“Hey.. bro.. dah kacak la awak ni!!” Zulkarnain menyapa Zakry mesra.
“Mana ada.. awak lagi kacak..” Zakry merendah diri.
“Ish.. change topic la.. macam mana Pak Kamarul??” Zulkarnain ternyata tidak menggemari pujian orang lain yang lebih-lebih.
“Ala.. bersara la.. sama cam Pak Sab je..”
“So, cinta awak cam ne? Takkan la tak tersangkut pada minah salleh kot??” Zulkarnain membuka topik perbualan. Serta-merta, wajah Zaza mengusai minda Zakry.
“Tak payah la orang luar.. Malaysian pun dah cukup..” Rindu mula menggamit tubuh Zakry. Dia tidak pernah melupakan gadis yang dicintainya itu. Perasaan cintanya terhadap Zaza tidak pernah luntur, malah lebih mendalam dari sehari ke sehari.
“Kau?” Terus sahaja Zakry mengajukan soalan.
“Hmm.. adalah..” Zulkarnain tersenyum penuh makna.
“Siapa tu?” Zakry pantas menyoal. Rasa ingin tahunya kian melonjak. Sementelahan, Zakry turut bersyukur kerana rakannya sanggup melupakan Fatin Imma.
Bukannya dia tidak tahu-menahu tentang kisah cinta antara Zulkarnain dengan Fatin. Dulu, Zulkarnainlah yang menjadi tidak tentu arah kerana Fatin. Dia tidak menyangka Zulkarnain telah membuka pintu hatinya untuk gadis lain.
‘Pasti gadis ni comel dan mulia..’ Zakry berdesis.
“Adalah.. Nanti dia datang ni..” Serta-merta, bola mata Zakry menjadi bersinar-sinar. Zulkarnain membelek-belek jam tangan Rolexnya itu.
“Mana Zaza ni?” Zulkarnain menjadi resah sendirian. Ingatannya melayang kepada perbualannya dengan Zaza semalam.
XXXXXXXXXXXXXX
“Sayang..” Zulkarnain menyeru perlahan.
“Hmmm..?”
“Esok temankan saya pergi jumpa Zakry yek??” Serta-merta, riak wajah Zaza berubah. Jantung Zaza melantun. Fikirannya melayang. Dia menjadi tidak tentu arah.
“Za…” Zulkarnain meminta kepastian daripada teman wanitanya. Ingin sekali dia memperkenalkan Zaza kepada Zakry.
“Er..tengoklah dulu..” Zaza masih ragu-ragu. Sebenarnya, dia tidak ingin berjumpa dengan Zakry. Dia amat pasti bahawa Zakry yang dimaksudkan oleh Zulkarnain merupakan Putra Zakry bin Dato’ Kamarul, lelaki yang pernah bertakhta di hatinya kerana dia ternampak kontrak Zulkarnain Holdings dengan Kamarul Holdings beberapa hari yang lepas.
“Hmm.. tapi kalau boleh, esok pergi yek??” Zulkarnain masih menyimpan secebis harapan.
Zaza mengangguk lesu. Di dasar lubuk hatinya, dia sudah merancang sebuah pembohongan yang bakal menanti Zulkarnain esok.
XXXXXXXXXXXXXXXX
Telefon bimbitnya berbunyi dan sekali gus mematikan lamunannya. Mesej daripada Zaza!!!
“Maaf Zul!! I sakit perut!! Tak dapat pergi.. sorry..”
Zulkarnain mengeluh.
“Kenapa?” Zakry bertanya selepas menyisip sedikit kopinya.
“Zaza tak dapat datang..” Riak wajah Zakry terus berubah.
“Zaza??” Suara Zakry mula tenggelam.
“A’ah.. girlfriend saya.. Zaza Haniza..” Zakry tersentak.
Gentar di hatinya semakin terasa..
Gelodak jiwanya tidak mampu dibendung..
Segala-galanya seperti halilintar yang membelah buminya…!!!
XXXXXXXXXXXXX
Zakry tersandar lesu pada kerusinya. Zaza… gadis pertama yang dicintainya.. turut menjadi gadis terakhir yang dicintainya.. Hatinya benar-benar tercalar, perasaannya benar-benar terguris. Dia mengeluarkan dompetnya. Gambar Zaza ketika pengsan lima tahun dulu diambil secara senyap-senyap. Air matanya mula mengalir.. Gambar itu dikucup perlahan.. Cukup syahdu…
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Monday, November 9, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 11
Posted by jc at 11:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment