Loceng berbunyi. Semua pelajar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing. Begitulah rutin harian setiap insan yang bergelar PELAJAR.
Tidak terkecuali juga Maisarah. Syafika tidak hadir ke sekolah hari ini kerana dikuarantin akibat wabak H1N1 yang semakin menular dewasa ini. Justeru, tinggallah Maisarah seorang sahaja yang menuju ke pintu utama SMART bagi menempuh perjalanan balik ke rumah Mak Cik Mei Ling.
“Sarah!!” laung sebuah suara.
‘Orang tu panggil saya ke?’ Maisarah berdetik. Namun, dia tidak menghiraukan teriakan itu.
‘Orang tu cakap ‘sarah’ je.. berlambak ‘sarah’ kat sekolahku nih! Nanti tak pasal-pasal aku digelar ‘ss’ pulak.. Syok Sendiri!’ Maisarah tergelak sendirian.
“Sarah.. sarah…” Tiba-tiba seorang jejaka tampan tercegat di hadapan Maisarah, tercungap-cungap. Maisarah terpempan.
‘Bukankah ini? Argh!! Siapa nih?? Entah lah!’ raung Maisarah dalam hatinya.
“Hi.. saya Shahrul Ridzuan. Penolong ketua pengawas sekolah ini!” Terang Shahrul seperti tahu apa yang berlegar di ruang minda Maisarah.
“Penolong ketua pengawas?” Maisarah terkilan.
‘Si mamat nih.. Boleh tahan agaknya. Kalau tak mungkin dia nih dah mati pongkiao.. Sebab mamat yang teratas tu memang.. hmmm.. hempeh!!’ Maisarah merungut sendirian.
“Apa?” Ridzuan tidak jelas dengan apa yang dirungut oleh Maisarah itu.
“Eheheheh.. tak de .. tak de.. benda.. Hahaha..” Maisarah ketawa kecil.
“Tak de ke? Tipu lah.. Anyway.. I don’t like to force people.. Salam persahabatan dihulurkan.” Shahrul Ridzuan menghulurkan tangannya.
“Er.. haha..it’s my pleasure..” Maisarah berjabat tangan dengan Shahrul Ridzuan sambil tersenyum.
Shahrul tersenyum lebar.
“Hei.. Sarah.. awak ngan Shahrul tu ada ape-apa ke??” usik Syafika. Dia sudah melepasi wabak H1N1. Darahnya yang diuji tiada virus H1N1. Itulah yang diperkatakan oleh doktor Syafika.
“Eh.. Fika awak ni kan.. baru lepas H1N1.. dah melalut.. apa lah..” Maisarah jelas tidak menyenangi usikan sahabat karibnya itu.
“Alah.. janganlah cam ni.. Shahrul Ridzuan tu handsem tau!! Awak ngan dia memang padan!! Jangan lepaskan peluang!!!” Syafika masih tidak habis-habis mengusik sahabat baiknya. Tidak tahu mengapa, Syafika amat suka melihat muka rakannya merona merah.
‘Macam udang dibakar!! Cute betul!!’ desis Syafika.
“Fika….” Maisarah merenung tajam Syafika. Syafika sekadar mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda ‘surrender’.
“Hei!! Nik.. dengar kata kan.. budak baru tu rapat dengan Ridzuan lah..” Rakan Rizan, Amir mengujar. Amir memanggil Rizan dengan menggunakan panggilan ‘nik’ kerana nama penuh Rizan ialah Nik Rizan bin Tan Sri Mazlan. Menurut Rizan, hanya kawan baiknya sahaja yang boleh memanggilnya dengan menggunakan panggilan ‘nik’.
“Apa kaitan ngan awak pulak??” soal Rizan.
“Eh.. dude.. awak jangan pura-pura lah.. bukannya saya tak tau awak suka ..” Amir tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Renungan tajam Rizan mengunci bibirnya.
“I warn you! Jangan sesekali cakap macam tu!” tegas Rizan lalu berlalu dari situ.
Amir tahu, walaupun dia merupakan kawan baik Rizan, dia masih belum merasai nahasnya apabila memperlekehkan dan mengejek Rizan. Bukannya dia tidak tahu, Rizan memang panas baran.
“Rizan, ini report minggu lepas..” ujar Shahrul Ridzuan lalu menghulurkan beberapa helai kertas yang dikepit bersama kepada ketua pengawas.
Rizan mencapainya lalu membeleknya sekilas.
“Ok.. no problem.. the whole prefectorial board??” Pertanyaan Rizan itu dijawab dengan anggukan Shahrul Ridzuan.
“Er.. Rizan, kalau tak de ape-ape lagi, saya pergi dulu yek..” Shahrul Ridzuan meminta diri untuk berlalu dari situ. Rizan sekadar mengangguk.
Namun, Rizan tiba-tiba berubah fikiran.
“Ridzuan!!” laung Rizan. Shahrul Ridzuan menoleh. Rizan menghampirinya.
“Awak.. nak .. jum..jumpa Maisarah ke??” Tergagap-gagap Rizan menyoal penolongnya itu. Shahrul Ridzuan tidak gementar. Ketenangan menyelubungi dirinya. Itulah kelebihan yang dimilikinya berbanding dengan ketua pengawas itu. Shahrul Ridzuan sentiasa tenang apabila dia berhadapan dengan situasi yang kelam-kabut.
“Ridzuan, please answer me..” Shahrul Ridzuan tersentak.
‘Sejak bila Rizan jadi macam ni??’ Setahu Ridzuan, Rizan tidak pernah berkelakuan sebegini. Biasanya, ego lelaki Rizan pasti melangit. Rizan tidak pernah menunjukkan bahawa dia mengambil berat mana-mana perempuan. Tapi kini?
‘Mungkin ke dia…??’
“Ridzuan!!” Suara Rizan semakin meninggi. Shahrul Ridzuan tersentak.
“Betul.. dia suruh saya ajar dia Sejarah..” Shahrul Ridzuan tidak berbohong.
“Oh.. ya ke??” Suara Rizan berbaur cemburu. Dia tersenyum hambar lalu berlalu dari situ. Shahrul Ridzuan hairan. Dia tertanya-tanya.
‘Apa hubungan dia ngan Sarah???’ Persoalan ini menerjah benak fikiran Shahrul Ridzuan.
Novel Terbaru
Sila komen-komen.
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.
Tunggulah untuk episod seterusnya..
Pembacaku^^
cerpenku..
Sunday, September 13, 2009
Cintakah Ini? bab 2
Posted by jc at 3:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment