Restoran Swiss Garden sarat dengan pelanggan.
“Maklumlah! Hujung minggu pulak tu! Dim Sum kat restoan ni besh gilar!!!” puji Aimawati setelah mendengar rungutan dan keluhan yang terpacul daripada bibir rakannya, Lailawati.
Aimawati dan Lailawati merupakan kawan karib sejak berada di bangku sekolah lagi. SPM sudah lepas. Oleh itu, Aimawati dan Lailawati mengunjungi Restoran Swiss Garden untuk meraikan ‘kemerdekaan’ yang dicapai oleh mereka semalam.
“Laila! Sana ada meja kosong!” Aimawati menundingkan jari telunjuknya ke arah sebuah meja kosong. Aimawati berlari keanak-anakkan ke arah meja itu.
“Isyhh.. budak ni kan.. tak tau malu betul!!” rungut Lailawati sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Tiba-tiba, seorang lelaki duduk di meja yang dituju oleh Aimawati. Aimawati menjadi berang seketika.
“Encik, ni meja saya..” Aimawati cuba berlembut dengan lelaki tersebut.
“Cik, meja ni ada nama cik ke??” Sindir lelaki tersebut sambil tersenyum sinis. Api kemarahan Aimawati mula membara.
“Hoi! Awak ni tak reti bahasa ke? Atau awak ni pekak? Cacat??!!!” jerkah Aimawati. Perbuatannya mengundang pandangan pelanggan di Restoran Swiss Garden. Pelayan yang berdiri di sisi lelaki tersebut lantas berlalu dari situ. Kemungkinan dia bimbang akan dimaki hamun oleh Aimawati.
Lelaki tersebut yang sejak tadi wajahnya dilindungi rambut hadapan yang memanjang, menguak sedikit rambutnya lalu merenung dalam bebola mata Aimawati. Aimawati tersentak.
‘Kacaknya dia ni.. Menyesal pulak..’ Namun, Aimawati tidak akan sesekali mengalah.
“Nape pandang-pandang?? Tak sopan langsung!!!” Aimawati memaki pemuda tersebut. Namun, lelaki tersebut langsung tidak berang. Sebaliknya, masih mampu tersenyum dalam keadaan yang hyper tenang. Itulah yang difikirkan oleh Aimawati.
“Cik, jangan jadi syok sendiri. Saya tak pandang cik lah. Saya peminat lukisan. Jadi, saya pandang lukisan di belakang cik tu.. Tak salah kan??” Aimawati terkedu, terpempan.
“Dan satu lagi. Rasa-rasanya, cik harus cerminkan diri dulu sebelum cakap saya tak sopan.. Cik ni, langsung tak minta penjelasan. Main serang je.. lagilah tak sopan kan.. Alright!! Saya tak nak berebut dengan perempuan yang tidak sopan!” Lelaki itu membalas selamba lalu berlalu dari situ. Aimawati membuntangkan matanya. Lailawati menerpa ke arahnya dengan cemas.
“Eh, Aima, sudahlah tu.. Jangan heboh-heboh.. Nanti malu tau.. Eh, cepat duduk.. kang tak dok dim sum pulak..” Lailawati cuba meredakan kemarahan yang membuak-buak di dada rakannya. Akhirnya, Aimawati termakan pujukan rakannya itu. Lailawati menghela nafas lega.
**
‘Isyhh.. mamat tadi tu kan.. Argh!!! Geramnya!!!’ Aimawati menjerit di dalam hatinya.
“Hoi!!!” jerkah Lailawati. Aimawati terperanjat. Majalah hiburan yang dipegangnya sambil mengelamun tadi terpelanting di atas lantai.
“Adoi!! Mak cik!! Tolonglah!! Tercabut jantung aku tau tak!!!” Aimawati mengurut dadanya perlahan-lahan.
“E’ehleh.. Macamlah aku tak tau.. Awak rindu lelaki tadi tu eh??” Lailawati bermain serkap jarang.
Aimawati lantas membaling sebiji bantal ke arah rakannya. Lailawati pantas berdiri dan berlari keanak-anakkan ke arah biliknya. Aimawati membaling sebiji bantal lagi. Tepat mengena sasaran!!
“Aaaaaa!!!!” Kedengaran suara Lailawati menjerit. Aimawati ketawa keseronokan.
**
“Hei!! Aima!! Macam mana keputusan awak??” Lailawati yang girang setelah mendapat slip keputusan SPMnya bertanya kepada rakannya itu.
“Laila!! Saya dapat 10A1!!!!!” Aimawati memberitahu dengan gembira. Lailawati tumpang gembira.
“Syabas, Aima!! Saya pun sama.. jugak!!!” Aimawati dan Lailawati gembira bukan kepalang setelah mendapat slip keputusan SPM masing-masing.
“Hooray!!!!!!!!!” Kedua-dua gadis 18 tahun ini melonjak-lonjak kegirangan tanpa melilau keadaan di sekeliling mereka.
**
Suasana UiTM di Shah Alam amat baru di minda Aimawati dan Lailawati. Aimawati mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di UiTM ini dalam Fakulti Undang-Undang sementara Lailawati pula melanjutkan pelajaran di menara gading yang sama dalam Fakulti Perubatan Kanak-Kanak.
“Eh, Aima, aku dengar kata kan, 15 Oktober ni hingga 27 Oktober ada Konvokesyen UiTM yang ke-71 di Dewan Sri Budiman tau!! Dengar kata juga, kita akan nampak 21124 siswa dan siswi menerima ijazah!!” Lailawati menerang panjang lebar.
Aimawati mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham akan penjelasan rakannya sebentar tadi.
“Eh, jomlah. Orientasi dah nak bermula ni..” Lailawati mempelawa.
“Okay!!”
**
Minggu orientasi memanglah satu minggu yang mencabar dan memenatkan siswa-siswi di kampus UiTM itu. Aimawati dan Lailawati beriringan menuju ke kantin kampus mereka. Masing-masing ingin mengisi kekosongan perut mereka yang mula berkeroncong itu.
“Eh, Laila, lepas ni speech sape pulak??” Aimawati sekadar berbasi dengan rakannya. Kebosanan mula menyelubungi dirinya sejak pagi tadi. Asyik dengan ucapan inilah, itulah.
“Erm, senior saya kata, ucapan Ketua Pelajar la..” Bola mata Aimawati pantas bersinar-sinar. Lailawati yang menyedari perlakuan Aimawati itu sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya. Sejak di bangku sekolah menengah, minat Aimawati cenderung terhadap pelajar lelaki yang berkarisma dan berdaya kepimpinan seperti ketua pengawas , ataupun ketua sesebuah organisasi.
“Alah, Aima, jangan mimpi la.. Kalau berjaya jadi Ketua Pelajar UiTM , maknanya tu memangla muka bagus, akademik bagus, IQ dan EQ bagus, apa-apa pun bagus.. kan? Mesti ramai peminat.. Kalau dia minat awak sekalipun, tentu ramai yang iri hati. Nanti, tak semena-mena, awak akan dibunuh ke, diculik ke..” Berkerut-kerut dahi Aimawati mendengar penjelasan Lailawati itu.
“Mengarut je lah, Laila.. Saya tak tentu minat dia tau.. Cuma sekadar kagum akan daya kepimpinan je..” Aimawati membalas perlahan. Lailawati tersengih-sengih.
**
“Okay, para pelajar baru! Sekarang, dipersilakan Ketua Pelajar UiTM, Putra Asraf!!” Sejurus selepas itu, kelibat Putra Asraf naik ke atas pentas diiringi dengan tepukan gemuruh para pelajar yang duduk di kerusi masing-masing.
“Eh, Aima.. tu .. idol awak!!” Aimawati mendongak untuk mengamati wajah Ketua Pelajar mereka. Tidak sampai beberapa saat, wajahnya berubah.
‘Si mamat ni?? Ya RABBI!!!’ Aimawati mengeluh sendirian. Dia tidak menyangka orang yang menyindirnya di Restoran Swiss Garden tahun lalu, merupakan Ketua Pelajar UiTM yang dikaguminya tanpa melihat wajah tuan empunya gelaran.
“Eh, Aima.. kenapa ni? Terperanjat sangat ke sebab dia handsome??” Aimawati tersentak.
‘Handsome?? Tapi, mamat ni memang boleh tahan gak.. Mesti ramai fans.. Tak sangka.. memang tak sangka..’ Sepanjang tempoh satu tahun ini, Aimawati tidak pernah melupakan wajah lelaki yang menyindirnya di Restoran Swiss Garden satu tahun yang lalu. Wajah lelaki itulah yang sering menjadi bayang-bayang hitam yang mengekorinya sepanjang tahun ini, yang muncul dalam mimpi-mimpinya hampir setiap malam. Peristiwa di Swiss Garden memang memberikan impak yang besar terhadap dirinya, Aimawati.
“La..laila.. a..awak.. s.sedar tak??” Tergagap-gagap suara Aimawati. Lailawati hairan. Perlahan-lahan, dia mengamati wajah Ketua Pelajar mereka, Putra Asraf. Tiba-tiba, ingatannya membayangi sesuatu. Dia turut terperanjat.
‘Oh! Lelaki itu!!!’ Begitulah suara yang bergema di dasar lubuk hati Lailawati kini.
“D..dia tu lelaki yang sindir awak kat RSG tempoh hari kan??” Lailawati membisik perlahan ke dalam telinga rakannya. Bisikan itu dibalas dengan anggukan lesu Aimawati.
Lailawati mengeluh sendirian. Bukannya dia tidak tahu hakikat yang sedang dihadapi oleh Aimawati. Walaupun rakannya tidak pernah meluahkan isi hatinya, dia tahu bahawa peristiwa tahun lalu masih berkesan di dalam hati Aimawati. Setiap kali Lailawati mengajak Aimawati mengunjungi Restoran Swiss Garden, Aimawati enggan. Alasannya, dia dah bosan dengan rasa dim sum kat sana. Namun, hakikatnya ialah, Aimawati mungkin fobia untuk mengenang kembali peristiwa dia disindir oleh lelaki itu, a.k.a. Ketua Pelajar UiTM yang bakal muncul di hadapan kedua-dua siswi ini bila-bila masa sahaja.
**
Wajah Putra Asraf yang iras-iras pelakon Hollywood kacak dan gayanya berjalan memang mampu menggentarkan hati setiap perempuan. Karismanya terserlah, daya kepimpinannya tercermin.
“Hei, Putra! Syabas atas ucapan tadi… I nampak sangat ramai perempuan yang dok tengok… awak je..” Rakan baik Putra Asraf, Hamidi, menegurnya spontan. Hamidi juga tidak kurang hebatnya. Dia merupakan Penolong Ketua Pelajar UiTM dan sekali gus memiliki wajah yang tampan. Namun, lebih ramai siswi lebih minat akan Putra Asraf dek Hamidi yang agak pendiam itu berbanding Putra Asraf yang sporting dan pandai bergurau.
Tiba-tiba, mata Putra Asraf sempat menangkap kelibat seorang perempuan bertudung litup.
‘RSG!!’ Tiga huruf ini bergema di dalam hati Putra Asraf. Perempuan. Perempuan yang tidak diketahui namanya. Perempuan comel yang mampu menarik perhatiannya pada pandangan pertama. Perempuan pertama yang disindir olehnya yang tidak pernah menyindir perempuan selama ini. Perempuan yang dirinduinya selama setahun ini. Perempuan yang ditunggu-tunggunya di Restoran Swiss Garden setiap hujung minggu selama berjam-jam. Perempuan pertama yang dicintainya. Hati Putra Asraf disiat-siat. Rasa pilu mula menyelubungi dirinya. Matanya bertentangan dengan mata Aimawati, seketika. Aimawati lantas mengalihkan pandangannya. Dia mempelawa Lailawati untuk pergi dari situ.
‘Dia belajar kat sini? Oh Tuhan! Baiklah!! Ini memang peluang aku!! Kalau tak, sia-sia sahaja usaha aku untuk mencarinya selama ini!!!’ Putra Asraf menanam tekad di dalam hatinya.
‘Alamak. Hari pertama pun dah jumpa!!! Oh Tuhan!! Dia masih benci aku seperti tahun lalu ke?? Harap-harap tak benci. Harap-harap, masih ada sedikit ruang untukku berkenalan dengannya!!!’ Aimawati berdoa kepada Tuhan.
**
Lailawati tidak hadir hari ini kerana dia menghidapi demam denggi. Tinggalah Aimawati keseorangan di kampus. Bukannya Aimawati tidak mempunyai rakan baru, cuma dia lebih rapat dengan Lailawati. Bayangkan, persahabatan selama sebelas tahun masakan tewas kepada persahabatan beberapa bulan?? Semua siswa-siswi Fakulti Undang-Undang sudah pun pulang ke kediaman masing-masing. Ada yang menetap di asrama, ada yang menetap di rumah yang disewa mahupun dibeli.
Aimawati menyusuri jalan raya berseorangan balik ke asramanya. Rasa takut mula menyelubunginya tatkala dia mula memasuki sebuah lorong yang sunyi dan lengang. Tiba-tiba, dari arah yang bertentangan, Putra Asraf sedang berjalan berseorangan. Kedua-dua insan ini menghentikan langkah masing-masing. Pandangan mereka bertaut seketika. Gelodak jiwa masing-masing cuba ditahan. Selepas beberapa minit bertindak ‘statik’ seperti itu, masing-masing memulakan langkah pertama.
Tiba-tiba, Putra Asraf memaut lengan Aimawati. Tercabut jantung Aimawati. Darahnya berderau. Degupan jantungnya bertambah laju beberapa ganda.
“Awak masih ingat saya tak??” Suara garau Putra Asraf menggoyah jiwa Aimawati.
“Ingat..”
“Habis tu, nape tak tegur??”
Aimawati kehabisan kata. Nak kata apa?
“Tak tau..” Aimawati ‘cincai’ menjawab.
“Oh..” Perlahan-lahan, Putra Asraf melepaskan pautan pada lengan Aimawati. Aimawati pantas memulakan langkah. Tiba-tiba..
“Awak tak nak tanya saya benda ke??” Suara Putra Asraf menjadi lebih kuat sekarang.
“Nak tanya apa??”
“Nape sejak tu awak tak datang-datang ke RSG??” Aimawati tersentak.
“Tak.. tau..” Aimawati tidak berpaling untuk menghadap muka Putra Asraf. Dia masih membelakangkan Ketua Pelajar UiTM itu.
“Awak tau tak.. sepanjang tempoh satu tahun ini, I miss you..” Aimawati tersentak. Perlahan-lahan, air matanya mengalir.
“Awaklah perempuan comel yang mampu menarik perhatian saya pada pandangan pertama, perempuan pertama yang disindir saya, yang tidak pernah menyindir perempuan selama ini, perempuan yang dirindui saya selama setahun ini, perempuan yang ditunggu-tunggunya di Restoran Swiss Garden setiap hujung minggu selama berjam-jam dan juga perempuan pertama dan terakhir yang saya cinta sepanjang hayat ini..” Putra Asraf menyambung lagi dengan meluahkan segala isi hatinya. Air mata Aimawati semakin laju merembes menuruni pipi gebunya itu.
“Aima.. I love you..” Kalimah jiwa itu menyentap tangkai jantung Aimawati.
Aimawati berpaling. Sebelum dia sempat berkata apa-apa, Putra Asraf menarik tubuh Aimawati berdekatan dengannya lantas kucupan hangat bibir Putra Asraf hinggap di bibir Aimawati. Tangisannya berhenti. Matanya terpejam erat.
‘Oh Tuhan! Mekasih banyak-banyak. Mekasih kerana sanggup memberi peluang kepada hamba-Mu untuk meluahkan isi hatiku!!!’ Putra Asraf berdetik.
‘Oh Tuhan!! Aku memang menantikan detik ini.. Namun, tidak kusangka saat ini begitu cepatnya sampai!! Mekasih!!!’ Detik Aimawati.
Begitulah kisah percintaan antara Putra Asraf dan Aimawati ini. Masing-masing berkorban dengan menanti selama setahun. Pelukan kasih yang hangat bersemarak di lorong ini.
Wahai pembaca-pembacaku, tunggulah untuk Cinta Swiss II yang akan datang! Lebih banyak detik-detik manis yang terjadi antara Putra Asraf dan Aimawati. Sila lawat www.suancui.blogspot.com untuk novel dan cerpen yang saya karang!!
~Bye dan selamat membaca!!! Have a nice day!!!~
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Friday, October 9, 2009
Cerpen - Oh.. Cinta Swiss..
Posted by jc at 4:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment