Lautan mana yang tidak pernah bergelora dan bumi mana yang tidak pernah di timpa hujan, begitu jugalah rentak kehidupan yang terpaksa Diana harungi sekarang. Bermacam-macam andaian dan tomahan yang harus Diana telan dengan penuh kesabaran namun semua itu tidak sedikit pun melunturkan semangat Diana untuk terus berkawan dengan Iskandar. Diana tetap menganggap Iskandar tidak lebih dari seorang kawan yang banyak membantu Diana dalam pelajaran.
Langit tidak selalunya cerah dan awan yang mendung itu tidak semestinya akan hujan. Begitu jugalah dengan pentas kehidupan insan di bumi yang cuma sementara ini. Pasti saja ada dugaan, rintangan dan cabaran yang menimpa. Lewat senja itu dalam hujan gerimis Diana sekali lagi menerima ujian yang menguji kesabaran serta kecekalan hatinya.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik Diana diketuk bertalu-talu bagaikan hendak roboh dibuatnya. Diana yang tertidur sebentar tadi terkejut dengan ketukkan yang bertalu-talu itu. Diana lemah mengatur langkahnya untuk melihat siapakah tetamu yang hadir lewat senja begini.
“Sebentar! Sebentar….Diana bukakan pintu”….kata Diana perlahan.
Sebaik pintu di buka Diana melihat Nadia tercegat di hadapan pintu dengan pakaian yang basah kuyup. Tergamam seketika Diana bila menerima kunjungan Nadia yang sebelum ini tidak pernah bertandang ke biliknya. Dulu pernah berkali-kali Diana memperlawa Nadia ke biliknya namun pelawaan itu tidak sedikit pun dipedulikan oleh Nadia.
“Eh! Masuklah dulu Nadia”….pelawa Diana.
“Tak perlulah Diana kerana Nadia datang sekadar hendak menyampaikan pesanan dari Iskandar”….Nadia dengan tenang menyusun kata-katanya.
“Kenapa dengan Iskandar? Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada Iskandar?”....bertalu-talu Diana melemparkan soalan bila kata-kata Nadia terhenti di situ.
“Hoi! Tenanglah Diana! Cubalah awak bawa bersabar sikit”….Nadia meninggikan suara bila terasa rimas dengan pertanyaan-pertanyaan Diana yang tiada hentinya itu.
Suasana menjadi sepi seketika. Terkedu Diana tanpa suara bila Nadia meninggikan suara sedemikan rupa. Nadia memang tidak suka kalau persoalan demi persoalan disuarakan bertubi-tubi tanpa henti. Diana menarik nafas panjang mententeramkan dirinya untuk mengetahui apakah maksud sebenar kehadiran Nadia. Di hati Diana sudah mula berbunga keresahan dan di wajah Diana tercetus kebimbangan walau pun selama ini Diana dan Iskandar hanya sekadar berkawan dan masing-masing tidak pernah menyimpan sebarang perasaan.
“Sebenarnya Iskandar mewakilkan Nadia untuk menjemput Diana ke rumahnya. Sebentar lagi Saiful dan Amirul akan menjemput kita”….Nadia kembali bersuara memecah kesepian yang menyelubungi suasana itu tadi.
Diana sedikit terperanjat bila mendengar Nadia menyebut nama Saiful dan Amirul. Antara percaya dengan tidak, persoalan demi persoalan bermain di lubuk hati Diana. Diana kebuntuan tanpa ada jawapan dan Diana sedikit kehairanan kenapa tidak Iskandar sendiri yang memberitahu perkara ini sedangkan tengahari tadi mereka sama-sama meluangkan masa di perpustakaan.
“Mengapa Iskandar harus guna orang tengah sebagai penyampai dan kenapa mesti Nadia pula yang Iskandar pilih sedangkan Iskandar tidak begitu rapat dengan Nadia. Mungkin Iskandar terlupa agaknya dan terpaksa bergantung kepada Nadia untuk menyampaikan pesanan”….persoalan demi persoalan berbisik dalam hati Diana.
“Hoi! Nak ikut ke tidak?”…kasar pertanyaan Nadia.
Diana yang sejak tadi berperang dengan perasaannya sendiri sekali lagi terperanjat bila Nadia meninggikan suara sedemikian rupa. Diana semakin gelisah dan sukar untuk memberikan keputusannya. Diana sememangnya ingin menerima jemputan itu tapi dalam masa yang sama Diana takut segala-galanya hanyalah sekadar rancangan buruk Saiful, Amirul dan Nadia. Lama Diana memikirkannya namun masih tiada jawapan yang pasti. Nadia pula semakin resah dengan sikap Diana yang terus mendiamkan diri. Nadia tidak mahu ada perasaan curiga berputik dalam hati Diana.
Sementara itu Saiful dan Amirul sudah pun tiba di perkarangan asrama. Lama mereka menanti namun belum ada tanda-tanda yang Diana akan ikut sama dan bayang-bayang Nadia juga masih selum kelihatan. Saiful yang sudah tidak sanggup menunggu berkali-kali membunyikan hon kereta agar Nadia dapat memujuk Diana dengan segera. Amirul bagaikan resah menanti bila menyedari yang Diana masih belum bersedia untuk ikut. Saiful dan Amirul hanya sekadar dapat memerhatikan gelagat Nadia meyakinkan Diana dari jauh kerana mereka dilarang memasuki kawasan asrama perempuan.
“Ah! Cepatlah!”….kata Nadia dengan biadap dan terus menarik tangan Diana untuk ikut sama.
Diana tidak mampu melawan dan terpaksa tunduk dengan paksaan Nadia. Sebaik sahaja Nadia dan Diana masuk ke dalam kereta, Saiful terus memandu dengan tenang tanpa menunjukkan sebarang tanda yang bakal mencurigakan Diana. Diana leka memerhatikan jalan menujuk ke rumah Iskandar. Kelekaan Diana di sambut baik oleh Nadia. Kesempatan itu Nadia pergunakan dengan bijak untuk menuangkan beberapa titik klorofom. Matlamat Nadia cuma satu, Nadia ingin melihat Diana pengsan. Hanya beberapa saat diperlukan kemudian Diana mula rebah di atas pangkuan riba Nadia. Berderailah ketawa Saiful, Amirul dan Nadia melihat gelagat Diana yang pengsan itu. Segala perancangan dan niat jahat mereka mula membuahkan hasil.
****************************************************************************************************************
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Saturday, November 21, 2009
Jalan Hidupku Penuh Berliku 05
Posted by jc at 10:33 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment