Mila Amira termenung jauh. Angin yang lembut menyapa wajahnya.
‘Nape Amri pandang Naliza?? Kenapa?? Kenapa dia tak pandang saya??’ Perlahan-lahan, beberapa titis air mata mula gugur dari kelopak mata Mila Amira. Ketukan pintu menyentakkan lamunannya. Dia lantas mengesat air matanya.
“Masuk..” ujar Mila Amira perlahan.
Ibu Mila Amira, Datin Sufiah masuk ke dalam bilik anaknya sambil membawa secawan Milo panas.
“Mila.. nangis ke??” Walaupun Mila Amira sudah mengesat air matanya, Datin Sufiah masih dapat mengesan perbuatan Mila Amira yang cuba disembunyikan daripada pengetahuannya sebentar tadi.
“Mak…” Mila Amira tidak dapat menahan sebaknya. Dia lantas memeluk ibu kesayangannya itu. Datin Sufiah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengelus lembut rambut anaknya yang ditatang bagaikan minyak yang penuh.
“Kenapa?? Nak.. kenapa nangis??” soal Datin Sufiah lembut.
“Mak.. Mila cinta Amri Zainal.. tapi… dia pandang Ayu Naliza…” ujar Mila Amira sambil menangis. Datin Sufiah tersenyum. Dia dapat mengagak bahawa cinta merupakan masalah utama yang melanda anaknya kini.
“Mila. Kalau Amri tak cinta Mila, tak boleh paksa kan.. semua ni takdir Tuhan..” Datin Sufiah menasihati Mila Amira.
Amri Zainal menghirup secawan Nescafe bagi menghilangkan rasa mengantuknya. Dia mengeluh sambil memejam erat matanya.
“Ayu Naliza..” Tidak semena-mena, nama gadis itu terpacul dari bibirnya.
‘Amri Zainal!! Apa yang awak nak sebenarnya??? Kalau awak betul-betul suka Ayu Naliza, janganlah terima pelawaan Mila!!!!’ jerit Amri Zainal di dalam hatinya.
Bunyi telefon bimbitnya menyedarkannya daripada lamunannya. Dia menerima satu mesej daripada nombor telefon yang tidak dikenali.
“Keluar jumpa saya di bilik kuliah 888!! Saya tahu segala-galanya tentang pembunuhan Nur Syahirah!!!” Mesej tersebut berbunyi sedemikian. Amri Zainal tersentak. Bukannya dia tidak kenal dengan bilik kulih 888. Bilik kuliah 888 dikatakan mengandungi ‘benda-benda’ tersebut. Amri Zainal mula berasa gentar. Dia cuba menenangkan dirinya.
Amri Zainal memakai kotnya lalu berdiri. Dia memusingkan badannya dan bersedia untuk bertolak. Namun, hasratnya terbantut apabila Ayu Naliza tercegat di hadapannya.
“Amri Zainal, awak..awak nak pergi mana??” soal Ayu Naliza.
“Tak berkaitan dengan awak!” tegas Amri Zainal dan berlalu dari situ tanpa menyedari dia telah mencalarkan hati seorang gadis yang suci.
Beberapa titis air mata mula gugur dari kelopak mata Ayu Naliza.
Suasana yang sunyi-sepi menggentarkan Amri Zainal. Dia sempat berdoa agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan dirahmati Allah.
Tiba-tiba, dia menyedari bayang-bayang seseorang. Seseorang sedang berada di belakangnya.
Amri Zainal mengelak daripada ditumbuk oleh orang itu. Amri Zainal cuba menyerang orang itu. Dia menendang dada orang tersebut. Namun, orang tersebut mengeluarkan pisau dan mencalar tangan Amri Zainal. Amri mengerang kesakitan.
“Amri Zainal!!!” laung Ayu Naliza. Orang tersebut tersentak. Amri Zainal menoleh. Orang tersebut memegang pisaunya erat dan ingin menikam jantung Amri Zainal.
Sebelum orang itu sempat berbuat demikian, Ayu Naliza menerpa ke arah orang tersebut dan pisau tersebut menghunus perut Ayu Naliza.
Amri Zainal terperanjat. Orang tersebut lantas lari.
“Naliza!!” Amri Zainal lantas bangun dan menerpa ke arah Ayu Naliza. Perut Ayu Naliza berlumuran darah. Amri Zainal menjadi panik. Namun, Ayu Naliza sempat tersenyum.
“Am..Amri.. a.ak..hirnya.. aa..awak… ca..ca..kap..dengan sas..saya…” Sejurus itu, tubuh Ayu Naliza terkulai di sisinya.
“Tidak!!!!” raung Amri Zainal.
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Sunday, September 13, 2009
Cerdik + Comel = Cinta bab 5
Posted by jc at 3:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment