Cik Faznita mundar-mandir di luar bilik pembedahan ICU. Kerisauan mula menyelubungi dirinya. Cik Faznita sempat berdoa agar Ayu Naliza dirahmati Allah dan dihindari daripada segala kecelakaan dan kejadian yang tidak diingini.
Lampu di luar bilik pembedahan ICU dipadam. Seorang doktor yang diiringi oleh beberapa orang jururawat tampil di hadapan Cik Faznita.
“Doktor.. macam mana keadaan Naliza???” soal Cik Faznita cemas.
“Cik, pesakit bernasib baik. Walaupun tikaman pisau amat dalam, nyawa pesakit masih dapat diselamatkan. Cuma…” Doktor tersebut teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.
“Apa, doktor?? Cuma apa??” Cik Faznita cuba menahan sebaknya. Dia tidak dapat membayangkan apakah perasaannya jika Ayu Naliza ditimpa sebarang kecelakaan.
“Mulai hari ini, pesakit tidak boleh mengambil makanan berat. Dia hanya boleh makan bubur kosong dan sayur sahaja. Minuman bergas dan minuman manis juga tidak boleh diminum. Jika pesakit ingkar pada arahan doktor dan mengambil makanan yang dilarang, dia akan muntah dan keadaan sedemikian akan merosakkan ususnya. Tidak terkecuali juga kemungkinan bahawa pesakit akan menemui ajal..” Doktor menerangkan keadaan pesakit.
Beberapa butir manik jernih mula gugur dari kelopak mata Cik Faznita. Dia memejam matanya erat.
‘Masya-ALLAH!! Peritnya hakikat.. Mulai hari ini, Naliza tak boleh makan ikan, daging dan coklat. Padahal, itulah yang digemarinya.. Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik peristiwa ini?? Mampukah Naliza menempuhi segala rintangan ini??’ Cik Faznita merintih pilu di dasar lubuk hatinya.
“Doktor.. boleh tak saya lawat dia sekarang??” Doktor yang menjalankan pembedahan ke atas Ayu Naliza itu membetulkan sedikit kaca matanya.
“Buat sementara waktu, hanya seorang pelawat yang dibenarkan buat satu masa..” Kata-kata doktor itu disambut dengan anggukan Cik Faznita.
Semua ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Universiti Smart Malaysia mengadakan satu perjumpaan gempar di bilik mesyuarat USM itu. Yang turut hadir tentulah penyelia pentadbiran USM, Puan Safias, dan pengetua USM , Dato’ Karim.
“Berlanjutan dengan kes pembunuhan Presiden Kelab Komunikasi USM, kes belasah Amri Zainal dan kes tikaman Ayu Naliza telah menimbulkan kecurigaan pihak kami.. Tuan, pihak kami mengesyaki bahawa ketiga-tiga kes ini dirancang oleh penjenayah yang sama..” Pihak Pengawasan & Keselamatan USM menerangkan keadaan yang berlaku di kampus itu kepada Dato’ Karim.
“Jadi, apa tindakan Pihak PK??” soal Dato’ Karim, serius. Beliau langsung tidak mempamerkan secalit senyuman. Ketiga-tiga kes yang mampu meragut nyawa pelajar USM itu telah menimbulkan timbunan masalah kepadanya. Tidak kurang ibu bapa kepada penuntut USM meminta penjelasan dan jaminan keselamatan daripada Dato’ Karim. Keadaan sedemikianlah yang memeningkan kepala Dato’ Karim sekarang.
“Tuan, pihak kami akan menambahkan bilangan pengawal keselamatan dan rondaan di sekeliling USM juga akan meningkat..” Dato’ Karim mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Okay.. keputusan yang muktamad ialah, semua pihak harus memikul tanggungjawab bersama-sama untuk menghapuskan jenayah itu. Pihak USM harus bekerjasama dengan pihak polis untuk membanteras kegiatan jenayah ini, faham??” Dato’ Karim memberikan kata putusnya.
“Faham, tuan!!” Ahli mesyuarat gempar itu menjawab serentak.
“Okay.. mesyuarat bersurai!!” Ahli jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat tersebut berpusu-pusu keluar dari bilik mesyuarat itu. Masing-masing memerah otak untuk menangkap penjenayah tersebut. Kini, di dalam bilik mesyuarat itu, tinggalah Puan Safias dan Dato’ Karim sahaja.
“Darling.. malam ni jumpa lagi, k??” Dato’ Karim cuba menggoda perempuan simpanannya itu. Puan Safias tersenyum senang sambil berlalu dari situ.
Tanpa pengetahuan orang ramai, Dato’ Karim dan Puan Safias telah menjalinkan hubungan yang istimewa sejak mereka bekerja di bawah bumbung USM yang sama. Puan Safias merupakan seorang ibu tunggal. Dia mempunyai seorang anak yang bernama Abdul Razak. Suaminya tidak diketahui semua orang. Bahkan anaknya sendiri turut tidak mengetahui kedudukan dan nama insan yang bergelar ayahnya.
Dato’ Karim merupakan seorang suami dan ayah. Dia mempunyai seorang anak yang bernama Faznita. Faznita merupakan Presiden Kelab WWJ di USM itu. Isteri Dato’ Karim, Datin Haliza, mengalami penyakit amnesia. Semenjak beberapa tahun yang lalu, Dato’ Karim tidak lagi mempedulikan isterinya. Datin Haliza hanyalah isterinya atas nama ‘isteri’ sahaja. Dia memenuhi nafsunya dengan menjalinkan hubungan istimewa dengan Puan Safias.
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Sunday, September 27, 2009
Cerdik + Comel = Cinta bab 6
Posted by jc at 3:33 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment