Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Thursday, June 25, 2009

sejarah bab 4 - tingkatan 2

4.1~PERPECAHAN MEMBUKA RUANG PENJAJAHAN

~Sebelum kurun ke-19, Sarawak berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei

~Pembesar-pembesar tempatan dilantik oleh Sultan Brunei untuk mentadbir Sarawak

~Sultan Brunei telah membahagikan Sarawak kpd beberapa daerah

~Setiap daerah ditadbir oleh ketua tempatan di kalangan org Melayu / Dayak

~Ketua tempatan digelar Menteri Darat, Temenggung / Org Kaya

~MD, T / OK bertanggungjawab melaksanakan cukai & memungut cukai

~Pada kurun ke-19, seorang pembesar Brunei iaitu Pangeran Indera Mahkota dilantik sebagai wakil pemerintah Kesultanan Brunei

~Pangeran ini telah mengambil alih kuasa politik tempatan

~Di Sarawak, terdapat bahan galian yg berharga seperti antimoni / emas

~Utk menguasai kekayaan & mengukuhkan kawalan terhadap Sarawak, Pangeran Indera Mahkota mengambil alih kuasa pentadbiran & perdagangan antimony & emas drpd pembesar Melayu tempatan. Beliau juga mengenakan cukai yg tinggi terhadap hasil yg dikeluarkan oleh penduduk tempatan bagi menambahkan hasil pendapatan. Org Bidayuh yg bekerja di lombong antimoni tidak diberi upah

~Tindakan Pangeran Indera Mahkota menimbulkan rasa tdk puas hati dlm kalangan pembesar tempatan & org Bidayuh. Mereka menentang Pangeran IM.

~Kebangkitan itu bertujuan utk membebaskan Sarawak drpd pemerintahan Brunei

~Datu Patinggi Ali memimpin org Melayu menentang kezaliman Pangeran IM

~Pangeran IM gagal mengawal kebangkitan itu

~Brunei menghantar Pangeran Raja Muda Hashim

~Pada thn 1840, Pangeran Raja Muda Hashim menerima kunjungan James Brooke

~James Brooke ialah seorang bekas tentera SHTI yg pernah terlibat dlm peperangan dgn Burma. Selepas bersara, beliau melibatkan diri dlm perdagangan. Beliau belayar dgn kapal “Royalist” utk mencari kawasan perdagangan di Tnh Mly & Sarawak

~Pangeran RMH meminta bantuan JB

~Pangeran RMH menawarkan jawatan Gabenor Sarawak kpd JB jika JB mampu menamatkan kebangkitan itu.

~Dgn kekuatan tentera JB, Pangeran RMH berjaya menamatkan kebangkitan itu

~Pangeran RMH menyedari tindakannya utk melantik JB sebagai Gabenor Sarawak akan ditentang oleh Sultan Brunei

~Pangeran RMH melengahkan masa dan tindakannya ini menimbulkan kemarahan JB

~JB membedil Bandar Kuching

~Keadaan ini memaksa Pangeran RMH melantik JB menjadi Gabenor dan Raja Sarawak yg pertama pd thn 1841

~Dalam perjanjian antara Pangeran RMH & JB pd thn 1841, James Brooke memerintah negeri Sarawak & menguasai pentadbiran. JB harus menghormati & memelihara undang-undang & adat istiadat org Melayu

~Pada tahun 1842, JB menghadap sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin utk mengesahkan kedudukannya. JB datang bersama dgn angkatan tentera laut British dari Singapura yg diketuai oleh Edward Belcher

~Sultan Brunei terpaksa mengiktiraf perjanjian antara JB dan Pangeran RMH pada 1841

~Dalam perjanjian antara JB dan Sultan OAS pada tahun 1842, Sultan Brunei menyerahkan Sarawak antara Tanjung Datu ke Sungai Samarahan dan menyerahkan segala hasil cukai kpd JB dan warisnya

~JB akan membayar 2500 dolar setiap tahun kpd sultan Brunei

~Agama dan adat istiadat penduduk Sarawak tdk boleh diganggu

~Sultan Brunei mengiktiraf JB sebagai Raja Putih Sarawak

~Pada 1846, Sultan OAS cuba menentang JB

~JB menyerang Sultan Brunei

~Sultan Brunei kalah & terpaksa menandatangani satu lagi perjanjian

~Perjanjian pada tahun 1846 ini menyebabkan JB diiktiraf sebagai Raja Sarawak yg merdeka & berdaulat penuh ke atas Sarawak

4.2~KELUARGA BROOKE MELUASKAN KUASA

~Antara tahun 1853 hingga 1905, JB dan Charles Brooke telah meluaskan kawasan pemerintahan mereka dgn bantuan angkatan laut British

~Pada 1853 ~@Penentangan di Saribas & Batang Lupar. Sultan Abdul Mumein tak dpt kawal kebangkitan dan menyerah tanah antara Sungai Samarahan & Sungai Rajang dengan bayaran 1500 dolar setahun

~Pada 1861 ~@Masalah kekacauan di sepanjang Sungai Rajang. Sultan Mumein menyerahkan Sungai Rajang dan menerima bayaran sejumlah 4500 dolar setahun

~Pada 1883 ~@Pembunuhan peniaga Sarawak oleh org Murut di lembangan Sungai Trusan. Sultan menyerahkan kawasan ini dgn menerima 4500 dolar setahun

~Pada 1905 ~@Charles Brooke membeli Lawas drpd Sultan Hashim Jalal yg memerintah dari 1885 hingga 1906

4.3~keluarga brooke memantapkan pentadbiran

~JB memperkenalkan system pemerintahan diraja utk mendapat sokongan penduduk.

~JB melibatkan pembesar Melayu yg berpengaruh & berpengalaman seperti Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung

~Datu Patinggi, Datu Bandar & Datu Temenggung ini bertanggungjawab menasihati James Brooke dlm hal-hal yg berkaitan dgn undang-undang & adat tempatan

~Bagi melicinkan pentadbiran Sarawak, JB membentuk Majlis Tertinggi & Majlis Negeri

~Sarawak dibahagikan kpd 5 bahagian dan setiap bahagian ditadbir oleh Majlis Bhgian

~Sila rujuk m/s 83 utk melihat bendera pertama negeri Sarawak yg diperkenalkan oleh JB pada tahun 1848

@MAJLIS TERTINGGI@

~Dianggotai oleh Residen Bahagian Pertama & 4 org Datu Melayu

~Tugasnya adalah menasihati JB dan membuat semua dasar & meluluskan undang-undang & peraturan yg berkaitan dgn pentadbiran Sarawak
@MAJLIS NEGERI@

~Dianggotai oleh ketua kaum bumiputera

~Memberi peluang kpd pemimpin bumiputera bersidang 3 tahun sekali bagi menyuarakan pandangan & bertukar fikiran dlm 1 perjumpaan serta mengambil bahangian dlm pentadbiran Sarawak

@MAJLIS BAHAGIAN@

~Dianggotai oleh Residen, Penolong Residen, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Anak Negeri & Ketua Kampung

~Tugasnya adalah menasihati Residen, menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengetuai operasi tentera

^^Mahkamah keadilan juga ditubuhkan. Kes sivil kalangan org Melayu, Cina/ India akan diadili oleh ketua-ketua mereka

~Kes jenayah yg melibatkan lebih dari 1 kaum akan diadili oleh Raja Sarawak, Residen/ Timbalan Residen

~Bagi mengukuhkan pengaruh British di Sarawak, British menandatangani perjanjian dgn Charles Brooke pd 1888. Dgn ini, Sarawak menjadi negeri NAUNGAN British

~Pasukan Sarawak Rangers ditubuhkan utk menjaga keselamatan Sarawak

~Dalam perjanjian pd tahun 1888 antara Charles Brooke & British, British melindungi Sarawak, Keluarga Brooke memerintah dgn bebas & hal ehwal luar negeri adalah di bawah kawalan British

~Pada 24 September 1941, Charles Vyner Brooke mengisytiharkan perlembagaan Sarawak sempena 100 tahun pentadbiran keluarga Brooke dan itu merupakan perlembagaan bertulis yg pertama di Sarawak dan menggariskan pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak.

~Namun, perlembagaan itu tdk dpt dilaksanakan kerana Perang Dunia Kedua

~Dalam perlembagaan Sarawak 1941, Charles Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi & Majlis Negeri

~Raja Sarawak memerinta dgn Nasihat Majlis Tertinggi

~Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang & menguruskan kewangan

~Charles Vyner Brooke ialah anak saudara JB. Namanya ialah Charles Johnson. Dia berkhidmat di Sarawak sejak 1852 sebagai Tuan Muda. Kawasan pentadbiran yg pertama ialah Lundu. Beliau menjadi Raja Sarawak bagi menggantikan JB.

4.4 PERUBAHAN EKONOMI DI BAWAH PENTADBIRAN KELUARGA BROOKE

~Pemerintahan keluarga Brooke tidak menggalakkan kemasukan pelabur luar secara besar-besaran demi menjaga kepentingan ekonomi mereka

~Hasil hutan diteroka seperti sarang burung, getah jelutung & rotan

~Tanaman tradisional seperti kelapa, gambir, lada hitam, sagu, rumbia diusahakan

~Sarawak kaya dgn antimoni, emas, arang batu, raksa & minyak

~Org Cina diberi peluang utk bergiat dlm perdagangan & perlombongan

~Getah diperoleh daripada pokok jelutung dan dieksport ke Amerika

~Pembalakan dijalankan oleh Syarikat Borneo & org Cina di Sg. Rajang dan dieksport ke Hong Kong, Australia & Amerika Syarikat

~Sarang burung dikutip di Gua Niah

~Rotan dieksport ke Eropah

~Batang rumbia harus diikat & ditinggalkan dlm sungai utk melembutkannya. Isi batang rumbia ialah ripo

~Sagu dimasak di atas api. Sagu ditanam di sepanjang tebing Sungai Igan, Oya, Mukah & Bintulu

~Kelapa ditanam oleh org Melayu di Bahagian 1 & 2

~Lada hitam ditanam oleh org Cina di Bahagian 1 &3

~Tembakau ditanam di Lundu & dieksport ke London

~Emas dilombong di Bau oleh org Cina

~Pada 1857, org Cina memberontak kerana cukai terlalu tinggi. Mereka berlari ke Sambas

~Semenjak itu, perlombongan emas diusahakan oleh Syarikat Borneo

~Syarikat Borneo juga menjalankan kegiatan perlombongan antimony di Bau & Kuching

~Syarikat Borneo ditubuhkan pada 1856 dan ibu pejabatnya terletak di Singapura. Syarikat ini menjalankan perlombongan di Sarawak

~Pada 1882, usaha cari gali minyak mula berkembang

~Pada 1909, the Anglosaxon Oil Company mendapat konsensi utk menjalankan perlombongan petroleum di Sarawak

~Telaga petroleum yg pertama ialah di Miri pd 1882

~Kilang menapis minyak didirikan di Lutong pd 1917

4.5 PERUBAHAN SOSIAL DI BAWAH PENTADBIRAN KELUARGA BROOKE

~Keluarga Brooke menjalankan dasar pecah & perintah

~Org Melayu dlm bidang tentera

~Org Cina dlm kegiatan pertanian, perlombongan & perdagangan

~Org Sikh bekerja sebagai polis

~Org India perniagaan di Kuching

~Org Cina banyak tinggal di Bintulu, Miri & Sibu

~Kaum bumiputera tinggal di kawasan pedalaman

~Dasar pecah & perintah ini dpt mengelakkan perpaduan kaum & menjamin kedudukan Brooke sebagai pemerintah Sarawak.

~Pada 1917, landasan kereta api yg menghubungkan Kuching & Bau dibina

~Namun pada 1932, landasan itu dihentikan kerana kemelesetan ekonomi

~Di Kuching, terdapat Singapore and Sarawak Steamship Company iaitu sebuah syarikat perkapalan

~Kapal terbang air adalah kapal terbang yg pertama mendarat di Sungai Sarawak pada 1924

~Pendidikan moden kurang diberi perhatian di Sarawak

~Brooke tidak yakin sistem pendidikan Barat sesuai utk penduduk

~Charles Brooke membina sekolah utk org Melayu & Cina sahaja

~Beliau tdk menggalakkan pembinaan sekolah org Dayak kerana Brooke mahu mengekalkan kehidupan tradisional org Dayak

~Sekolah Melayu dibina sejak 1883

~Sekolah itu bertujuan utk melatih org Melayu menjadi guru sekolah Melayu & kakitangan rendah kerajaan. Sekolah rendah Melayu guna buku yg dibawa dari Semenanjung

~Sekolah Melayu yg dibuka ialah Sekolah Merpati Jepang & Sekolah Encik Buyong

~Sekolah-sekolah ini digabungkan menjadi madrasah Melayu

~Kerajaan menggalakkan mubaligh Kristian mendirikan sekolah Inggeris

~Antara sekolah Inggeris ialah Sekolah St. Thomas (1848), St. Mary (1850) dan St. Teresa (1855) di Kuching

~Pada 1917, sekolah utk kaum Melanau didirikan

~Pada 1924, sebuah Jabatan Pelajaran didirikan utk mengawal perkembangan pendidikan di Sarawak

~Pada 1936, ada 25 sekolah kerajaan

~Guru-guru dilatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim

~Maktab Perguruan Kent didirikan pada 1940 bagi melatih guru utk sekolah Melayu

0 comments: