Takdir penentu segalanya. Itulah lumrah kehidupan. Setiap insan harus menerima
hakikat kehidupan dengan penuh ketabahan. Sudah seminggu Sofea bertukar sekolah
di selatan tanahair. Iskandar dapat merasakan betapa sunyinya hari-hari yang terpaksa
dilewatinya tanpa Sofea. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas di ketika
kuntuman bunga cinta baru ingin berputik di hati masing-masing. Masih jelas terbayang
di ruangan mata Iskandar saat-saat indah yang mereka lewati bersama.
Saiful pula cukup senang hati setelah mengetahui yang Sofea terpaksa bertukar
sekolah kerana keluarganya terpkasa berpindah ke selatan tanahair. Saiful mengambil
kesempatan ini untuk meracuni fikiran Iskandar yang dalam kesepian. Saiful kembali
mendekati Iskandar dengan menawarkan pelbagai janji dan khayalan yang mampu
merubati kesepian diri Iskandar. Kali ini Iskandar tidak mudah terpengaruh dengan
kata-kata Saiful.
“Maafkan aku Saiful kerana aku tidak berminat untuk keluar malam ini”….Iskandar
menolak pelawaan dan godaan Saiful dengan tenang.
“Sampai bila awak nak bermurung seperti ini”….tanya Saiful dengan nada yang sedikit
hampa.
“Biarlah aku bersendirian untuk sementara waktu. Nanti bila aku sudah tenang kita
berbual lagi”….Iskandar memberitahu Saiful dengan penuh yakin.
“Ah! Terserahlah. Aku sebagai seorang kawan cuma nak tolong”….tengking Saiful
dengan marah.
“Terima kasihlah Saiful atas niat baik awak menghulurkan pertolongan yang ikhlas
itu”….jawab Iskandar selamba.
Saiful benar-benar mati langkah dan hilang kata-kata untuk mempengaruhi Iskandar.
Saiful terus meluru keluar meninggalkan Iskandar sendirian. Iskandar hanya
memerhatikan gelagat rakan karibnya itu dan bersyukur berjaya mengelak dari godaan
Saiful itu tadi. Iskandar masih ingat akan nasihat dan permintaan Sofea agar Iskandar
menjauhkan dirinya dari Saiful. Jauh di sudut hati Iskandar memang terasa puas kerana
dapat menunaikan permintaan Sofea itu.
Hari demi hari berlalu pergi. Suasana dalam tingkatan lima gemilang sudah tidak
semeriah dulu. Iskandar yang dulunya seorang yang periang kini menjadi pendiam.
Rakan-rakan seperjuangan amat rindukan usikkan Iskandar walaupun kadangkala apa
yang Iskandar lakukan itu menyakitkan hati mereka. Iskandar sering memandang ke
luar jendela memerhatikan permandangan di luar tanpa menghiraukan kehadiran guru
yang mengajar. Jauh di sudut hatinya, Iskandar teringatkan Sofea. Iskandar
sebenarnya amat merindui Sofea.
Page 2
Pagi itu suasana dalam tingkatan lima gemilang cukup sunyi, bagaikan dilanda burung
seekor garuda. Masing-masing dengan urusan sendiri yang sememangnya berbeza
dari keadaan sebelum ini. Selalunya pantang sahaja ada guru yang datang lewat,
tingkatan lima gemilang cukup terkenal dengan kebisingannya. Guru-guru dan pelajar-
pelajar lain yang melintasi tingkatan lima gemilang turut merasai perbezaan serta
perubahan itu. Lamunan dan khayalan pelajar-pelajar dalam tingkatan lima gemilang
dikejutkan dengan kehadiran Tuan Pengetua bersama dengan seorang pelajar baru
yang belum mereka kenali.
“Selamat pagi dan salam sejahtera Tuan Pengetua”….Rizal selaku ketua kelas bingkas
bangun memberi ucap selamat di ikuti oleh pelajar-pelajar yang lain termasuk Iskandar.
“Selamat pagi pelajar semua”….jawab Tuan pengetua dengan nada yang tegas.
“Hari ini seorang pelajar baru akan saya tempatkan dalam tingkatan lima gemilang ini.
Saya tidak mahu pelajar baru ini di buli dan saya harap pelajar-pelajar yang lain dapat
memberikan kerjasama yang baik untuk pelajar ini”….jelas Tuan Pengetua lebih
mendalam.
“Nama saya Nurul Diana Binti Nazim”….Diana memperkenalkan dirinya dengan suara
yang begitu lunak sepertinya memukau pelajar-pelajar lain.
“Kamu boleh ambil tempat duduk di sebelah Iskandar yang sudah seminggu
dikosongkan oleh pelajar yang bernama Sofea”….Tuan Pengetua memberi arahan.
Bagaikan seorang puteri Diana menyusun langkahnya perlahan-lahan lalu duduk di
sebelah Iskandar. Kejelitaan dan keayuan wajah Diana memukau mata semua pelajar
lelaki yang ada di situ. Iskandar yang sejak dari awal tadi tidak begitu kisah dengan
penjelasan Tuan Pengetua itu langsung tidak kisah dengan kehadiran Diana. Bagi
Iskandar belum ada sesiapa yang layak menggantikan tempat Sofea.
Saiful yang sejak dari tadi terus memerhatikan gelagat Diana dan Iskandar. Kelegaan
jelas terasa di hati Saiful kerana Iskandar tidak begitu kisah dengan kehadiran Diana.
Saiful tidak mahu kedudukkan tergugat di sisi Iskandar dan Saiful tidak mahu berhenti
dari meracuni fikiran Iskandar. Saiful mahu Iskandar terus menjadi rakan karibnya dan
sekaligus menjadi tempat bagi Saiful bergantung sumber kewangannya untuk
bergembira di dunia luar.
Sebagai pelajar baru Diana tidak menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan sekelilingnya. Ramai yang sudi menghulurkan salam persahabatan
dan ramai juga yang cuba menggatal dengan mencuba untung nasib mereka untuk
menjadi kekasihnya Diana. Suasana yang mulanya sepi kini sudah bertukar menjadi
riuh seperti sebelumnya sebaik sahaja Tuan Pengetua meninggalkan pelajar-pelajar itu.
Diana gembira dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan baru tapi sedikit
rimas bila ada yang cuba menggatal dengannya. Hampir setiap hari ada saja yang
datang menganggu Diana bila ada kesempatan. Iskandar yang selama ini lebih senang
Page 3
menyendiri turut merasai tempiasnya bila setiap kali rehat dan waktu terluang ada
sahaja gelagat pelajar-pelajar lelaki yang cuba menggatal dengan Diana.
Hari itu kesabaran Iskandar benar-benar di uji bila sekumpulan pelajar-pelajar lelaki
datang menganggu Diana. Iskandar sudah hilang sabar bila setiap pagi, waktu rehat
dan waktu-waktu terluang pasti ada pelajar-pelajar lelaki yang menganggu ketenangan
jiwa Diana. Iskandar cukup rimas dengan keadaan itu. Dulu Iskandar dapat merasakan
ketenangan walaupun jiwanya sepi namun sejak kehadiran Diana segala-galanya
berubah. Iskandar tidak menyalahkan Diana sepenuhnya kerana memang sudah
ditakdirkan Diana memiliki rupa paras yang sememangnya cukup cantik untuk
dikagumi. Iskandar yang selama ini sering membisu akhirnya mula bersuara.
“Sekali lagi awak semua datang menganggu Diana, memang buruk padahnya
nanti”….Iskandar memberi amaran yang cukup keras kepada sekumpulan pelajar-
pelajar lelaki itu.
Tergamam semua pelajar-pelajar yang ada mendengar suara Iskandar yang selama ini
jarang mereka dengar. Memang patut pun pelajar-pelajar lelaki yang cuba menggatal
dengan Diana itu ditegur cuma masalahnya tiada seorang pun yang seberani Iskandar
untuk menegur mereka. Semenjak dari hari itu tidak ada seorang pun yang berani
menganggu Diana lagi. Kedamaian suasana kembali mewarnai hidup Iskandar. Namun
begitu Iskandar tetap mengasingkan dirinya dari rakan-rakan yang lain.
“Iskandar….saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menolong saya
tempoh hari”….Diana cuba untuk berbual dengan Iskandar.
“Kalau tidak kerana amaran dari Iskandar sudah tentu mereka akan terus menganggu
saya”….Diana meneruskan perbualannya.
“Saya tak layak untuk ucapan sebesar itu kerana saya lebih suka pada ketenangan dan
kedamaian”….jawab Iskandar bersahaja.
Melalui Amirul, Saiful mendapat tahu yang Iskandar menjadi pelindung kepada Diana.
Amirul selama ini menjadi dalang kepada mata dan telinga Saiful telah menceritakan
segala-galanya. Saiful tidak menyangka yang Iskandar begitu mudah cair dengan
kecantikkan Diana. Saiful tidak mahu Iskandar mengulangi jejak yang sama ketika
bercinta dengan Sofea dulu. Ketika Iskandar bercinta dengan Sofea dulu, Saiful tidak
ada tempat bergantung untuk memenuhi segala keinginannya. Sekarang kehadiran
Diana benar-benar membataskan pergerakkan Saiful. Saiful dalam diam menyimpan
dendam terhadap Diana.
******************************************************************************
Petang itu pelajar-pelajar tingkatan lima gemilang sudah semakin ramai yang pulang.
Tingkatan lima gemilang sudah semakin sunyi, begitu juga dengan suasana dalam
kawasan sekolah. Diana masih tekun membaca dan sibuk menyiapkan tugasan yang
diberikan. Iskandar yang sejak dari tadi belum berganjak terus memerhatikan gelagat
Page 4
rakan-rakan seperjuangannya yang berada di luar sekolah. Tiba-tiba perhatian Iskandar
beralih kepada Diana yang masih tertumpu kepada buku dan juga kertas-kertas yang
berselerak di atas meja. Iskandar hairan kenapa gadis itu belum lagi ingin pulang
sedangkan pelajar-pelajar lain sudah lama meninggalkan perkarangan sekolah.
“Diana, kenapa awak masih belum pulang”….tanya Iskandar mencari kepastian.
Pertanyaan Iskandar tidak mendapat sebarang perhatian dari Diana malah Diana
semakin tekun meneruskan tugas-tugasnya. Walau pun jarang sekali berbual dengan
Iskandar tapi sebagai kawan Diana sebelum ini tidak pernah menghampakan Iskandar
atau bersikap angkuh seperti itu. Iskandar menjadi hairan kerana sebelum ini Diana
tidak pernah bersikap sedemikian rupa. Iskandar menjadi semakin ingin tahu kenapa
Diana tiba-tiba berubah dan tidak mempedulikan pertanyaannya tadi. Iskandar
menghampiri Diana yang sedang rancak menulis dan tanpa Diana sedari Iskandar
dapat melihat dengan jelas Diana sedang menitiskan air matanya ketika itu.
“Diana….kenapa awak menangis?”….tanya Iskandar perlahan.
Diana yang terkejut dengan kehadiran Iskandar dengan segera menyapu air matanya
agar tidak kelihatan namun usaha Diana itu sia-sia kerana sudah lama Iskandar berada
di situ memerhatikan tingkah laku Diana.
“Tak ada apa-apalah Iskandar, mata saya masuk habuk tadi”….jawab Diana untuk
mengelakkan diri dari perhatian Iskandar.
“Jangan bohonglah Diana, sudah lama saya di sini dan perhatiankan awak”….Iskandar
tegas dengan keinginannya untuk mengetahui keadaan sebenar Diana.
Diana terdiam seribu bahasa. Tidak ada kata-kata yang mampu diungkapkan dan Diana
tidak mampu untuk bertentangan mata dengan Iskandar. Suasana menjadi sepi
seketika tapi Iskandar tetap tidak berganjak walau pun selangkah. Iskandar masih setia
menanti dan mengharapkan penjelasan dari Diana. Sikap dingin Diana makin
meresahkan Iskandar.
“Diana….beritahulah saya apa masalah awak yang sebenarnya?”….Iskandar sekali lagi
meminta penjelasan dari Diana.
“Sebenarnya Iskandar….” kata-kata Diana terhenti di situ.
Lama Iskandar menanti Diana menyambung kata-katanya itu tapi hampa. Diana sekali
lagi menyapu air matanya yang mengalir.
“Sebenarnya apa….Diana?”….Iskandar bersuara setelah sekian lama menanti.
“Sebenarnya Iskandar, saya datang dari keluarga yang cukup miskin dan sehingga ke
hari ini saya masih belum dapat membayar yuran untuk peperiksaan penting yang akan
Page 5
sama-sama kita hadapi hunjung tahun ini. Saya terlampau memikirkan masalah ini
hingga hilang tumpuan dalam pelajaran. Saya tidak mahu gagal dan menghampakan
harapan keluarga”….Diana meluahkan segala-galanya kepada Iskandar sambil
menangis.
Iskandar terkedu mendengar luahan rasa Diana itu. Iskandar tidak menyangka begitu
perit penderitaan yang terpaksa Diana tanggung. Iskandar sama sekali tidak menduga
masih ada insan yang dibelenggui kemiskinan sedemikan rupa. Harapan keluarga
tergalas di bahu Diana untuk melihat kejayaannya nanti.
“Sudahlah Diana….mulai hari ini awak tak perlu fikirkan lagi tentang masalah itu.
Anggap saja semuanya sudah selesai dan mulai esok kita saya harap kita dapat belajar
sama-sama”….Iskandar memberikan keyakinan kepada Diana.
“Tapi Iskandar….” Pertanyaan Diana terhenti di situ kerana belum sempat Diana
menghabiskan persoalan itu Iskandar dengan beraninya meletakan jari telunjuknya di
bibir Diana.
“Jangan bertapi-tapi lagi anggap saja semua itu sudah selesai dan pulanglah dengan
tenang. Jangan lupa mulai esok kita belajar sama-sama”….Iskandar meredakan
keresahan Diana.
“Terima kasih Iskandar kerana begitu mengambil berat terhadap masalah
saya”….Diana mengukir senyuman sambil mengucapkan terima kasih.
“Saya tidak layak untuk ucapan itu kerana apa yang saya cuba buat ini datangnya dari
keihklasan hati saya”….jawab Iskandar ringkas.
Diana kembali bersemangat dan meminta izin untuk mengemas buku-buku yang
tadinya berselerak di atas meja. Iskandar tersenyum sendirian memerhatikan gelagat
Diana. Iskandar cukup simpati dengan kemiskinan yang melanda Diana dan ingin
membantunya dengan Ikhlas. Iskandar yakin Diana akan berjaya kerana Diana
mempunyai semangat dan keyakinan yang tinggi. Iskandar merenung jauh keluar
jendela melihat Diana melangkah keluar meninggalkan perkarangan sekolah. Waktu
bila Diana turun, Iskandar sendiri tidak menyedarinya.
******************************************************************************
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Sunday, November 1, 2009
Jalan Hidupku Penuh Berliku - part 03
Posted by jc at 2:23 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment