cinta terhadapnya.

“Pergi.. Ikut mak!!!” Wanita itu mengheret Zakry keluar tanpa sebarang belas kasihan. Mujurlah.. mujurlah semua murid sudah pulang ke rumah masing-masing.

Zaza terus menangis, menangis dan menangis….. Dia dipujuk oleh rakannya, Nurin. Namun, siapa yang tahu akan derita yang dialaminya?

0 comments: