Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Tuesday, November 3, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 6

‘Eh.. lamanya dia.. tak tegur aku pun..’ detik Zulkarnain. Dia lantas menoleh ke arah tempat Zaza berdiri. Zulkarnain tersentak. Kelibat Zaza sudah tidak kelihatan lagi. Dia menoleh ke arah tempat parking. Kelihatan kereta Zaza sudah dipandu pergi. Zulkarnain mengeluh.

‘Dia tak nampak aku ke, pura-pura tak nampak??’ Zulkarnain berdetik. Dia lantas berjalan menyusuri pantai remis. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu. Dia menuju ke arah tersebut.

Kelihatan slogan ‘I love Zulkarnain’ ditulis di atas pasir dengan menggunakan dahan ranting yang dikutip di pantai tersebut. Jantung Zulkarnain berdegup kencang. Tempat slogan tersebut ditulis merupakan tempat Zaza berdiri tadi.

‘Mungkin ke dia suka aku????’ Persoalan demi persoalan mula menerjah benak fikiran Zulkarnain.

XXXXXXXXXXXXXXXXXX

Zaza memulas tombol pintu pejabatnya. Dia membuka suis lampu. Tiba-tiba, jantungnya tercabut!! Zulkarnain sedang duduk di atas sofa yang disediakan di dalam bilik pejabatnya. Zulkarnain tersenyum ke arahnya.

“Terperanjat ke??” soal Zulkarnain. Zaza sekadar mencebik. Sudah tahu, bertanya pula.

“Sorry.. saya.. cuma nak bagi surprise je.. Awak tak sihat ke??” duga Zulkarnain. Padahal, dia sudah mengetahui hakikat yang sebenar.

“Ya..” Zaza mengangguk lesu. Zulkarnain tersenyum.

‘Zaza.. sampai bila…??’ Zulkarnain masih enggan membongkar rahsia Zaza.

“Tadi awak pergi mana??” Zulkarnain menyoal. Zaza terpempan.

“Er.. pergi klinik ..” Zaza berbohong. Dia sempat memohon maaf daripada Allah.

Zulkarnain tersenyum sinis.

‘Pandai jugak si Zaza ni bohong..’ Zulkarnain sempat ‘memuji’ ‘kepandaian’ orang bawahannya itu.

“Klinik? Ada surat doktor tak??” Zulkarnain masih menguji Zaza.

“Er.. tak de.. dah habis..” Zaza berbohong sekali lagi.

“Klinik mana??” Zaza menjadi resah.

‘Tanya banyak sangat buat apa?? Isyhh!! Cam ne nie???’ desis Zaza. Zulkarnain masih menunggu jawapan.

“Er.. Klinik Romizah..” Zulkarnain tersenyum sinis.

“Klinik Romizah hari ni tak buka, Zaza..” Zaza tersentak.

‘Alamak.. macam mana ni??’ Zaza mula risau. Dia risau , dia akan dimaki hamun oleh pihak atasannya.

“Zaza, don’t worry.. mungkin awak dah nyanyuk kot.. tadi awak tak nampak saya kat Pantai Remis ke??” soal Zulkarnain. Sekali lagi, Zaza tersentak.

‘Adess!!! Dia pun ada?? Dia nampak ke?? Aaa!!!!! Malunya!!!!’ Ingin sahaja Zaza berlalu dari bilik pejabatnya. Namun, dia masih ingin menghormati bosnya itu.

“Tak nampak..” Secara jujur , Zaza menjawab.

“Betul ke??” Zulkarnain tidak percaya.

“Betul, tuan.. saya sumpah!!” tegas Zaza. Zulkarnain tersentak. Dia menjadi serba-salah pula.

“Tak payah sampai sumpah-sumpah la Zaza.. sorry if I made you guilty just now..” Secara ikhlas, Zulkarnain memohon maaf.

“It’s okay.. Bos cari saya buat apa??” soal Zaza menjurus ke dalam hal kerjaya mereka. Dia tidak ingin menjadi rimas apabila disoal banyak-banyak oleh bosnya. Di dasar lubuk hatinya, Zaza berdoa agar Zulkarnain tidak nampak slogan yang ditulisnya di atas pasir Pantai Remis tadi.

“Saya nak awak reka pelan bangunan untuk cawangan Zizuan..” Zulkarnain mengujar sambil tersenyum manis.

‘Adess.. janganlah senyum cam tu.. cair aku..’ Zaza berdetik.

“Saya rasa kerja ni senang kan.. lagipun awak dan Zizuan lebih senang berbincang.. is there any problem??” soal Zulkarnain penuh berkarisma.

“No problem!!” ujar Zaza. Zulkarnain tersenyum lalu keluar dari bilik pejabat Zaza.

XXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Eh.. Zuan.. tahniah sebab awak berjaya bukak cawangan..” ucap Zaza di talian telefon.

“Terima kasih.. tapi kena hargai jasa abang.. kalau bukan abang, saya pun tak cukup modal..” Zaza mengeluh.

‘Zulkarnain.. Zulkarnain.. mana-mana pun ada nama awak..’ rungut Zaza di dalam hatinya.

“Eh.. kenapa?? Awak suka abang saya ke??” usik Zizuan. Wajah Zaza merona merah.

‘Fooh!! Nasib baik Zuan tak nampak..’ Zaza menghela nafas lega.

“Mana ade.. melalut je..” Zaza menyangkal dakwaan Zizuan itu.

“Hahahaha.. tak pe la.. Tapi, firasat saya dan Nurin menyatakan awak ni memang bakal kakak ipar saya… hahahaha..” Zizuan berterusan mengusik Zaza.

“Zizuan!!!” Nada Zaza semakin meninggi.

“Alah… sporting lah sikit.. my bakal kakak ipar.. hahaha… ok ok .. er.. awak nak jumpa saya kan?? Esok jumpa kat rumah saya la.. bye!!” Talian telefon lantas dimatikan. Zaza tersentak. Dia kemudiannya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

‘Zizuan ni kan.. macam machine gun je.. tak bagi peluang kat orang lain untuk cakap pun…’ rungut Zaza.

0 comments: