Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Tuesday, December 22, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 27

“ Zul.. dok sini.. abah nak cakap sesuatu..” Dato’ Sabri mempelawa. Zulkarnain akur.

“Ada apa abah??” Zulkarnain berkata setelah mengambil tempat duduk di atas sofa, bertentangan dengan ayahnya.

“Abah.. nak cakap sikit tentang Zaza..” Zulkarnain berhenti melipat lengannya. Dia memberanikan diri bertentangan mata dengan ayahnya itu. Namun, dia masih membisu seribu kata.

“Zul.. rasa-rasanya, Zul ada mata sendiri.. Zul pun tau macam mana nak menilai.. Cinta Fatin tu.. Zul tau kan?” Zulkarnain menarik nafas panjang. Matanya dipejam, lagaknya seperti sedang berfikir sesuatu.

“Zul.. abah tau.. Fatin tu ada kanser tulang..” Sejurus itu, Dato’ Sabri bangun dan menuju menghampiri anaknya.

“Kalau Fatin dapat cari penderma sunsum tulang yang sesuai, macam mana?” Dato’ Sabri membisik halus. Mata Zulkarnain tercelik. Sejujurnya, dia tidak pernah terfikir tentang perkara itu. Keluhan demi keluhan terpacul dari bibir Dato’ Sabri.

“Zul.. secara jujur, abah harap sangat Zul lupakan Zaza..” Tersentak Zulkarnain dibuatnya. Melupakan Zaza?? Mampukah dia melakukannya?? Tidak!! Bukankah rancangan untuk berkahwin dengan Fatin merupakan lakonan semata-mata?? Bukankah dia sudah berjanji dengan Zaza bahawa cintanya tidak akan berubah sekelumit pun?? Apakah perasaan Zaza jika dia memungkiri janji?

“Abah..mana mungkin? Zul mesti menepati janji.. Zul mesti bertanggungjawab, abah..” Zulkarnain bertegas. Dato’ Sabri mendengus geram. Dia kembali duduk di tempat asalnya, bertentangan dengan anaknya.

“Zul.. apa-apa pun, abah harap Zul layan Fatin tu dengan ikhlas..” Dato’ Sabri lantas bangun, meninggalkan anaknya yang kebingungan itu.

Zulkarnain serba-salah. Apakah yang harus dilakukannya?? Patutkah dia mendengar kata-kata ayahnya? Ataupun dia perlu menepati janjinya?? Janji yang dilafazkan kepada Zaza..

xxxxx

Punat interkom ditekan oleh Zaza sebaik sahaja berbunyi.

“Apa hal, Mikki??”

“Cik Zaza, tuan pengarah nak jumpa..” Tuan pengarah? Zaza mengetap bibirnya.

“Okay!”

xxxxx

Pintu bilik pejabat Dato’ Sabri diketuk, kemudian ditolak.

“Selamat pagi, Dato’..” Zaza tunduk, sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengarah Zulkarnain Holdings itu.

“Selamat pagi, Zaza.. Duduklah..” Dato’ Sabri mempelawa. Zaza mengambil tempat duduk di hadapan Dato’ Sabri.

“Zaza.. saya nak cakap tentang.. tentang Zulkarnain..” Tersentap tangkai hati Zaza seketika. Dia tidak berani bertentang mata dengan Dato’ Sabri. Riak wajah Dato’ Sabri yang serius itu cukup mengecutkan perutnya!

“Er…Dato’.. saya..” Tergagap-gagap Zaza pula.

“Tak apa, Zaza.. saya faham. Saya cuma nak tanya, kalau Fatin dapat cari penderma sunsum tulang yang sesuai.. apa yang akan Zaza lakukan??” Berdebar-debar jantung Zaza. Secara jujur, perkara itu tidak pernah menghiasi mindanya.

“Zaza.. mungkin Zaza dan Zulkarnain pun.. tak pernah fikirkan perkara ni.. walaupun doktor kata, peluang untuk Fatin sembuh tu nipis, tapi.. takdir yang mengatur segala-galanya kan??” Zaza mendongak. Matanya berkaca-kaca. Dia akui, kata-kata Dato’ Sabri itu ada benarnya. Takdir Tuhan yang mengatur segala-galanya. Jika Fatin sembuh, apa yang dia akan lakukan?? Mustahil dia hendak merampas Zulkarnain dari sisi isterinya itu.

“Zaza.. sebenarnya..” Sebelum Dato’ Sabri sempat menghabiskan kata-katanya, Zaza menyampuk.

“Dato’, saya faham.. terima kasih Dato’ kerana menegur saya.. Saya sedar kesilapan saya, Dato’… saya faham maksud tersirat yang Dato’ cuba sampaikan…” Terbungkam Dato’ Sabri seketika. Dia tidak menyangka, Zaza cukup pantas membaca apa yang sedang bersarang dalam mindanya.

“Dato’ jangan risau.. Saya takkan rampas Zulkarnain dari sisi Fatin jika Fatin sembuh.. tapi jika Fatin.. jika Fatin tak sembuh, saya harap Dato’ takkan membantah percintaan saya dan Zulkarnain kelak..” Zaza menyambung selepas dia menarik nafas panjang sebentar tadi.

“Itu sudah pasti.. saya cuma nak kekalkan kebahagiaan rumah tangga anak saya.. jika anak saya menjadi duda, sudah pasti saya takkan menghalang awak bercinta dengan Zulkarnain..” Zaza tersenyum. Sejurus itu, dia keluar dari bilik pejabat Dato’ Sabri itu. Pembantu peribadi Zulkarnain, Ahmad, yang kebetulan muncul di situ, mengerutkan dahinya. Dia mula berasa hairan. Mengapa Zaza akan muncul di bilik pejabat Tuan Pengarah Zulkarnain Holdings itu?? Nalurinya memberitahu bahawa sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Perlukah dia memaklumkan perkara itu kepada Zulkarnain??

0 comments: