Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Wednesday, July 1, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 18

BAB LAPAN BELAS

Suasana sekelilingnya gelap-gelita. Anita ketakutan. Mulutnya dilekat plaster. Tangan dan kakinya diikat dengan besi. Tiada tingkap di bilik gelap itu. Ibarat penjara. Anita cuba meleraikan ikatan pada tangannya. Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak oleh seorang lelaki bertopeng dan berambut merah. Lelaki tersebut ketawa kuat. Anita menjerit ketakutan. Namun, tiada suara kedengaran. Dihalang oleh plaster.

“Anita… Hmm… kesian awak.. tapi… ayah awak yang menimbulkan masalah dulu.. Jangan salahkan saya.. salahkan ayah awak! Si keparat tu.. Hahahaha…” ujar lelaki tersebut sinis. Dia membuka plaster yang dilekat pada mulut Anita.

“Lepaskan saya.. lepaskan saya.!!!” Jerit Anita.

“Lepaskan awak? No way!” Lelaki tersebut membentak. Lelaki tersebut menyentuh pipi Anita.

“Jangan sentuh saya!!!”

“Hmm.. licin gak kulit awak ni.. Kalau saya berpeluang.. Hmm…. Anyway.. sekarang saya nak “baham” awak pun boleh!”

“Jangan.. jangan..” Anita menggigil ketakutan.

“Hahahahahaha…” Tiba-tiba, pintu ditendang oleh seorang lelaki yang bertopeng monyet.

Lelaki berambut merah membentak, “Hoi, siapa awak?”

Namun, pertanyaannya tidak dibalas oleh lelaki yang bertopeng monyet. Lelaki bertopeng monyet itu terus menendang dan menumbuk lelaki berambut merah. Anita menjerit ketakutan. Dia berdoa agar keselamatannya tidak tergugat.

Lelaki yang berambut merah itu tersungkur. Kaku. Lelaki yang bertopeng monyet itu membuka ikatan pada tangan dan kaki Anita.

“Jom!” Lelaki bertopeng monyet itu menyambar tangan Anita. Anita akur.

*****************************************

“Zul, awak ada masalah ke?” tanya Zulaika lembut.

Faizul mendongak. Dia mengeluh.

“Ika.. Anak Tan Sri Iqbal kena culik.. tapi.. kita masih tiada sebarang petunjuk.”

“Zul, janganlah macam ni.. kan biasanya..” Sebelum Zulaika sempat menghabiskan kata-katanya, telefon Faizul berdering.

“Halo..”

“Tuan, Cik Anita sudah balik rumah!” Taufiq berkata.

“Apa?” Faizul terlopong!

**************************************


“Kenapa awak hilangkan diri?” tanya Faizul tegas. Dia meminta kebenaran Tan Sri Iqbal untuk membawa Anita ke balai polis untuk membantu siasatan. Dia percaya Anita diculik, bukan melarikan diri.

“Sebab… sebab.. saya tak suka ayah dan ibu saya.”

“Tak suka?” Faizul mulai berminat mendengar cerita Anita.

“Ya. Mereka suka mengongkong hidup saya!” bentak Anita. Faizul terkejut. Berdasarkan keterangan Tan Sri Iqbal dan Puan Sri Maznita, mereka menatang Anita bagai minyak yang penuh.

“Jadi… awak larikan diri dari rumah?”

“Ya..”

“Tapi.. apa buktinya?” tanya Faizul.

“Tuan, saya tak ada bukti. Tapi tuan juga tak ada bukti untuk menunjukkan saya sedang berbohong. Jadi, masing-masing tidak mempunyai bukti. Apa hak tuan untuk mempertikaikan kebenaran kata-kata saya tadi?” soal Anita sinis.

Faizul terkedu. Anita lantas keluar dari bilik keterangan itu dengan tidak mempedulikan panahan mata Faizul.

************************************

Asrul mengambil tempat duduk di sebuah korner yang tersembunyi memandangkan tiada tempat duduk yang kosong lagi. Dia menunggu lama. Nabila berjanji akan datang pada pukul 3 petang.

Pukul 2.45 berlalu…

Pukul 2.50 berlalu…

Pukul 2.55 berlalu…

Nabila akhirnya tiba. Dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan Asrul. Asrul tersenyum.

“How are you recently?” Asrul memulakan topik perbualan.

“Fine..”

“Hm.. cam ne ngan Zul?”

“Tak de apa-apa..” Nada Nabila seperti sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan Faizul.

“Nab… cakap lah..”

“Rul.. dia dah jalinkan hubungan kasih yang terputus ngan ex dia tu..”

“Hah? Ex? Cepatnya.. Takkan kot. Mungkin api memarakkan nafsu dia kot.. Tapi I percaya dia masih sayang kat you ni..”

“Rul.. saya tekad.. saya tekad tak akan cinta orang macam dia ni.. kejam!!”

“Nab.. awak..”

“Saya apa?”

“Tak dok ape-ape.. Cuma tentang kita ni..”

“Rul, saya dah fikir semalaman.. Masa kat McDonald hari tu.. awak kata awak cintakan saya.. Betul tak?”

Asrul mengangguk-anggukkan kepalanya. Nabila tersenyum.

“Jadi.. sekarang awak masih cintakan saya ke?” duga Nabila.

“Ya.. Nab.. I love you so much..” ujar Asrul penuh romantis.

“Rul.. me too..” Nabila tersenyum. Asrul terlopong. Seketika kemudian, dia menjerit gembira.

“Hooray!! Hooray!!”

Nabila tersenyum melihat gelagat lucu Asrul.

**************************************

“Apa nie? Tak guna!” bentak Aiman lalu mengacukan sepucuk pistok ke arah anak buahnya.

“Ma..maaf.. tuan.. kami.. memang tak guna..Tapi.. tolong.. tolong lepaskan nyawa ni..” Zainal dan Zainul merayu. Aiman berang tatkala telinganya menerima berita kiriman Zainal dan Zainul. Anita melarikan diri. Pasti pihak polis sedang memburunya.

“Untuk makluman ramai, anak Tan Sri Iqbal, Anita mendakwa dia melarikan diri dari rumah, bukannya diculik.. Dia..” Berita yang disampaikan oleh wartawan menarik perhatian Aiman. Api Aiman semakin reda.

“Nasib baik Anita tu cakap bukan diculik. Kalau tak, mampus kau berdua!” bentak Aiman sambil menunjukkan buku limanya kepada Zainal dan Zainul. Kecut dua orang itu dibuatnya.

0 comments: