Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Thursday, November 12, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 16

Perasaan Zulkarnain bercampur baur. Antara kecewa, marah, hairan dan bimbang. Segala-galanya seperti seketul batu berat yang menghempap kepalanya. Gambar milik Zakry itu ditenung. Dia amat pasti, dia bukan bermimpi. Dia sedang berada di alam realiti. Gambar itu diambil semasa Zaza pengsan. Itulah yang dicatat oleh Zakry di belakang gambar itu.

My dear Zaza who fainted today.. I love you..

Zakry – 5/7/04

Zulkarnain mula berasa tertipu. Kini, dia mengimbas kembali reaksi Zaza dan Zakry apabila nama masing-masing disebut. Kini, dia mengimbas kembali peristiwa di bilik pejabatnya, di mana Zaza khusyuk merenung kontrak Zulkarnain Holdings dan Kamarul Holdings.

‘Zaza dan Zakry sedang bercinta ke???????? Argh!!! Tidak!!’ Zulkarnain segera menafikan perasaan negatif yang mula menular dalam dirinya itu.

‘Tapi.. kalau mereka dah tak apa-apa.. kenapa nak sembunyikan hal ini??’ Suara pertama muncul.

‘Mungkin mereka tak nak awak salah faham, Zulkarnain..’ Suara kedua muncul.

‘Argh!! Berani kerana benar, takut kerana salah!! Kalau mereka tak bersalah, kenapa nak belakangkan awak??’ Suara pertama muncul semula.

‘Argh!! Mungkin.. mungkin..’ Suara kedua muncul semula.

‘Tak de mungkin ,mungkin dah!! Tanya la mereka!!! Bangang!!’ Suara pertama menyampuk.

Zulkarnain mengeluh hampa. Kepalanya terasa sakit, berat kini. Dia memejam matanya, erat. Ketenangan yang dimilikinya sejak kecil harus dipergunakan dalam hal ini. Dia tidak boleh terburu-buru!! Itulah prinsip yang dipegang oleh Zulkarnain selama ini. Dia nekad!! Dia mesti menyoal Zaza dan Zakry! Itulah cara penyelesaian yang paling berkesan!

XXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Zul.. ada ubat tak??” Suara Zakry yang muncul tiba-tiba menyentakkan lamunan Zulkarnain. Langkah Zakry terhenti tatkala terpandangkan gambar Zaza dipegang oleh Zulkarnain. Degupan jantungnya kian kencang. Dia menjadi serba-salah.

“Er.. Zul .. tu..” Zakry tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

“Cukup, Zakry!!! I am on fire now.. please don’t say anything.. awak pasti tau, bila saya naik marah, apa yang akan berlaku kan??” Zulkarnain cuba mengawal nada suaranya. Ikut kata hati, dia memang ingin menumbuk Zakry sekarang.

“Zul.. wait.. saya mesti jelaskan.. saya tak nak awak salah fahamkan saya.. mahupun Zazz..” Zakry cuba menjelaskan.

“Zazz?? Oh.. panggilan mesra tu.. masih nak guna ke??” Sinis sahaja Zulkarnain bertutur. Zakry mengeluh hampa.

“Zul!! Apa nak jadi ngan awak ni? Betul! Zazz is my first love.. I am her first love too! Tapi itu dah lama.. Lima tahun lalu.. Ibu saya bantah kami bercinta.. Only recently I found her.. Itupun awak yang perkenalkan..” Zakry membuka jalan percintaannya dengan Zaza dahulu.

“Oh.. jadi sekarang awak nak salahkan saya?? Jadi.. semua ni salah saya kan? Kalau saya tak beria-ria nak perkenalkan Za pada awak.. awak mungkin dah lupakan dia!! Begitu??????” Nada Zulkarnain semakin meninggi. Amarahnya meluap-luap di dada.

“Bukan.. Zul.. awak dah salah faham..even if you did not introduce Zazz to me, I am still.. loving her..” Lagilah ‘gila’ Zulkarnain mendengarnya.

“What the hell!! Awak masih cintakan dia? Saya macam mana pulak? Saya teman lelaki dia sekarang ni!! Don’t you ever grab her from me!!!” Suara Zulkarnain berbaur amaran.

“Zul.. saya tahu.. dia cintakan awak.. saya tak berhak rampas dia.. biarpun saya berhak, saya pun tak akan rampas dia dari sisi awak..” Zakry menjelaskan. Namun, segala penjelasan Zakry tidak mampu meredakan amarah Zulkarnain.

“So?? Yang hari tu awak jumpa Za sendiri tu kenapa?? Kononnya nak tengok kekasih saya rupa macam mana!! Shit!! You are a liar!! Awak memang tahu saya bencikan orang yang berbohong!! Kenapa nak berbohong lagi??” Zakry tunduk. Sakit perut yang dialaminya itu tidak dipedulikan lagi. Dia nekad. Hari ini, dia mesti menjelaskan segala-galanya kepada Zulkarnain.

“Kenapa? Speechless???” Zulkarnain mula menyindir.

“Zul… sorry.. Hari tu, saya jumpa Zazz pun.. memang nak jumpa dia sekejap je.. Zul.. she really loves you.. She told me about this..” Suara Zakry mula menjadi perlahan. Tidak kuasa dia hendak bertekak dengan Zulkarnain.

“Oh… mesranya.. Perasaan dia pun.. dia bagitau awak? So, macam mana saya nak percaya yang awak berdua tak de apa-apa sekarang??” Pelbagai persoalan negatif mula menerjah minda Zulkarnain.

“Zul!!! Kalau awak betul-betul cintakan Zazz, you should believe her!!! Saya nak balik dah! Awak fikirkan sendiri..” Zakry lantas berlalu keluar dari bilik pejabat Zulkarnain itu.

Zulkarnain mendengus geram. Dia melonggarkan tali lehernya. Kontrak Zulkarnain Holdings dan Kamarul Holdings dicampak ke dinding.

“What the hell!!!” Suara lantang Zulkarnain bergema di ruang bilik pejabatnya. Beberapa staf Zulkarnain Holdings yang berada di luar bilik pejabat Zulkarnain itu turut berasa hairan. Walaupun selama ini Zulkarnain digelar ‘angin puting beliung’, tidaklah sampai dia mengamuk sakan sedemikian. Kecut perut staf-staf itu dibuatnya.

0 comments: