‘Hmm.. kreatif jugak si mamat ni..’ Sebaik keadaan rumah Zulkarnain dijamah mata Zaza, timbul pula fikiran sebegitu.
Tiba-tiba, sekeping foto yang dibingkai emas, tergantung pada dinding putih Zulkarnain. Kelihatan gambar seorang gadis sedang tersenyum riang.
‘Wah.. cantik!!’ Zaza sempat memuji.
Langkah Zulkarnain dari dapur semakin menghampiri Zaza. Dia lantas mengambil duduk di atas sofa.
“Minumlah.. coffee or tea??” Zulkarnain bertanya. Zaza tersenyum.
“Er.. nanti dululah..” Sebenarnya, bukannya Zaza tidak haus pun. Cuma dia agak kekok untuk minum di hadapan Zulkarnain. Jikalah nasib tidak menyebelahinya, bimbang juga minuman tertumpah dari cawan. Habislah imejnya ketika itu.
“Er.. siapa perempuan tu?” Zaza mengutarakan soalan. Dia bukannya ingin menyibuk, sekadar mengutarakan soalan untuk memecahkan suasana yang hening itu.
Tidak perlu berpaling untuk melihat gambar yang dimaksudkan oleh Zaza, Zulkarnain sudah dapat mengagak – gambar Fatinlah gambar yang Zaza maksudkan itu.
“Tu?” Berat betul mulut Zulkarnain dibuka. Suaranya bagaikan tersekat di kerongkongnya.
Zaza tidak membalas. Perasaan Zulkarnain.. sama sahaja dengan perasaannya ketika meninggalkan Zakry dahulu. Dia pasti, Zulkarnain masih tidak boleh melupakan perasaannya terhadap gadis di dalam gambar berbingkai emas itu.
“Ex-girlfriend saya..” Zaza membisu. Ex??
‘Rasa-rasanya, ex dari aspek lahiriah je.. bukannya ex dalam hati pun..’ Zaza cuba menahan sebaknya. Punah – memang punah segala harapannya untuk bercinta dengan Zulkarnain.
“Dia tu.. hilang ingatan.. sebelum dia hilang ingatan tu.. kami rancang nak kahwin sebenarnya.. tapi.. entahla.. mungkin tak de jodoh kot…” Sayu betul suara Zulkarnain. Zaza terkilan seketika.
‘Rancang nak kahwin??’
XxxxXxxxXxxx
Pintu bilik pejabat Zaza diketuk.
“Masuk!” Zaza menyahut sepatah.
Setiausahanya, Mikki, tercegat di hadapannya.
“Apa hal, Mikki?” soal Zaza. ‘Mood’nya hari ini memang rosak habis. Semuanya gara-gara Zulkarnain semalam. Kata-kata Zulkarnain tentang gadis tersebut sentiasa menghantui mindanya sejak semalam.
“Cik Zaza, Encik Zulkarnain nak jumpa..” Perbuatannya – menandatangani dokumen penting, terhenti seketika.
XxxxXxxxXxxx
Tuk! Tuk! Tuk!
“Masuk, Zaza!”
“Apa hal, Encik Zulkarnain?”
“Saya akan outstation ke Bangi selama seminggu..” Berita itu menyentakkan Zaza.
‘Outstation? Bagus juga.. boleh belajar untuk melupakannya..’ Zaza mengeluh.
“Kenapa? Awak berat hati ke? Ataupun takut untuk menahan rindu seminggu??” Zulkarnain bergurau. Zaza terkilan seketika. Dia tersipu-sipu malu.
“Aaa?? Apa?” Zaza buat-buat tak faham. Malu juga jika direnung Zulkarnain sebegitu.
‘Zulkarnain!! Janganlah buat aku salah faham!! Ya ALLAH!!!!’ Ingin sahaja Zaza meraung sekuat hati.
“Well.. just ignore it.. Jadi, saya nak awak ambil alih sebahagian tugas saya..” Zaza terkejut. Memang – berhadapan dengan Zulkarnain – banyak kejutan.
‘Zulkarnain is unpredictable!!’ Tiga perkataan itulah yang sering menguasai minda Zaza.
“Zaza?? Awak .. dreaming ke??”
“Er.. sorry, Encik Zulkarnain.. Er.. baiklah.. nanti saya akan ambil dokumen-dokumen yang penting..” Zulkarnain mengerutkan dahinya.
‘Ambik dokumen?? Sejak bila aku suruh?? Isyhh!! Memang dreaming!!’
“Okay. Nanti ambik semua dokumen dari Mikki.. You can go out now!!”
XxxxXxxxXxxx
‘Adoi!! Sengal betul!!!’ Urat nadi leher bahagian belakangnya semakin berdenyut. Dia pernah bertanya kepada doktor, Doktor berkata, posisi dudunya salah – muscles lehernya menjadi sengal sehingga menyebabkannya sakit kepala.
Banyak betul fail yang diserahkan oleh Zulkarnain kepadanya. Kadang-kadang, dia perlu melawat tapak pembinaan Zulkarnain Holdings. Zaza membelek-belek sendiri kalendarnya. Baru semalam, Zulkarnain meninggalkan tanah airnya. Zaza mengeluh sendirian. Tinggal enam hari. Sebenarnya, enam hari bukanlah satu tempoh yang panjang. Cuma, rindu yang ditahan-tahan selama 24 jam tidak dapat dibendung lagi. Apatah lagi enam hari. Zaza menyandar lesu pada kerusinya. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi sebentar tadi.
Zulkarnain!! Jantung Zaza berdegup kencang.
‘Dia ada kesulitan ke??’ Persoalan negatif mula menerjah fikirannya.
“Hello..” Zaza menjawab teragak-agak.
“Zaza.. buat pe tu?” Zulkarnain sekadar berbasi.
“Er.. baru lepas kerja.. nak pergi tengok doktor..” Zulkarnain tersentak.
‘Tengok doktor? Terlalu letih ke??’
“Oh.. saya dah sampai di Bangi..” Zulkarnain membuka topik bicara.
“Oh.. kenapa nak bagi tau saya pulak??” Zaza hairan pula. Bukannya Zulkarnain teman lelakinya. Tidak perlulah Zulkarnain melaporkan segala tindak-tanduknya kepada Zaza.
“Er.. hmm.. sebab… sebab.. awak special..” Zaza tersentak. Jantungnya berdegup kencang.
‘Aku special??’ Zaza berteka-teki sendirian.
“Hah?? Apa ni??” Zaza buat-buat tak faham.
“Tak pe la.. tapi.. lepas awak jumpa doktor, send me a message.. risau juga saya dengar awak pergi jumpa doktor..” Air mata Zaza mula merembes keluar. Pantas mulutnya ditekup.
‘Zulkarnain.. tolonglah.. jangan layan aku baik cam ni… kalo terus-terusan macam ni… tak dapatla aku lupakan awak..’ Zaza mengeluh sendirian.
“Okay!” Talian diputuskan oleh Zaza. Dia tidak mahu berbual lama-lama dengan Zulkarnain. Bimbang juga jika dia tidak dapat mengawal dirinya berterusan berada di awing-awangan. Dia sedar.. cinta Zulkarnain hanya untuk perempuan yang digantung gambarnya di rumah Zulkarnain itu.
Zulkarnain yang berada di seberang talian tersentak apabila talian tiba-tiba diputuskan oleh Zaza. Dia mengeluh sendirian.
“Sampai bila aku nak macam ni ngan dia??” Zulkarnain berteka-teki sendirian.
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Thursday, November 5, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 8
Posted by jc at 9:57 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment