Tuk! Tuk! Tuk!
“Masuk!”
“Hi Zul!” sapa Nabila.
“Hi, sayang!” Namun, suara Faizul mendatar sahaja. Nabila kelihatan hairan. Jantungnya berdegup kencang. ‘Takkanlah dia dah tahu aku ni jumpa Asrul?’ detik hati Nabila.
“Nape tak duduk? Awak ada buat salah kat saya ke?” soal Faizul sinis.
Nabila terkedu. Soalan Faizul terkena tepat pada batang hidungnya. Namun, dia cepat-cepat menenangkan diri. Dia duduk di hadapan Faizul sambil tersenyum.
“Sayang, perindumu hadiahkan sayang buku ni!” kata Faizul lalu menghulurkan sebuah novel yang bertajuk “Setulus Hati”. Novel tersebut baru dibeli semalam di Kedai Popular.
Nabila mengambil novel tersebut.
“Sayang, hati perindumu sentiasa tulus. Hanya sayang seorang saje yang bermukim di hati perindumu. Sayang, adakah hatimu turut sama tulus seperti hatiku?” Faizul menguji Nabila.
Nabila terkedu. Kini, dia amat pasti bahawa Faizul dapat menghidu perjumpaannya dengan Asrul.
Nabila tidak menjawab pertanyaan Faizul.
“Kamu tak perlu jawab! Kenapa kamu jumpa si keparat tu hah? Semalam kat McDonald? Hati kamu langsung tak tulus! Kau nak pergunakan saya
Air mata Nabila bergenang. Sememangnya, semenjak dia berpacaran dengan Faizul, Faizul pernah memberi amaran kepadanya agar tidak berjumpa dengan mana-mana lelaki. Namun, dia ingkar.
“Faizul.. saya… saya tak bersalah!”
“Tak bersalah? Main pegang-pegang tangan tak bersalah ke?” soal Faizul sinis.
Air mata Nabila kian lebat. Dia hanya bersalam dengan Asrul namun dia tidak sama sekali menyangka bahawa Faizul akan salah faham.
“Faizul.. please… dengar cakap saya…” rayu Nabila.
“Cukup! No more excuses or explaination! Mulai saat ini, hubungan kita over!” bentak Faizul.
Nabila bagaikan mahu pitam tatkala mendengar kata-kata yang terpacul dari bibir Faizul itu.
“Faizul….”
“Cukup! Get out!” bentak Faizul.
Dengan bertemankan air mata, Nabila lantas berlari sekuat hatinya. Dia tidak mahu berhadapan dengan Faizul lagi. ‘Faizul memang cemburu buta!’ jerit hati Nabila.
Deringan telefon mengejutkan Asrul.
“Baiklah. Anda boleh bersurai!” kata Asrul selaku CEO di Syarikat Top Top itu. Syarikat Top Top menceburi pelbagai bidang dalam perniagaan. Namun, projek utama mereka adalah membina rumah dan bangunan-bangunan pencakar langit di
Asrul terkejut tatkala terlihat contact number yang menghubunginya.
“Helo,”
“Asrul….” Tangisan Nabila kian kuat.
“Nabila… Kenapa awak nangis?” Asrul mula bertanya dengan nada yang cemas
“Asrul…. Saya.. “
“Nabila, awak kat mana ni?” tanya Asrul.
“Saya.. saya kat pantai Teluk Chempedak!”
“Baiklah, saya datang sekarang!” kata Asrul.
Asrul mencapai kotnya yang tersidai di atas kerusi.
“Liza, cancel my appointments today! I am taking off from now!”
“But, Mr. Asrul, there is…”
Sebelum Liza, setiausaha Asrul sempat menghabiskan kata-katanya, Asrul menyampuk, “Suruh adik saya gantikan saya untuk meeting itu!”
Adik Asrul, Zulkarnain merupakan Timbalan Presiden Syarikat Growth Top.
Liza mengangguk-anggukkan kepalanya.
Asrul bergegas ke Teluk Chempedak. Hari ini bukanlah hujung minggu. Oleh itu, pantai ini tidaklah dikerumuni oleh pengunjung-pengunjung. Matanya tertumpu pada seorang gadis ayu bertudung yang sedang berteleku di tepi pantai.
“Nabila!” laung Asrul.
Namun, Nabila langsung tidak memberikan reaksi. Asrul menuju pantas ke arahnya.
“Nabila”! Asrul menggoncang-goncangkan bahu Nabila. Nabila mendongak. Asrul terkejut. Mata Nabila membengkak macam sebiji telur!
“Awak…” Asrul kekeringan idea untuk berkata-kata.
“Faizul…” Nabila menangis lagi.
“Apa? Faizul apa?”
“Dia.. dia … pu… pu…” Kata-kata Nabila tersekat-sekat.
“Dia putus dengan awak ke?”
Nabila mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan-lahan. Asrul terkejut. Dia menggenggam buku limanya.
“Si keparat tu mesti kena ajar!” bentak Asrul. Dia bingkas bangun.
“Asrul.. jangan.. jangan…” Nabila merayu.
“Nabila! Awak sedar tak? Awal-awal, dia tu bukan main pikat awak. Sekarang? Tengok apa yang terjadi!!! Dia tu suka-suka aje ke nak putus ngan awak ni?”
“Asrul… jangan.. tolonglah….” Mata Nabila semakin membengkak.
Hati Asrul bagai dihiris dengan sembilu. Sakit tidak terhingga. Dia sememangnya ingin “mengajar” Faizul kerana telah melukakan hati pemaisuri hatinya. Walaupun Nabila pernah menolak cintanya, ia tidak akan padam buat selama-lamanya.
“Nabila.. apa alasan yang dia cakap?”
“Dia.. dia cemburu..”
“Cemburu?” Asrul mengangkat keningnya.
Nabila menganggukkan kepalanya.
“Dia cemburu sebab hari tu kat McDonald dia ternampak saya dan awak.”
Asrul terlopong. Dia tidak menyangka bahawa Faizul memutuskan hubungannya dengan Nabila semata-mata kerana berjumpa dengan lelaki lain.
“Dia tu.. memang….!!!” Bentak Asrul.
“Asrul.. salah saya jugak.. Dia pernah pesan kat saya agar tak jumpa mana-mana lelaki!”
“Apa? Jumpa pun tak boleh? Ngapa dia kongkong hidup awak? Awak bukan hak dia lagi lah!”
“Ya la.. Asrul, saya tengah sedih ni. Boleh tak jangan marah-marah?”
“Opss.. sorry… Nabila, memang mintak maaf…”
“Tak pe..” Nabila menangis semula.
“Nabila, janganlah nangis..”
Namun, tangisan Nabila semakin menjadi-jadi.
“Nabila, tunggu saya!” Asrul meninggalkan Nabila.
Selepas beberapa minit, Asrul kembali.
“Nabila…”
Nabila mendongak. Tiba-tiba, tangisannya berhenti. Dia ketawa lucu.
“Hahahehehihihohohuhu!!!!!!!!!!”
Nabila ketawa tatkala ternampak penampilan Asrul itu. Asrul memakai rambut palsu yang berkerinting serta berwarna merah. Dia juga memakai anting-anting dan memakai skirt yang pendek. Lenggok jalannya adalah seperti seorang perempuan.
“Alah.. dahlah tu..” kata Asrul malu-malu.
“Hahahahaha… Memang lucu sangat!!!!”
“Isyhh.. Saya gi tukar la.. Tunggu saya!!”
Nabila tersenyum.
******************************EPISOD SETERUSNYA....
0 comments:
Post a Comment