Novel Terbaru

Sila komen-komen.



Panahan Cinta 3 sudah disiarkan oleh penulis.







Tunggulah untuk episod seterusnya..



Pembacaku^^

Thursday, June 25, 2009

sejarah bab 5 - tingkatan 2

5.1 SBUB BERTAPAK DI SABAH

~Potensi ekonomi Sabah menarik perhatian negara asing utk menakluknya
~Sultan Brunei memberikan konsensi tanah di Sabah kpd wakil Amerika, C.L. Moses pada tahun 1865 selama 10 tahun

~Moses menjual konsensi itu kepada The American Trading Company yg diketuai oleh J.W.Torry & T.B. Harris. Torrey gagal memajukan penanaman tebu & kopi. Dengan itu, dia menjual haknya kepada Von Overbeck

~Overbeck mempunyai masalah kewangan. Dia meminjam wang drpd Alfred Dent & Edward Dent pada 1777. Gabenor Labuan, W.H.Treacher bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan drpd Sultan Brunei dgn syarat syarikat ditubuhkan di bawah kawalan British

~Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumein memperbaharui pajakan dgn Overbeck & Dent melalui perjanjian pd 1777

~Dalam perjanjian 1777 itu, Sultan Brunei menyerahkan tanah antara Teluk Kimanis & Sungai Sibuku

~Sebahagian wilayah Sabah adalah di bawah kesultanan Sulu

~Overbeck & Dent menandatangani 1 perjanjian dgn Sultan Jamalul Alam pada 1878. Sultan Jamalul Alam menyerahkan tanah antara Sungai Pandasan ke Sungai Sibuku

~Pada 1880, Overbeck jual hak kpd Dent. Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad

~Saham Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad dijual kpd rakyat utk menambah modal

~Persatuan itu mendapat piagam diraja pada November 1881

~Pada 1882, nama Syarikat Borneo Utara British wujud

~SBUB mempunyai kuasa mentadbir Sabah

~Sir Rutherford Alcock ialah Presiden pertama & Alfred Dent ialah Pengarah Urusan

~Pada 1888, SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara

~Syarat Pemberian Piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad ialah SBUB mesti menerima nasihat British, SBUB mesti memerintah Sabah dgn adil, SBUB hendaklah memelihara agama, adat resam & undang-undang, SBUB mesti melantik pegawai yg diakui oleh British & SBUB tdk boleh menyerahkan wilayah Sabah kpd sesiapa tanpa kebenaran British.

5.2 SBUB MENGUKUHKAN KUASA DI SABAH

~Pemerintahan SBUB diketuai oleh Gabenor. Gabenor SBUB yg pertama ialah W.H.Treacher

~Treacher dibantu oleh Majlis Penasihat yg ditubuhkan pada 1883. Ahli Majlis Penasihat ialah Setiausaha Kerajaan, Bendahari & Ketua Pasukan Keselamatan

~Ketua Jabatan adalah Jabatan Pos, Buruh, Polis, Kewangan dan Tanah & Ukur

~Tugas Residen ialah menjadi ketua pentadbir di peringkat residensi

~Tugas Pegawai Daerah ialah menjadi ketua pentadbir di peringkat daerah & menjadi majistret pemungut cukai, bendahari daerah, pegawai buruh & ketua pentadbir semua jabatan di peringkat daerah

~Tugas Ketua Anak Negeri ialah menjaga keamanan, membahagikan tanah, mengutip cukai & menjaga pertanian

~Tugas Ketua Kampung ialah menguruskan hal kampung, menjaga keamanan, membantu memajukan perdagangan, melaporkan kes kecurian, wabak penyakit & menjaga keselamatan kampung

~Pada 1915, Jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah disandang oleh penduduk

~Ketua Anak Negeri ialah Orang Kaya-Kaya (O.K.K)

~Mereka membantu Pegawai Daerah dan menguruskan hal masyarakat tempatan

~SBUB melantik ketua kampung yg digelar Orang Tua

~SBUB menglibatkan peribumi dlm pentadbiran kerana mereka memahami adat masyarakat

~SBUB tdk mampu mengaji pegawai Eropah kerana tiada wang

~Mahkamah Majistret & Mahkamah Anak Negeri diwujudkan

~Mahkamah Anak Negeri diketuai oleh Ketua Anak Negeri & dpt meningkatkan martabat & kewibawaan ketua peribumi

~Mahkamah Majistret dihakimi oleh Pegawai Daerah. Mahkamah Majistret mengendalikan kes-kes berat seperti kes pembunuhan, perompakan & penculikan

~Mahkamah Anak Negeri dihakimi oleh Ketua Anak Negeri yg arif dlm bidang agama. Mahkamah Anak Negeri juga mengendalikan kes-kes peribumi yg berkaitan dgn undang-undang Islam & adat

5.3 – SBUB MENGEKSPOITASI HASIL BUMI SABAH

~SBUB menguasai hasil tradisional Sabah seperti sarang burung, sagu, rotan, pokok lanut, trepang dan sirip ikan yu.

~SBUB turut menguasai aktiviti pertanian, pembalakan dan perlombongan di Sabah

~Sarang burung menguntungkan SBUB.

~Sarang burung dipungut di Gua Gomantong, Gua Magdalene dan Gua Kuamut

~Pokok lanut / abaka yg dikenali sebagai Manila Hemp / Musa Textiles tumbuh meliar di kawasan pamah dan lembah

~Gentian pokok lanut dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal dan dieksport ke Eropah

~Rotan banyak terdapat di Sg. Kinabatangan dan Sg. Labuk

~Rotan akan membentuk perabot, tikar dan tongkat

~Sagu diperoleh daripada pokok rumbia yg hidup subur di kawasan paya di muara sungai

~Hasil laut seperti trepang dan sirip ikan yu diusahakan oleh orang Bajau

~Trepang mendapat permintaan yg tinggi di China

~SBUB memaksa penduduk meningkatkan hasil keluaran tradisional, hasil jualan tersebut akan dikenakan cukai. Dengan ini, masalah kewangan SBUB dapat diatasi
~SBUB mengusahakan tanaman baru seperti getah dan tembakau

~Tembakau di Sabah diiktiraf sebagai yg terbaik di dunia dan dieksport ke Amerika Syarikat dan Belanda

~Pengecualian cukai kepada peladang tembakau dijalankan

~Hasil tembakau yg dikeringkan akan diproses menjadi cerut

~Pembinaan landasan kereta api di Jesselton, Beaufort dan Tenom menggalakkan pembukaan ladang getah.

~SBUB mengecualikan cukai eksport selama 50 tahun kepada peladang getah

~SBUB turut memberi 4% dividen kepada pengusaha getah

~SBUB membawa masuk buruh China dan Jawa untuk membantu peladang-peladang getah

~Kegiatan pembalakan diberi tumpuan oleh SBUB khususnya di Lahad Datu, Sandakan dan Tawau

~Sabah kaya dengan sumber kayu balak seperti seraya, ramin, meranti, kapur dan belian

~Buruh-buruh Indonesia dan Filipina dibawa masuk utk memajukan pembalakan

~Hasil balak dieksport ke China, Singapura, England dan Australia melalui pelabuhan Sandakan

~Sumber galian yg banyak terdapat di Sabah ialah arang batu, emas dan mangan

~Emas dilombong di Sungai Segama dan mula diusahakan oleh orang Cina pada 1886

~Arang batu dilombong di Silimpopon dan Labuan dan diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal antara tahun 1905 – 1930

~Silimpopon mengandungi longgokan arang batu yg terbesar di Asia Tenggara

~Mangan dilombong di Teluk Marudu dan diusahakan oleh Syarikat British Borneo Exploration dan dieksport ke Britain

5.4 PERUBAHAN SOSIAL SBUB DI SABAH

~SBUB membina landasan kereta api yg pertama pd 1896. Landasan ini sepanjang 32 km & dibina bagi menghubungkan Weston ke Beaufort. Pada 1905, landasan kereta api disambung dari Beaufort ke Jesselton dan dari Tenom ke Malalap.

~SBUB menumpukan perhatian pembinaan jalan raya di Lahad Datu, Jesselton, Sandakan, Kudat & Tawau.

~Straits Steamship memulakan perkhidmatan pada 1890

~Sekolah Latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri dibina di Jesselton pada 1 Julai 1915. Bahasa pengantar yg digunakan ialah bahasa Melayu. Kurikulum diajar ialah membaca, menulis & mengira. Jawatan yg dikhaskan utk lulusan sekolah ini ialah renjer, kerani & Ketua Anak Negeri

~SBUB kurang memberi perhatian dalam bidang pendidikan

~Mubaligh Kristian berperanan membina sekolah & menyebarkan agama mereka

~Sekolah pertama yg didirikan oleh mubaligh Roman Katolik di Sandakan pada 1883. Nama sekolah yg dibina oleh mubaligh Roman Katolik ini ialah Institut Byron.

~Pada 1909, Jabatan Pelajaran dibina utk menguruskan sekolah

~Sekolah Melayu yg pertama didirikan di Kota Belud pd tahun 1921

~SBUB hanya menyediakan pendidikan peringkat rendah kerana tiada wang dan menganggap bidang pendidikan tak untung

~The North Borneo Herald ialah surat khabar pertama yg diterbit pada 1883

~Menara jam Jesselton dibina pada 1905

~Loji air di Kota Kinabalu dibina pada 1903 utk membekalkan air bersih

~’Skuad Terbang’ ditubuhkan pada 1900 utk menjamin keselamatan. Skuad Terbang ini dianggotai oleh pegawai polis tempatan

~Tawau mengeksport mutiara, abaka, getah dan balak

~Bandar Sandakan, Kudat, Tawau, Lahad Datu & Jesselton menjadi pusat pentadbiran & perdagangan

~Bandar Sandakan diasaskan oleh William Pryer pada 1879. Beliau menamakan Bandar Sandakan sebagai Elopura yg bermaksud ‘bandar yg cantik’

~Pada 1881, Kudat dijadikan pusat pentadbiran utama

~Kudat gagal menarik perhatian penduduk & pedagang kerana tidak sesua utk pertanian

~Oleh itu, pusat pentadbiran utama bertukar menjadi Sandakan pada 1884

~Bandar Jesselton diasaskan pada 1900

~Nama asalnya ialah Jessel Town yg diambil sempena nama Charles Jessel yg membuka Bandar itu. Nama “Jessel Town” kekal digunakan utk beberapa tahun sebelum disingkatkan kpd Jesselton

~Bandar Jesselton turut dikenali sebagai Api-api, Singga Mata / Diasuka

~Pembinaan landasan kereta api dan perkembangan penanaman getah menjadikan Bandar Jesselton berkembang menjadi pusat perdagangan & pelabuhan yg penting


0 comments: