Hari ini, Zaza sampai awal di pejabat kerana dia tidak dapat melelapkan matanya selepas menunaikan solat subuh. Sampai sahaja di pintu utama Zulkarnain Holdings, dia terkejut apabila mendapati pintu tidak berkunci. Namun, Zaza tetap menggagahkan dirinya untuk masuk. Sampai sahaja dia di pejabat Bahagian Pentadbiran, sepasang mata bundarnya sempat menangkap pejabat Zulkarnain yang terang-benderang. Dia masih terlopong. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dengan degupan jantung yang kencang, dia memulas tombol pintu pejabat Zulkarnain. Kosong!!
Tiada kelibat Zulkarnain kelihatan. Yang kelihatan hanyalah berlonggok-longgok fail dan kertas kerja di atas meja tulis Zulkarnain itu. Kot hitam yang biasa dipakai oleh Zulkarnain, kini tersidai di atas kerusinya. Pendingin hawa yang masih berfungsi menerbangkan beberapa helai kertas ke atas lantai. Zaza membongkok untuk mengutip kertas tersebut. Tiba-tiba, tubuhnya kaku, tidak terdaya untuk bergerak lagi. Nama sebuah syarikat memukau perhatiannya – Kamarul Holdings!! Jantungnya mula melantun, jiwanya mula bergelodak.
‘Kontrak Zulkarnain Holdings dan Kamarul Holdings??’ Zaza menggeleng tidak percaya.
“Yang awak khusyuk sangat tu.. baca apa?” Sergahan Zulkarnain itu memeranjatkan Zaza. Tidak semena-mena, kertas kontrak itu terlepas dari pegangannya. Zulkarnain melemparkan senyuman manis kepada Zaza. Dia membongkok lalu mencapai kertas-kertas tersebut.
“Kontrak ni yang menarik perhatian awak?” Zulkarnain tertawa kecil. Zaza mengangguk.
“Er.. bukan..”Zaza menggeleng pula. Zulkarnain tersenyum melihat aksi Zaza itu.
“Saya ingatkan.. diari saya yang tulis pasal you tu memukau perhatian awak..” Zulkarnain membalas selamba, sengaja ingin menduga reaksi Zaza. Jelas, riak wajah Zaza berubah. Dia menjadi tidak menentu.
“Er.. saya keluar dulu..” Zaza pantas memulakan langkah. Zulkarnain bangkit dan pantas memaut lengan Zaza. Langkah Zaza terhenti. Tubuhnya kaku seolah-olah tidak dapat bergerak lagi. Pandangan redup Zulkarnain seperti mengandungi maksud tertentu, maksud yang tersirat.
Zaza melarikan pandangannya. Dia tidak rela ditikam oleh pandangan Zulkarnain itu. Dia tidak sanggup… Dia tidak mahu menjerat perasaannya sendiri. Dia tidak mahu terperangkap dalam permainan ini. Dia cuba melepaskan lengannya daripada dipaut oleh Zulkarnain. Namun, apalah dayanya jika dibandingkan dengan kudrat Zulkarnain yang tegap dan sasa itu?
“Zaza..” Suara Zulkarnain sungguh romantis. Zaza terpana seketika.
“Zaza.. betul kea pa yang awak tulis atas pasir Pantai Remis hari tu?” Serta-merta, Zaza terasa bagaikan bahang matahari yang terik menyimbah wajahnya. Dia betul-betul malu!!!
“Zaza… betul ke??” Zulkarnain terus mengajukan soalan apabila Zaza tidak bereaksi. Zaza masih membisu. Dia tidak tahu apa yang harus diucapkan ketika itu. Degupan jantungnya semakin kencang terasa. Perasaan cintanya tidak dapat dibendung lagi. Perasaan cintanya terhadap Zulkarnain sungguh hebat, lebih hebat daripada perasaannya terhadap Zakry dahulu.
“Zaza.. sampai bila awak nak jadi cam ni??” Nada Zulkarnain kedengaran lebih tegas kini.
“Zul.. yang hari tu.. saya..”
“Awak cintakan saya, betul tak??” Tiba-tiba, Zulkarnain mencelah. Zaza mengangguk lalu tertunduk malu. Zulkarnain tersenyum.
“I love you too..” Zulkarnain menggenggam erat jemari Zaza. Zaza pantas mendongak. Pandangan redup Zulkarnain menikamnya hingga ke dasar lubuk hatinya. Masing-masing menyepi.
Gelodak jiwa mereka tidak mampu dibendung lagi..
Degupan jantung yang kencang belum berhenti..
Kedua-dua pasang mata semakin galak berbicara..
XXXXXXXXXXX
Kata demi kata..
Jalin dengan indah..
Untuk menguraikan..
Maksud hati.
Kuberanikan diri..
Untuk memulainya..
Tapi mengapa bibirku..
Tak dapat bergerak…
Terasa berat..
Dendangan lagu “Dia” oleh Sheila Majid mengejutkan Zaza daripada lenanya. Tidak perlu melihat nama pemanggil yang terpahat di skrin telefon bimbitnya, Zaza pun sudah tahu siapa yang menelefonnya ketika ini.
Siapa lagi kalau bukan Zulkarnain, teman lelakinya, raja di hatinya itu?? Deringan telefon berhenti.
Lima saat belalu, telefon bimbit Zaza berbunyi lagi. Kali ini, Zaza cepat-cepat menjawab panggilan itu.
“Morning, sayang!!” Zulkarnain menyapa Zaza sejurus talian disambungkan.
“Morning!!” Suara Zaza masih serak.
“Eh.. baru bangun ke??”
“A’ah..” Zaza masih mamai.
“Tak solat subuh ke tadi?” Zulkarnain bermain serkap jarang.
“Tak..” Dalam keadaan antara sedar dengan tidak sedar, Zaza menjawab sahaja pertanyaan teman lelakinya itu.
“Uzur ke?” Zulkarnain mengusik.
“A’ah..” Zaza menguap seketika. Tawa Zulkarnain meletus. Kini, Zaza benar-benar sedar!! Dia terpinga-pinga. Dia mula mengimbas kembali perbualannya dengan Zulkarnain sebentar tadi.
‘Ya ALLAH!! Malunya…’ Zaza menjadi malu sendirian.
“Er.. Zul!!!! Jangan la ketawa!!!” Zaza membentak.
“Sayang marah ke? Sorry yek!!” Zulkarnain cuba memancing simpati teman wanitanya itu.
“Elek.. ya la tu..” Zaza buat-buat merajuk.
“Ala.. sayang.. sporting la sikit.. dengan bakal husband pun nak macam ni ke??” Zulkarnain cuba bergurau.
“Zu!!!” Marah benar Zaza tika itu.
“Ala.. sorry la.. gurau je.. abang gi jemput sayang yek!! Wait me.. Oh ya!! Love you, Za…” Kalimah cinta itu memang mengharukan Zaza.
“Okay..!” Talian telefon dimatikan. Zaza tersenyum sendirian. Dia mendakap telefon bimbitnya, erat. Bunga-bunga cinta kian bermekaran di dasar lubuk hatinya.
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Sunday, November 8, 2009
Rindu Mencumbui Zaman 10
Posted by jc at 10:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment