“Mak!! Jangan!! Saya tak nak khawin!!” bentak Zulaikha.
“Tak boleh! Awak mesti khawin dengan Asrul! Asrul tu CEO Syarikat Top Top! Selamatkan Syarikat ayah awak!” bentak Datin Nairul.
“Mak.. tolong.. Ika cinta Abang Zul…” Air mata Zulaikha mula mengalir dengan deras.
“Zul? Dia tu hanya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang! Asrul tu yang boleh selamatkan syarikat ayah awak tau tak!!!!” Datin Nairul menengking dengan kuat sekali.
“Mak…” Zulaikha merayu sambil melutut di hadapan ibunya.
Datin Nairul turut mengalirkan air mata.
“Ika, mak pun tak nak benda cam ni terjadi.. Tapi.. mak.. mak tak ada idea yang lain.. Mak.. syarikat ayah awak tu.. ada masalah kewangan.. Kalau syarikat Asrul tu bagi projek yang besar, krisis kewangan syarikat Sentiasa Bersamamu tak akan musnah! Ika.. mak.. mak rayu kat awak.. Ika.. tolonglah…”
“Mak.. saya…”
Tiba-tiba, pintu rumah dikuak. Datin Nairul dan Zulaikha menoleh. Masing-masing terkejut. Dato’ Ismail tercegat di tepi pintu.
“Awak berdua nih.. Buat drama percuma ke?” soal Dato’ Ismail.
“Ayah.. syarikat ayah tu….” Zulaikha masih menangis teresak-esak.
“Ika.. jangan risau.. Ayah akan fikirkan jalan penyelesaiannya.. okey?” Dato’ Ismail memujuk anak gadis kesayangannya itu sambil tersenyum. Datin Nairul hanya menjadi pemerhati.
“Ayah.. Asrul..” Sebelum Zulaikha sempat menghabiskan kata-katanya, Dato’ Ismail menjeling isterinya. Datin Nairul tertunduk.
“Sayang suruh Ika kahwin ngan Asrul ke?” soal Dato’ Ismail. Perlahan-lahan, Datin Nairul mengangguk. Dato’ Ismail mengeluh hampa lalu berkata, “Sayang, jangan risau. Biarpun Ika setuju, tak semestinya Asrul setuju tau!”
“Abang.. siapa yang tak nak memperisterikan Ika kita? Cantik, lemah-lembut dan berpelajaran. Tak macam orang lain.” Dengan angkuh sekali Datin Nairul menjawab. Dato’ Ismail hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Sejak muda lagi, sikap Datin Nairul tidak pernah berubah.
“Jangan cakap cam tu, mak. Setiap orang ada kelemahan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?” soal Zulaikha.
“Isyhh.. bapa borek, anak rintik. Sudahlah. Rancangan saya sememangnya tak guna!” Datin Nairul meninggalkan sepasang bapa dan anak lalu meloloskan dirinya ke dalam bilik.
“Ika.. jangan risau.. Ayah akan fikirkan jalan untuk selesaikan masalah ini..” Dato’ Ismail tetap meneruskan agenda memujuk anaknya itu. Zulaikha mengangguk lesu. Dia meminta izin daripada ayahnya untuk menenangkan diri. Dato’ Ismail membenarkannya.
Setelah kelibat Zulaikha tidak kelihatan, Dato’ Ismail mengeluh hampa. Fikirannya menerawang kepada peristiwa yang berlaku petang tadi.
*********************************
“Dato..” Mimi masuk ke dalam pejabat Dato’ Ismail dan menatang secawan kopi “Tongkat Ali”. Dato’ Ismail tersenyum.
“Dato.. sila minum..” Mimi berkata dengan penuh sopan.
Dato’ Ismail hanya mengangguk.
“Dato.. saya ada dengar rumours pagi tadi..”
“Apa?”
“Syarikat ni nak tutup ke? Bankrap ke?” soal Mimi bertalu-talu macam machine gun.
Dato’ Ismail sekadar tersenyum. Dia sudah mengagak soalan beginilah yang akan terpacul dari mulut Mimi.
“Mimi… awak takut ke?” Dato’ Ismail merenung ke dalam anak mata Mimi. Mimi terpana. Dia kaku. Panahan mata Dato’ Ismail menusuk ke dalam kalbunya. Dato’ Ismail terpegun. Bulu mata Mimi yang melentik menggoda jiwanya , merasuk kalbunya.
Bermulalah hubungan intim antara Dato’ Ismail dan Mimi sejak petang suram itu.
***********************************
Dato’ Ismail mengeluh hampa. Dia tahu, dia tidak sepatutnya menjalinkan hubungan kasih dengan perempuan lain kerana isterinya masih sempurna. Namun, gelodak nafsu yang merasuk jiwanya tidak dapat dibendung lagi.
*****************************
Faizul meraup mukanya. Dia mengeluh hampa. Pintu pejabat diketuk bertalu-talu.
“Masuk!”
Taufiq berjalan masuk ke dalam bilik pejabat Faizul.
“Tuan, saya rasa Anita tu..”
“Pelik
Taufiq mengangguk tanda menyetujui kenyataan Faizul tadi.
“Tuan, saya berani berkata, dalang penculik menyelamatkan Anita..” perlahan sahaja suara Taufiq. Dia tidak yakin akan kenyataan yang diberitahunya tadi. Itu hanyalah imaginasinya sahaja.
Faizul mengangguk. “Ya.. memang begitu. Selepas itu, penculik itu suruh Anita balik ke rumahnya dan berkata sedemikian kepada pihak polis.”
“Tuan, mengapa Anita melaksanakan arahan yang diberikan oleh dalang penculik itu?”
“Taufiq, awak semakin bijak..” puji Faizul. Taufiq tersenyum lebar.
“Taufiq, sebenarnya itulah masalah saya sekarang. Kenapa dan mengapa? Why?”
Taufiq mengangguk lantas menyambung, “Tuan, jangan risau. Saya pasti akan kupas akar umbi kes ini!” ujar Taufiq penuh keyakinan.
“Taufiq, thanks. Nampaknya, kes ni kena bergantung pada you lah!” seloroh Faizul. Taufiq tersenyum.
*********************************
Asrul duduk menghadap labtopnya. Pintu pejabat diketuk. Zulkarnain masuk ke dalam pejabat abangnya.
“Abang..”
“Apa?”
“Masalah kewangan..”
Asrul mendongak. Dia dapat mengagak Syarikat Top Top sedang menghadapi masalah kewangan yang semakin meruncing. Kini, masalah menimpanya. Bagai jatuh ditimpa tangga.
“Abang.. saya ada satu cadangan..”
“Apa? Cakaplah.” Ini mula menarik minat Asrul.
“Kalau kita bekerjasama dengan Syarikat Sentiasa Bersamamu, maka masalah kewangan tu mungkin boleh diatasi. Walaupun Syarikat Sentiasa Bersamamu turut menghadapi masalah kewangan yang serius, boleh juga kita saling menyelamatkan keadaan.” Terang Zulkarnain panjang lebar. Asrul mendengar dengan teliti. Dia menganggukkan kepalanya.
“Abang, Dato’ Ismail sedang menunggu awak di luar.” Kenyataan itu mengejutkan Asrul.
“Suruh dia masuk!” arah Asrul. Zulkarnain mengangguk.
***************************************
“Dato.. Sila duduk.” Asrul mempersilakan Dato’ Ismail duduk.
Dato’ Ismail tersenyum lalu berkata, “Terima kasih, Asrul. Sebenarnya, syarikat Sentiasa Bersamamu turut mengalami masalah kewangan. Jadi…”
“Dato, saya dah tahu. Adik saya baru sahaja memaklumkan saya sebentar tadi. Jadi, apa pendapat Dato’ supaya kami bekerjasama untuk mengatasi masalah kewangan syarikat masing-masing?” Dato’ Ismail mengangkat keningnya.
“Bingo! That’s what I want!” Dato’ Ismail tersenyum lebar. Begitu juga Asrul.
“But.. Asrul.. kali ni.. saya terhutang budi pada awak.. Jadi, apa kata awak
Asrul mengangkat keningnya. Dia dapat menangkap maksud yang tersirat di sebalik kata-kata Dato’ Ismail itu. “Dato, saya dah ada.. jadi..”
“Oh.. Asrul.. jadi awak dah ada teman wanita?” tanya Dato’ Ismail.
“Ya.. Dato’.. maaf..”
“Tak pe.. Asrul..” Walaupun Dato’ Ismail terasa kecewa, namun dia sedar, cinta tidak boleh dipaksa. Dia juga tidak akan sekali-kali memaksa anaknya untuk berkahwin dengan Asrul jika dia enggan. Begitu juga sebaliknya.
“Asrul.. saya harap.. syarikat saya dengan awak.. dapat bekerjasama kelak!”
“Insya ALLAH Dato’!” kata Asrul sambil tersenyum
********************************
Dendangan lagu “Black or White” oleh Michael Jackson mengejutkan Nabila daripada lamunannya.
“Halo…” jawab Nabila dengan malas.
“Sayang….”
“Rul… Awak dah free ke?” Ceria sahaja suara Nabila kedengaran.
“Ya la.. Nak ajak sayang keluar ni…”
“Ya ke? Okey. No problem! Nak gi mana?”
“Erm.. nak makan McDonald kat Mega tak?”
“Nak nak…..” Asrul tertawa mendengar suara Nabila yang kedengaran seperti suara seorang kanak-kanak yang berumur 3 tahun.
“Okey.. sayang.. 15 minit nanti I pergi jemput u kay?”
“Okey.. no problem!” Setelah talian diputuskan, Nabila tersenyum lebar. Semenjak dia berpancaran dengan Asrul, senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.
*******************************
“Wah.. banyaknya orang. Mesti nak tunggu lama ni..” rungut Nabila sendirian. Asrul hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Pada petang itu, Asrul berpakaian segak. Maklumlah, lepas kerja di pejabat
“Sayang, tunggu, okey? Kalau sayang tak sabar, gi cari tempat duduk. Tapi saya khuatir…” Asrul membiarkan ayatnya tergantung.
“Khuatir apa?” Nabila ingin tahu apa yang ingin dikatakan oleh Asrul.
“Saya khuatir.. awak ni berat hati nak lepaskan saya.. maklumlah..
*************************************
“Zul..”
“Nape?”
“Zul.. saya cinta awak…” muram saje Zulaikha..
“Ika.. syhhh. Please don’t say that type of things.. Saya tak pernah meragui cinta awak.. But.. please remember that I love you much more than u love me..” Faizul akhirnya mengucapkan kalimah cinta kepada Zulaikha. Air mata Zulaikha menitis. Dia melentokkan kepalanya di atas dada bidang Faizul.
“Zul.. please.. jangan tinggalkan saya.. boleh tak? Saya.. saya..” Zulaikha menangis teresak-esak.
“Ika.. I bagi amaran.. don’t say that type of things. Saya bersumpah.. saya akan kekal di sisi awak selalu.. never ever tinggalkan awak.. dan cinta saya terhadap awak.. will never never ever ever change! Please remember that!” Faizul dapat merasakan keraguan Zulaikha terhadapnya.
“Zul..”
“Syhh.. come.. let’s go.. Gi makan nak tak?” soal Faizul lembut. Zulaikha mengangguk-anggukkan kepalanya.
***********************************
“Isyhh.. awak ni
“Asrul.. ramai yang tengok la.. Janganlah macam ni..” Muka Nabila semakin merah. Asrul tersenyum. Asrul mengunyah burger ayam yang dipesannya sebentar tadi.
“Tapi awak ni.. memang makan gelojoh sangat..”
“Jadi.. awak ni menyesal la
“Tak.. Nabila.. saya sama sekali tidak akan menyesal atas pilihan saya.. I love you so much..”
Air mata Nabila menitis. Dia terimbas kembali kalimah cinta ini pernah dilafazkan oleh Faizul.
“Nabila.. jangan nangis.. Kenapa awak nangis?”
Secara tidak berhati-hati, Nabila berkata, “Zul..”
Serentak itu, air muka Asrul terus berubah. Dia bangun.
“Asrul… saya…”
“Nabila.. saya rasa kita perlu berpisah buat seketika.. Awak fikirkanlah… Jika awak rasa awak belum melupakan Faizul, jangan datang pada saya.. Saya tak rela hati saya dilukai..” Asrul lantas meninggalkan Nabila yang menangis teresak-esak.
“Zul…” Tiba-tiba, sepasang tangan menyerahkan beberapa helai kertas tisu kepada Nabila. Nabila mendongak. Dia terkejut.
0 comments:
Post a Comment