Lima tahun telah berlalu. ‘Parut’ yang ditinggalkan oleh Zakry di hatinya masih berbekas. Namun, dia amat bersyukur kerana hubungan ini terputus sebelum cinta yang bermukim di hatinya semakin mendalam terhadap Zakry.
“Hoi!!!” jerkah Nurin. Zaza tersentak. Lamunannya terbelangkai seketika.
“Hah? Apa?” Zaza terpinga-pinga.
“Adess!! Mak cik oi!! Kau yang ajak aku. Aku baru datang nih kau pun tak beri salam. Apalah awak nih!! Kononnya murid cemerlang UiTM pulak. Hei! Malaysia nih kaya dengan budi bahasa tau! Kau nih merosakkan imej negara je!! Janganlahkau nih amalkan peribahasa ‘sebab nila setitik, rosak susu sebelanga’.” Bebel Nurin.
“Ye lah tu, Zizuan yang ajar kan…” Zaza mengeluarkan ‘senjatanya’ bagi menghalang ‘syarahan’ Nurin itu berterusan.
“Hei.. janganlah cam Zakry tuh.. Dia..” Nurin tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila menyedari kegusaran pada wajah rakannya itu.
“Zaza.. sorry yek.. Aku bukannya nak lukakan hati kau, tapi…”
“Nurin, tak pe lah. Saya pun dah nak lupakan Zakry..” Sebelum Nurin sempat menghabiskan kata-katanya, Zaza menyampuk.
“Apa hal kau cari aku?” Nurin berterus-terang. Begitulah seikap seorang gadis muda ini. Berterus-terang dan straight to the direct point.
“Oh ya! Saya dah dapat ijazah PhD dalam Jurusan Arkitek. Esok gi interview kat syarikat yang terkenal tuh!” terang Zaza.
“Syarikat terkenal? Apa nama?” Nurin bertanya pula.
“Hmmm….” Zaza sedang berfikir. Tidak sampai seminit, Zaza bersuara, “Kalau tak silap saya, nama syarikat tuh Zulkarnain Holdings..”
“Hah? Eh, Zulkarnain tuh abang Zizuan lah!”
Pernyataan Nurin itu memang mengejutkan Zaza.
‘Aduh! Keciknya dunia nih! Eh, dunia ke? Tapi dunia tak kecik sangat pun.. Daerah Kuantan pun lebih kurang 3000 km persegi. Apalah aku nih!’ desis hati Zaza.
“Hoi!! Mak cik! Mengelamun pulak tuh!!” Nurin menggeleng-gelengkan kepalanya. Zaza pula tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Tapi kan saya mula risau lah…” keluh Nurin. Zaza hairan.
‘Risau apanya? Bukannya aku nak kahwin pun!! Hahaha.. Apalah aku nih.. asyik terfikir nak kahwin je..’ desis Zaza sendirian.
“Apa yang kau risaukan tuh?” tanya Zaza.
“Zulkarnain tuh garang lah. Ramai yang tak tahan kerja kat syarikat tuh. Tapi gaji kat sana tinggi jugak lah. Semua orang gelar dia sebagai ‘angin puting beliung’..” Kecut perut Zaza tatkala terdengar berita percuma daripada Nurin.
‘Kalaulah berita Nurin tu betul.. mampuslah aku! Esok cam ne interview???’ Pelbagai persoalan mula menerjah benak fikiran Zaza.
xxxxxx
Zaza berlangkah masuk ke dalam bangunan Zulkarnain Holdings yang tersergam indah. Berdebar-debar jantungnya. Dia menuju ke kaunter.
“Miss, may I help you?” Dengan mesranya, penyambut tetamu yang bertugas di kaunter hadapan bangunan itu menyapa Zaza pagi itu.
“Oh.. I am here for the architect interview…”
“Oh.. Jadi cik nak jumpa boss lah kan..?” Pertanyaan penyambut tetamu itu disambut dengan senyuman mesra dan anggukan Zaza.
xxxxxxxxxx
“Oh shit!!” bisik seorang calon yang melangkah keluar dari bilik Zulkarnain.
Walaupun bisikan itu perlahan, Zaza tetap dapat mendengarnya. Hampir setiap calon yang keluar dari bilik Zulkarnain mengeluh. Ada juga yang menghamburkan kata-kata kesat.
“Cik Zaza..” Setiausaha Zulkarnain memanggil nama Zaza. Dengan degupan jantung yang kencang, Zaza melangkah masuk ke dalam bilik Zulkarnain.
“Sel..selamat pagi, tuan!” Terketar-ketar suara Zaza. Zulkarnain yang sedang tunduk menulis sesuatu di atas kertas lantas mendongak untuk mengenalpasti wajah Zaza.
‘Adess.. kacaknya dia nih.. Aku cair lah cam nih..’ desis hati Zaza.
“Good morning Zaza. Please have a sit.” Suara garau Zulkarnain menyentap lamunan Zaza.
“Thanks..” kata Zaza sambil tersenyum. Zulkarnain terpempan.
‘Senyumannya.. Argh.. macam Fatin.. tapi mungkin ke Fatin senyum kat aku?’ detik hati Zulkarnain dengan sebak.
Fatin Imma. Nama itu masih terpahat kukuh di dasar lubuk hati Zulkarnain. Gadis yang dicintainya sepenuh hati, sepenuh jiwa. Gadis yang pernah berkongsi suka dan duka dengannya semasa mereka melanjutkan pelajaran ke universiti terkenal di tanah air yang tercinta. Namun, segala-galanya telah berubah. Fatin telah mengalami kemalangan dan kemalangan itu menyebabkan memori yang mengandungi kenangan manis Fatin bersamanya turut lesap dan luput ditelan zaman.
‘Amboi… Zulkarnain nih mengelamun pulak. Ada ke patut mengelamun masa interview orang..?’ cebik Zaza.
“Sorry Zaza.. So.. adakah anda pasti bahawa anda dapat menjadi seorang arkitek yang berkaliber dan mampu mengharumkan nama Zulkarnain Holdings?” tanya Zulkarnain.
“Ya, tuan!” Dengan yakin sekali, Zaza menjawab pertanyaan Zulkarnain tadi.
“Okey.. jadi bila anda boleh mula bekerja? Sekarang boleh?” Denyutan nadi Zaza terhenti seketika.
‘Aku diterima? Takkanlah kot.. Dia tanya aku sikit aje nih..’
“Boleh tuan..”
“Baik.. anda boleh keluar sekarang. Come back to this place after an hour…” arah Zulkarnain. Zaza hanya akur.
Setelah kelibat Zaza hilang di sebalik pintu, Zulkarnain tersenyum hambar. Sebenarnya, dia menerima permohonan Zaza atas dua sebab. Pertama, senyuman Zaza dapat mengubat rindunya yang menggunung terhadap Fatin. Kedua, keputusan Zaza yang cemerlang di UiTM memang mengagumkan.
Kotak memori Zulkarnain melayari peristiwa lima tahun lalu yang berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
xxxxxxxxxxx
‘Alamak! Habislah aku! Mesti Prof. Madya mengamuk sakan! Makan cepat sikit lah!’ desis Zulkarnain sambil menantang dulang yang mengandungi semangkuk mi kari. Asap yang berkepul-kepul menunjukkan bahawa mi kari itu amat panas. Zulkarnain tergesa-gesa menuju ke arah sebuah meja kosong di kafeteria UKM.
Bom!
Zulkarnain terlanggar seorang gadis yang bertudung litup. Mi kari yang ditatangnya tadi mulalah melayang ke udara dan menimpa baju gadis tersebut. Alamatnya, ‘cantik’ sangat baju gadis itu ‘dihias’ dengan sup mi kari Zulkarnain itu.
‘Alamak! Apa aku nih? Macam mana?’ raung hati Zulkarnain.
“Er.. maaf cik.. Sorry.. saya tak sengaja..Saya..” Tergagap-gagap suara Zulkarnain.
“Stop! I tak nak dengar penjelasan. Awak nih!! Argh!!!” Gadis itu terus berlalu dari sisi Zulkarnain. Zulkarnain terpempan.
‘Tapi.. siapa yang tak berang apabila dilanggar? Adess!! Tak payahlah aku makan!’ desis hati Zulkarnain. Dia berlalu dari situ.
xxxxxxxxxxxxxx
‘Fuyoh! Nasib baik Prof. tak datang lagi!’ Zulkarnain menghela nafas lega.
Tiba-tiba, matanya tercatap pada kelibat gadis yang dilanggar tadi.
‘Alamak… orang nih pulak!!’ Zulkarnain mengeluh.
“Encik… maafkan saya.. Tadi saya tak sengaja nak tinggikan suara kat encik. Tapi saya memang ‘panas’ sangat tadi…” Lembut sahaja budi bicara gadis itu.
“Oh.. tak pe..” Zulkarnain tersengih-sengih.
“Saya Zulkarnain..” Zulkarnain mula memperkenalkan dirinya.
“Oh.. I am Fatin Imma… nice to meet you…” Senyuman Fatin menambat hati Zulkarnain. Lebih-lebih lagi, lesung pipit memaniskan senyuman Fatin itu.
Dari sini, bermulalah percintaan antara dua insan ini…..
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Saturday, October 10, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 2
Posted by jc at 8:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment