“Faham, cikgu!” Shazlin mengangguk setelah penerangan Puan Rais yang panjang lebar itu tamat. Puan Rais, selaku guru pengawas di sekolahnya, dan guru bertugas minggu tersebut, bertanggungjawab mengiringi Shazlin mengadakan ‘lawatan ringkas’ mengelilingi ‘compound’ sekolah tersebut. Sambil berjalan-jalan, beliau menerangkan hampir segala-galanya tentang sekolah tersebut. Sekarang, Shazlin fahamlah segala-galanya tentang sekolah barunya itu.
"Ok.. sekarang cikgu bawa awak masuk kelas.. jom!" Shazlin terpinga-pinga. Masuk kelas?? 'Cepatnya..'
"Eh.. kenapa tak jalan ni?" Puan Rais pelik melihat pelajar baru ini kaku di situ, enggan berganjak.
"Er.. cikgu.. cepat sangat masuk kelas.. saya.. saya tak bawa buku cikgu.." Puan Rais tersenyum pendek. Rupa-rupanya ini yang dibimbangkan oleh pelajar baru nya
"Kenapa tak beli awal-awal??"
"Cikgu, saya tak dapat list pun.." Shazlin menerangkan kedudukannya yang sebenar. Mana tidaknya. Apa yang dia dapat, surat permohonan untuk masuk ke sekolah yang telah diluluskan sahaja. Selain itu, tak de apa-apa dah. Puan Rais menepuk dahinya.
"Oh.. rupa-rupanya.. jom.. cikgu ambik list cikgu kat bilik pengawas.." Shazlin mengangguk pendek. Terpaksalah dia mengikut Puan Rais ke bilik pengawas sekolah barunya.
'Wah, ada air-cond lagi.. syoknya..' Shazlin melilau keadaan bilik pengawas tersebut. Dinding yang berwarna hijau, lantai yang berpaquet. Sehinggalah matanya tercantap pada papan kenyataan bilik pengawas itu. Tertulis di sana - AHLI JAWATANKUASA LEMBAGA PENGAWAS 2010. Shazlin agak tertarik untuk melihat, dia pun menghampiri papan tersebut.
Ketua Pengawas – Nik Hariz bin Nik Kamil
Penolong Ketua Pengawas - Syafiq Amin bin Abdullah
Setiausaha - bla bla bla dan seterusnya.
Terselit juga rasa kagum di sanubari Shazlin. Nalurinya bersuara, pemimpin-pemimpin tersebut sudah tentu bukan calang-calang orangnya kan?
"Hah.. dah jumpa pun.. nah, Shazlin. .nanti awak pergi beli ya kat kedai buku tu.." Puan Rais bersuara selepas mencari senarai buku yang perlu dibeli oleh Shazlin.
Shazlin mengangguk dan akur akan arahan guru pengawas di sekolah tersebut.
"Er.. cikggu, macam mana dengan buku teks?" Shazlin bertanya sopan, setelah mereka keluar dari bilik pengawas tersebut. Puan Rais berfikir seketika.
"Oh ya.. nanti bagitau guru kelas awak.." SHazlin mengangguk lagi. Macam patung sahaja. Asyik mengangguk.. Hahaha..
Akhirnya, dia mengikut Puan Rais menuju ke kelasnya.
xxx
'Senyapnyer...' Shazlin berdetik. Berbanding dengan sekolah lamanya dahulu, pelajar-pelajar di sekolah barunya ini, lebih berdisiplin. Tengok! Sennyapnyalah semua orang. Macam ada malaikat yang lalu pulak.
'Aku ke malaikatnya? Hehehe..' Mulalah Shazlin ss
Sampai di hujung blok K, Puan Rais berhenti. Shazlin yang mengikut sahaja segala pergerakan, pun samalah.
'Agak-agak nyer ni kelas aku..' Shazlin meninjau keadaan di dalam kelas itu, yang berdinding hijau juga, lantai dilindungi oleh linoleum.
'Hijau.. memang bagus untuk mata..' Shazlin tersenyum sendiri.
Melihat Puan Rais melangkah masuk dan berbicara dengan seorang guru Melayu yang berkaca mata, tinggi lampai, hati Shazlin semakin berdebar pula. Ntah apalah yang akan terjadi nanti..
"Shazlin, masuk!" Saat itulah Shazlin berasa, sepasang mata milik setiap pelajar di dalam kelas itu, terarah padanya. Buat seketika, dia masih kaku di situ. Sedikit terkejut.. takut.. ya.. memang takut untuk masuk ke dalam kelas itu - kelas 5A.
Apa yang dia takutkan sebenarnya, ialah pandangan sinis pelajar yang perlu dihadapinya nanti. Kleas 5A kelas pertama, maknanya pelajar dalam kelas itu, sudah tentu agak high standard.. high profile .. dan bla bla bla. Apalah yang bakal dihadapinya nanti?
"Shazlin... apasal tak masuk?" Hah? Alamak! 'Mengelamun lagi aku!' Terpaksalah Shazlin melangkah, setapk demi setapak, masuk ke dalam kelas itu. Seperti biasa, sudah tentu dia sedikit terjengket ketika berjalan. Sejak kecil lagi..
Belum sampai seminit, dia sudah mendengar bisikan-bisikan halus dari mulut pelajar kelas yang bakal didudukinya ini. Hatinya, seperti biasa, menjadi sakit lagi. Namun, dia sedar. Siapalah dia untuk marah? Dia sedar. Dia harus bersyukur. Kerana masih mampu berjalan dan menjalani kehidupan yang biasa seperti seorang insan sempurna. Apalah yang harus dirungutnya lagi? Sesungguhnya, dia merupakan insan ciptaan Tuhan, yang amatlah disayangi-Nya. Puan Rais menepuk perlahan bahu Shazlin, seolah-olah memberinya sokongan moral. Shazlin melemparkan senyuman manis kepada gurunya itu. Setelah selesai tugasnya, Puan Rais pun keluar dari kelas 5A.
"Okay.. ni pelajar baru kita yang berpindah dari?" Guru tinggi lampai itu bersuara, memandang Shazlin.
"Terengganu!" Pendek Shazlin menjawab.
"Okay.. so, Shazlin.. perkenalkan diri awak.." Shazlin terkedu. Perkenalkan? Alamak! Dia menjadi semakin tidak keruan, semakin kencang pula jantungnya berdegup. Dia memandang setiap pelajar di dalam kelasnya. Tiba-tiba, matanya tercantap pada sekumpulan pengawas perempuan. Tekalah, siapa?
Si pengawas tidak bermoral dan gengnya!!! Dia ternampak senyuman sinis yang tergantung pada bibir mereka. Dia pantas mengalihkan pandangannya kepada orang lain. Tanpa disangka, jejaka berkot hitam yang menyelamatkannya sebentar tadi, turut berada di dalam kelas yang sama dengannya! Sekali lagi, dia tewas dek panahan mata jejaka itu, tajam seperti belati!
"Shazlin.. everyone is waiting for ur intro.." Gurunya bersuara, sekali gus mematikan lamunan Shazlin.
"Er.. er.." Tergagap-gagap Shazlin bersuara. Dia menarik nafas panjang.
'Go Shazlin!!! Be more daring!!!'
"Nama saya Nurul Shazlin.. saya baru berpindah ke sini dari Terengganu. Erm.. apa-apa pun, saya harap saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah ini.."
'Alamak.. betul ke apa aku cakap ni?' Shazlin was-was.
"Orait.. so, kamu semua dah tau kan.. ok, Shazlin.. awak duduk sebelah Adilah.. yang tempatnya kosong tu.." Shazlin berpaling pada arah yang ditunjukkan oleh gurunya. Dilihatnya, Adilah melemparkan senyuman manis kepadanya. Dibalas pula oleh Shazlin.
"Sekarang waktu add maths.. awak belum dapat buku teks lagi kan?" Shazlin menggeleng pendek.
"Hmm.. nanti ikut cikgu ke bilik gerakan..erm.. buat sementara, awak share dulu ngan Adilah.." Shazlin mengangguk. Dengan menyandang beg sekolah lusuhnya, dia menuju ke tempat duduknya. Begitu kebetulan pula, jejaka berkot hitam itu duduk hanya sebaris di hadapannya! Entah mengapa, hatinya berdebar pula apabila dia melintasi tempat duduk jejaka itu. 'Arghh.. lantaklah!'
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Friday, March 19, 2010
Panahan Cinta 2
Posted by jc at 12:36 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment