Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Monday, June 29, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 17

Sebuah berita hangat terpampang di dada akhbar Metro. Mesyuarat tergempar diadakan di antara ketua jabatan siasatan jenayah setiap negeri. Faizul, selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang turut menghadiri mesyuarat tergempar tersebut. Mesyuarat tersebut dipimpin oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Malaysia, Tan Sri Abdul Mumein.

“Anda semua patut tahu.. anak gadis Tan Sri Iqbal telah diculik! Suspek yang disyaki adalah Wong Chen Siang!” seru Tan Sri Abdul Mumein. Beliau telah menghulurkan sekeping gambar suspek yang disyaki kepada setiap orang yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut.

“Saya seru.. Ketatkan pengawalan! Tangkap penjenayah!” seru Tan Sri Abdul Mumein dengan bersemangat.

“Baik, tuan!” seru mereka serentak.

Tan Sri Iqbal merupakan pengerusi Syarikat The Best. Syarikat ini merupakan syarikat yang ternama di Malaysia. Tan Sri Iqbal amat kaya. Tidak mustahil jika anak gadisnya diculik.

*********************************************

“Saya nak kamu sekarang tolong kawal rumah Tan Sri Iqbal. Jika penculik menelofon Tan Sri, sambungkan talian ke komputer. Suruh Tan Sri panjangkan masa perbualan. Cuba kesan kedudukan penculik, faham?” seru Faizul.

“Ya, tuan!” Anak-anak buah Faizul melaung serentak.

“Baiklah. Kamu boleh berehat sekarang!”

“Zul.. saya..” Nabila tidak berkesempatan untuk menghabiskan kata-katanya.

“Fiq, saya nak gi jumpa Ika. Tolong cancel all my appointments for today!” seru Faizul tanpa menghiraukan Nabila. Dia lantas berlalu. Air mata Nabila bergenang.

‘Ah! Lantak lah! Tak nak cinta dia dah!’ detik hati Nabila.

Taufiq terpempan. Sebelum dia sempat berkata apa-apa, Faizul berlalu meninggalkannya. Dia perasan bahawa muka Nabila berubah riak menjadi muram.

Gadis mana yang tidak sakit hati apabila teman lelaki sendiri berkata ingin menemui perempuan lain? ‘Ex-girlfriend pulak tu’ gumam Taufiq.

“Nabila.. awak…”

“Taufiq, boleh teman saya gi jalan-jalan?”

Taufiq mengangguk setuju.

**********************************

Pantai Balok tidak dikerumuni pelancong seperti Pantai Teluk Chempedak. Taufiq dan Nabila menyusuri pantai itu. Masing-masing menyepi diri. Tiada butir bicara diucapkan.

“Taufiq…”

“Hmm?”

“Awak rasa.. Faizul benci saya tak?”

“Hah? Takkan lah.. Dia tu kan sayang kat awak..”

“Tapi.. tapi.. dia dah suka kat Zulaikha.. Saya.. saya..” Akhirnya, air mata Zulaikha tidak dapat dibendung lagi. Air matanya terlalu murah kini. Murah kerana seorang lelaki.

“Nabila.. maafkan saya.. Saya tak patut.. tak patut cakap macam tu.. Saya..”

“Tak pe, Taufiq. Bukannya salah awak pun.. Saya nak awak jadi saksi saya!”

“Saksi? Saksi apa?”

“Mulai hari ini, saya tak akan menangis lagi!” ujar Nabila bersungguh-sungguh.

Taufiq tersenyum.

“Nape awak senyum? Suka-suka aje awak ni permainkan saya!!!!!” bentak Nabila marah. Nabila lantas berlalu dari situ.

“Eh.. eh.. janganlah pergi..” ujar Taufiq menghalang Nabila berlalu.

“Apa pegang-pegang ni?” Nabila cuba meleraikan cengkaman tangan Taufiq pada lengannya.

“Sorry!!” Taufiq mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas.

“Jadi.. saya jadi saksi awak lah.. Kalau awak nangis… ada denda..” usik Taufiq nakal.

“Denda? Macam tu kalau saya tak nangis, ada ganjaran lah!”

“Wah, dashyatnya si minah ni!!!”

“Apa?”

“Tak de apa-apa.. Denda tu maknanya, saya nak awak buat apa-apa, awak kena patuh tau!!” Taufiq tersenyum nakal.

Di benak fikiran Nabila, timbul pelbagai gambaran yang “kuning”.

“Mana boleh? Kalau benda tu.. tak boleh!!!!”

“Benda apa?” Taufiq tidak habis-habis mengusik Nabila. Muka Nabila memerah macam tomato.

“Awak ni kan!!!” Nabila terus berlari meninggalkan Taufiq.

Taufiq tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. ‘Haiz.. Dah umur macam ni pun, macam budak-budak lagi!’ gumam Taufiq. Sejurus itu, Taufiq lantas mengejar Nabila.

“Tunggu!” laung Taufiq.

Dua sahabat karib terus bermain kejar-mengejar macam budak tiga tahun!!!

**********************************

Rumah banglo empat tingkat yang tersergam indah itu kini diselubungi kegelisahan Tan Sri Iqbal dan Puan Sri Maznita.

“Abang.. macam mana ni.. Dah tiga hari lah.. Nanti kalau anak kita..”

“Cukup!!!” bentak Tan Sri Iqbal.

Puan Sri Maznita terkedu. Dia merajuk dan bergegas masuk ke dalam biliknya.

Tan Sri Iqbal meraup mukanya. Pada malam semalam, dia menerima satu panggilan daripada seorang gadis. Gadis tersebut ingin berjumpa dengannya pada petang ini. Dia amat pasti bahawa gadis tersebut mempunyai kaitan dengan penculik-penculik anaknya, Anita. Tidak mustahil juga jika gadis tersebut merupakan salah satu penculik anaknya. Tan Sri Iqbal lantas mencapai kotnya dan keluar dari rumah.

***************************************

Kelibat Tan Sri Iqbal masih tidak kelihatan. Suzanne mendengus geram.

‘Si keparat! Dia mesti kena ajar!’ gumam Suzanne lalu mendail nombor konco-konconya. Namun, dia lantas mematikan panggilan tersebut tatkala batang hidung Tan Sri Iqbal mula kelihatan. Suzanne tersenyum puas. Tan Sri Iqbal mencari-cari kelibat gadis.

‘Mana gadis tu? Entah siapa pun tak tau!’ gumam Tan Sri Iqbal.

Suzanne melambai-lambaikan ke arah Tan Sri Iqbal. Tan Sri Iqbal menoleh. Dia terpempan. Suzanne tersenyum puas. Tan Sri Iqbal tidak menyangka bahawa dia akan bertembung semula dengan Suzanne. Peristiwa sepuluh tahun lepas diimbas kembali…

**********************************

Kelab Malam Sweet Girls dikerumuni pengunjung-pengunjung. Suasana riuh-rendah. Di sebuah sudut, seorang lelaki duduk sambil termenung panjang. Suzanne, gadis tercantik di kelab malam itu menegur lelaki tersebut.

“Hi..” Suzanne menegur.

Lelaki tersebut sekadar mendongak. Suzanne mendengus geram. Selama ini, tiada seorang lelaki pun yang tidak memandangnya lama-lama.

“Awak ada masalah ke?” Suzanne sengaja memasang umpan.

Lelaki tersebut langsung tidak memberikan sebarang reaksi.

Suzanne mengelus lembut pipi dan tangan lelaki tersebut. Lelaki tersebut menoleh.

“Ya” Akhirnya, lelaki itu menjawab pertanyaan Suzanne. Suzanne tersenyum puas.

“Awak boleh luahkan kat saya ni..”

“Tentang bisnes.. Awak tau ke?” soal lelaki itu.

“Awak ni.. pandang rendah orang aje.. Erm.. apa nama awak?”

“Iqbal..”

“Oh.. I am Suzanne.. Tapi I bukan pelacur.. Tapi hari ni.. mungkin saya akan gadaikan benda tu kot..” kata Suzanne manja sambil merenung manja ke arah Iqbal. Iqbal pura-pura tidak faham.

“Iqbal… Jom…” Suzanne memimpin tangan Iqbal.

“Gi mana?”

“Jom la…”

Mereka tiba di sebuah bilik dan masing-masing hanyut dalam gelombang dosa neraka.

********************************

“Hi..” Suzanne menegur.

Tan Sri Iqbal terkedu.

“Iqbal.. apa masalah awak lagi?”

“Tak.. tak de.. anak.. anak saya..”

Ketawa Suzanne meledak.

“Kenapa.. kenapa.. a..awak.. ke..ke.. tawa??”

“Iqbal.. awak ingat saya ni bodoh ke?”

“Awak.. awak..”

“Awak ingat tak masa dulu kita pernah buat apa?” soal Suzanne sinis.

Peluh memercik di dahi Tan Sri Iqbal.

“Saya ada video dan gambar tentang benda yang pernah kita buat..”

Tan Sri Iqbal terlopong.

“Awak..”

“Hahahaha.. Kalau saya sebarkan kat Internet, semua orang akan tindas awak.. Tan Sri Iqbal berlaku curang terhadap isterinya!! Tajuk yang akan terpampang di setiap dada akhbar dan majalah!”

“Mimi.. awak..” Sebelum Tan Sri Iqbal sempat menghabiskan kata-katanya, Suzanne meletakkan jari telunjuknya pada bibir Tan Sri Iqbal lalu berkata “Mereka tak akan tindas saya pun.. Sebab hanya Tan Sri Iqbal sahaja yang akan menjadi tumpuan orang ramai! Hmm.. Iqbal.. awak.. masih ingat nama “Mimi” yang awak gunakan untuk panggil saya? Panggilan mesra awak pun ingat? Macam tu.. layanan mesra.. awak ingat lagi tak?”

Tan Sri Iqbal terpempan. Dia akui bahawa Suzanne memang “hot”. Lebih cantik daripada isterinya. Layanan “mesra” Suzanne terhadapnya tidak dapat dilupakan. Namun, selepas malam pertama mereka, hubungannya dan Suzanne semakin erat. Layanan “mesra” kerap diberikan. Namun, Tan Sri Iqbal meninggalkan Suzanne selepas dua tahun. Masakan Suzanne tidak berdendam dengannya.

“Iqbal…” rengek Suzanne manja sambil mengelus pipi Tan Sri Iqbal. Tan Sri Iqbal tidak membantah. Syaitan mula merasuk dirinya.

“Hmm?” Lembut sahaja suara Tan Sri Iqbal. Suzanne tersenyum puas. ‘Dia akan kecundang lagi!’ detik hati Suzanne. Suzanne amat cinta akan Tan Sri Iqbal. Namun, dia juga membencinya kerana meninggalkannya tanpa sebarang kiriman berita setelah menjalinkan kasih dua tahun.

“Malam ni…” Suzanne sengaja tidak menghabiskan kata-katanya.

“Malam ni apa?” Gelagat Tan Sri Iqbal seperti tidak sabar sahaja.

“Jumpa saya di Hotel Hyatt malam ni..Tapi saya belum tempah bilik lar..”

Tan Sri Iqbal tersenyum.

“Okey. Nanti saya tempah bilik paling mahal.” Tan Sri Iqbal berkata seperti lupa akan ugutan Suzanne sebentar tadi. Suzanne tersenyum puas.

********************************************

EPISOD SETERUSNYA....

~jc~

0 comments: