Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Sunday, October 25, 2009

Rindu Mencumbui Zaman 3

“Abang…” Fatin melambai-lambai ke arah Zulkarnain sambil tersenyum. Zulkarnain membalas lambaian Fatin itu. Kedua-dua insan ini telah menjalinkan hubungan yang istimewa semenjak tiga bulan yang lalu. Di samping menyambung pengajian di universiti kebanggaan Malaysia ini, kedua-dua penuntut ini turut berpeluang untuk menikmati dunia percintaan masing-masing. Alangkah bahagianya….

“Macam mana hari ini?” Zulkarnain bertanya lembut.

“Er… ok. Abang pula?” Senyuman Fatin tidak lekang daripada bibirnya. Bukan itu sahaja, senyuman Fatinlah yang berjaya menambat hati Zulkarnain.

“Hmm.. ok lah.. Cuma rindu sayang je..” Romantisnya bicara Zulkarnain itu.

“Jom.. gi makan..” pelawa Fatin.

***********


“Abang.. nih cantik tak?” tanya Fatin sambil menayangkan sepasang baju kurung di hadapan Zulkarnain.

“Cantik.. kalau sayang pakai apa-apa pun, mesti cantik.. lagi cantik kalau pakai bikini..” gurau Zulkarnain. Merona merah wajah Fatin dibuatnya.

“Abang..” jerit Fatin.

“Alah.. sayang.. gurau je.. sporting je lah… jangan marah yek..” Zulkarnain memujuk Fatin yang sedang ‘merajuk’.

“Ya lah.. jom gi jalan-jalan pulak..” Fatin terus berlalu sambil tersenyum.

Jalan-jalan cari makan… Akhirnya, Fatin dan Zulkarnain tiba di sebuah kedai yang menjual baju pengantin. Langkah mereka terhenti seketika. Pandangan mereka bertaut seketika. Renungan yang redup. Masing-masing mengandungi maksud yang sukar dirungkai. Mereka saling berbalas senyuman. Menghampar seribu makna. Hanya kedua-dua insan inilah yang mengerti..

*****************


Zulkarnain mengeluh. ‘Kehilangan’ Fatin dalam hidupnya memang perit… Alangkah bahagianya dia jika Fatin dapat mengingati segala memori manis itu. Malangnya… Segala memori telah diragut hanya dengan sebuah kemalangan.

Kata-kata Fatin suatu ketika dahulu masih terngiang-ngiang di telinganya.

Lima tahun yang lalu……

***************


“Abang.. kalau boleh Fatin tak nak abang tinggalkan Fatin.. Fatin memang cintakan abang sehingga akhir hayat Fatin. Fatin….” Sebak sungguh kata-kata Fatin. Zulkarnain tidak membenarkan Fatin meneruskan kata-katanya. Zulkarnain meletakkan jari telunjuknya pada bibir Fatin tanda tidak mahu Fatin meneruskan kata-katanya.

“Fatin.. abang janji. Lepas tamat pengajian, abang akan pinang Fatin cepat-cepat.. Abang juga akan berusaha untuk jadi seorang suami yang baik .. dan..” Zulkarnain tidak meneruskan kata-katanya. Dia sengaja membiarkan ayatnya ‘tergantung’.

“Dan apa?” Fatin meluahkan rasa ingin tahunya. Zulkarnain tersenyum lebar.

“Hmm…. Seorang bapa yang baik..” ujar Zulkarnain sambil tersengih-sengih. Terjegil biji mata Fatin dibuatnya.

“Abang.. apa lah! Belum kahwin dah gatal!!!” Fatin berkata dengan nada separuh menjerit. Dia sempat mencubit lengan bakal suaminya itu. Zulkarnain tersengih bahagia.

**************


Sebutir manik jernih gugur dari kelopak mata Zulkarnain. Dia memejam matanya. Kata-kata Fatin dulu masih terasa hangatnya sehingga kini. Malangnya, segala-galanya hanyalah tinggal kenangan. Sebuah tragedi yang menimpa seorang gadis yang bernama Fatin Imma sekali gus meragut segala memorinya bersama Zulkarnain.

Empat tahun yang lalu…

Zulkarnain bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah setelah mendapat panggilan daripada ibu Fatin, Puan Suziana.

“Mak Cik.. Fatin macam mana..??” tanya Zulkarnain cemas. Puan Suziana tidak segera menjawab pertanyaan Zulkarnain, sebaliknya beliau terus menanigs teresak-esak.

“Zul… Fatin.. Fatin hilang.. hilang ingatan!!!!” Tersekat-sekat suara Puan Suziana. Zulkarnain pula sungguh terperanjat. Hilang ingatan??

‘Ya ALLAH!!!’ desis hati Zulkarnain. Maknanya, berkemungkinan besarlah Fatin tidak ingat akannya. Mungkinkah? Utuhkah cinta mereka yang memori cinta mereka tidak akan diragut oleh kemalangan itu?

“Encik..” sahut salah seorang jururawat.

“Ya..” jawab Zulkarnain lemah.

“Encik, Doktor Rizal nak jumpa..” Zulkarnain hanya akur.

**************


“Doktor.. macam mana keadaan pesakit?” Zulkarnain terus meluru ke arah doktor itu.

“Encik.. pesakit dilanggar di bahagian kepalanya. Terdapat ketulan darah beku yang mengganggu saraf otaknya berfungsi. Akibat ini, pesakit hilang ingatan. Namun, mujurlah bahawa dia tidak terencat akal. Itu merupakan satu kesyukuran yang tidak terhingga. Namun, janganlah beri tekanan kepada pesakit. Jika tidak, penyakitnya akan menjadi lebih kronik. Contohnya, darah beku akan wujud semula dan membelenggu paru-paru. Jadi, berhati-hatilah dan semua ini terserah kepada takdir Tuhan..” terang doktor itu panjang lebar.

Zulkarnain tersandar lesu.

‘Oh Tuhan.. Kenapalah Kau mempermainkanku?? Kenapa!!!!’ detik Zulkarnain sambil meraup mukanya. Namun, dia sempat mengutuk dirinya kerana merungut dan menyesal atas takdir Tuhan.

*********


“Siapa ni?” tanya Fatin sejurus dia ternampak Zulkarnain tercegat di hadapannya.

“Fatin.. saya..” Zulkarnain berasa sungguh sedih. Adakah cinta yang bersemi di dasar hati mereka juga akan terkubur jua?

Fatin merenung ibunya.

“Fatin… dia ni bakal suami Fatin.. Dia..” Suara Puan Suziana tersekat di kerongkong. Fatin tidak mengenali siapa-siapa termasuklah dia.

“Mak cik.. saya .. hilang ingatan. Maaf.. Tuan.. maaf.. tolonglah cari perempuan lain.. saya…” Tidak semena-mena, air mata Fatin turut mengalir. Jantung Zulkarnain berdebar-debar. Apakah yang bakal disampaikan oleh Fatin?

“Fatin.. saya.. saya rela tunggu..” ujar Zulkarnain sambil memegang erat tangan Fatin.

Fatin meronta-ronta. Dia minta dilepaskan.

“Tuan .. maafkan saya.. Doktor kata kemungkinan untuk saya sembuh hanyalah tipis saje.. Janganlah buang masa..” Fatin memalingkan mukanya. Zulkarnain tertunduk.

****************


Dua bulan sudah berlalu. Fatin masih tetap dengan keputusannya. Nekad dan muktamad. Zulkarnain pernah mendapat kata dua daripada Doktor Rizal. Memang tiada harapan lagi bagi memulihkan ingatan Fatin kecuali… kecuali takdir mengubah segala-galanya. Zulkarnain mengeluh. Dia nekad. Dia tidak akan mengganggu Fatin lagi jika ini ialah kehendak gadis itu. Mulai hari ini, dia akan mengubati hati yang tercalar dengan menubuhkan sebuah syarikat kejuruteraan. Pengajiannya sudah tamat dan dengan syukurnya, dia mendapat pangkat pertama dalam Ijazah Master dalam jurusan kejuruteraan.

Tambahan pula, bapanya, Dato’ Sabri memang menginginkan sebuah kerjaya dibina oleh anaknya. Ibunya, Datin Nasrul turut bersetuju.

*********


“Cik Fatin, surat ini diserahkan oleh Encik Zulkarnain kepada cik..” ujar seorang jururawat sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Fatin.

Dengan teragak-agak, Fatin mengambil surat itu. Dia membukanya.

Fatin yang disayangi,

Zul tidak salahkan Fatin jika Fatin tidak mahu menerima Zul. Zul faham bahawa Fatin amat tertekan sekarang ini. Tambahan pula, Fatin tidak mahu menyusahkan Zul. Zul minta ampun daripada Fatin jika Zul amat memaksa Fatin untuk menerima diri Zul yang tidak seberapa ini sepanjang dua bulan ini. Walaupun tempoh dua bulan nampaknya pendek, Zul rasa dua bulan ini macamlah bertahun-tahun lamanya. Tanpa curahan kasih sayang Fatin, Zul bagaikan orang hilang akal. Boleh juga dikatakan orang sewel macam pesakit di Tanjung Rambutan..

Setiap kali Zul teringatkan kata-kata dan senyuman Fatin, hati Zul kembali berdarah. Namun, Zul sedar bahawa Fatin tidak mungkin menerima Zul lagi. Doktor Rizal juga pernah berkata bahawa peluang untuk Fatin pulih ingatan amatlah tipis. Tapi Fatin, Zul tak pernah berputus asa. Zul selalu berdoa agar Fatin selalu berada dalam keadaan sejahtera. Zul ingat, Fatin pernah berkata bahawa Fatin sudi menjadi ‘kilang melahirkan anak’ bagi Zul. Namun, Zul sedar. Impian hanyalah tinggal impian.

Mungkin tiada jodoh antara Zul dan Fatin. Selama dua bulan ini, Zul tidak pernah berputus asa. Namun, kini Zul sudah pasrah dan redha. Seperti kata ibu Fatin, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Untuk pengetahuan Fatin, sepanjang tempoh Fatin dan Zul bercinta iaitu selama lapan bulan, Zul dan Fatin tak pernah bergaduh. Malahan, kasih sayang dan cinta yang bersemi di hati semakin mendalam dari sehari ke sehari.

Senyuman Fatin membuatkan Zul sentiasa tidak lena tidur. Walaupun Zul tidak ingin memaksa Fatin lagi, cinta Zul terhadap Fatin tidak akan pudar selama-lamanya. Zul masih berharap agar Fatin dapat memulihkan ingatan dan satu hari nanti, Fatin akan menerima diri Zul ini.

Bagi melupakan luka yang semakin parah ini, Zul nekad untuk menjauhkan diri Zul dari sisi Fatin buat sementara. Tunggulah. Jika Fatin ingin berjumpa dengan Zul silalah bagitau Zul. Zul pasti akan berada di hadapan Fatin. Jika Fatin ingin berbual dengan Zul, telefonlah Zul atau hantarlah pesanan ringkas. Itu pun sudah memadai.

Zul nekad untuk mendirikan kerjaya. Demi Fatin, demi abah dan umi dan demi diri Zul sendiri. Dulu, Zul pernah beritahu Fatin bahawa Zul belajar bersungguh-sungguh sebab Fatin. Tapi, masa tu, Fatin marah Zul. Fatin kata, Zul mesti belajar untuk hidup demi diri sendiri. Bukan orang lain.

Fatin yang disayangi,

Zul memang mencintai Fatin. Zul akan ingat segala kata-kata Fatin sehinggalah riwayat Zul tamat. Zul akan tunggu. Tidak kira tunggu sampai bila.. Percayalah, I will wait you, dear. Okeylah. Setakat ini sahaja Zul menulis. Sudah memadai jika Fatin sudi membaca surat Zul ini. Itu sudah cukup untuk memuaskan hati Zul.

Salam,

Zulkarnain Putra bin Dato’ Sabri.

Perlahan-lahan, air mata Fatin mula mengalir. Dia mendakap surat itu. Erat. Tampaknya, jejaka ini amat mencintainya.

‘Benarkah dulu aku juga sama-sama mencintainya?’ Persoalan ini berlegar-legar di ruang minda Fatin.

0 comments: