Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Tuesday, December 8, 2009

Cintaku di IKEA

Setelah memakir keretaku di tempat yang disediakan, aku lantas turun dari Proton Wiraku. Langkahku dipercepat. Tujuanku hanya satu kini. Iaitu membantu kakakku yang baru berumah tangga untuk membeli perabot. Maklumlah, kakakku yang menjadi pengantin baru, masakan ada masa untuk membeli perabot? Jadi, terpaksalah adik perempuannya yang seorang ini, berkorban demi kakak yang tercinta. Hahaha.. Cheh.. Macamlah aku berkorban sangat.. fikirku. Hari ini merupakan hujung minggu. Tambahan, Hari Raya Aidilfitri semakin menjelang. Jadi, IKEA semakin sesak dengan insan yang bernama manusia!
Aku lantas mencapai troli dan menyangkut beg plastik yang disediakan di IKEA padanya. Mataku melilau keadaan sekeliling. Mataku tercantap pada satu set sofa yang berwarna ungu, diperbuat daripada bulu kambing. Lantas, aku menuju ke arahnya. Harganya dibelek. Aku terlopong seketika – RM 2309.90. Aku mencongak-congak seketika. Wang tunai yang kubawa, langsung tidak mencukupi. Aku juga tidak mempunyai kad kredit. Aku mengeluh seketika. Lantas, troli ditolak. Aku pula terpaksalah mencari sofa yang lain.
Keluhan demi keluhan mula terpacul dari bibirku. Sebenarnya, perabot di IKEA tidaklah mahal sangat. Cuma, keadaan kewanganku tidak mengizinkanku untuk membelinya. Aku hanya bekerja sebagai seorang jurujual di kedai Nike yang terletak di Pasar Raya One Utama. Gaji bulananku langsung tidak mencecah RM 2000. Nasibku tentulah tidak sama dengan kakakku yang bertuah. Kakakku lebih pandai daripadaku. Lantas, dia bekerja sebagai seorang akauntan di Maybank. Kini, dia telahpun menjadi isteri kepada Pengurus Maybank tersebut. Aku bukannya merungut. Turut langsung tidak berniat untuk menyalahkan takdir. Malahan, aku bersyukur kerana masih mampu menyara diriku walaupun kadangkala aku terpaksa mengamalkan peribahasa “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Mujurlah, aku tidak perlu menyusahkan ibu bapaku dari segi kewangan.
Setelah hampir dua jam bersesak-sesak di dalam IKEA, troliku masih kosong lagi. Aku putus asa. Tidak ingin lagi aku menghabiskan masa dengan melihat perabot-perabot tersebut. Tetapi, tidak mampu pula aku membelinya. Aku rasa, lebih baik jika aku membeli perabot di kedai perabot yang lain. Tika aku ingin membuka pintu kereta Proton Wiraku, aku menoleh ke arah kananku. Kelihatan seorang lelaki berkot yang sedang berpeluh, sedang memeriksa tayar keretanya. Aku mendekatinya. Tayarnya seperti sudah pancit. Malah, ia bukannya satu kemalangan. Sebaliknya, tayarnya seperti sengaja dirosakkan oleh seseorang. Tiba-tiba, lelaki tersebut menoleh ke arahku. Aku terkejut. Seraut wajah jejaka idamanku dijamah oleh sepasang mata bundarku. Masakan aku tidak mengenalinya? Cuma, apa yang kupasti, jejaka idamanku ini sudah pasti tidak mengenaliku. Hanya dengan bekerja sebagai jurujual kedai Nike di One Utama, mustahil seorang pengarah syarikat hartanah yang terkenal mengenaliku?
“Ehem..” Lelaki tersebut berdehem buat seketika. Mukaku merona merah. Malu bila perbuatanku itu disedari oleh jejaka idamanku.
“Er.. encik, tayar kereta ni.. pancit ke??” Aku seperti sudah tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Realiti sudahpun jelas di hadapan mataku. Aku bertanya pula kepada jejaka idamanku itu.
“A’ah.. ntah sape yang rosakkan tayar kereta ni..” Seperti tidak menyedari soalan bodohku itu, jejaka idamanku itu menjawab. Dia mengeluh seketika. Peluhnya dikesat dengan hujung jari. Dia menyingsingkan kot lengannya. Sekali-sekala, cuaca yang panas memang menyusahkan orang! Melihat peluh yang mengalir dari dahinya, aku membuka tas tanganku, mengeluarkan sehelai tisu, menghulurkan kepadanya. Dia menyambutnya, menghulurkan sebuah senyuman yang manis.
Aku terkesima seketika. Senyuman itu.. Aku langsung tidak menduga, aku mampu menerima senyuman dari jejaka idamanku itu dalam dunia realiti.
“Thanks.. er.. siapa nama cik?” Dia bertanya formal. Barulah, lamunanku mati.
“Misha..” Aku menjawab sepatah. Kelihatan dia mengangguk.
“Oh.. Misha ya? Cantik nama ya.. orang lagi cantik..” Melantun jantungku tatkala terdengar pujiannya. Cantik? Aku cantik? Walaupun pujian itu sudah kerap kali hinggap di telingaku, sekali lagi aku tak sangka, jejaka idamanku akan memujiku sedemikian. Sangkaku, seorang pengarah Syarikat Bumi Melati sudah tentu pernah melihat beribu-ribu gadis cantik. Aku sudah pasti tidak mampu mengalahkan ratu-ratu yang bertanding di luar sana.
“Tak caya ke?” Dia mula bertanya, tatkala aku membatu. Aku tersentak. Kini, aku menyedari kelemahanku. Berhadapan dengan jejaka idamanku, aku pasti akan mengelamun.
“Er.. entah..” Aku menjongketkan bahu.
“Betul.. saya tak tipu.. awak ni.. lebih cantik dari Misha Omar tu pun ada..” Aku tersipu-sipu. Namun, aku tahu. Dia sekadar bergurau. Masakan aku lebih cantik dari artis negara itu? Mustahil kan..
“Er.. encik.. tayar ni pancit.. kalau encik nak balik, macam mana?” Aku mengalihkan topik perbualan.
“Oh.. entah la.. mungkin saya naik teksi kot..” Aku terdiam. Di dasar lubuk hatiku, sebuah suara mendesakku untuk mempelawa jejaka idamanku, menaiki kereta Proton Wiraku. Namun, aku tidaklah seberani itu. Lagipun, mustahil dia ingin menaiki keretaku yang amat tidak layak untuk berganding dengannya.
“Oh ya.. Nama saya, Shahrizat.. lupa pulak nak perkenalkan diri tadi..” Dia bersuara tatkala aku berdiam diri. Aku mendongak, memandangnya.
‘Macamlah aku tak tau..’ Aku berfikir. Shahrizat Ibrahim bin Tan Sri Abdullah, Pengarah Syarikat Bumi Melati, tokoh korporat muda yang cukup memukau mata memandang, memukau mulut berbuah.
“Awak tak sihat ke?” Dia bertanya sekali lagi. Aku malu. Rasa-rasanya, dia sudah tentu menyedari sesuatu, aku sedang mengelamun. Aku cuba mengawal perasaanku, mengawal emosiku. Cuba untuk tidak kecundang, tidak tewas dek kemunculan jejaka idamanku selama beberapa tahun ini.
“Sihat.. kenapa pulak?”
“Tak la.. Cuma awak asyik diam je..” Aku tersenyum.
“Er.. Misha.. wak leh tolong saya tak?” Dia mula meminta tolong.
“Boleh.. apa bendanya?”
“Boleh tak kalau saya tumpang kereta awak?” Aku terpempan. Dalam diam, aku mencubit lenganku. Sakit! Aku masih berada di dunia realiti. Maknanya, aku tidak bermimpi! Jejaka idamanku, ingin menaiki keretaku.
“Misha..” Dia memanggil sekali lagi.
“Oh.. er.. boleh.. tapi awak ingin ke naik kereta saya?” Dia mengerutkan dahinya, tanda tidak faham akan pertanyaanku itu. Barulah aku sedar. Dia langsung tidak tahu bahawa aku sudah lama mengetahui identitinya.
“Er.. maksud saya.. kereta awak yang rosak ni kan Mercedes.. Kereta saya Wira je.. awak sudi ke naik?” Dia tersenyum, mengerlingku sekilas.
“Tentulah sudi.. Awak ingat, saya ni berkawan dengan orang lain, pandang darjat ke?” Dia menduga. Aku tidak menjawab, sekadar menjongketkan bahu, tanda tidak tahu.

xxxxxxxxxxxxxxxxx

Dia membisu seribu kata. Aku yang sedang memandu, pun sama. Sesekali, suara yang kedengaran dari corong radio memecahkan keheningan suasana dalam Proton Wiraku. Aku memberhentikan kereta tatkala lampu isyarat menyala merah. Tadi, dia sudah pun memberitahuku destinasinya. Sangkaku, dia ingin pulang ke syarikatnya. Namun, sangkaanku meleset. Dia menyuruhku, menghantarnya pulang ke rumah. Aku yang tidak ingin digelar sebagai penyibuk, hanyalah menurut katanya.
“Misha, wak suka lagu pe?” Dia membuka topik perbualan, tatkala kesunyian mula menjalar dalam keretaku sejak lima minit yang lalu.
“Entah.. tapi.. saya paling suka lagu ‘mulanya disini’..” Aku berkata-kata. Aku memang suka sangat kat lagu itu sejak kecil lagi.
“Oh.. ya ke? Saya pun suka lagu tu jugak.. tapi.. awak boleh cuba dengar lagu Sheila Majid ke.. lagu Siti Nurhaliza ke..”
“Hmm…” Apa yang harus diperkatakan lagi? Aku sendiri pun bingung. Lampu isyarat bertukar menjadi hijau. Aku menekan brek, menekan pedal. Lantas, Proton Wiraku meluncur jauh dari simpang jalan raya tersebut.
“Awak kerja apa?” Dia bertanya. Aku berdiam. Malu untuk memberitahu jawatan yang dipegangku. Aku bimbang. Bimbang dia akan menjauhiku tatkala mengetahui pekerjaanku.
“Misha..” Aku tersentak, lantas mengeluh. Terpaksalah aku berterus-terang.
“Jurujual kat kedai Nike je..” Dia mengangguk.
“Awak tak malu ke kawan ngan orang cam saya ni?” Aku menduganya, ingin melihat reaksinya.
“Misha.. kan saya dah cakap.. saya berkawan dengan orang, bukan pandang darjat.. Saya bukan orang cam tu..” Dia bertegas. Aku merenungnya. Ingin mencari keikhlasan kata-katanya.
“Misha..” Aku tersentak. Barulah aku menyedari, dia turut merenungku. Renungannya cukup redup, menusuk tangkai hatiku. Aku lantas mengalihkan pandangan, menumpukan perhatian terhadap pemanduanku.
Tatkala aku membisu, dia pula mengikut rentakku. Langsung tidak bersuara lagi. Setelah sepuluh minit berlalu, Proton Wiraku terpakir di luar banglo dua tingkat yang sudah pasti miliknya itu.
“Terima kasih ya, Misha..” Dia berkata tatkala bersedia untuk menapak keluar dari keretaku. Entah mengapa, aku berasa berat hati untuk melepaskannya pergi. Argh!! Karut, karut, karut!! Aku langsung tiada hubungan dengannya, layakkah aku untuk menahannya? Aku berdesis sendirian.
“Misha.. nombor telefon awak apa?” Dia bertanya. Aku menoleh, merenungnya. Hatiku berdebar-debar, jantungku berdegup lebih kencang. Entah kenapa, aku dapat merasakan bahawa aku masih mempunyai secebis harapan, masih layak untuk berangan-angan.
“Er.. awak bagi nombor awak la.. saya miss call awak..” Lantas, dia memberitahuku nombor telefonnya. Sejurus itu, kami bertukar nombor telefon. Dia lantas turun dari keretaku, memesanku agar menjaga keselamatan tika di jalan raya. Aku menyambut pemergiannya dengan menghadiahkannya sebuah senyuman yang cukup manis.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku menghela nafas lega. Sesekali, aku merenung skrin telefon bimbitku. Secara terus-terang, aku sedang menantikan mesej daripada seseorang. Jam dinding di bilikku, menunjukkan bahawa pukul sembilan malam sudah tiba. Aku beranggapan, dia telahpun melupakanku. Aku agak kecewa, kecewa kerana dia tidak mengirimkan mesej kepadaku. Sebenarnya, aku juga boleh mengirimkan mesej kepadanya sedangkan aku mempunyai nombor telefon bimbitnya. Namun, aku tidak berani! I don’t have the guts to do that!!
Aku terus mematikan telefon bimbitku, agar aku tidak lagi leka merenung skrin telefon Sony Ericson tersebut. Lampu bilik tidurku dipadam, selimutku ditarik sehingga menutup seluruh tubuhku. Perlahan-lahan, kelopak mataku terpejam erat.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Entah mengapa rekod kesihatanku yang baik selama ini, telah tercalar kini. Hari ini, suhu badanku mencecah 39 darjah Celcius! Walaupun aku sering sakit kepala, perkara ini tidak pernah berlaku dalam hidupku kerana aku memang pandai menjaga kesihatan. Kakakku yang sedia maklum tentang ini, turut berasa risau. Namun, kedua-dua orang tuaku di kampung tidak dimaklum kerana tidak mahu menambah beban mereka. Aku memicit-micit kepalaku yang terasa berat sekali sekarang. Aku telahpun memaklumkan rakanku yang turut bekerja di kedai Nike tentang keadaanku. Cuti sakit telahpun diluluskan oleh Puan Suhaila, pengurus di kedai tersebut. Pintuku diketuk, kemudiannya dikuak perlahan. Kelihatan kakakku, Lina, terpacak di hadapanku.
“Misha.. kenapa tak on telefon?” Dia bertanya kepadaku. Aku terkebil-kebil. Melihat keadaanku itu, kakakku mencapai telefon bimbitku dan menghidupkannya. Barulah aku sedar bahawa telefon bimbitku telah dimatikan sejak semalam. Semuanya gara-gara jejaka idamanku tersebut.
“Kak, nape ni?” Aku bertanya tatkala ternampak kakakku mengerutkan dahinya. Kakakku tidak menjawab, sebaliknya menghulurkan telefon bimbitku kepadaku. Aku mencapainya, kemudian terpempan seketika.
10 missed calls from Shahrizat
Itulah yang tertera pada skrin telefon bimbitku. Selain itu, Shahrizat turut mengirimkan lima buah mesej kepadaku sejak malam semalam.
“Boyfriend Misha ke?” Kakakku mengusik. Mukaku merona merah, aku tidak membalas gurauan tersebut.
“Call balik dia la.. akak kuar dulu ya..” Seperti memberi peluang kepadaku, kakakku meminta diri. Setelah memastikan kelibat kakakku hilang dari pandanganku, aku membalas mesej Sharizat.
Sorry. Semalam off hp. Hari ni saya demam.
Begitulah bunyinya mesej yang aku hantar kepadanya. Tidak sampai seminit, telefonku berdering. Shahrizat menelefonku! Aku tersenyum. Cepat benar si mamat ni! Aku berdesis sendirian.
“Hello..” Aku menyapanya, sepatah sahaja.
“Misha.. awak demam ke? Ada jumpa doktor tak?” Cemas sahaja suaranya. Macamlah aku ini aweknya, fikirku.
“Tak.. sebab saya tak pernah demam pun sebelum ni..” Aku berterus-terang.
“Ya ke? Kenapa tiba-tiba demam pulak hari ni?” Dia bertanya. Aku pun tidak tahu.
“Entah la.. Er.. Shahrizat, maaf ya.. semalam saya matikan telefon..”
“Tak pe.. saya tak marah pun..”
“Hmm.. bagus lah.. awak tak yah kerja ke?” Aku mula bertanya. Mustahil seorang pengarah syarikat sanggup mengetepikan hal syarikat demiku? Argh!! Aku berangan-angan lagi.
“Tengah kerja ni.. baru abis mesyuarat je..” Aku terharu. Jika semua kata-katanya benar belaka, dia memang mengambil berat terhadapku.
“Oh.. awak kerja apa ya? Lupa pulak nak tanya awak hari tu..” Dia terdiam seketika. Walaupun aku sudah tahu tentang identitinya, aku terpaksa menyembunyikannya. Jika tidak, dia sudah pasti akan mengesyaki diriku ini. Walaupun dia agak terkenal dalam dunia perniagaan, masakan seorang jurujual di kedai Nike sepertiku mengenalinya?
“Pengarah..”
“Oh.. orang kaya la awak ni.. patut la pandu Mercedes.. tinggal kat banglo pulak tu.. saya rasa rendah diri pulak..” Itulah yang paling aku takuti. Seorang jurujual Nike dengan Pengarah Syarikat Bumi Melati, bagai langit dengan bumi. Langsung tidak padan!
“Misha.. rasa-rasanya, ni bukan julung-julung kali saya bagitau awak.. saya ikhlas nak berkawan ngan awak.. saya tak pernah pandang darjat orang untuk berkawan dengan mereka..” Sekali lagi, dia bertegas. Namun, penjelasan demi penjelasan yang sama daripadanya, langsung tidak dapat meyakinkanku. Entahla.. Aku sendiri amatlah bingung.
“Misha.. saya harap, lepas ni.. awak takkan cakap macam tu lagi..” Dia berkata.
“Ya lah..” Aku menjawab, acuh tidak acuh sahaja.
“Janji ya?”
“Okay!” Tiba-tiba, pintuku diketuk. Aku menoleh. Rakanku, Zita, terpacak di hadapanku. Aku menunjukkan isyarat kepadanya, menyuruhnya tunggu sebentar.
“Er.. Shahrizat, saya ada tetamu sekarang.. nanti baru kita sambung ya?” Aku meminta diri.
“Okay! Take care!” Aku menghela nafas lega. Sebenarnya, aku agak bernasib baik hari ini. Walaupun agak gembira dapat berbual-bual dengan Shahrizat, aku dapat merasakan jurang antara kami. Setiap kali berbual dengannya, aku bagaikan terkelu. Kehadiran Zita di bilikku memang tepat pada masanya!
“Boyfriend ke?” Zita mengusikku, sama seperti kakakku. Aku menarik muncung panjang, tidak menyenangi gurauan tersebut. Bukannya apa. Aku cuma tidak ingin memeluk harapan yang terlalu tinggi. Bimbang harapanku akan berkecai satu hari nanti.
“Tak kerja ke?” Zita juga bekerja sebagai jurujual di kedai Nike. Aku dan Zita, ibarat adik-beradik kandung. Hubungan kami, bagai isi dengan kuku.
“Dah abis.. hari ni, aku shift pagi la..” Aku mengangguk.
“Eh.. mamat yang awak call tadi tu sape?” Zita memang boleh digelar sebagai penyibuk!
“Kawan..” Sesekali, aku mengerang kesakitan. Kepalaku semakin sakit, malahan bertubi-tubi.
“Ya ke? Tapi.. Kak Lina kata.. mamat tu call awak sepuluh kali..” Sah! Angkara Kak Lina lah tu!
“A’ah.. so?”
“So?? Eh.. Misha.. awak ni memang demam sampai kepala otak tak betul ke? Seorang lelaki kalau dia sukakan seorang perempuan, macam tu lah!” Aku tersentak. Shahrizat sukakanku? Argh!! Mustahil!!
“Ya ke?” Aku yang memang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini, bertanya kepada Zita.
“Ya lah.. buat pe saya tipu awak?? Eh.. dia tu.. kerja pe?” Mulalah Zita bekerja sebagai wartawan percuma, menyoal siasatku.
“Pengarah..” Zita terlopong. Dia menekup mulutnya, matanya membulat. Aku sekadar menggeleng-gelengkan kepalaku.
“Eh.. tackle lah dia.. jangan jual mahal tau!! Pengarah la.. mesti kaya, kacak, berkarisma, berbudi bahasa..” Zita menyenaraikan ciri-ciri jejaka idamannya.
“Zita, kesat air liur awak tu..” Aku menyindir. Zita yang terpinga-pinga itu, menyentuh bibirnya. Dia hairan. Air liurnya langsung tidak meleleh keluar. Mengapa aku berkata sedemikian?
“Ish.. awak ni.. orang tu suka kat awak.. bukan saya!” Barulah dia sedar bahawa aku sedang menyindirnya. Zita oh Zita..
“Saya tak padan ngan dia lah..” Sebenarnya, hakikat tersebut yang membantutkan hasratku. Hakikat tersebut yang sering kali menyedarkanku tentang jurang kami. Aku juga belum pasti sama ada Shahrizat turut menyukaiku. Namun, aku pasti, Shahrizat telahpun menganggapku sebagai rakannya. Seperti kata Kak Lina dan Zita, miss call selama sepuluh kali.
“Mak cik oi.. dunia sekarang serba moden.. tak pandanglah darjat cam tu.. apa yang penting sekarang, mamat tu.. memang suka kat awak.. awak pun sukakan dia kan? Jadi.. jangan jual mahal tau.. nanti melepas pulak!” Beria-ria Zita menasihatiku.
Aku terdiam.
“Tapi.. tak pasti lagi la kalau dia sukakan saya ke tak..”
“Alah.. test dia je lah!”
“Hah??” Aku mengerutkan dahiku. Test? Macam mana nak uji? Melihat reaksiku, Zita mendekatkan bibirnya kepada telingaku, memberitahuku strategi yang harus dilaksanakan untuk mengetahui perasaan Shahrizat terhadapku!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hari ini, aku mengenakan baju kurung kegemaranku, baju kurung sutera ungu, pemberian abahku pada hari jadiku yang lepas. Aku langsung tidak bersolek nipis seperti biasa. Semuanya gara-gara strategi yang diberitahu oleh Zita semalam. Hari ini, Shahrizat mengajakku keluar untuk makan malam di Restoran Black Canyon. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku menerima ajakan tersebut. Pertama, mengubati rinduku terhadapnya. Sekali gus, melancarkan strategi tersebut.
“Ei.. awak dah siap ke lum?” Suara Zita memecahkan kesunyian bilikku, mematikan lamunanku.
“Dah la.. hampir siap ni..” Aku bergegas mengemas barang-barangku dalam tas tanganku itu.
“Hmm.. not bad.. nampak cam orang sakit.. rasa-rasanya, hari ni.. awak leh dapat jawapan yang tepat daripada mamat tu!” Zita beria-ria meyakinkanku tentang strateginya. Sebenarnya, aku tidak berani untuk melancarkan strategi tersebut. Cuma, sesuatu sedang mendesak naluriku.
“Zita.. saya rasa macam.. macam..” Argh!! Sukar benar untuk mentafsir perasaanku tika ini.
“Ala.. jangan macam-macam lagi.. awak ni kan.. confident lah sikit.. pergi naik kereta dulu! Saya nak gi toilet jap..” Dia lantas berlalu, meninggalkanku, menghadapi konflik ini bersendirian.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Nape tak makan, Misha?” Dia bertanya tatkala sandwichku masih tinggal banyak lagi. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Strategiku sedang dilancarkan.
“Misha.. awak belum recover ke?” Dia bertanya cemas. Aku berdiam diri. Tampaknya, strategi Zita memang berkesan.
“Misha..” Kali ini, nada suaranya lebih jelas. Aku mendongak, mengangguk perlahan. Dia mengeluh, meletakkan kutlerinya di atas meja.
“Habis tu kenapa keluar? Bagitau saya je yang awak tak sihat.. tak jumpa doktor ke? Ada makan ubat tak??”
“Ada..” Aku sengaja melemahkan suaraku.
“Lain kali.. kalau awak tak sihat, jangan kuar ya.. jom balik sekarang..” Aku tersentak. Balik?
Melihat reaksiku, dia menyambung, “Awak tak sihat.. jadi balik la..” Aku mengetap bibirku, bingung. Tidak menyangka begitu cepat dia ingin menghantarku balik.
“Bil please!” Dia melambaikan tangan pada salah seorang pelayan restoran. Aku mengeluh. Apa yang harus kubuat? Zita langsung tidak mengajarku tentang bagaimana ini. Nampaknya, strategi yang Zita ajar gagal! Aku putus asa. Tidak ingin lagi meneruskan strategi tersebut.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Awak sakit kepala ke??” Shahrizat bertanya tatkala terdengar aku mengerang kesakitan sekali-sekala. Aku mengangguk, dahiku berkerut. Aku berasa amat serba salah kini. Sebenarnya, aku sudah sihat. Namun, disebabkan strategi tersebut – aku terpaksa berlakon seperti orang sakit. Kini, aku benar-benar sakit. Walaupun aku kerap kali mengalami sakit kepala sejak beberapa tahun yang lepas, sakitnya tidaklah seperti ini. Entah kenapa, kepalaku terasa berat sekali!! Sakit sehingga kepalaku berdenyut-denyut!! Argh!!
“Misha…” Aku tidak menyahut dek kesakitan yang kualami itu. Shahrizat lantas memberhentikan kereta BMWnya di simpang jalan.
“Misha.. sakit sangat ke??” Dengan penuh kesukaran, aku mengangguk. Kepalaku terasa berpinar-pinar sekarang.
“Misha.. saya bawa awak gi jumpa doktor nak tak??” Dia bertanya cemas. Setiap saat, beban kepalaku semakin bertambah. Kepalaku semakin berat. Pertanyaan Shahrizat tidak kupedulikan. Aku mengerang kesakitan. Lama-kelamaan, suara Shahrizat hanya sayup-sayup kedengaran, wajahnya yang cemas seolah-olah semakin menghilang dari pandanganku. Sekelip mata sahaja, duniaku gelap-gelita!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Apa????????!!!!!!!!” Zita terduduk. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya, tidak mempercayai berita daripada Shahrizat itu.
“Betul.. saya tak tipu awak, Cik Zita.. Saya.. saya pun tak sangka.. tak sangka..” Shahrizat bertutur sayu. Dia meraup mukanya, mengeluh seketika.
“Tak.. tak mungkin… Encik Shahrizat, awak bagi tau saya.. awak tipu saya kan? Kan? Misha tak de kanser kan??” Zita menangis teresak-esak.
“Cik Zita.. awak.. awak kena terima hakikat.. Misha perlukan awak..” Shahrizat cuba memujuk. Zita merenung Shahrizat.
“Tak.. dia lebih perlukan awak..” Dahi Shahrizat berkerut seribu, tidak memahami maksud kata-kata Zita. Zita yang melihat reaksi Shahrizat itu, terdiam. Hatinya memberitahu, strateginya tidak berjaya.
“Awak tau tak.. dia sukakan awak??” Shahrizat terkejut. Dia terpempan. Zita mengeluh. Sebenarnya, dia agak keberatan untuk memberitahu Shahrizat tentang itu tanpa kebenaran Misha sendiri. Namun, keadaan Misha sekarang menyebabkan Zita terpaksa memberitahu Shahrizat tanpa kebenarannya.
“Hoi!!! Awak tau tak??” Zita meninggikan nada suaranya tatkala Shahrizat tidak memberi sebarang respons.
“Sekarang awak bagitau, saya taulah!” Zita mengetap bibirnya, geram. Loyar buruk betul jejaka idaman Misha ini.
“Er.. dia.. dia betul-betul sukakan saya ke??” Shahrizat ragu-ragu.
“Ya la.. buat pe saya nak tipu awak?? Awak suka dia jugak kan?” Zita bermain serkap jarang. Shahrizat tersentak. Adoi! Macam mana si minah ni tau?
“Bab cinta.. saya memang terror.. lagipun hari tu.. awak telefon dia sampai sepuluh kali..” Shahrizat tersenyum hambar.
“Jadi.. awak kena cherish dia selagi dia hidup sekarang.. gi tengok dia la..” Zita bersuara. Shahrizat mencongak-congak sendirian. Dia bangun, menuju ke bilik wad nombor 200.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Seraut wajah milik Misha direnung penuh kasih. Dia mengaku. Dia turut mencintai gadis di hadapannya ini. Dulu, dia ragu-ragu untuk meluahkan isi hatinya. Sehingga beberapa hari yang lepas, dia telah yakin akan perasaannya terhadap Misha, telah mempunyai keyakinan dan keberanian untuk meluahkan isi hatinya. Namun, siapa yang mampu menyangka perkara seperti ini akan berlaku? Wajah Misha sungguh lesu, bibirnya kering. Sudah dua hari dia koma. Doktor pun tidak mampu memberitahu, bila Misha akan sedar. Shahrizat mengeluh, dia tunduk seketika. Melihat gadis yang dicintai terlantar sebegini, hatinya teramat sakit. Tiba-tiba, telefonnya berdering.
“Hello..”
“Encik Shah, mesyuarat dah nak mula ni..” Suara pembantunya kedengaran. Shahrizat membelek jam tangannya, kemudian mengeluh.
“Zan, mesyuarat tu.. awak gantikan saya..”
“Hah? Encik Shah, mana boleh? Saya.. saya tak boleh..”
“Kenapa tak boleh pulak? Satu mesyuarat aje.. boleh la..” Fikirannya masih tertumpu kepada gadis kesayangannya itu. Masakan dia hendak bermesyuarat sekarang?
“Encik Shah, saya.. saya..” Pembantunya seperti memikul beban yang berat.
“Boleh la.. okay.. saya sibuk sekarang.. ada apa-apa hal, call saya nanti..” Lagak seperti seorang bos, dia memberi arahan.
“Okay lah..” Zan terpaksa akur.
Sejurus itu, Shahrizat mematikan telefon bimbitnya. Dia tahu. Sehari dia tidak ke Syarikat Bumi Melati, tentu ramai yang akan menelefonnya nanti. Dia kembali merenung wajah Misha. Mata Misha masih terpejam erat. Kini, dia hanyalah seperti mayat hidup. Tiada bezanya. Hati Shahrizat diulit sayu. Dia sering mengutuk dirinya kerana tidak memberitahu Misha tentang perasaannya dahulu. Jika dia bertindak lebih awal, sudah tentu dia tidak akan menyesal kini.
Tit! Tit! Tit! Tit!
Shahrizat tersentak.
“Misha.. Misha!!” Dia berteriak. Punat ditekan.
“Doktor!!!!!!!”

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Zita.. Misha macam mana??” Kakak Lina meluru ke arah Zita, bertanya cemas. Dia lantas bergegas ke HTAA setelah menerima panggilan daripada rakan adiknya itu.
“Misha okay.. dah sedar.. tapi.. tapi doktor kata.. kena cepatkan pembedahan..” Kakak Lina terdiam. Air matanya mula menitis. Dia memegang kepalanya, menggeleng-gelengkannya. Suaminya yang berdiri di sebelahnya, menepuk-nepuk bahunya, memujuknya.
“Tapi.. tapi bahaya kan?” Itulah yang Kakak Lina risaukan. Doktor berkata, peluang untuk pembedahan berjaya hanyalah lima belas peratus. Bagaimana jika Misha meninggal dunia akibat kegagalan pembedahan??
“Kak Lina.. kalau Misha tak jalankan pembedahan, bahaya jugak..” Shahrizat bersuara setelah sekian lama berdiam diri.
“Awak.. awak siapa?”
“Kak Lina, dia ni Shahrizat..” Kakak Lina mengangguk. Rupa-rupanya, jejaka tampan di hadapannya merupakan jejaka idaman adiknya.
“Kak Lina, ibu bapa Misha mana??” Shahrizat bertanya tatkala kelibat kedua-dua orang tua Misha tidak kelihatan. Dia hairan juga. Anak perempuan sendiri koma, masakan ibu bapa tidak risau? Tidak hadir?
“Kat kampung.. mereka tak tau lagi..” Shahrizat terdiam. Rupa-rupanya..
“Sayang.. mak ngan ayah perlu tahu..” Suami Kakak Lina bersuara. Shahrizat setuju. Lambat-laun, rahsia ini akan terbongkar jua. Lagi bagus jika mereka tahu. Lagi banyak masa yang akan mereka habiskan bersama-sama, yang akan mereka hargai. Air mata Kakak Lina semakin laju.
“Siapa ahli keluarga Misha?” Seorang doktor berjubah putih bersuara tiba-tiba.
“Saya.. saya kakak Misha..” Kakak Lina pantas memberi respons, menyeka air matanya yang sedang mengalir.
“Hmm.. keadaan pesakit stabil sekarang.. tetapi.. seperti yang saya katakan, pembedahan perlu dipercepat.. anda boleh melawat pesakit sekarang.. tapi.. jangan terlalu ramai orang..” Kakak Lina mengangguk, doktor tersebut lantas berlalu, memberi ruang kepada ahli keluarga ini..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Misha..” Kelopak mataku dibuka secara perlahan-lahan. Bayangan imej Shahrizat semakin jelas pada pandanganku.
“A.. air..” Aku berkata perlahan.
“Nak air ke?? Tunggu jap.. saya ambilkan..” Tak sampai seminit, Shahrizat menghulurkan segelas air suam kepadaku. Pelbagai persoalan sedang menerjah mindaku. Apa yang telah berlaku padaku? Mengapa Shahrizat turut berada di sini? Sudah lamakah aku tidur??
“Shah..Shahrizat.. awak..” Suaraku masih lemah. Aku masih tidak bermaya.
“Ssshh.. jangan cakap banyak-banyak… rehat ya..” Shahrizat melarangku bersuara.
“Awak.. nape saya di sini? Awak.. kenapa awak di sini?” Aku tidak menghiraukan larangan Shahrizat itu.
“Awak.. awak.. awak pengsan.. saya jaga awak la sekarang..” Bagaikan sedang menyembunyikan sesuatu, dia bersuara. Aku mencurigainya.
“Pengsan? Saya.. saya sakit ke??” Aku bertanya. Riak wajah Shahrizat terus berubah, aku menyedarinya. Hatiku mula berasa tidak sedap.
“Shahrizat.. saya.. saya migrain ke??” Aku bermain serkap jarang. Jantungku berdegup kencang. Dia menggeleng.
“Habis tu? Saya.. sa.. sakit apa?” Cepat la sikit mamat ni!!! Jika aku mempunyai tenaga sekarang, ingin sahaja aku mencekik Shahrizat. Mana tidaknya? Orang dah risau, dah cemas sebegini. Dia diam pula..
“Misha.. awak.. awak.. ada kanser..” Hah??? Aku terlopong, menelan air liurku. Jantungku melantun. Aku tidak sanggup mempercayai kata-kata Shahrizat itu.
“Shah..Shahrizat.. awak.. awak tipu saya kan? Hah? Awak tipu saya kan??” Emosiku kurang stabil. Aku mula berasa bimbang. Perkataan ‘kanser’ itu kian menerjah mindaku.
“Misha..Misha.. bertenang Misha..” Dia cuba memujuk lembut. Namun, gagal.
“Tak.. tak.. awak.. awak tipu saya!!” Aku semakin kelam-kabut. Fikiranku bercelaru. Hatiku tidak tenteram.
“Misha!!! Bertenang, Misha!!!” Dia menggoncang-goncangkan tubuhku, nada suaranya lebih tinggi kini. Aku tersentak. Kecut perutku melihat ketegasannya. Air mataku mula mengalir secara perlahan.
“Misha.. awak masih ada peluang untuk sembuh.. Awak mesti jalankan pembedahan..” Aku merenungnya, meminta penjelasan yang lebih lanjut. Pembedahan? Tidak!! Aku takut!! Jarum.. gunting.. darah!!
“Misha.. awak mesti jalankan pembedahan.. kalau tak.. benda tu dalam otak awak.. akan semakin membesar.. lepas tu, awak.. awak akan..” Dia seperti tidak sanggup meneruskan kata-katanya. Namun, aku dapat mengagak.
“Mak..maksud awak.. kalau saya tak.. tak jalankan pembedahan.. saya.. saya akan mati?” Dia berdiam diri, seketika kemudian barulah dia mengangguk. Aku mengeluh. Air mataku bertali arus, mengalir semakin laju.
Tuhan!! Permainan apakah ini?? Takdirkah yang mengatur segala-galanya? Mengapa aku? Mengapa bukan orang lain?? Mengapa Misha binti Mohamed orangnya???
“Misha..” Kali ini, suaranya kedengaran lebih lembut, membawa ketenangan dalam diriku yang serba tidak stabil sekarang.
“Misha.. kita kahwin ya??” Aku tersentak. Kahwin?? Sewel ke mamat ini? Tiba-tiba sahaja dia ingin mengajakku kahwin.
“Awak.. awak..” Aku terkelu. Hari ini, memang terlalu banyak kejutan yang kuterima. Sekejap, kanser. Sekejap lagi, kahwin. Apa semua ini?
“Misha.. saya.. saya cintakan awak!” Aku lagi terkejut. Adakah aku sedang bermimpi? Jejaka idamanku sedang melamarku? Tidak!! Terlalu cepat… Kami langsung tidak punya apa-apa hubungan. Macam mana hendak kahwin? Semua ini datang secara mendadak. Aku, seorang insan biasa, tidak mampu menerima segala hakikat ini sekali gus!
“Misha.. awak sudi tak kahwin dengan saya?” Aku membatu. Tidak berani bertentangan mata dengannya. Aku hairan. Ajalku hampir tiba. Peluang untuk pembedahan berjaya langsung tidak melebihi separuh daripada seratus peratus. Mengapa dia ingin mengahwiniku? Disebabkan simpatikah??
“Misha..” Sekali lagi dia memanggilku. Aku terpaksa bersuara. Jika tidak, dia pasti akan terus bertanyakanku tentang hal kahwin ini.
“Shahrizat.. awak.. saya nak rehat.. awak.. awak keluar dulu..” Aku menjauhkan diri daripadanya, membetulkan posisiku dan baring di atas katil. Mataku dipejam erat. Inilah satu-satunya cara yang mampu kufikirkan untuk meloloskan diri daripada jejaka ini.
Lima minit berlalu, Shahrizat masih tidak meninggalkanku. Namun, aku langsung tidak membuka kelopak mataku. Aku berpura-pura lena. Sekian lama, aku terdengar derap kaki semakin menjauhiku. Kemudiannya, pintu bilik wadku dikatup perlahan. Tatkala itu, barulah aku membuka mataku, melihat kelibatnya hilang di sebalik pintu. Aku menarik selimutku sehingga menutup kepalaku. Aku berfikir-fikir sendirian. Lamaran Shahrizat yang mengejut tadi kumasih tidak mampu terima. Tentang kanser yang kuhidapi, aku mula pasrah, berserah kepada takdir. Kusedar, biarpun aku mengalirkan air mata darah, kanserku hanya boleh diubati dengan satu cara – menjalankan pembedahan yang tidak mempunyai peluang untuk berjaya yang tinggi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Misha!!!” Kakakku lantas meluru ke arahku, memelukku erat. Aku membalas pelukannya. Terubat jua rinduku terhadap kakak kesayanganku ini.
“Kak.. mak ngan ayah tau tak?” Kakak Lina mengangguk perlahan. Aku tersenyum hambar. Sudah pasti kedua-dua orang tuaku terkejut dan sedih. Tidak mampu kubayangkan penderitaan yang akan mereka alami gara-gara kanser yang kuhidapi ini. Berdosanya aku! Menambahkan beban orang ramai sahaja!
“Mak ngan ayah akan sampai sini esok..” Aku tersenyum.
“Misha… mamat tu kata nak pinang Misha..” Aku tersentak. Tidak kusangka, Shahrizat akan mengambil tindakan yang selanjutnya.
“Dah pinang ke??” Kakak Lina menggeleng. Aku menghela nafas lega. Mujurlah.. Aku masih sempat berbincang dengannya.
“Misha.. Misha suka mamat tu kan? Mamat tu ada lamar Misha tak?” Kakakku bertanya. Aku mengeluh sendirian.
“Ada..” Perlahan sahaja suaraku tika ini.
“Habis tu.. Misha kata apa?”
“Tak kata apa-apa pun.. Misha tak jawab..”
“Hah? Nape? Misha bukan sukakan mamat tu ke? Akak tengok, mamat tu okay apa.. sopan jugak.. tak liar sangat..” Kakakku masih sempat memuji Shahrizat.
“Akak.. Misha rasa.. Shahrizat tu.. lamar Misha sebab kesiankan Misha je..” Memang itu yang aku rasa. Pada pandanganku, mustahil untuk seorang pengarah mencintai seorang jurujual. Latar belakang kami berbeza, jurang kami besar, bagai langit dengan bumi. Hatiku kuat mengatakan, Shahrizat melamarku kerana simpati terhadapku. Mungkin dia salah mentafsir perasaannya terhadapku. Oleh itu, aku nekad untuk tidak menerima lamarannya walaupun pada hakikatnya, cintaku terhadapnya, cinta pandang pertamaku itu.. terlalu dalam..
“Misha.. tak baik cakap cam tu.. mamat tu.. memang betul-betul sukakan Misha la.. dah lama pun.. bukan sebab kanser ni, baru dia lamar Misha.. hari tu, Zita dah tanya.. dia pun dah mengaku.. Misha.. mamat tu.. memang ikhlas sukakan Misha..” Kakak Lina beria-ria meyakinkanku. Namun, aku masih ragu-ragu. Entah apa yang kuragui, aku sendiri pun tidak pasti.
“Tapi hal Misha.. Misha buat keputusan sendiri la.. akak takkan campur tangan..” Kakakku berkata. Aku tersenyum, memeluknya erat. Aku berasa sungguh bertuah, masih mempunyai seorang kakak yang begitu menyayangiku.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Misha.. hari tu.. yang saya cakap, Misha dah fikir ke belum?” Shahrizat bertanya sambil menghulurkan semangkuk bubur ikan kepadaku. Aku terdiam.
“Hal apa??” Aku berpura-pura tidak tahu.
“Misha.. saya.. saya betul-betul sukakan awak.. sejak pertama kali kita jumpa, saya dah cintakan awak, Misha.. saya.. saya ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri saya, Misha..” Dia meluahkan isi hatinya yang sekian lama terpendam di dasar lubuk hatinya. Saat ini, aku berasa teramat bahagia. Segala-galanya seperti mimpi yang kualami. Air mataku mula menitik.
“Misha.. kita kahwin ya, Misha? Saya ikhlas nak jaga awak.. saya janji, saya akan jaga awak sepanjang hayat.. selagi hayat dikandung badan, saya pasti akan sayang awak, hargai awak.. Misha, percayalah saya..” Aku bagaikan tidak mempercayai kata-kata tersebut akan terpacul dari bibir Shahrizat.
“Shahrizat.. kita.. kita tak de hubungan.. kita tak bercinta pun.. cepat sangat nak kahwin..”
“Misha.. kalau berkahwin dulu, baru bercinta.. pun sama jugak.. lagi manis kan??” Dia mendekatiku, mencapai tanganku. Kemudian, tanganku dilekapkan pada dadanya. Rasa malu mula menjalar diriku ini.
“Misha.. will you marry me??” Nada suaranya romantis sekali. Aku merenungnya, dalam. Entah mengapa, segala keraguan selama ini, lesap.. hilang sekelip mata sahaja. Aku kini harus menghargai masa yang kuada.. habiskannya bersama-sama dengan keluargaku, suamiku..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Misha… Misha mesti menang ya?? Mesti kalahkan virus-virus tu..” Ibu dan ayahku berpesan kepadaku. Aku sedang baring di atas katil, katilku ditolak oleh dua orang jururawat. Aku sedang menuju ke bilik pembedahan. Rambutku sudah dipotong. Kini, aku sudah botak. Zita, Kakak Lina dan abang iparku.. semua turut hadir memberi sokongan kepadaku. Suamiku, yang menikahiku semalam, menuju ke arahku. Aku menghulurkan sebuah senyuman yang manis, yang ikhlas dari dasar lubuk hatiku kepadanya.
“Sayang..”
“Abang… Misha nak masuk.. doakan Misha ya??” Aku cuba menceriakan suaraku, wajahku. Aku cuba yakin bahawa aku mampu keluar dari bilik pembedahan ini dalam keadaan yang sihat.
“Misha..Misha mesti menang!! Misha tak leh tinggalkan abang.. janji ya??” Suara suamiku kedengaran sayu benar. Aku mengangguk laju, menahan lesu yang semakin mengulit hatiku. Perlahan-lahan, aku memejam kelopak mataku. Bayangan ibu, ayah, kakak, abang ipar, kawanku dan suamiku.. semakin jauh dari pandanganku. Bilik pembedahan ditutup.. Aku masuk ke dalam bilik ini, membawa segunung harapan yang tinggi. Moga Allah membenarkanku keluar dari sini dalam keadaan yang sihat sejahtera. Amin…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sudah tiga jam lampu di luar bilik pembedahan menyala. Shahrizat tidak berhenti-henti berdoa. Moga Allah merahmati isteriku, amin. Tiba-tiba, pintu bilik pembedahan ditolak. Beberapa orang jururawat bergegas keluar, cemas. Shahrizat, Zita, Kakak Lina, abang ipar, ibu dan ayah Zita, bangun serta-merta.
“Kenapa ni??” Shahrizat bersuara cemas.
“Doktor!! Serius problem!!!” Suara salah seorang jururawat bergema di ruang itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Umiiiiiiiiii!!!” Anakku yang berusia lima tahun, Danial Zamli, berteriak. Suamiku, Shahrizat Ibrahim, memeluknya dari belakang. Mereka bergelak tawa. Aku tersenyum manis, mendekati suamiku dan anakku itu. Aku telahpun sembuh sekarang. Satu keajaiban yang berlaku pada diriku ini. Sesungguhnya, aku amat berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi peluang kepadaku untuk menikmati kebahagiaan bersama-sama dengan keluargaku yang tersayang kini.

-THE END-

0 comments: